Sunday, September 4, 2016

UPSR 2016

Esok, 5 September sampai 8 September dah start peperiksaan UPSR bagi tahun 2016 untuk anak2 kita. Eh kita? Maksud aku kepada ibubapa yang anak-anak diorang akan menduduki peperiksaan UPSR. Kalau boleh biarlah masa tu berjalan lambat-lambat supaya lambat nak sampai ke hari isnin.. hahaha. Kecut perut rasanya.

Ya Allah.. debar-debar rasa hati ni.. tadi kecut perut.. ni debar-debar pulak.. haha over sangat kau Jah.. Itu belum hati anak sendiri tu. Macam mana lah agaknya dalam hati Khairine sok. Walaupun aku ni mak dia, tapi bila tengok dia ilekkkkkkkkkkkk je. Maksud aku dia tak nampak nervous pun. So far Alhamdulillah.. dia memang rajin belajar dan buat ulangkaji. Kalau time aku dulu kalau mak aku tak pegang kayu suruh aku pegang buku, memang tak sah.. siap kena perambat lagi.. hehe nampak sangat malas belajar.

Bukan kata nak muji anak sendiri.. tapi inilah hakikatnya. Aku nampak Khairine memang sangat komited dengan apa benda yang dia buat selamani. Especially bab-bab belajar. Nak kata bijak nau tak lah.. tapi setakat ni Alhamdullah. Dalam pelajaran tu memang nampak dia work hard. Bila dapat keputusan peperiksaan penggal, kadang ada jugak yang terkucil. That time aku dah risau. Mampu ke anak aku nak hadapi UPSR nanti ni? Sebagai mak, aku redha. Redha tu bukan bermaksud aku redha tanpa usaha.. setelah berusaha dan berikan yang terbaik untuk dia, aku juga bertawakal. Sebab kalau kita selalu puji anak melambong-lambong nanti hujung hujung tengok keputusan.. out.. yang malu nya aku juga nanti. Tapi tak apa. Aku sentiasa berdoa yang terbaik untuk dia. Walau apa keputusan dia bawak balik nanti, aku terima seadanya. Aku juga dah buat yang terbaik untuk dia.. eh ni emo ke apa ni ? UPSR baru je nak start esok, dah cerita pasal bawak balik keputusan.. itu dinamakan symptom emak yang over! hahaha.

Aku ada terbaca satu artikel ni.. tajuk Dapat 6E Pun Masuk Sekolah Menengah. Macam interesting pulak.. terus share kat fb. Korang kalau ada masa gi baca link tu untuk tau kenapa tajuk tu kata kalau dapat 6E pun boleh masuk sekolah menengah.



Ni haritu aku attend Program ibubapa Menjelang Ambang UPSR 2016. Kecut nau perut aku bila dengar taklimat dari cikgu. Risau betul bila membayangkan anak aku bakal menduduki ujian UPSR esok.. harap2 semua berjalan dengan lancar hendaknya.. Aminnnn.. 

Ni nak cerita pasal sekolah budak-budak pulak. Dua-dua anak aku aku hantar ke sekolah kebangsaan yang sama. Kecuali sekolah agama diorang je lain-lain. Masa daftar sekolah agama untuk Khairine dulu masih ada quota lagi. Next year tu bila nak register Danish nak masuk darjah 1, sekali kat sekolah yang sama dengan Khairine, sekali quota untuk kemasukan murid tahun tu dah habis. Nizam berhempas pulas naik turun kementerian untuk masukkan Danish kat sekolah yang sama juga. Walapupun dia ada kakak yang sekolah disekolah yang sama.. tetap juga tak dapat. Hmmmm tak ada rejeqi kau nak dok satu sekolah dengan kakak ko Nish.. tak apalah.. janji dapat bersekolah juga walaupun kat sekolah agama yang lain. 

Ok meh aku sambung cerita pasal Khairine lagi. 

Cerita ni terjadi tahun lepas. Selama 5 tahun dia ulang aling ke sekolah agama, ada satu haritu tiba-tiba dia cakap kat aku.. “mummy boleh tak kalau tahun depan (darjah 6) Khairine tak nak pergi sekolah agama” panas betul telinga mak kau dengar bila tiba-tiba kau ajukan soklan macam tu. Nak marah karang, kesian. Aku pun tanya kat dia apa alasan dia tak nak ke sekolah agama tahun depan. Jawapan dia “Khairine penat lah (sambil dah berlinang air mata). Tahun depan mesti ada kelas tambahan.. balik mesti dah lambat.. nanti mesti terkajar-kejar nak siap-siap pergi sekolah agama pulak”. Eh kau dah kenapa pergi sekolah pun penat.. macam mana kau tau yang tahun depan kau tak boleh nak catch up ke sekolah agama lepas kelas tambahan?.. rupanya ada kengkawan dia yang senior kat sekolah kebangsaan dah bagitau dia yang diorang memang rushing untuk ke sekolah agama lepas habis kelas tambahan. Oh kau termakan racun kakak2 senior ko kat sekolah ya. Pastu aku pun try slow talk dengan dia.. “Khairine tau tak, setahun je lagi nak habis sekolah agama.. sayang tau kalau Khairine nak berenti.. selama ni keputusan periksa sekolah agama pun Khairine tak pernah gagal.. pernah dapat anugerah cemerlang lagi tu” masa tu muka dia dah benyek macam haper je.. mata dah makin berkaca menahan air mata. Masa tu aku dah jadi serba salah. Dah lah tak tau macam mana tahun depan (tahun ni) punya schedule sekolah. 

Nak tak nak lepas berbincang panjang dengan Nizam, kitorang buat keputusan untuk berentikan juga Khairine dari sekolah agama. Itu pun lepas dua ke tiga bulan masa awal tahun ni. Ustazah yang mengajar dia pun terkejut.. dia cakap Khairine budak yang bijak.. sayang kalau nak berenti.. bukan lama pun lagi nak habis sekolah. Aku cakap aku terpaksa juga buat keputusan ni sebab kesiankan dia. 

Alhamdulilah.. nasib baik aku tak salah buat pilihan  untuk berentikan dia dari sekolah agama. Memang betul macam apa yang dia cakap.. memang rushing.. memang terkejar-kejar.. habis je kelas tambahan pukul 2.30. Sampai rumah dah nak dekat pukul 3 petang. Sampai rumah mesti nak rest kejap, makan lepas tu siap ke sekolah agama. Paling lambat pun pukul 3.30 atau nak dekat pukul 4 ptg baru dia dapat masuk kelas. Dah lah start skolah pukul 2.30.. dah macam serupa tak payah datang je. Alhamdulillah juga, dalam masa dua tahun berturut-turut ni which is tahun lepas dan tahun ni.. dia dah 2  kali  khatam mengaji al-quran. Aku rasa bersyukur sangat.. ini juga berkat  & ilmu yang dia dapat dari 5 tahun bersekolah di sekolah agama dan di sekolah kebangsaan.. plus aku memang dah dedahkan dia dengan iqra’ since umur dia 2 tahun setengah. Lepas tu dia ada saja-saja join belajar mengaji dengan ustazah depan rumah aku ni sampai lah dia naik quran & dah dua kali khatam.. orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. itu lah hasilnya.. Alhamdulillah.



A photo posted by Zaza Nizam (@zazanizam) on

All the best to you sayang mummy.. semoga Khairine dapat hadapi exam ni dengan tenang ok.

Walaupun tak hantar ke tempat tuisyen yang baek baek atau home tuisyen, bagi aku cukuplah aku percaya pada kemampuan dia. Aku tak nak force dia sangat. Karang budak kalau tensi, haper pun dia tak boleh buat nanti. Kesian. Sebenarnya sebelum ni aku pernah hantar dia tuisyen sebelum dia berenti sekolah agama tahun lepas.. lepas tu dia sendiri kata dia dah tak larat nak katanya nak catch up. Balik sekolah kebangsaan dah nak siap-siap ke sekolah agama pulak. Balik sekolah agama dah siap-siap nak pergi mengaji, pastu nak dinner pastu pukul 8 dah nak pergi tuisyen. Lepas balik tuisyen nak kena buat homework sekolah kebangsaan & sekolah agama pulak. Bila masanya nak berehat?

Setakat ni Alhamdulillah. Khairine anak yang baik. Dari sejak lahir sampai dah besau panjang ni dia anak yang senang dibela. Tak pernah lah nak kata merengek sampai menangis meleret leret kalau tak dapat sesuatu benda kalau kat mall.. tu contoh je. Perangai lain2 pun Alhamdulillah setakat ni tak pernah lah buat aku naik hantu giler-giler lagi.. setakat bertukar jadi singa jadian memang selalu.. hahahaha.. perangai sikit2 tu biasalah.. anak dengan emak kannn.. sedangkan lidah lagi tergigit.. hahaha.

Apa-apa pun harap Khairine dapat buat yang terbaik untuk esok ya.. mummy tak nak letakkan harapan yang terlalu tinggi untuk dapat straight As.. tapi kalau dapat, itu bonus & satu kebanggaan untuk mummy ;)


5 comments:

  1. emmmmm cepatnya masa berlalu. dah lama tinggalkan sekolah hikhik
    follow sini #361
    follow back okay kak za cantik :D

    ReplyDelete
  2. I doakan semoga khairine jawab exam dengan hati yg tenang..dan semoga dipermudahkan segalanya....

    All the best khairine...inshaAllah 6A dlm tangan..amiin

    ReplyDelete
  3. All the best Khairine,all the best to my baby girl too...haih..yg seram sejuk omak eh..anak elek jerk...

    ReplyDelete
  4. Semoga Khairine beroleh kejayaan.
    Dapat 6A, in syaa Allah.

    ReplyDelete
  5. mak 8thn lg nk mengadap..hihi..tp mst bedeborr mcm kak zaza jgk nnt..elok jgk kot stopkan skolah agama..sian kt die..xde rehat nnt..tuisyen pun xperlu..kite mmg xleh paksa dorg..kite mampu doa je..in sha Allah..moga khairine dpt jwb ngan tenang n ingt ape yg die dh blaja slama ni..mak jgn nebess sgt ok ;))))

    ReplyDelete