Thursday, November 7, 2019

2D1N Trip ke Hatyai Menaiki ETS πŸš‰ Dari KL ke Padang Besar

Panjang kan tajuk i harini? 🀭 Ok, biarkan dia panjang-panjang kat situ. Senang orang nak Google sok buat reference πŸ˜… harap entry ni membantu lah ya. 

Sambungan dari cerita entry
→ Penjualan Tiket ETS Lambat 
→ Finally!!!! Dapat Beli Tiket ETS ke Padang Besar

Ok jom duduk rapat-rapat depan pc baca cerita i ni #SambilLambaiTangan πŸ™‹


Perjalanan dimulakan dari KL Sentral. Kitorang bertolak malam.. sebab Friday tu kitorang kerja. I balik rumah dulu. Saida, Kak June, Fieza & Kak Zie pun balik dulu. Malam, Somi masing-masing hantar sampai KL Sentral.

Janji jumpa balik kat KL Sentral 10pm kat escalator jalan nak ke NU Sentral.. tapi semua terjumpa kat Burger King hahaha.. kecuali Kak Zie.. Kak Zie makan kat KFC. Lepas settle makan, semua berkumpul kat tingkat atas depan pintu masuk ETS. 

5 of us. Kitorang pergi berlapan sebenarnya. Kak June bawak anak dia, Nadia & Shasha. Kak Zie bawak anak dia, Shira. Total semua 8 makcik bawang 🀩

Makcik makcik posing tangan kat dagu πŸ˜„ kalau ada yang tak tau lagi, actually diorang ni office-mate i. Lepas ni jangan ada yang tanya lagi ya siapa mereka mereka ni πŸ™…πŸ»‍♀️ #WahSombongnyaAkak πŸ˜…



Ada itinerary ke?
Ada nok! itinerary ni disusun atas persetujuan semua orang.. Wah kemain.. pergi 2D1N je pun πŸ™ˆ setiap destination tu nanti i akan buat entry lain-lain ya.. Stay tuned dengan cerita akak nanti πŸ€—

Day 1
1 Nov 2019, KL Sentral: 11.10pm 
ETS delayed 20min malam tu. Sepatutnya bertolak 10.50pm tapi pukul 11.10pm baru gerak. Estimate sampai sana lebih kurang dalam pukul 4.30am. 5 jam lebih perjalanan.


Our coach 

Nasi Lemak Pak Roslan

Macam naik flight jugak. Bila perjalanan tu ambik masa lebih dari 1 jam, apa je yang ko boleh buat kennn.. nak tidur, tapi perut lapar. Pergi cafe ingat nak beli makanan yang light light je.. sekali tengok ada Nasi Lemak Pak Roslan. Wah kalau AA ada Nasi Lemak Pak Nasir.. ETS pulak ada Nasi Lemak Pak Roslan.

Lapaq

2.30am akak makan nasi lemak dik! lepas kekenyangan, dan dan mata ngantuk sampai Padang BesarπŸ˜‚Serious weh.. i tak pernah berperangai pelik macam ni.

Kalau korang nak tau coach kitorang ni coach B, dekat dengan cafe. Bila orang lalu lalang beli makanan semerbak je bau. Tu yang sis tak tahan tu πŸ˜‚



Ni la cafe dalam ETS. Kecik je. Makanan yang dijual pun very limited. Ingatkan ada jual jajan jajan ke.. sekali tengok semua makanan berat... hmmm daripada tak boleh tido sebab kelaparan, nasi lemak pun nasi lemak lah.


Menu

2 November 2019, Arrived Padang Besar : 4.30am
Sampai Platform 1, kitorang keluar tercangak-cangak cari jalan keluar. Masih awal lagi nak tunggu kaunter immigration buka jam 6am... so, kitorang lepak tepi dulu buat apa yang patut... pergi toilet, basuh muka, gosok gigi, makan & etc.

Selamat Datang ke Padang Besar πŸ˜‰

Terus tu gate keluar untuk ke Immigration. Gate tu bukak pukul 6am. Jangan pulak korang tengok gate tutup, korang pergi gegar gate tu πŸ˜… tunggu je situ sampai pukul 6am.

Information

Tak pun korang boleh queue macam kitorang ni. Letak bag siap siap kat depan gate tu. Siapa potong queue ko sepak je bag dia jauh-jauh πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ 

Bila kita tunjuk amalan yang mulia seperti meletakkan bag didepan gate, Lepas tu orang lain pun akan ikut jejak kita seperti menyambung meletakkan bag bag mereka dibelakang kita.. LOL! Skema giler ayat kau Jah! 🀣 

Lepas dah susun bag siap-siap depan gate, kitorang pergi usha-usha kat kantin stesen kejap.. Cakap dengan Fieza.. jom makan nasi lemak. Fieza pun onz je. Padahal dalam train tadi dah bedal nasi lemak jugak 😝

Sementara tu diorang yang lain tengah duduk kat luar kantin je diorang tak nak breakfast sebab awal sangat katanya.


Nasi lemak sedap RM1.50 je. Tak silap i banyak review kata nasi lemak kat kantin ni sedap.. tu yang i try tu... nak jugekkkkk sama dengan orang kennnn hehehe

Tiba-tiba Saida munculkan diri makan nasi lemak sesama 😁

6am - Melepasi Gate Stesen Padang Besar
Tepat 6am staff KTM bukak gate tu. Meluru semua macam terlepas dari kandang hahahaha. Dalam 200meter macam tu kitorang kena jalan kaki untuk ke border. First, chop passport dengan Immigration Malaysia dulu kat belah luar.. lepas tu chop immigration Thai pulak kat dalam. Kalau nak tau macam mana kat luar & dalam yang di sebutkan tu.. Sila experience sendiri pergi sana ye. Tak dapek akak nak explain detail kat sini πŸ€ͺ

Amaran! dah sampai tempat Immigration Thai tu ko jangan gatal nak ambik-ambik gambar kenangan kat dalam tu.. Kalau boleh handphone pun kau jangan pegang kat tangan. Karang dijeritnya kau depan orang ramai. Awas! NO CAMERA ya dalam tu. I dah kena sekali tahun lepas.. Lepas tu tobat tak nak buat lagi πŸ˜‚πŸ€£

Van Dah Tunggu Kat Depan
Time untuk kitorang cari Abang Rimba pulak kat pintu masuk sempadan  lepas chop immigration Thai. Seperti yang dijanjikan, Abang Rimba dah bagitau suruh kitorang tunggu ke depan sikit dalam 200meter dari lepas immigration Thai. Nanti van akan tunggu kat situ.

Ni nak bagitau... total pagi tu kitorang berjalan is 400 meter.. dari Station KTM ke Immingration 200 meter & immigration ke van is 200 meter... Hebat kan? Pagi-pagi dah jalan bermeter meter jauhnya πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Siapa Abang Rimba tu? next entry nanti i bagi full detail.

6.30am. Van dah siap tunggu lepas kitorang settled immigration check.


Nampak tak semua muka muka ceria dalam gambar ni? 🀭 Sho ekshidet πŸ˜…

Seronok jalan dengan diorang ni. Tak ada songeh langsung. Semua perangai yang bangsa sepakat membawa berkat. Jenis yang tak berkira tenaga & wang ringgit. Termasuklah anak-anak Kak June (Nadia & Shasha), anak Kak Zie (Shira). Budak-budak tu pun perangai sama jugak masuk air hahahaha. Padahal dah pangkat anak-anak bagi i, Fieza & Saida. Memang boleh buat kawan  sangat diorang tu 😍

Special train to Hatyai Junction – Impian hanya tinggal kenangan
Kesian Saida. Dia yang beria sangat nak naik special train ni. Nak feeling macam kat negara India naik ketapi open air katanya hahaha. Plan asal kitorang nak pergi 3D2N.. so ingatkan sempat la nak try naik. Ini lah yang dinamakan impian hanya tinggal kenangan πŸ˜„Sorry Saida.. next time kalau pergi lagi, ko try lah naik train tu ya. 

Budget:
KTMB ETS - Gold Class
KL Sentral - Padang Besar = RM76
Padang Besar - KL Sentral = RM76
Total = RM152 (2 hala)

Beli makanan dalam ETS:
Nasi Lemak = RM8
Mineral water = RM2
Total = RM10

Nasi Lemak di Kantin Stesen KTM Padang Besar:
Total = RM1.50
*TAK BELI AIR.. TELAN AILIO JE LEPAS MAKAN NASI LEMAK πŸ˜‚

Grand Total : RM163.50

4 comments:

  1. Menarik la jalan macam ni...nanti update details lagi eh..i cadang nak pi ngan Dania and adik i..

    ReplyDelete
  2. menarik la , bajet ciput pun boleh travel kalau macam nie . Nice info . Cafe dalam ETS tu pun nice je walaupun limited foods.

    ReplyDelete
  3. Seronok bercuti ramai-ramai macam ni kak. Itulah nak planning tak tahu bila entah boleh jadi. Memang boleh buat rujukan entri ni kak zaza.

    ReplyDelete
  4. Ehhh macam teringin pulak nak buat kerja mcm ni.... naik ETS, makan nasi lemak pukul 2.30 pagi....syok woo hahhaha....Lagi lagi pi jalan ngan kengkawan...triple le bestnya tu

    ReplyDelete