Wednesday, September 14, 2016

Dating

Tak silap aku cerita ni sebelum bulan puasa haritu.. rasanya lagi beberapa hari nak sambut puasa. Kitorang pergi berdua-duaan je.. semenjak budak2 dah besar ni kadang ikut mood diorang je nak ikut ke tak nak ikut.. kalau ajak gi shopping mall lajuuuuu je.. suka na perabihkan duit fader kau. Elok pun korang tak ikut.. sesekali biar lah mummybabah kau ni keluar berdua2an dating.. hehehe.

Masa tu Bang Nizam ajak pergi Subang. Dia nak pergi Direct Sport ke atah tah nama tempat tu. Ada sales barang sport.. dia nak cari kasut bola untuk main kat padang thuf katanya. Apada beli kasut bola lagi beberapa hari je lagi nak puasa.. pastu dapat pakai lepas raya.. hahahaha.. lantak ko lah bang.. janji dapat puaskan hati ko. Aku ni dah lah tak reti haper pasal bola, diajak pulak pergi ke tempat macam tu.. sangap dibuatnya.

Settled je membeli apa yang dihajat, aku ajak dia pergi makan.. dia yang membeli kasut tak kelaparan, aku yang menunggu ni kelaparan.. hahaha. Terus kitorang pegi makan kat Garage 51. Dah dekat sangat dengan Direct Sport tu. Moh lah kita pergi bang. Ini first time aku ke Garage 51. Selalu tengok gambar je kengkawan post kat IG. Dah kebetulan ada kat area Subang time tu, waze je terus sampai.. tak sampai 5 minit pun.

Kita letak gambar feeling2 dating dulu.. hehehe

A photo posted by Zaza Nizam (@zazanizam) on

Dah lah first time datang sini, pastu bila belek buku menu tu terus diam. Kau pandang aku, aku pandang kau.. hahahaha. Konon nak feeling hipster lah bila masuk kedai2 mcm tu. Tak sedar diri tu dah tua.. bila baca menu tah apa nama pelik2 yang dia tulis.. hahahhahah. Kesian sangat pasangan laki bini nih ;P Pastu tak nak nampak peghrak sangat, tengok gambar kat menu, buat andaian sendiri apa menu tu pastu terus order hahaha.

Pilihan aku. Salmon Carbonara.. kot nama dia. Tak ingat nama sebenar makanan ni.

Masa sedap2 makan, selak punya selak spaghetti tu sekali terjumpa selai rambut.. what the fish!!! terus panggil waiter. Cepat2 dia say sorry & tukar makanan aku. Potong betul! Bukan nak takut2 kan kau. Ini kenyataan. Kebetulan kot masa aku datang tu ada rambut pulak dalam makanan. Redho je lah.

Sementara dia ganti balik 'selamon' aku tu, dia bagi aku choc tart ni dua bijik.. nasib baik sedap.. rasa nak cakap kat dia.. boleh tapao dua bijik lagi tak nak bawak balik bagi anak kat rumah.. muahahahaha.. PANG!! giler punya pompuan!! hahahaha.


Ini pilihan Bang Nizam. Pergi mana2 mesti nak carik nasik. Pelik aku. Halo Bang.. lain kali pergi tempat makan hipster sila order makanan yang hipster ya.. jangan bikin malu okeh... hahaha.. matiklah kutuk laki sendiri.. hahahaha.

A photo posted by Zaza Nizam (@zazanizam) on

Gambar ulangan.. Ini lah dia pasangan laki bini yang feeling2 hipster tu.. hahahaha ;P

Elok settled aku bedal dua bijik choc tart tu, 'selamon' aku yang diorang ganti pun sampai.. hmmm telan gak lah walaupun dah kembang2 tekak aku teringat rambut dalam makanan tu.. tu pun tak habis. Mahalnya kemain. 

Ok lah kot.. janji dah merasa dapat makan kat situ.. asek tengok orang post gambar je.. at least ai & laki ai dah pernah sampai. Walaupunnnn feeling2 remaja lebeyyyyyy.. muahahaha.


3 comments:

  1. Hahahahaa..lepas ni kene dating dalam wayang plakkkk!!

    ReplyDelete
  2. best tau dating berdua..i lately macam sell sgt ajak hubs dating berdua...sejam pun cutup..jalan2 festival at wangsa walk...tgk wayang selalunya midnight jela

    ReplyDelete
  3. AUWWWW. kemain dating psangan sejoli ni. ngeee

    ReplyDelete