Thursday, January 7, 2016

Roti Canai Kayu Arang, Melaka

Pernah dengar & pernah try makan roti canai yang dibakar dengan kayu arang? Mungkin ada antara korang kampung kat Melaka tau tempat ni.. mungkin juga yang tak tau. 

Last time aku pernah makan kat sini anak beranak masa balik Melaka. Memang perasan roti canai dia bakar dengan kayu arang. Masa tu aku buat derk je tak terpikir pun nak up dalam blog. Baru baru ni balik Melaka kitorang breakfast kat kedai ni skali lagi. Laju laju terpikir nak up cerita kat blog bagi korang rasa macam nak try.. amboi promote sangat kan.

Hari kedua kat Kampung plan macam2 tempat nak pergi.. kemain sangat balik Kampung Melaka tapi feeling tourist pulak. Ya lah walaupun tiap2 minggu pergi Melaka sebab kerja pastu selalu balik Melaka, tak semua tempat kitorang jelajah. Lagi2 tempat baru buka.. mesti nak kena try. So cuti sekolah haritu kononnya nak jelajah Melaka 3 hari 2 malam. Padahal orang lain bercuti sampai ke obersi.. kita kat Melaka pun jadi lah Senah.. hihi. Lagi menarik kalau balik Melaka tak payah keluar duit book hotel.. tido kat kampung sajo.. kauado?

Panjang mukadimah akak.. meh lah akak tunjuk macam mana rupa roti canai kayu arang seperti yang diwar-warkan tu.


Roti Canai Kayu Arang nama kedai ni. Abaikan je adik dalam gambar tu.. masa aku nak snap pic ni adik ni tengah makan.. bila dia nampak kakak cantik nak snap gambar banner tu terus dia tutup muka.. hahaha mampos kena kecam 'kakak cantik' konon phui!

Ini juga salah satu tarikan kalau korang pergi Melaka. Kedai ni tepi jalan je kat Bachang. Landmark sebelum sampai Melaka Sentral yang ada Tesco menghala ke Bandaraya Melaka melalui Lebuh AMJ. Korang waze je mesti jumpa.  Tengok banyak kereta parking tepi2 jalan tu dia lah tu. Tak pun korang pandai2 lah carik.

Masa hari yang kitorang breakfast kat sini dah pukul 11.30. Kau rasa itu breakfast ke brunch? Walaupun dah tengahari, roti canai & nasi lemak kat kedai tu masih ada ya. Selain roti canai & nasik lemak, menu lain macam lontong, soto & macam2 kuih ada.. tapi kalau lambat kau hanya nampak Tupperware kuih sajo.. kuih2 semua dah pinish oredi.


 Akak ni yang tebar roti canai.. curlas akak.. roti canai akak tersedap kat Melaka tau.. aroma roti canai yang dibakar dengan kayu arang pun ada kelainan sikit.. kalau nak tau lain ke tak sila pergi sendiri

Assistant agaknya

Walaupun service kedai ni agak slow tak slow, aku tetap puas hati. Kita paham lah kalau dah ramai benau orang kat kedai tu.. tak terlayan dibuatnya. Lagi satu akak yang tukang kira.. bukan main ramah nya mak oi.. yang penting makanan kat sini murah.. that is i so loike hahaha ayat omputeh aku yang ditunggang terbalikkan. Pedulik situ. Janji akak tak tulis 'middle to eat' muahahaha.


Begini rupanya roti canai yang dibakar dengan kayu arang. Tak ada beza pun dengan roti canai lain.. cuma rasa dia tu yang lain sikit.. macam kau masak air pakai kayu arang.. ha mcm tu lah rasa kelainannya.. tapi bukan rasa air yang dimasak dengan kayu arang ya. Macam tu lah perumpamaannya.. eh susah lah aku nak explain.. korang buat2 paham je lah.
 Nasi lemak ayam goreng. Nasi lemak ni ada kangkung wei. Tak nampak pulak kangkung kat belakang nasik tu. Ini paling win.. sambal tak berapa pedas.. just nice je.. nasik dia memang nasik lemak bukan macam sesetengah nasik lemak yang hado.. nama je nasik lemak tapi bila makan serupa makan nasik putih je. Ewah dasyat betul kecaman Kak Jah.. hihi

 Ini pun sesodap sesangat. Paru berlado.
Amacam? korang rasa nak try tak roti canai kayu arang & nasik lemak kat kedai ni? hihi.

Settled makan kitorang ingat nak masuk rumah terbalik. Oh lupa nak bagitau.. haritu kitorang keluar naik 1 kereta je dengan family SIL. So kitorang pun teruskan perjalanan ke arah bando. As usual Bandar Melaka jammed nak mati.. terpaksa hadap juga.

Sampai2 je Upside Down House Gallery, nampak orang kemain ramai beratur. Patah semangat akak nak masuk.


Sempat aku buat2 masuk kat depan kaunter mintak broacher kononnya.. cepat2 aku snap gambar ni. Saja untuk reference sendiri.. sok sok kalau nak datang lagi boleh refer sini
Ambik gambar dari depan gallery je.. lain kali je lah masuk.

Pastu bila hampa tak dapat masuk upside down house ingat nak pergi The Shore Sky Tower. Huh jangan mimpi lah nak pergi. Jammed jugak kat Banda Hilir tu. Lagi sekali patah semangat akak. Janji dengan KhaNish next time bila tak cuti sekolah atau bukan peak season je lah pergi.

Bila dah dua2 tempat tak dapat masuk, kitorang terus balik Cheng.. nak mandi air panas pulak kat Jasin. Tu nanti Kak Zaza cerita kat lain entry ya.. biasalah nak banyakkan entry.. senang akak nak refer balik kalau search kat blog ni.

Kbabai.. ILU muah ;P

32 comments:

  1. yummy yummy. kena try bila balik kampung ni . heheeh

    ReplyDelete
  2. hasih kene masuk wishlist to eat..ahahaha...betul ke BI aku jah???

    ReplyDelete
  3. Entah bila i nak pi sini...teruja dengan gambar yg u up kat FB lepas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. must try.. weekend pun boleh pergi.. melaka balik hari je pun boleh ;)

      Delete
  4. saya dh pernah rasa roti canai tu, mmg sedap ade aroma kayu arang especially time panas.. tapi masa pergi tu ya ampun ramainya org mybe sebab time cuti kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga.. bila tak cuti panjang pun tak seramai tu..kalau cuti panjang lagi ramai

      Delete
  5. Menariklah roti canai kayu arang tu...itu sebab julia dan suami tak pernah rasa bosan pi melaka...ada je port bestttt kt sana...pi byk kali pun tak bosan...kenapa melaka ni best eh kak hahahha haa nanti akak naik shore sky...lagi hakak leh feeling amik gambar cecantik atas tu tau...nak pi melaka lagi lah...x puas hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. you must try lepas ni kalau gi melaka.. ada satu lagi tempat kat pasar besar Melaka.. makan satey pagi2.. nanti sis buat entry ya. Shore sky tu later sis try haritu tak boleh pergi sebab jammed gilos.

      Delete
  6. ish..kak..kedai ni tepi jalan dekat dengan sekolah rendah dekat bachang ke? nak juga merasa roti canai arang ni. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak tak perasan plak ada sekolah kat situ.. yang akak perasan ada BHP sebelum kedai ni & sebelum traffic light Melaka Sentral ;)

      Delete
    2. hehe..betul la tu..dekat dengan restoran tomyam kan? hehehhe. baik..dah tahu..terima kasih ya! Hehehehe

      Delete
    3. ya lah kot.. kedai tomyam pun tak perasan sebab siang.. hihi.. ok selamat mencuba! ;)

      Delete
  7. Bilala nk dtg melaka ni...jeles tgk kg org dkt melaka ni

    ReplyDelete
  8. Salam. Lama xsinggah. Hehehe kedai ni mmg popular kt melaka. Tp tasha xprnah lahi try mkn sepanjang jadi org mlaka ni hehehe

    ReplyDelete
  9. Wah kena pegi try makan nampaknya....macam best je makan kat situ...thanks admin info bagus ni...

    ReplyDelete
  10. Klo tetiba ter pegi melaka bley lah terjah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2.. ko kena try roti canai kayu arang ni tau!

      Delete
  11. wahhh macam best ni, cicah kuah kari + dal + sambal huhuhu

    ReplyDelete
  12. back to tradisional..mesti sedap ni

    ReplyDelete
  13. wahhhhh..jumpe blog ni plak ms google2 psl roti canai arang ni..member yg ckp sedap trs google..

    ReplyDelete
  14. Salam ... dikongsi dalam blog SatuJutaIdea ... http://satujutaidea.blogspot.my/2016/03/roti-canai-kayu-arang-bachang-melaka.html

    ReplyDelete
  15. Thank you n please come again, Drink, eat.. N, n, n.. Heheee... 😍😍😘😘😘😜😜

    ReplyDelete
  16. Thank you n please come again, Drink, eat.. N, n, n.. Heheee... 😍😍😘😘😘😜😜

    ReplyDelete