Friday, November 22, 2013

Throwback : Day 1 Langkawi 2010

Ini second entry throwback aku untuk cerita2 yang aku tak pernah masukkan ke dalam blog ni. First entry throwback aku haritu entry yang aku ke Legoland [LINK]

Untuk aku memorialkan cerita2 throwback aku, slow2 aku akan buat story by story yang aku rasa aku belum pernah aku buat entry. Maklum je lah.. blog ni baru je wujud tahun 2010 je pun.. 2013 baru lah hegeh2 nak aktif semula berblogging. So cerita2 di tahun 2010 sampai 2012 semua tercicir. Kalau tak suka jangan baca.. kalau dah baca sila jangan kutuk okeh hehehe. Yer lah sebab cerita dah kepam kot.. lagi nak buat throwback ;P 

Arrghhh biar ar!!


**************************************************************************

Ok aku cuba refresh sikit2 lah eh.. kata throwback.. memang lah dah tercampak jauh kebelakang.. mana lah nak ingat semua benda time tu kennn ;)


Kau buat2 tak nampak je lah rambut aku yang setengah hitam setengah berkarat tu yer.. ini semua gara2 tak sempat nak ke saloon time tu untuk touch up rambut.. phuiii buat malu ajos!!

Flight pagi, tak ingat lah pukul berapa. time ni aku pergi berdua2an je dengan Nizam.. Sampai je Langkawi Airport terus ambil kereta sewa yang memang dah ada kat dalam kawasan airport. 

Lepas tu teruskan perjalanan ke Kota Mahsuri. Ko tau je lah kalau dah pergi berdua2an mana hala tuju pun tak tahu.. main redah ikut gerak hati je.. tak ada itinerary langsung.. hahahaha. Itu tak apa.. tak ada siapa nak marah pun sebab sendiri yang drive sendiri yang decide sudehhhhh ;P


Pagi tu terus masuk ke Telaga Mahsuri

Trademark Telaga Mahsuri. Buek apo kau monung Jah??!! hahahaha

Feeling gadis Mahsuri sangatttttttttttttttt hehehe

 Motip????? sebenarnya nak teduh bawah pokok sebab cuaca panas time ni hehehe

Iklan Gamat House.. kau mampoo???? ;P

Ini pulak macam nak buat video clip minyak gamat chap Langkawi tapi tak jadi.. dok kat kosi sajo lah feeling2 sikit hehehe


All the way nak bla dari Kota Mahsuri ada satu kedai yang specific jual minyak gamat. Pembuatan minyak gamat pun freshly dari kedai tu juga.. singgah kejap tengok cara2 dia masak gamat. then ini lah hasilnya.. hitam likat gelap!

Gambar dan cerita sikit2 je lah eh.. janji ado.. actually ada lagi tempat yang kitorang singgah lepas ke Kota Mahsuri, malas aku nak letak gambar banyak2 dalam entry throwback ni..karang panjang berjela plak.. selebih gambar tu semua dah lama aku humban ke dalam album kat fb.

Lepas dah menjelajah Kota Mahsuri, terus gerak ke Beras Terbakar.


Beras terbakar kat sini pun dah berkurangan.. cuma tinggal tapak dan sejarah je sekarang ni.. itu pun not all the place.. certain place yang dalam pagar tu je yang ada.

Ini lah dia rupa beras terbakar. kawasan tu pun dah dipagar, so kau tak boleh nak mencari lagi dah beras ni. Dulu masa tahun 90an kot aku pergi Langkawi, time tu masih boleh lagi ko mencangkong cari beras terbakar.. la ni  non hado dah.

Ini rumah yang diperkarangan tempat beras terbakar tu. Aku admire sangat rumah ni. April tahun ni aku pergi pun masih kukuh lagi rumah ni. Cantik!

Flight kan awal pagi, so memang belum boleh check in hotel time tu..


 Sesudah tu baru boleh pergi check in hotel. Langkasuka Resort. Lepak sini 3D2N (11March2010-13March10)

Dah check in, berehat2 luruskan urat dalam bilik, petang sikit baru keluar lepak tepi pantai ambil2 angin sikit..


 then terus keluar pergi jalan2 Pekan kuah dan singgah ke Dataran Lang.. 


 Feeling tourist sangat mintak tolong orang snap kan gambar kau lakbini kennnn hahahha



Lepas poyo2 bergambar, terus masuk kat dalam duty free yang kat jetty orang naik feri tu.. Kat sana kitorang lepak makan donut je kat Big Apple


Lepas makan kat Big Apple.. 


keluar dari kawasan tu lepak2 kat tepi tebing luar yang boleh nampak boat2 lalu lalang.. 

Malam tu pulak kitorang pergi.....................

Pffffttt!! Sumpah aku dah ingat apa terjadi.. hahaha. Cerita dah lama.. dah dua tahun berlalu mokcik dah tak berapa nak ingat.. hahaha

Dah habis part ni, kita sambung pulak Day 2 Langkawi 2010 di next entry yer.. 

PEACE ;)

Related stories : CLICK HERE

10 comments:

  1. satu jer nak cakap..nak kurusssss jugakkkk..nangisssssss..eh out of topic eh hahahha...

    ReplyDelete
  2. Haha..klu dh mlm dah kata berdua tuh.dah tau dah g mana..pewitttt..haha

    ReplyDelete
  3. seronok bila dpt mengimbau kenangan niee ^___^

    ReplyDelete
  4. hahahaha....tahun 2010 punya jalan jalan, boleh igt lagi ek? i 2010 gi Bali...harammmmm tak igt kalau nak suruh tulis entry sekarang!

    Gambar posing bawah pokok tu sangat sesuatu okeh...wakakakakaka..

    Makan donut pakai pisau & garfu tu....sangat mat & minah saleh...:P

    ReplyDelete
  5. iklan gamat tu paling mahal babe...ha ha ha...memang i tak mampu...ekekekee... tapi masa tu nizam berisi sikit ek babe?

    ReplyDelete
  6. bes nyerrrr kak jah melancong langkawi berdua .. Feeling honeymoon la kan hehehhee ^_^

    ReplyDelete
  7. Kurus murus zaza time ni..pergi honeymoon yek...

    ReplyDelete
  8. amboi kak.. bukan kemain mengenang kisah cintan tahun 2010 ye..hihihiks..
    bilaaaa la nak g sana ni.. nak ajk cik abg hnymoon la camni.. :p

    ReplyDelete
  9. Dah byk yg berubah kat sini kan zaza....next year I bwk fmly pi sana plak....x sabar rasanya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah