Kannnnnn. mentang2 musim tak ada air kat rumah, ke kedai dobi lah kita. Tapi membasuh bukan lah banyak mana pun.. setakat blankets & bed sheet je.. tu pun nak kecoh kan Kak Jah kau ni.. boooo!!
Tak lah sebenarnya aku nak kata yang aku pergi mendobi kat kedai.. kan sekarang ni banyak nau Laundry DIY.. basuh lah kau sendiri kat situ sorang2.. masuk duit, jalan lah mesin tu setengah jam. Ehhh macam main game kat Jaya Jusco pulak bunyiknya.. hahaha.
Aku rasa ramai dah tau kot pasal Laundry DIY ni.. senang & mudah je ko nak ngelolakan mesin tu.. jangan ko jahanamkan mesin tu sudehhhh.. karang tak pasal harga nak mendobi semurah RM4.50 silap2 ko kena bayar harga mesin tu sebijik sampai RM ribu2 pulak.
Senang je.. ko ikut instruction, tekan punat sana, punat sini, jalan lah mesin tu nanti. Yang penting kau kena ada duit syiling limaposen. Itu syarat penting dia.
Price list.. murah je. Siapa tahap malas tak dapat dibendung, ko datang je sini basuh.. campak ke kain baju, spender ko semua dalam ni.. letak duit jalan lah dia nanti.
Last week kot.. malam minggu.. aku anak beranak keluar rumah dalam pukul 9.30malam.. ohh lupa nak bagitau.. DIY laundry tu bukak doplohpatjam.. ko nak tido situ pun boleh.. nak bawak kain baju segunung untuk basuh pun boleh.. janji ko ada duit syiling.. itu penting!.
Ok sambung cerita.. mula2 pergi Laundry DIY yang dekat2 ngan rumah aku.. datang2 je tengok orang tak ramai.. dalam hati ni kemain melonjak2 lagi.. syok ar aku boleh menguasai mesin tu dengan rakusnya.. hahaha.
Aku tunjuk sikit gambar2 yang aku snap kat kedai ni yer.. Apa ke nama kedai ni.. Ohhh Laundy DIY..
Mesin2 yang ada.. start dari 9kg, 14 & 25kg.. Kau sendiri nak try masuk dalam mesen ni pun boleh.. hahaha.
Tak silap aku ini dryer. Lepas dah basuh kain baju, ko humban masuk sini keringkan.. lepas tu boleh lipat. Kalau tahap malas kau melampau2 sangat, tak payah lipat.
Kenapa ayat aku kat atas tu "tak silap" nanti aku cerita..
Ini mesin untuk beli sabun.. sabun pun dia ada jual okeh.. singgit je sepeket.
Just for you yang kat rumah tak ada air.. sila datang sini basuh baju.. hehe
How to use washer.. ini instruction yang dia bagitau.. ko ikut je step 1 to step 5.. jangan ko memandai2 picit punat lain.. karang jahanam pulak harta benda orang.
Begini lah rupanya 3 beranak yang tabah menunggu depan mesen.
Siannn kat rumah tak ada mesen banyak2 and besau2 macam ni.. bila datang sini kau hadap lah depan mesen tu yer.. hehehe.
Kenapa aku kata "tak silap" tadi??
Ceritanya begini.. gambar yang kat atas2 sana tu semua kat Laundry DIY yang aku snap. Cuma gambar yang last 3 beranak tu je kat laundry tempat lain. Nama kedai tu Clean Pro tak silap aku.
Kenapa aku ambik gambar kat tempat lain2? sebab masa aku snap gambar kat Laundry DIY tu, aku cuti haritu.. baru lepas kutip budak2 kat sekolah. Balik tu aku singgah kedai kejap.. skali ternampak Laundy DIY. Aku pun jakun ambik gambar kedai tu.. dengan harapan malam tu nak pergi kedai tu ajak Nizam skali.. bila pergi malam tu skali duit syiling pulak tak ada..Laundry DIY tu pulak tak ada sediakan mesen tukar syiling.. phuiii.. lupa nak tukar siap2.
Hujung2 Nizam ajak pergi ke kedai yang satu lagi.. konsep kedai dia sama je.. cuma nama kedai & location je lain2. Plus kedai Clean Pro tu ada mesen tukau duit syiling. Bagus!
Korang kalau nak pergi membasuh baju kat kedai2 macam ni, sediakan syiling "limaposen baru" diulangi "limaposen baru" limaposen lama seketui besar tu tidak diterima.
Sekian harap maklum!!
Habis je mendobi malam tu kitorang melepak kat Mc Cafe Jalan Pahang. Lepak malam minggu kat Mc Cafe je sekarang. Dulu2 malam minggu lepak club.. Zaman dah berubah.. takkan nak hangkut budak2 masuk club plak.. hahaha.
Coffee2 di malam minggu.
Dah tu je nak cerita =)