Entry ni dah draft semalam. Lupa nak habiskan tulisan.. so tak sempat publish... i malas nak edit.. so i sambung je tulis harini... mari sambung ⬇⬇⬇
Hoyehhhhhhhhh harini hari debaran nak rebut beli ticket ETS online... πππ Jakun sangat nih!!
Takut online crash pagi-pagi ramai berasak nak masuk website KTMB nak beli tiket pergi Padang Besar sebenarnya... tu yang dup dap dup dap masa kat page beli online tu. Nak tergelak pun ada. Kalut je pagi tadi dengan semua ahli jemaah yang bakal ke Hatyai bulan depan ni hahaha.

Cerita dia macam ni... haritu masa kat office, masa tengah lunch tiba-tiba terkeluar cerita nak pergi JJCM ke Hatyai. Pastu konon-konon nak buat trip naik ETS instead of drive atau naik bas. terus semua kata ONZ.. Ehhh rancangan gila apakah semua ni?? terus rasa nak tepuk dahi tiga kali... hahaha. Balik tu i terus bersidang dengan NJ pasal rancangan gila diorang masa kat opis siang tu. NJ as usual memang bagi galakan penuh kalau bini dia nak berjalan dengan kengkawan. Hishhh diorang tak tau ke I nervous?! lagi-lagi pulak first time nak pergi jalan-jalan ke negara jiran dengan kawan-kawan. Kan i pernah bagitau yang I tak pandai kira duit selain duit RM π #Kuno
Rancangan diteruskan lagi... first plan was nak pergi 3D2N. Tapi! kenot. Sebab Kak June, Kak Zie & Saida satu department… Plus diorang ada tender nak dikejarkan... karang kalau tiga tiga hilang dari rada nanti nampak sangat ini adalah percutian yang telah dirancang rapi.. so kenot! π
Discuss punya discuss, nak pergi bulan Setember... kan ada 3 week Mondays cuti haritu kannn... so that boleh pergi Sabtu, Ahad & Isnin. Laju-laju check online nak beli ticket, ticket pulak habis. Maklonglah long weekend. Lepas tu plan bulan October pulak… pun tak jadi sebab masing-masing macam banyak commitment every weekend on October.
Finally, November… kitorang terus pick 1 & 2 November 2019.
Nak jadikan cerita... tiket ETS pulak lambat jual! boleh baca kat → SINI ← Tak cukup dengan call, tweet & pergi kaunter.. jawapan tetap sama. KTMB belum boleh bagi date penjualan. Rasa macam nak give-up dah masa tu.
But Alhamdulillah.. hasil bersengkang mata depan pc opis tepat pukul 8.30am, 15 Oktober 2019!!! kitorang dapat beli ticket ETS ke Padang Besar! and return ticket as well... phewwwwwww #HembusNafas hahaha.

Done beli ticket. Actually semalam beli untuk 8 jemaah. Takkan nak riak kat sini jugak lagi 7 ticket tu kennnn. 1 je cukup hehehe.
Harga ticket Gold Class untuk seorang beli semalam = RM76
Kitorang beli untuk 8 orang = RM152 (seorang, return ticket)
Calculation:
Harga return ticket 76 x 2 = RM152
RM152 x 8 orang = RM1216
Untuk pembelian ticket, boleh cari kat website → KTMB ← pergi beli kat sana kalau ada lagi.
Cerita lanjut nanti i cerita kat entry lain lah. Sini i cerita pasal beli ticket dulu. Kbai!
bestnyaaaaa....untung la korang..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. rejeki hehe
DeleteWah.. bestnyer huhu
ReplyDeletebest best best ;)
DeletePernah jugak anak akak kt kl beli online utk akak dan adik2nya kt kulim ni..,senangkan...
ReplyDeletemudah & cepat kak.. ;)
Deletesesekali naik ETS. bestlah pergi berjemaah. semoga perjalanan lancar sampai ke Hatyai
ReplyDelete