Friday, January 8, 2016

Jasin Hot Springs, Melaka

Balik dari jalan2 kat banda Melaka kitorang balik Cheng kejap. Packing duatigalai baju spare untuk ke hot spring Jasin. Seumur hidup tak tau pulak kat Jasin tu ada hot spring. Sedangkan selalu juga aku ke IPD Jasin melalui jalan yang sama atas urusan kerja. Bila BIL cakap kat sana ada hot spring budak2 ni macam tak suka.. kalau ajak gi water park kemain laju.. pantang diajak, meroyan-royan ajak mader & fader masing2 pegi berkubang.. dasar sangat anak2 sekarang.

Jadi lepas dah packing baju siap2, Dari Cheng singgah ke rumah abang FIL kat Krubong. Dalam setengah jam pastu kitorang gerak ke hot spring Jasin. Percutian Air mineral Semulajadi katanya.

Tadaaa... tiba2 dah sampai.. hihi

Harga masuk tersangatlah murah nak mati.. tapi dalam gambar ni kabut sket sebab cahaya.. kalau korang boleh buntangkan mata tengok harga dalam gambar ni bagus.. kalau tak nampak, sila google ajos.. time akak nak snap picture ni kelam kabut berubut nak masuk dengan anak2.. kau rasa mader yang over ke atau anak2? ;P

Parking kereta pulak jangan risau.. free je. Tempat ni kat kawasan rumah orang.. tapi tak menggangu rumah orang2 kampung situ. Mula2 terkejut gak.. keliling2 rumah orang, tiba2 ada plak terselit hot sping kat situ.
Nanti kat pintu masuk lepas bayar dia bagi kau gelang macam ni. Macam biasa kalau gi mana2 water park kau akan dapat gelang macam ni yang tak ada dijual di mana2 kedai emas.. hahaha.

FYI, dah pakai wristband ni kalau nak keluar kejap pastu masuk balik dibolehkan. Tak ada nak kata kalau dah keluar tak boleh masuk balik. Sepuloh kali nak keluar masuk pun boleh.. buat macam keluar masuk pintu rumah sendiri.. haha.
Mula2 kitorang gi melawat kawasan.. pergi area air panas dulu. 

Air ni suam2 kuku je.. budak2 still boleh berendam macam air sejuk
 Sama gak.. 

Hi Bang Nizam.. dah macam mando akak tengok laki akak kat situ.. kemain jalan tangan letak belakang.. hahaha. Matiklah kutuk laki sendiri.. dia baca ni mesti dia marah aku.. chabotttt ;P
Sign ke Hot Mineral.. tengok degree kepanasan air tu.. 42°C
Warm Mineral pulak.. ni tak berapa nak panas sangat
Pun sama cuma tempat ni macam dalam bilik sikit.. tak tau apa motif berdinding kiri kanan

Masa jalan nak ke hot mineral kena melalui satu bridge.. bila tengok eh cantiknya sungai ni.. very the kampung dot blogspot dot my ;)

Dua kolam atas ni memang kaw2 punya panas. Haritu ada sorang mamat india selamber je jirus badan dia ngan air panas ni.. siap bertenggek atas kolam tu, pastu main jirus macam mandi kat rumah. Terus tak selera akak nak mandi air tu.

Port ni ramai makcik2 yang tak suka berendam.. diorang cuma selak kaki seluar sikit, pastu celup2 kaki je kat sini. Ok lah bagi yang tak suka berbasah2an macam i *matakeatas*.. tapi haritu i tak celup pun kaki i kat mana2 air kat sana. i is malas.
Nature.. kekampungan sangat

Ok jom akak bawak korang tengok tempat mandi untuk budak2 pulak.. tapi kat situ tak ada air panas. Semua air sesejok.

Ini untuk kids yang umur bawah 5 tahun (i guess) tak boleh swim cuma boleh main kereta kayuh2 je dalam kolam ni.
Ini adalah tarikan buat budak2.. especially anak2 aku. Nampak benda ni terus tak zabar dah. 
Untuk main dua2 tempat ni kena bayar lain ya. Limaringgit ke namringgit macam tu.. tak ingat dah.


Apasal teruk sangat muka kau buat macam tu Khairine?!


Ini free tak yah bayar
Besar gak tempat ni.. belah sana air panas, belah sini air sejuk. bagus gak buat macam ni.. budak2 boleh have fun, mader & fader pun boleh fun kat tempat air panas.

Toilet ok selesa tak berapa kotor sangat. Yang bagusnya kat sini kalau kau nak tau, makanan dari luar pun boleh bawa ya. Tak kisah kau nak bawa apa pun. Masa pergi tak tau plak boleh bawa masuk makanan dari luar.. kalau tau aku bawa set bbq.. boleh buat bakar2 dalam tu.. hahaha melapau sangat! haritu aku tengok ada a few families bawa makanan yang macam tong yang orang jual nasik lemak.. kau rasa dia nak buat berniaga ke apa? pastu ada yang bawak makanan stock macam nak buat kenduri kawin.. haha. klakar plak tengok gelagat orang. Bagus lah macam tu.. kalau tempat lain jangan harap kau nak bawak makanan dari luar. Silap2 kena rampas.

For more info boleh cek kat website

Bila masing2 dah puas berendam, dalam pukul 7+ kitorang gerak. Sebelum tu aku ada bersuara ajak makan mee bandung kat Muar. Ingat dari sana nak terus ke Muar nak makan mee bandung. Tapi macam jauh pulak nak pergi sampai ke Muar. Aku cakap kat SIL & BIL next time je pergi. Tengok masing2 dah penat semacam je. Lagi pun BIL nak pegi ambik mak dia kat Pulai bawak balik Cheng.. takut lambat plak ambik orang tua nanti. Diorang pun kata ok. Masa dah separuh jalan tu BIL berenti tepi jalan. Bila tanya kenapa, dia cakap depan ni dah simpang nak ke Muar.. tak jauh dah kalau nak pergi. Alang2 tu terus je pergi Muar. setengah jam perjalanan je pun.


 Terus dah sampai Muar.. hihi

BIL berenti kat depan terminal ni. Ingatkan nak ajak naik bas. Rupanya kat sebelah terminal ni ada banyak gerai. Dia kata kat sini ada gak mee bandung kalau nak try. Tempat lain ada juga. Malas cerita banyak, semua kata ok.. aku pun ok je.
Punya ramai orang malam tu. Nasib baik tak berdiri lama tunggu seat. Belah2 hujung sana ada meja kosong terus duduk


Tercapai hajat nak makan mee bandung kat Muar. Next time nak google kat mana makan mee bandung tersedap kat Muar.. boleh repeat.

Sudah je makan terus shoot pergi Pulai ambik mak mertua SIL.. terus balik Cheng. Esoknya dah nak balik KL. Tapi sebelum balik KL ai singgah menyopping sikit kat MPO a.k.a Melaka Premium Outlet a.k.a Freeport A'famosa Outlet. Nanti cerita kat entry lain k.

Bye :)


22 comments:

  1. thanks for sharing babe... bolehlah bawa Ash ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2.. tapi Ash kecik lagi kena ada kawalan.. sebab inflatable pool kat sana besar giler ;)

      Delete
  2. Cantiknya tempat ni..pernah dengar org cakap air hot spring ni bagus untuk kulit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. celup lama2 sket.. nanti kulit berseri2 ;)

      Delete
  3. besar juga tempat ni kan? saya biasa pergi air panas gadek je..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar.. inflatable pool tu besar giler.. kawasan hot springs pun besar.. banyak kolam.
      Air panas gadek pun ok gak.. tapi rasanya kecik je tempat tu ;)

      Delete
    2. Kan..tapi biasa pergi sana jer..sebab dekat dengan rumah..:)

      Delete
    3. tak apa.. lepas ni boleh try pergi Jasin Hot Spring pula ya.. tutup sampai pukul 1 pagi ;)

      Delete
  4. Kenapalah kakak tak tahu tempat ini Zaza walhal selalu ke Melaka
    Tengok macam best juga tu.
    Boleh lajak sampai Muar pulak tu.. mee bandung Muar yg Zaza pergi ni memang crowded kan kalau malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat ni baru juga kak.. baru beberapa bulan buka.. nxt time akak singgah ya.. ;)
      ya ke kak.. saya 1st time makan kat situ.. mmg ramai orang malam tu..

      Delete
  5. Bestnya anak2 u sakan la depa berendam..rin suka air panas suam2..syiok mandi..kalau ada rezki ke.melaka..blhla ajk hubs singgah bwk anak2mandi

    ReplyDelete
    Replies
    1. best Rine.. nxt time paksa hubs u datang ya.. bawak baju spare banyak2, bawa makanan banyak2 hihi

      Delete
  6. Macam best je tempat tu. Thanks for sharing kak...budak budak pasti seronok kalau berkesmpatan mandi manda ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome.. nanti pergi ya.. budak2 kalau tengok air mesti sawan.. hihi

      Delete
  7. Replies
    1. cepat pergi Muar.. original mee bandung dari muar mmg sedaps ;)

      Delete
  8. Woahhhhhh heaven yer pi Hot Spring, menarik sgt sebab boleh mandi manda kawasan port pun banyak haaaaaaa...mee bandung tu win la...yummmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. u must go Juju.. bawa Qi mesti dia suka ;)
      mee bandung original Muar :)

      Delete
  9. dulu pergi tak menarik macam ni. sekarang dah macam macam ada..orang pun dah ramai...wah bestnya mee bandung muar.memang original dan sedap!

    ReplyDelete
  10. Ade tmpt menginap xkt situ?

    ReplyDelete