Wednesday, January 20, 2016

Nasi Lemak Tetttt..

Hi.

Harini tak sempat nak buat entry panjang. Macam tak ada mood lagi nak keluarkan beberapa entry yang ada dalam draft tu. Saja buat entry pendek supaya tak nampak macam blog ni terbengkalai hihihi.

Ni nak cerita pasal nasik lemak kat area rumah aku. Kedai nasik lemak ni memang top ar. Sentiasa ramai orang tak kira siang malam. Siap dah keluar tv lagi dalam rancangan JJCM plus kalau korang nak tau, walaupun kedai ni tak se-gah cafe2 hipster yang tengah meletop letop sekarang, kedai ni tetap ada dikenakan GST.. wow sangat! Kalau ada diantara korang yang baca ni tau kedai ni kat mana & macam mana, taulah kenapa aku 'wow' kan dia.. hahaha.


Selalu gak aku beli. Kalau terdesak boring tak boleh fikir nak makan apa, beli je nasi lemak ni.. senang.. kunyah patblas kali terus kenyang. Tapi kan yang tak puas hatinya, kalau beli bungkus ikan bilis & kacang non hado. Dua benda tu kau kena request dan kena bayar extra limaposen. Aku noticed kalau dine in kat sana (wah dine in.. cakap omputeh sangat haha) ada plak dia letak ikan bilis & kacang.. rasa macam tak adil je kan? dah nama pun nasi lemak.. mestilah nasi lemak tu package sekali ngan ikan bilis & kacang. Tak pernah pulak aku tanya apa beza makan kat sana ada kacang & ikan bilis dengan yang tapau. Ke aku je yang keliru ni? Tak kisahlah.. apa yang penting nasi lemak ni sedap ;)

Takmo complain lelebih, sebab owner kedai ni (Si Saleha tu ler) kenal mak ayah aku..hahaha. 

Kbai!

15 comments:

  1. layan nasi lemak macam ni pagi-pagi kat office pkl 10 karang sipa la menguap..hahaha..tapi yg simple la biase nyer sedap weyyy!

    ReplyDelete
  2. Hahahahhaa pestaim ni tau ada plak jenis asing2 kacang ngan ikan bilis ye...

    ReplyDelete
  3. mmg wowww sgt tau klu dh nasi lemak pun ade gst..haha..
    pelik pulak kes kacang ngan ikan bilis ni..klu mkn kt ctu sm hrg x ngan bungkus kak?tp nsi tu nmpk sedap je..

    ReplyDelete
  4. Amboiii nasik lemak pun ada gst..kerlasss ko saleha..;)

    ReplyDelete
  5. looks so tempting........im hungry

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. the sambal so tempting.. come to my place and have the nasik lemak babe ;)

      Delete
  6. hampeh btol ko ni kak! hahahahaha adoiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau kalau nak melucah cepat je akal kau kannn.. hahha

      Delete
  7. yo la bhai ado gst..sale 1 tahun 500k..amin

    ReplyDelete
  8. yo la bhai ado gst..sale 500k setahun

    ReplyDelete
  9. Ko tengoklah, sbtu ahad pun parking pakai RELA jaga. hahaha. Aku Kena tunggu lama nak dapat Nasi. Setakat sale satu juta aku tak terkejut Kedai Nasi Lemak Saleha ni. Aduh terus lapar. Aku nak gi try lontong sotong dia

    ReplyDelete
  10. area mana ye kak? kita penah nampak nasik lemak Saleha ni, stall je lah. satu depan bustop Ampang Point. and last year dah start ada kat area Lembah Jaya (simpang keluar Carefour) penah try sekali, biasa je T_T tak tahu apesal cepat licin. hahaha maybe sebab size dia kot. selalu benda sikit ni memang sedap >,<

    ReplyDelete
    Replies
    1. area kg pandan dalam.. dalam kedai bukan stall. Cuba waze kalau nak pergi tempat ni ya :)

      Delete
  11. gitu pulak sistem dia eh..baik makan kat situ je..macam macam style org berniaga skang

    ReplyDelete