Friday, November 29, 2013

Year End Holly Jolly Holiday

Harini Jumaat kan????? esok Sabtu kan????? lusa Ahad kan?????? next week Monday kann?????? Yahoo!!! next week tu aku cuti woiiiiii.. *shuffle* hahahahahahhaa tiba2 nak menggelabah tak tentu pasal pulak kau kan Jah ;P suka lah wehhh sebab next week aku cuti seminggu lahhhh.. direct seminggu tau. Ini semua gara2 nak habiskan cuti yang ada.. next year tak boleh nak carry forward.. huhu dekut!

Next week kan aku nak gi bercuti-cuti Malaysia. Alang2 dah nak end year ni elok lah aku perabiskan cuti aku apa yang ada.. tak habiskan nanti burn plak cuti tu.. sayang. Dalam pada hari bercuti seminggu tu nanti tak tahu lah aku nak update ke tidak blog ni. Kalau update pun cerita2 pendek je lah yang boleh aku buat. Itu pun update dari handphone. Tak kan bercuti2 pun sibuk nak hangkut segala laptop.. malas aku. 

Mungkin juga aku akan buat entry auto publish kot.. itu pun entry throwback je lah yang Kak Jah mampu dik.. hahahahhaa. Kalau rindu sangat tak menahan, boleh lah roger2 Kak Jah yer.. hahahhaha ;P

Yang penting aku nak jugak jejak ke tempat ni..

To my beloved husband.. Bie, better you find out where is this place yer.. kalau tak dapat nanti I akan sentap patplohlapanhari hehehe.. macam lah laki kau nak layan kau sangat Jah! ;P

Korang dah plan ke nak pergi bercuti bawa anak2?? aku nak ke Sabah 3D2N je kali ni. Flight hari Khamis, timing aku tak tahu pukul berapa sebab hidup aku ni selalu bergantung harap dengan laki je yang menguruskan semua benda2 macam ni.. hahahah. 

Bukan malas nak ambil tahu, cumanya kadang tu tau2 je dia dah booking dan uruskan semua dari flight ticket, booking hotel, transport dan segala2nya. Bila dia bagitahu aku semua detail, aku yang lupa. Bila tiba hari nak dekat pergi tu baru realize.. hahaha ngok sangat aku kann???!!

Tapi bab2 packing baju dan segala khazanah apa yang nak di packing tu aku memang expert ar. Mau tak nya.. kalau boleh lemari baju, lemari kasut semua aku nak hangkut sekali.. hahaha. Tu yang masa pergi bandung haritu aku backpack je... dilarang keras bawak bag besau2 ;P

Tak apa lah janji laki nak bawa pergi berjalan pun aku dah bersyukur seribu rahmat dah. Patut berterima kasih lagi kat dia. Terima kasih Bie.. lain kali booking pergi jauh2 sikit tau.. London ke Paris ke Korea ke Australia ke.. lalalalalalala ;D

Throwback : Melaka Wonderland 2012

Tak silap aku masa pergi Melaka Wonderland ni tahun lepas bulan August.. itu pun berdasarkan collection gambar dalam lappy aku yang aku named it as 'Melaka Wonderland 22 August 2012'.. memey lah boleh ingat.. hahaha.

Masa ni tak silap aku juga raya keempat tahun lepas. haaaaa kau!!!! raya2 aku anak beranak pergi berkubang.. kau ado?? kahkahkah. Time tu jugak kitorang beraya kat kampung Nizam di Melaka.. alang2 dah ada kat Melaka, pergi je mandi kat Melaka Wonderland.


Welcome to Melaka Wonderland Theme Park & Resort.. Kau tengok lah tiga beranak yang skinny tu.. tak menyabar nak masuk.. sampai ati tinggalkan mak ko yang demoks ni di belakang.. sobs =(


Nampak??? korang mesti nampak signboard Melaka Wonderland yang besar je kennn?? mesti korang tak nampak Khairine kat bawah sign tu kennnn?? hahaha.. kurus sangat anak mak ni.. sampai orang tak perasan ko dalam gambar tu.. LoL!!



As usual lah budak dua orang ni kalau dah jumpa air, makbapak dorang pun diorang tak pedulik.. tau2 je dah dalam air.. hahahaha. Dasar hantu air betul budak2 ni.



Ini pun aku terjerit-jerit panggil diorang... Khairine Danish!! come here snap picture!! baru lah diorang datang dekat sikit kat aku.. kalau tidak memang tak ada lah gambar diorang.



Semenjak diorang dah besar dan pandai survive ni, aku dah tak kisah sangat diorang nak mandi sendiri tak payah aku sentiasa nak kena teman. Kalau lemas je baru aku menggelupor kot.. hahahaha. Dah tak boleh nak control dah diorang ni sebab diorang kan hantu air, selalu berkubang kat Wet World, so diorang dah pandai jaga diri masing2.



Siap request suruh ambil gambar masa tengah melompat. Ok anything for you lah KhaNish =)

Ini je lah gambar yang aku boleh share dalam entry throwback. Lagi pun tengah mandi2 siapa pulak yang nak tolong snap kannn.. takkan nak upah photographer peribadi semata2 nak capture moment aku sekeluarga pulekk ;P



Selesai mandi dah nak dekat petang dan dah nak tutup pun tempat ni baru reti nak pulang. Ambil gambar sikit lebih kurang terus balik rumah Cheng. Keesokannya baru balik Kolumpor =)

Thursday, November 28, 2013

Kalau Dah Jodoh

Aku macam tertarik pulak nak kaitkan entry aku semalam pasal Dapat Offer Jadi Menantu Pakcik dengan cerita yang menggegarkan Malaysia tahun lepas pasal Budak 12 tahun berkahwin dengan remaja berusia 20 tahun. 

Semalam ada yang bagi komen tentang anak pakcik tu. Ada yang kata  anak pakcik tu baru 23 tahun muda lagi apa nak dirisaukan.. masih jauh perjalanan lagi.. bla bla bla.  Yer aku setuju juga dengan pendapat korang yang berpendapat gitu. Even aku dulu berkahwin pun diusia yang muda.. Umur aku 22 tahun jodoh aku dah sampai. Dapat anak umur 24 tahun. Bagi aku itu semua not a big deal kot.. janji aku memenuhi syarat2 agama. 

Sampai seru, kawin lah dia.. kalau ditakdirkan mereka tak panjang jodoh, bercerai lah dia.. Ini semuakan rahsia Allah.. Dah tertulis sejak azali lagi. Tapikan.. bagi aku lah kalau umur 12 tahun tu macam melampau sangat nak kawin.. hahahaha ;D

Issokay lah.. itu dah jodoh dia. Cerita ni aku C&P je dari blog Phat

***********************************

Pengantin Umur 12 Tahun Bercerai Talak 3



KULIM: Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.

Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.

Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.


Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.

Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.

Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan.

Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.


SUMBER

Wednesday, November 27, 2013

Baby Boy My Baby Boo


Ini bukan Wordless Wednesday yer Cik Joyah.. ini semua sebab pengaruh media sosial yang dah banyak sangat kewujudannya.

Atas sikap keTAMAKan dan keHALOBAan aku, cerita ni aku dah up kat DAYRE. Jalan mudah, aku screen shot cerita ni terus tampal kat blog.. mudah bukan??!!! hahahahaha 

Kalau korang rasa korang tamak dan haloba, sila lah ikut caraku :-P



Sent from Samsung Galaxy Note II

Dapat Offer Jadi Menantu Pakcik

Kejadian berlaku diawal pagi dimana masing2 sedang sibuk berlumba2 untuk ketempat kerja. Sejurus meletakkan kereta ditempat parking....

Izzah (bukan nama sebenar) : Assalamualaikum Pakcik
Pakcik : Wa'laikumsalam...Eh Pakcik nak tanya kamu ni.. Kamu dah ada boyfriend???
Izzah (bukan nama sebenar) : !@#$%^&%$ menjawab dengan penuh sopan..  saya dah kawin Pakcik dah ada dua orang anak pun..
Pakcik : Oooo yer ke kalau macam tu tak apa lah.. Pakcik ingat kamu belum kawin.. maaf pakcik yer..
Izzah (bukan nama sebenar) : Tak apa pakcik.. lalu tersenyum malu..

Lepas tu pakcik tu terus sambung lagi berborak dengan si Izzah (bukan nama sebenar)...

Sebenarnya pakcik ni tengah mencarikan jodoh buat anak lelaki pakcik. Umur dia 23 tahun. Risau lah Pakcik dia tak ada girlfriend lagi (gf). Haritu bertunang, lepas tu putus.. sebabnya haritu anak pakcik ada ternampak tunang dia tu bergambar dengan lelaki berpeluk2 masuk dalam facebook.. dah dua kali katanya dia buat macam tu. 

Akhirnya putus tunang. Anak pakcik ni suka main lumba2 kereta yang kat sepang tu.. yang bekas tunang dia tu pulak kerja make-up make-up artis ni (style orang tua bercakap) 

Lalu si Izzah (bukan nama sebenar) pun sambung....

Kesiannya.. itu lah kan pakcik.. tak ada jodoh lah namanya tu.. InshaAllah pakcik, saya doakan semoga cepat lah pakcik dapat menantu yer hehe. Kalau kenduri nanti pakcik jangan lupa jemput saya tau..

Pakcik tu mencelah....

InshaAllah, pakcik mesti jemput kamu, pakcik tak akan lupa.. 
Pakcik ingat kamu belum kawin.. itu yang pakcik berani bertanya tu.. Orang perempuan ni kena jaga keterampilan, kena bergaya.. bila keluar orang masih nak mengurat, tu maknanya perempuan tu masih steady, bergetah lagi.. bagus macam tu.. bla bla bla bla

Izzah (bukan nama sebenar) pun tersenyum sinis mendengar kata2 pakcik tu.. dan meminta diri untuk beredar...

*******************************

Nampak tak???? bagi aku, ini semua anugerah Allah.. Allah yang memberi kita kelebihan dan kekurangan. Maka kita sebagai manusia haruslah sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang Allah kurniakan kepada kita sebagai hambaNya tak kira samada yang baik atau yang buruk.
Jangan pulak kau nak meriak2 diri.. Bila2 je Allah boleh tarik balik kenikmatan yang dah diberi.

InshaAllah.. semoga kita semua dijauhkan dengan semua sifat2 dengki dan yang tak baik yer :))

Sebenarnya kejadian ni memang benar2 berlaku pagi tadi.. dialog diatas adalah dialong antara aku dan seorang pakcik yang bekerja sebagai seorang penyapu (under DBKL) ditempat yang selalu aku parking kereta area Menara KL. Lupa pulak aku nak tanya apa pekerjaan anak dia. hahaha

Conclusion, pakcik ni tengah mencari jodoh untuk anak dia.. siapa yang masih available, silalah isi borang dan boleh submit kat aku via email.. muahahahahahahaha

Ingat!!!!!!!! cerita ni aku blog kan cuma untuk berkongsi cerita je.. tak ada langsung niat -ve.. Please be +ve yer dengan cerita ni.. Chillax ok ;D

Jom mulakan hari kita dengan membaca doa ni.. 

Tuesday, November 26, 2013

Sembang Hujan

Alhamdulillah.. pagi ni kemain lebat hujan kat Kolumpor. masa aku keluar rumah tadi hujan gerimis je. Drive dah setengah jalan nak pergi kerja tadi.. phewwww tiba2 lebat sangat.

Bila tengok dari jauh area KLCC.. wowww gelapnya cuaca.. samar2 je nampak bangunan KLCC tadi..  terfikir juga kesiannya lah orang2 yang naik motor.. mesti ada yang redah je dengan pakai rain coat.. mungkin ada yang berteduh bawah jembatan. Lain pulak halnya dengan orang2 yang naik bas atau LRT. Dikala hujan ni mula lah segala jenis payung yang keluar dari bag yang dibawa spare hehe. 

Aku dulu masa rajin naik LRT (sekarang dah malas) segala macam benda aku bawa spare dalam bag sandang belakang (dah macam bag Doraemon) itu belum lagi handbag yang nak kena kendong.. hahaha. Dalam bag sandang tu aku selalu bawa selipar spare, kasut, payung, mini first aid kit dan segala macam jenis pin. Kot2 lah tiba2 tengah berjalan2 skirt ko tercabut butang ke, tertanggal zip ke kannn so elok lah sediakan payung sebelum hujan (ehhh betul ke pepatah tu??) hahahaha.

Hurmm tapi itu dulu. Sekarang aku dah malas nak naik LRT lagi sebab satu.. office aku dah pindah kat tempat lain.. walaupun still dalam golden triangle area lagi, tapi masa opis lama dulu turun je opis, terus naik monorail sebab station monorail kat bawah opis je. 

Sebab dua.. opis sekarang ni pulak station moroil yang nearest dengan opis aku ialah station Bukit Nanas.. station tu betul2 depan Hard Rock. So malas aku nak kena berjalan sampai ke station depan Hard Rock tu.. sebenarnya station tu tak jauh mana pun.. tak sampai sepuluh minit jalan kaki dah sampai.. plus aku tak suka nak berimpit2 macam sardin dalam train. Drive sendiri je senang pegi kerja.

Nahhh ini view dari opis aku. Fresh yang aku snap tadi masa half way taip entry ni. Cuaca dah clear time ni (9am) yang tak clear2 lagi ialah traffic je.. kalau dah hujan2 kat Kolumpor ni memang sokmo jammed. Mengada2 sangat hujan sikit nak jammed, keluar opis lambat sikit nak jammed. Benci aku.. kalau dok kat kampung kan best.. tak payah hadap jammed menggiler hari2.. LoL!!

Bercerita pasal breakfast pulak. Tadi aku sampai opis pukul 8am, parking kat basement pun clear je orang tak ramai lagi sampai opis. Settled parking aku naik opis tengok sekor umat pun tak sampai lagi. Nasib baik aku ada kunci opis. 

Bila dah masuk opis aku pun turun ke cafe nak beli breakfast. Dah tapau makanan, aku beratur pulak untuk order teh tarik.. biasanya aku tak pernah beli pun teh tarik, aku cuma akan minum hazel nut coffee je yang aku bawa dari rumah. Harini tiba2 teringin pulak nak minum teh tarik bungkus. 

Sebelum turn aku order tu, ada lah tigapat orang perempuan dan lelaki yang beratur, bila aku tengok masing2 punya order... yang sorang tu order teh o ais, yang sorang tu teh ais, yang sorang tu lagi nescafe ais.. semua ais ais ais.. tanjat aku.

Engkauorang tak reti sejuk ke pagi2 buta dah minum ais??????? lagi kan tak elok pagi2 minum ais??!!! especially orang perempuan. Kau orang tak takut keputihan ke banyak minum ais? hurmm apa2 pun itu semua hak masing2 diorang suka ais, diorang minum lah.. aku yang kureng minum ais ni especially waktu pagi, memang aku tak nak minum ais pagi2.. not good.

Ok lah dalam pada nak sembang hujan, tiba2 terpanjang pulak entry spontan yang aku carutkan pagi ni. Kau orang kalau ada cerita pasal hujan ke, banjir ke, pokok tombang ke atau apa yang berkaitan pasal hujan, cerita lah sikit kat aku.

Aku ada cerita pasal tragedi hujan juga sebelum ni, kalau nak tahu boleh baca kat [SINI]

Dah nak stop dulu. Lagi panjang nanti orang tak suka nak baca.. bila orang malas nak baca panjang2 karang ada pulak aku dapat komen2 yang tak kena dengan tajuk.. better stop disini ajos ;P

Happy working folks!! =))

Monday, November 25, 2013

Mee Goreng Basah Udang Bersepah

Tak tahu lah Kak Jah nak ketegorikan menu ni sebagai 'Mee Goreng Basah' ke atau 'Mee Hailam' sebabnya mee yang aku masak ni HITAM okeh!! hahaha ko jangan nak gelak2 sangat eh.. nanti tengok je lah rupa mee aku tu kat hujung entry ni nanti.

Macam biasa tak ada nak bagi recipe step by step.. aku taram je sukati aku apa aku nak tulis. Tak kuasa nak share2 recipe.. Lagi pun goreng2 mee ni senang je.. mengada-ngada sangat lah kalau korang kata korang tak tau macam mana nak goreng mee ;P

Actually masa aku nak masak mee ni pun aku jadi blank sekejap.. hahaha. Masa aku dah panaskan minyak dan campak bawang putih, lepas tu aku terus jadi lupa tahap memang tak boleh nak ingat langsung.. sampai bercakap kat diri sendiri lepas ni nak letak apa eh?? haha keliru mokcik dibueknyo.. LoL!!

Tak apa, masak memasak ni kan subjective.. so pandai2 lah korang adjust.. try and error kata orang ;))

Kicap pekat, oyster sauce, tomato sauce, chili sauce dan kiub ayam knorr

Ini semua bahan2 yang akan dicampak kedalam mee tu nanti. Tauhu, carrot, capsicum hijau dan merah, cili padi sikit dan bawang.. sebenarnya bawang tu lebihan aku goreng telur dadar.. alang2 dah berlebih marilah kita masukkan sekali hehe.

Air stock udang

Isi ayam.. masa aku campak bawang putih, aku gorengkan isi ayam ni sekejap untuk dapatkan jus ayam sebelum masukkan stock udang dan bahan2 lain seperti kicap dan sos2 lain dan juga capsicum semua tu. 

Dah siap!!! 

Kenapa aku panggil nama masakan ni Mee Goreng Basah Udang Bersepah?? BUKAN sebab udang yang aku letak tu banyak ok!!! ini sebab susunan udang tu bersepah2 tak tersusun.. maka terciptalah satu masakan yang diberi nama 'Mee Goreng Basah Udang Bersepah' muahahahahhahahahahahahaha.. boleh je kennnn ;D

 Ini lah rupanya yang tak seberapa.. 

Senang dan cepat dimasak. Kalau rasa teringin, sila lah masak sendiri.. selamat mencuba :))

Throwback : Day 3 Langkawi 2010

Hari terahir kat Langkawi. Tak banyak aktiviti pun haritu. Habiskan masa sementara nak tunggu flight balik Kolumpor tengahari.



Tak ada tempat lain lagi dah nak merayap, ke area Chenang jugak kiblat kitorang haritu. Disebabkan aku dah penat berjalan, naik bukit turun gunung kononnya, aku cakap kat Nizam aku nak massage kaki. Kat area tu banyak tempat urut kaki..ko pilih je yang mana satu menjadi pujaan hati. Aku tak kisah, aku redah je mana pun janji berurut kaki aku ni.

Habis massage2, start kereta terus ke Pekan Kuah lagi sekali.. kali ni sebab nak menghabiskan masa dan minyak kereta sewa tu.. kalau tak habis lagi minyak tu nanti rugi woooo..


Aku tak ingat lah ada beli coklat ke tidakk.. rasanya ada kot tapi disebabkan entry throwback ni tak ada gambar coklat dalam album kat fb aku, so aku malas nak refresh balik.. aku buat throwback berdasarkan gambar yang ada je lah eh ;P

 Apalah konon2nya posing macam ni???!!! hahaha poyo giler!!! 

Ini lagi poyo!!! tah apa yang nak ditunjuk tah.. hahahahaha


 Dah sampai airport nak balik Kolumpor


Dalam masa 45minit ke satu jam, sampai lah Kolumpor.

The End cerita throwback Langkawi 2010.. Nanti aku sambung cerita throwback lain pulak eh =)

Related post : Throwback Part 1 : Day 2 Langkawi 2010 [Click Here]



Saturday, November 23, 2013

Throwback Part-2 : Day 2 Langkawi 2010

Lepas dah naik cable car, all the way turun kitorang singgah ke Rebak Marina Resort kat sana ada banyak yacht landing.. Eh chopp!! time aku pergi time tu rempat ni baru nak naik.. betul ke nama tempat tu.. sekarang dah lagi cantik kot tempat ni... ehhh apa2 je lah.. malas aku nak pikir ;P


Cantik tempat ni.. cool




Dah ambil gambar sikit lebih kurang, kitorang teruskan perjalanan ke arah Pantai Chenang pulak.. ehhh perasan tak dalam entry throwback ni banyak gambar aku dari gambar Nizam.. hahaha. Sebab dia cuma jadi cameraman aku je sebenarnya hehe.

 Ni kat area station naik boat nak pergi hoping island.. 

Belakang tu view Awana Porto Malai.. sekarang ni hotel tu dah tukar nama.

bergambar kat depan je.. tak masuk pun.. boring ar nak masuk.. kalau KhaNish ada boleh jugak masuk dalam tu tengok2 ikan ke apa.

Dah habis ukur jalan kat Chenang, kitorang balik hotel.. nak mandi kolam pulak hehe.

Sebelum mandi2 kat swimming pool, kitorang sewa basikal kat hotel tu.. berkayuh lah berdua2an ditepian pantai ;P

Habis je berkayuh & berkubang kat pool, balik hotel mandi2 siap sebab malam tu nak ke Chenang balik nak dinner. Gambar dinner tak ambil sebab time tu macam tak terpikir pun nak letak kat blog.. time tu kan tak aktif blogging lagi.

 Bila malam2 area ni memang happening ar.. ramaii giler mat saleh bersidai kat bar dan cafe kat situ.


Gambar asal ado je lah eh.. malas nak letak banyak2.. nanti kena buat karangan panjang pulak.. malas aku.

Dah tu je.. nanti sambung Day 3 pulak.. last entry untuk Throwback Langkawi 2010.

Stay tune!! ;))

Throwback Part 1 : Day 2 Langkawi 2010

Hari kedua di Langkawi, aku tak ingat kat mana kitorang breakfast.. seingat aku kamiorang tak breakfast kat hotel kot.. hurmmmm memang tak boleh ingat. Mahap dipinta je lah eh ;P

Cadangnya nak naik cable car. Sebelum naik cable car, pergi ke Telaga Tujuh dulu. Sebab jalan nak ke Telaga Tujuh sama je dengan jalan nak ke cable car.. cuma kau akan jumpa simpang ke cable car dulu.. straight sikit kedepan baru jumpa Telaga Tujuh.

Nampak tak bawah tu tinggi mana?? cuma setakat ni je yang mampu aku dengan Nizam menonggek.. hahahaha.. tak lalu lah aku nak menonggek tinggi2 tu.. semput mokcik.. Lagi pun time kitorang rushing nak ke cable car. Janji dapat jejak kat area Telaga Tujuh sudehhh ;)


Kononnyaaaaaaaa.. hakikatnya kau semput nak mendaki.. hehehe


Haaaa ini lah jentera besi yang kitorang sewa dulu.. Sang wira gagah perkasa.. tapi keadaan dalaman kereta ni sangat sedehhhhh.. tau je lah kereta sewa kannn.. habis dah kena lenjan.. huhu


Tu dia si bajau laut dah sampai.. ketaq nak naik cable car.. hahahahaha

Ek ehhhh tau2 dah ada dalam cable car.. hehehe

Aku ni kan seorang yang gayat.. dah lah gayat, jakun pulak tu.. bila dipaksa aku naik natang ni memang aku ketaq habih wehhh.. tawakaltualallah je lah.. 

Cuak!! hahahaha.. sepanjang dalam cable car ni punya lah kecut perut aku.. pejam mata sepanjang keatas tu. 

Bila kali kedua aku naik April tahun ni haritu, aku dah kental.. sebab pengalaman pertama ni dah mengajar aku erti tak payah nak kecut perut sangat.. miahahahahahahahha




Ehhhhhh dah sampai atas.. hikhikhik.. dalam pada ketakutan tu selamat juga aku sampai.. sampai terbang2 rambut mokcik dibueknyo ;))


Time ni cuaca cantik sangat.. biru je langit.. sejuk macam kat Genting.


Gayat bila tengok ke bawah.. 

Lepas tu pergi ke jambatan kudong pulak.. hahaha . Perjalanan nak ke jambatan tu kena redah tepi2 macam hutan sikit.. 


Yang tahun ni aku tak dapat pergi kesini sebab under renovation. Nasib baik aku sempat jelajah situ walaupun sekali :))


Cantik tempat ni.. dengan angin sepoi2 bahasa.. 


ni dah penguhujung jambatan tu.. cantik pemandangan kat bawah.. tapi ada sikit gayat.


Dah penat berjalan penat pulak.. lepak duduk sini jap ambil angin hehehe 



Lepas dah puas jalan2 kat atas jambatan kudong, kitorang nak turun ke bawah.. jalan2 kat shop bawah tu.


 Sampai je kat bawah ternampak pulak macam mini zoo ni.. 

Tak ingat apa tah lagi binatang yang ada kat dalam tu.. yang aku tau ni je lah.. Rusa.


 Jalan2 kat tepi tasik kejap sebelum keluar dari sini.. lepas tu kitorang nak pergi jalan2 kat pantai chenang pulak.

Time dah tengahari buta.. panas tapi tak sejuk macam masa kat atas puncak sana..

Last sekali sebelum keluar dari kawasan tu, kasi rabbit makan dulu.. buatnya rabbit tu datang sawan dia, gigit aku.. errrgghhh takuttttttt ;P

Habis cerita part 1 untuk hari kedua.. nanti aku sambung cerita hari kedua juga tapi part 2 yer.. 

Stay tune :))