Wednesday, November 25, 2015

Last Day Sekolah 2015

Jumaat haritu last day budak-budak bersekolah. Sekolah Khairine ada buat Hari Anugerah Cemerlang. Aku pergi. Tapi bukan nak tengok Khairine dapat anugerah. Dia paksa aku datang sebab suruh tengok dia nyanyi koir. Over sangat budak ni. Koir je pun. Mula-mula aku cakap kat Khairine.. Mummy tak payah pergi lah.. kalau Khairine dapat anugerah semangat sikit Mummy nak datang tengok. Terus dia buat mulut muncung. Nak jaga hati anak punya pasal, turutkan juga kehendak anak. Siap dengan baju kurung lagi i datang tau! ayu sangat Mak Khairine.. auuww (senyum gatal).

Macam biasa pagi hantar dia ke sekolah. Alang-alang dah hantar pagi tu, aku terus dok kat kantin sekolah lepak minum jap. Pastu masa aku nak gerak pergi dewan, kawan Khairine datang tegur aku.'Hi auntie' bila aku berdiri tengok dia.. dalam hati terus cakap apasal tinggi nau budak ni.. bak kata pepatah.. berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.. muahahaha. Ai is tergugat!

Oh lupa.. si Danish tak sekolah. Awal-awal dah bagitau aku dia tak nak datang sekolah hari Jumaat tu sebab tak belajar katanya. Memang tak belajar pun. Dah kata pun last day sekolah.. tambah pulak haritu ada penyampaian anugerah.. sapa nak mengajar?!


 Ini dia kumpulan koir Sekolah SKTHO
Bila nampak anak sendiri atas stage terus tercekik ailiyur aku. Tiba-tiba rasa sebak.. mula dah bertakung air mata, mula rasa nak menitis air mata. Padahal anak kau koir je atas stage tu Jah oi. Dah kenapa semua perasaan tu nak timbul? hahahahaha. Aku bukan boleh. Nampak anak masuk pagar sekolah pagi-pagi pun perasaan tersentuh. Nampak anak lari atas padang masa sukan sekolah pun rasa excited melambong-lambong. Anak pergi camping dua hari satu malam lagi lah mencurah-curah air mata mengalir.. perasaan rindu kat anak jangan kata lah.. menggunung tinggi gamaknya. Perasaan seorang mader ni memang amazing.. siapa tak ada anak lagi memang tak akan ada feeling ni. Eh ke aku sorang je yang terlebih perasaan? pffffttt :p

Khairine yang berdiri kat tengah. Row depan yang keempat dari kiri.. yang tengah nganga mulut tu.. hihihi. Spot budak tembam belakang tu., kemain lentok kepala nyanyi lagu koir ya! hahaha.


Habis koir ada persembahan lain pulak. Lepas tu diselangselikan dengan penyampaian anugerah. Yang geram tu bila nampak budak-budak pra sekolah beratur siap pakai jubah konvo. comey sangat :)


Khairine & friends



Ini babak sedih. Aku pun terjebak sama. One of bff Khairine nak pindah ke Manjung, Perak. So diorang buat drama air mata hari last day sekolah. Aku ni bukan boleh. Nampak orang menangis, mula lah aku nak syahdu syahdan juga. Walaupun budak-budak ni diketegorikan budak-budak, bila bab-bab nangis ni hati i cepat tersentuh tau!


Berpelukan :'(

All the best Phoebe. Auntie doakan kamu berjaya dalam pelajaran. Hope dapat kawan baru nanti kat sana. Jangan lupa kawan-kawan kat sini pula.. ewah pesan macam budak tu kawan aku pulak.. hehehe.

 Bergambar kenangan sesudah drama air mata. Tinggi betul budak-budak ni. Khairine juga kemetot. Bila berdiri sebelah aku, aku rasa dia dah tinggi.. padahal aku yang tak berapa nak tinggi. Bila berdiri sebelah kengkawan Khairine terus nampak sama tinggi. Kau rasa????? aku pun tak paham apa cakap.. hahaha.


Sekian.

I am loving Mader.

Kbai!

10 comments:

  1. sedih kan teringat zaman sekolah

    ReplyDelete
  2. Bertambah plak anak perempuan sorang tu plak kan zaza..mmg sebak jela dok layan...hehehhe
    Neway...khairine dh beso sekejap je kan

    ReplyDelete
  3. Alahai...sedih jgk rasa bila kawan2 nk pindah kn..
    Semoga ikatan mereka tetap ukhuwah...

    Anak bangga kalau mak dtg tgk persembahan dia...

    ReplyDelete
  4. feeling sungguh mader pun..hikhikhik...tahniah utk Khairine utk koir yg best tu! :D

    ReplyDelete
  5. Kakak terharu pulak bila zaza kata macam tu
    Bila click video koir tu best pulak.. Kuala Lumpur.
    Pandai bebudak ni kan Zaza. Suara macam tu bukan mudah nak buat kalau tak dilatih..

    ReplyDelete
  6. sedihnyaa haa.. jumpa lagi 2016 hehehe

    ReplyDelete
  7. Kak zaza...tetiba hati mader cm julia tersentuh baca...bahagia sangat jadi mader ni kak...betul lah akak cakap tgk anak masuk school pun tersentuh nak berderai ayaq mata...pasaipa mader mader cm ni eh...hahhahahhahhaha hakak ju suka la akak ni support anak2...khairine masuk koir tu wowwwwwwww kalau Qi masuk koir pun mader Qi yg akan hover lebih....hehehhehhe

    ReplyDelete
  8. Aku yang baca pon rasa sebak. Naluri seorang mader kan. Hati tisu.

    ReplyDelete
  9. alahai... ku fhm hati mader zaza :( sob sob...

    ReplyDelete
  10. zaman sekolahlah paling seronok kan..tu yang sebak tu bila nak berpisah dengan kawan kawan..mak pun tumpang sedih..huhu

    ReplyDelete