Tuesday, August 30, 2016

Khairine Dah Besar

Anak siapa dah masuk umur 12 tahun? sila angkat tangan sekarang! Ok turun tangan.. hehehe. Saja je Kak Zaza nak tanya sebab anak Kak Zaza dah masuk umur 12 tahun tahun ni. Omaigod! doblas tahun dah kau nak?! kenapa cepat nau masa berlalu? adakah masa sangat mencemburi Kak Zaza? belum puas lagi rasanya bergurau senda dengan dia masa kecik-kecik dulu.. especially masa dia baby.. rindu bau baby.. huhuhu. Macam-macam perasaan ada sekarang ni.. tak tau nak sedih ke nak melompat kegembiraan bila anak dah semakin meningkat usia, secara tak langsung juga Kak Zaza semakin lanjut usia. Ok Fine! *matakeatas*

27 June 2004 - 27 June 2016 genap umur budak ni 12 tahun.

Lepas seminggu birthday Khairine, baru pergi buat IC dia. Kitorang pegi kat UTC Keramat. Kemain cepat service dia tak sempat nak panas bontot dia dah panggil. Kak Zaza & Bang Nizam siap apply cuti kau tau? punya lah teruja anak nak buat IC.. hahaha. Sambil tu Bang Nizam nak tukar IC buruk dia yang dah lunyai dimamah usia kepada IC yang baru. Tujuan Kak Zaza apply cuti plak sebab nak abadikan kenangan sekali seumur hidup ni depan mata sendiri.. plus boleh update cerita ni dalam blog. Rugi rasanya kalau tak ada kenangan sekali seumur hidup macam ni bersama anak. Dan ofcoz lah as a parents, kita kena bawak anak pergi sana. Nanti siapa pulak nak sign application form dia. 

Korang yang mana baru nak apply IC anak2 yg umur doblas tahun tu jangan lupa bawak surat beranak anak kau tu. Diulangi.. SILA BAWA SURAT BERANAK ANAK KAU! kenapa Kak Zaza tulis besar2 kat situ? sebab masa sampai UTC Keramat, tengah isi borang baru tersedar yang surat beranak Khairine aku terlupa bawak. Kau rasa??? macam nak menjerit satu Keramat Mall time tu.. padahal salah diri sendiri nih..hahaha. Bang Nizam dah ushar keras je time tu.. Takut Kak Zaza dibuatnya.. Terus belanja dia makan chopati kat bawah mall.. Hahaha. Lepas makan terpaksa balik rumah semula.. pastu datang balik UTC Keramat. Oh itu semua kenangan. Biar dia abadi dalam penulisan aku kat sini sebelum aku nyanyok tak ingat apa yang terjadi haritu.. hahaha.

Ini lah dia budak umur doblas tahun tu. 

 Haritu masa nak buat pengesahan cop jari, mesin tu tak boleh detect ibu jari kanan dia. Nak tau kenapa? itu lah kesan dari dia hisap jari masa kecik dulu. Dari umur dia dalam pantang sampai darjah 3 baru dia berenti hisap jari.. tu yang sekarang ni bila bergambar dia suka senyum kemut-kemut. Bila aku marah suruh dia senyum betul2, dia marah aku balik. Oh mummy paham.. sebab Khairine nak sorok gigi kan?? hahaha. 

Sekarang ni sibuk merengek nak pakai braces. Aku ada check kat klinik. Doc cakap umur-umur dia sekarang ni tak boleh lagi pakai braces sebab gigi dia apatah doc cakap hari tu. Doc advice lepas umur 17 tahun baru sesuai kalau nak pakai. Ok sempatlah mak kumpul duit dari sekarang buat pagar besi untuk kau ya nak!

Dari sisi macam ni nampak macam muka aku pulak dah. Eh kata anak beranak.. iras-iras tu mesti lah ada ;P Masa ni aku curi2 ambik gambar. Karang menyebok berdiri dalam bilik kecik tu termasuk pulak gambar lengan aku yang besar ni dalam gambar IC anak aku.. hahaha.

Aku ada gambar nak tunjuk kat korang ni. Tapi janji jangan gelak tau.. Janji ok!! 

Omaigod! nervous pulak kita.. hahaha.

Ya Allah kenapa teruk sangat muka kau lepas bersalin Zaza oiii? Badan gemok membadak! hahaha. Rindunya budak ni masa kecik.. rasa macam nak ada baby je.. ehemmm (jeling Bang Nizam) ;P

Ok tu je gambar yang Kak Zaza boleh share.. karang share banyak-banyak korang tak berenti gelakkan aku yang dah serupa maid filipina.. cantik lagi maid indon aku.. hahaha.


11 comments:

  1. untung anak dah besar.. mak muda lagi.. kita ni anak kecik lagi..

    ReplyDelete
  2. alahaii..sekejapnya dah rasa 12 tahun kan..tak lama lagi dah bleh terima menantu pulak..bhahaha...

    ReplyDelete
  3. Nak gelak apa ke bendenya tu, Zaza.. time anak2 masih baby mcm ni, bila masa la kita nak bermekap bagai pastu snap gambar..hahaaaa... (ehh gelak jugak SB akhirnya)..

    ReplyDelete
  4. Jalan² petang sambil singgah sini...:)

    ReplyDelete
  5. Lawa je i tgk u zaza...putih ms ni...sbb mgkn terik kulit u kot...tp skg lg vogue sbb i tau u suntik botox kan...samala mcm i...haha...saje gurau kaso!!!!btw...klu lbh sebulan xbt ic lps tarikh lahir kena denda xsilap la...byr brp entah.. huhu

    ReplyDelete
  6. Yeayyyyy....khairine dh besar..next my turn plak lepas 25 Sept

    ReplyDelete
  7. Besar dah anak kau yer jah. Tapi muka kau maintain jer muda. Apa rahsianya ☺☺

    ReplyDelete
  8. lain betul muka dulu dengan sekarang kan kak? hehehe..

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  9. hahahahahahahahahahahahahahaha...apekah huduh nyer kauuu dulu..hahahahhahaaa...nasib baik aku kenal ko time dah cantik..kekeekekkekee..

    ReplyDelete
  10. mnade teruk..ok la tu kak oii..cantik hape..klu x, xkan abg nizam terpikat..

    ReplyDelete