Wednesday, September 14, 2016

Salam Aidiladha 2016

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidiladha korang. Macam mana raya? kemain sana sini post gambar lembu & kambing qurban ya. Raya aku tahun ni macam biasalah kat Melaka. Menompang kampung suami.. maklumlah akak ni tak ada kampung. Kampung akak kat Kolumpor je.. so boring. Tahun ni aku balik Melaka berdua je dengan Nizam. Budak2 tak ikut. 

Mula2 ingat nak raya kat rumah kakak aku je kat Klang. Sebab lagi dua ketul adik beradik aku beraya kat sana. Dan disebabkan makcik Nizam nak buat kenduri tahlil untuk arwah atok & join sekali tahlil untuk arwah MIL, so kitorang kena juga balik. Kenduri buat tengahari semalam. Alhamdulillah selesai dengan jayanya.

Ingat nak balik hari Jumaat malam. Sekali Bang Nizam demam pulak hari Khamis tu. Jumaat tu dia betul2 flat. Risau gak kot2 denggi ke apa. Dah petang sikit baru aku seret dia gi Klinik. Tak sampai 5 minit masuk dia keluar balik. Eh dah kenapa kejap nau jumpa doktor? Ini kalau aku bawak jumpa Doc Faizie mau lama dia borak kat dalam.. silap2 dia boleh bagi MC sampai seminggu.. hahahaha. Doc cakap tengok sampai hari ahad.. kalau tak ok jugak dia suruh buat blood test. Alhamdulillah setakat harini Bang Nizam dah ok.. tak seteruk hari mula2 dia demam tu. Tak lena tidur aku dibuatnya.. macam jaga baby malam tu.. kejap2 jenguk dia.. rasa badan dia panas ke tidak.. bagi makan ubat, letak towel basah kat kepala dia.. sian laki ai huhu.

Tadi sambutan hari raya kitorang biasa2 je. Dua hari berturut turut hujan waktu pagi. Pagi raya pun hujan. Suprise kali ni tak bergambar... hahaha. Lantak situ. Raya Haji biasanya family kitorang tak ada buat sambutan beria-ia sangat pun. Unless kalau raya puasa.. dat time memang kau tak boleh langsung nak melangkah keluar pergi beraya. Nak ambik gambar family pun kena laju2 sebab takut tetamu datang rumah. Memang dah jadi tradisi kalau beraya kat kampung Melaka meriah giler. Sedara mara, kengkawan semua datang rumah dari pagi sampai kemalam. Eh aku ni tak buat lagi cerita Raya puasa haritu.. dah terus ke raya haji..hehehe. Later lah. Ada masa sikit nanti aku buat. Banyak entry tertangguh ni.

Jangan terkejut ya.. ni entry semalam. Malam ni baru nak sambung.. so ayat2 kat atas tu aku malas nak padam.. hehehe.

Ok jom sambung cerita.

Semalam by tengahari kitorang dah balik KL. Sebelum balik KL tu aku sempat ziarah pusara arwah MIL.. 


Al-fatihah MIL.. Fatihah Binti Hassan

Lepas ziarah terus balik KL sebab harini Bang Nizam kerja.

Eh sikit nau kau sambung cerita ya Jah.. senang betul kau buat duit ya.. hahaha. Dah tu je cerita raya haji aku. Raya tanpa anak2. Balik kampung semata2 sebab kenduri tahlil je.

Bai. Nanti sambung cerita lain pulak ;P

1 comment: