Wednesday, January 29, 2014

WW : IbuBapa Cemerlang

Anak2 yang cemerlang datang dari Ibubapa yang cemerlang.. Fikir2kan ;-)


Sent from Samsung Galaxy NoteII

Panjangkan Sedekah Buat Mereka


Assalamualaikum korang.. 

Aku ada berita sedih sikit pagi ni nak share. Ini kisah benar yer.. korang jangan ingat aku up cerita2 tipu pulak tau *takbaiktipunantidosa*. Actually aku nak share cerita ni berdasarkan  gambar yang korang nampak kat bawah ni. adik2 dalam gambar tu sebenarnya sepupu kepada kawan baik aku.. Shida

Source : C&P dari fb Shida korang boleh tengok kat fb Shida

As salam..
Beberapa miggu lepas saya ada menyiarkan cerita tentang sepupu saya (2 beradik di atas) yang kini yatim piatu setelah pemergian ayahnya beberapa tahun lepas dan diikuti kehilangan ibunya pula beberapa minggu sudah. Alhamdulillah ramai yang prihatin dan bertanya serta sudi meghulurkan sikit sumbangan.

Walaupun sedikit tapi ikhlas dan diharapkan kami dapat membantu megurangkan penderitaan mereka dan membolehkan mereka berdua dapat menikmati hidup sempurna seperti kanak2 lain seusia mereka. Betapa tabahnya mereka kini meneruskan hidup tanpa ibu dan ayah. Kini mereka berdua masih dibawah jagaan nenek mereka di palong Negeri Sembilan. Jika ada yang sudi menghulurkan bantuan bolehlah di salurkan terus kepada adik arwah ibu mereka.

Maybank 155078428737 - Siti Aishah binti Abdul Aziz.
Alamat : 
No 171 blok 8 felda palong satu,
73440 gemas,negeri sembilan.

Di harapkan sumbagan kita dapat membantu meringankan penderitaan mereka. Sama2 kita berdoa mereka bedua berjaya di dunia dan di akhirat.

ALFATIHAH kepada arwah ibu dan ayah mereka.. Amin.

**Korang kalau nak share entry ni up kat blog korang pun boleh.. sangat dialu-alukan.. sama2 lah kita membantu sedikit sebanyak untuk adik2 malang ni.. Hari ni hari mereka, mana tahu sok2 hari kita pulak.. siapa tahu kan????

Semoga membawa keberkatan kepada kita semua.. In Shaa Allah.

Tuesday, January 28, 2014

Yogyakarta, Indonesia

Dah lah kena tinggal dan ditinggalkan.. balik2 je terus suruh aku up cerita dia kat blog aku.. kejam kan?? Actually bukan lah kena tinggal atau ditinggalkan.. Trip yang Nizam pergi ni cuma dengan kawan2 perempuan lelaki dia je.. buat apa aku nak menyebok ikut pulak. 

Dia pergi Yogyakarta lepas tu sambung terus ke Bandung. 5D4N dia kat sana. Kemain sakan menggeletis dengan kawan2 dia. Berbulu je mata aku bila tengok gambar2 dia kat sana.

Dats why tahun ni aku pulak nak buat trip rombongan dengan kawan2 lelaki perempuan aku. Siapa ada hati nak pergi travel, jom lah kita plan sesama.. lepas raya pun chantek jugak.. Kak Suria Amanda, Darl Bubbynotes & Adik AJ as per discussed we can plan after raya for our trip ok =)

Dialog & lakonan semula laki bini
Nizam : 
Sayang, nah gambar I dah copy semua dalam lappy tau.. nanti you update dalam blog you.

Aku : 
Aikkk dah lah I tak ikut, cerita kat sana pun I tak tau.. apa yang nak dijoyahkan nanti.

Sambil bukak lappy dia pun tunjuk kat aku gambar2 dia kat sana sambil pokpekpokpek ceritakan setiap gambar kat aku..

Aku : 
Bayar arrrr.. ingat free ke nak up cerita you kat Jogja tu.. hahaha *gelaksyaiton*

Nizam : 
Ooo berkira yer.. tak apa lah you masukkan lah cerita2 I kat Jogja tu.. nanti orang boleh refer kat blog you kalau siapa2 nak pergi Jogja..

Aku : 
hurmm yer lah tunggu lah nanti I senang2 I buat.. malas nak letak watermark bagai.. dah lah gambar you banyak.

(Dialog aku lagi panjang dari Nizam.. nampak sangat bini dia ni banyak cakap.. kepoh!!)

Hahahhahaha pasrah dalam redho je laki aku bila dengar bini dia yang kerek ni bila bercakap. Ehhh betul tak?? kalau aku nak up cerita dia, mesti lah kena bayar.. ingat free2 je ke buat entry.. dah lah aku tak ikut rombongan yang dia pergi tu.. phuiiii.

Ohh satu lagi lupa nak mengadu ngan korang.. Laki aku sekarang pun dah panggil aku dengan panggilan KAK JAH!! hahaha.. kadang dia panggil aku BEDAH.. Gggrr kuat nau terpengaruh bila baca blog aku. Lagi best bila dia perli2 aku dengan ayat2 yang ada dalam blog aku ni.. Bila bercakap dengan aku siap cakap sebijik-sebijik macam apa yang aku tulis kat blog ni.. hahahaha. Apa2 pun terima kasih Bie sebab sudi baca blog bini you yang tah apa2 ni.


Ni kat temple Borobudur.. kemain berlagak lagi dengan aku tunjuk gambar2 dia kat sana.. nyampah!! ;P


Muka ata sinyummmmm.. gumbira lah bini you tak dapat ikut.. sobs =(

Aku letak dua gambar je dulu kat entry ni.. nanti aku sambung kat entry lain untuk cerita selanjutnya yer.. gambar banyak nak kena watermark tu.. tunggu aku siapkan sikit2 nanti aku sambung yeh.

Monday, January 27, 2014

Makan Memakan

Giler punya tak ada cerita menarik.. harini aku nak tonjolkan gambar makanan je.. boleh???? hahaha. Weekend Sabtu haritu Khairine kena pergi sekolah.. dia ada kem apa tah tapi khas untuk pengawas2 sekolah.. tu pun setengah hari je.. so setengah hari tu tak boleh bergerak kemana2.. nak keluar menggeletis pun tak boleh.. sebab tengahari tu kena ambik Khairine dari sekolah. 

Petang dah malas nak keluar.. membuta sampai lewat petang. Malam pulak kelaparan. Tanya budak2 ni kata tak lapar. Ok kalau macam tu biar Babah & Mummy je keluar pergi makan.. korang dok rumah lepak main game je lah yer hehe. 

Aku dengan Nizam pergi yang dekat2 rumah je.. kitorang pergi makan kat Mentara @ Tiara Ampang.

 Hasilnya ini dia.. ini pilihan Nizam.. nasi kerabu ayam percik. Nizam kalau dengar kata makanan yang berunsurkan percik2 ni mmg fav dia. so mari kita try. Sedap jugak. Nasi dia lembut tak berderai.. kuah percik dia pun depan woii.

Aku pilih nasi kerabu daging bakar + kuah percik. sedapsss jugak ni. 

Masa kitorang tengah makan bro yang meniaga ni datang kat kitorang. Dia tanya samada makanan tu sedap ke tidok.. Nizam kata memang sedap.. lagi pun fav dia memang ayam percik. Sekali bro tu tanya lagi.. kau orang mana bro?  Nizam kata orang Melaka.. tak semena-mena bro tu terus jerit Laaaaa orang melaka musibat.. aku pun orang melaka jugak.  

Nampak??? Orang Melaka kalau dah jumpa orang Melaka memang perkataan lahanat, lahabau, hawau semua keluar hahaha. 

Kepada sesiapa yang rumah area ampang macam aku, boleh lah try nasi kerabu bro ni.. sedaps.. dia baru dua minggu meniaga.

Ahad pulak ada wedding kat Melawati.. lepas attend wedding kakak aku ajak pergi menggeletis kat Kenanga (KWC). so tak ada aktiviti menarik pun Ahad aku.

Yang penting aku nak kasi tau kat korang yang aku ada order cheese cake leleh dari DZZZ. Ini pun aku kirim dengan kakak aku suruh dia ambik dari DZZZ kat Klang. Kakak aku kan duduk kat Klang.. so alang2 dia nak datang rumah semalam aku kirim je kat dia.

Nak tengok??????

Nahhhh tengok ni.. aku snap gambar sipi2 je kasi korang leleh ailio.. hahahaha. Recommended wehhh korang kena order dengan dia. Dijamin sedap!!

Jangan lupa LIKE fb page tu ok =)

Done cerita hari Sabtu Ahad. Meh nak tunjuk apa yang aku makan & minum hari ni.

 Pagi tadi aku minum Cadbury Hot Chocolate Drink ek elehhh itu pun nak kecoh Dah tak ada cerita sangat gamaknya ni sampai apa yang aku minum pagi tadi pun boleh jadi cerita kat blog.. muahahahaha ;P

Lunch tadi pulak aku makan yee mee kat cafe opis aku.. ini pun sedapss sampai termimpi-mimpi.. hahaha tak habis2 bersikap over!

Ok sekian saja cerita makan memakan Kak Jah untuk harini.. 

Daaaaa =)

Saturday, January 25, 2014

Majlis Ta'lim Darul Murtadza [24 Januari 2014]

Alhamdulillah..semalam aku berkesempatan join Majlis Ta'lim di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa. Banyak ilmu yang aku dapat.

Antara pengajaran yang aku belajar semalam yang di terjemahkan dari buku Panduan Amalam Harian Bidayatul Hidayah.

ADAB-ADAB ORANG ALIM (ADAB-ADAB SEORANG GURU)
Adab-Adab Pergaulan

"Jikalau engkau seorang guru maka hendaklah engkau jaga adab-adab ini"

1) Ihtimal (banyak sabar menanggung kesusahan).

2) Lambat marah.

3) Duduk dengan haibah atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.

4) Meninggalkan takbur atas sekalian hamba Allah Taala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.

5) Memilih tawadu' yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan majlis orang ramai.

6) Meninggalkan bergurau dan bermain-main.

7) Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.

8) Membimbing murid yang bebal.

9) Tidak memarahi murid yang bodoh.

10) Tidak malu daripada berkata "aku tidak tahu" (bagi masalah yang tidak diketahuinya).

11) Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik.

12) Menerima hujjah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.

13) Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika dia tersalah.

14) Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.

15) Melarang murid daripada menghendaki yang lain dari Allah dengan ilmunya.

16) Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang fardhu ain. Dan ilmu yang fardhu ain itu ialah yang berkenaan dengan membaikkan zahir dan batin dengan taqwa.

17) Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat memenuhi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya (ilmunya).

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semua diatas adalah sikit sebanyak adab-adab pergaulan. Masa aku datang Majlis Ta'lim malam tadi, Habib Ali Zaenal Abidin dah terjemahkan semua point2 kat atas tu. So daripada kita tak tahu, sekarang dah tahu. Ada diantara point2 tu aku address pada diri aku sendiri sebagai panduan untuk menjaga adab percakapan antara aku dengan anak2 aku. Anak2 ni perlukan perhatian.. so dengan adab-adab yang diterjemahkan tu boleh lah aku practicekan pada Khairine & Danish.

Kalau korang berminat nak join Majlis Ta'lim ni boleh dapatkan info2 di :
Kalau tak dapat nak join, boleh je dengar ceramah2 pendek dari Habib Ali Zaenal Abidin kat youtube

Friday, January 24, 2014

Biadap!

Assalamualaikum..

wahhh mentang2 hari jumaat.. dan2 tu nak bagi salam.. apasal hari2 lain tak bagi salam??!!! *phuiiikatdirisendiri*. Sebelum aku nak melepaskan geram, lebih afdol aku share something nice dulu.. lepas tu baru boleh lepas geram.
Fahem tu?? Opsss aku dah terikut2 pulak cara percakapan Habib Ali Zaenal Abidin dalam Majlis Ta'lim dia.. hehe. Tak kenal siapa Habib Ali??? hurmmm common betul lah korang ni.. kalau nak kenal siapa Habib Ali, korang boleh tengok kat LINK ni.

OK itu makadimah.. sekarang aku nak lepas geram pasal kejadian pagi tadi.

Macam biasa pagi hantar Khairine & Danish pergi sekolah. Lepas hantar diorang pergi sekolah aku pun terus pergi kerja. Masa sampai kat simpang depan sekolah budak2 tu, aku perasan ada kereta Avanza depan aku nak keluar simpang.. means dat kedudukan kereta aku betul2 belakang kereta dia. Fine! ko tahu apa jadi????

Masa kereta depan aku tu nak keluar simpang, dia dah langgar mat bangla yang naik basikal... cuak giler aku bila nampak kereta tu langgar mat bangla yang naik basikal.. nasib baik tak parah *kurussemangat*. Lepas dia dah langgar tu aku ingat orang yang langgar mat bangla tu nak turun dari kereta sebab dia dah bersalah.. lamaaaaaaaa aku tunggu tengok2 memang dia tak keluar2 dari kereta. Aku pun hon lah dari belakang. Kot yer pun kau tak nak keluar dari kereta, sila lah keluar dari simpang tu cepat2. Kenapa mesti nak diam kematu kat simpang tu?? bilanya ko nak jalan???

Aku syak dia terkejut sebab pagi2 buta dah langgar orang.. tu yang lama diam kematu dalam kereta kat simpang. Yang tak bagusnya perangai orang tu.. ko dah tau ko langgar orang, ko turun lah tengok mat bangla tu.. entah hidup ke mati ke pengsan ke parah ke kat situ.. ini kau boleh buat bodo je lepas tu terus keluar simpang. Yang si mat bangla tu terpinga2 kat tepi jalan dengan tayar basikal dah bengkok sebab kena langgar.. 

Kurang ajar betul orang tu!!! Bangla tu pun manusia biasa jugak.. ada hati dan perasaan apa??!!! cuba kalau kau pergi ke negara orang.. lepas tu kau kena langgar walaupun tak parah, apa perasaan kau masa tu???!!! hurmmm adakah ini typical Malaysian? atau sikap manusia tu sendiri yang tak ada hati dan perasaan???? 

Thursday, January 23, 2014

Update Baby Shahir Setahun

Kalau ada yang belum tahu siapa Baby Shahir ni, korang kena baca cerita2 kat link bawah ni.. baca dulu baru faham.


2 February ni genap setahun pemergian Kak Karina. Al-fatihah semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. I miss her oredi =(
Hari ni aku nak share gambar terbaru Baby Shahir. Almost 1 year old dah umur dia. In Shaa Allah next week aku dengan Shida nak pergi ziarah baby Shahir.

    Wednesday, January 22, 2014

    We Are Karaoke Madness

    Ahad hari tu habis je masak nasi lemak, dah kasi laki & anak2 makan kitorang terus keluar berkarok. Kemain harok dua jam berkarok anak beranak.

    Selfie anak beranak.. pandai laki Kak Jah snap =)


    Oiiiii tengok apa tu????  Mummy ko macam syok sendiri je snap gambar korang.. padahal korang haram tak pandang camera.. sobs =(

    Duet nyanyi anak beranak =)

    Kalau dah berkarok tu tak kan nak tunjuk gambar je kannn??? kita mesti lah tonjolkan suara kita yang sumbang kepada orang ramai.. sanggup ke korang nak dengar suara sumbang kami???? hahahaha. 

    Nak dengar ke suara sumbang kitorang??? alahaiiii malu lah.. Suara penyanyi karaoke jamban memang tak sesedap penyanyi karaoke dalam bilik air.. hahaha. Ok ok.. aku letak video lah yer kat sini.. tapi lepas tu jangan ngutok tau.. aku tumbok korang nanti!! hahahaha.

    Ehhh nanti nanti nanti... sebelum korang dengar suara aku yang lunak merdu bak buluh perindu kat bawah tu, aku saja nak cerita kat korang. Pagi tadi kan masa aku driving nak pergi kerja radio kereta tak boleh on.. phuiii!! nak tau apa aku buat??? aku on video kat hp aku..lepas tu dengar suara sendiri menyanyi (video bawah ni) muahahahaha.. hiburan yang dinyanyi sendiri buat diri sendiri.. hahahahaha oklah tu kannnn???!! ;D

    Lagu Tak Mungkin kerana Sayang.. kot???? ke apatah tajuk lagu ni.. aku lupa. Sila puji suara merdu ai pelissssssssssssssssssssss.. muahahahahaha *ayatmacammintakkaki*. Kalau korang layan video ni kan, masa aku tengah syok feeling suara merdu tiba2 laki aku terbersin masa ambik video ni.. hahahahaha potong!!


    Sandiwara Cinta by laki den berduet dengan anak dara dia.


    Tajuk lagu yang Khairine nyanyi ni aku tak tau.


    Aku yang dulu bukan yang sekarang by Danish Tegar.. LoL!

    Habis dua jam berkarok harok anak beranak terus balik rumah.. banyak lagi kerja kat rumah tengah menanti.. nak iron baju skolah budak2 tu, nak iron baju kerja Nizam.

    Selamat terhibur dengan suara sumbang mambang kami... ;)

    WW : Lompat Bintang

    LOMPAT BINTANG yer.. bukan LOMPAT BINATANG!! hahaha ;D

    Tuesday, January 21, 2014

    Nasi Lemak Kak Jah RM4.50

    Nak melucah lah tu kan????? mesti korang baca je tajuk entry ni ingat "nasi lemak" aku kan??? Eeeeee otak kuning betul lah korang ni.. hahaha. Ini nasi lemak betul2 lah weiiii.. Minggu lepas aku masak nasi lemak. Lauk standard nasi lemak yang harga patringgitsetengah punya.. terbaekkk.. hahaha. 

    Jap lagi korang tengok gambar2 yang aku nak tayangkan tau.. lepas tu sila tinggalkan komen yang best2.. contohnya "sedapnya Kak Jah masak" "wow menjilat jari kaki saya lah" "menariknya lauk2 yang Kak Jah masak tu" and bla bla bla. Ok tak macam tu???? ;P

    Ahad haritu.. biasalah weekend kan hari kekeluargaan.. so aku pun bersemangat lah kononnya nak masak nasi lemak. Asek2 masak nasi ayam je.. bagilah aku buat cerita pasal nasi lemak pulak.. mudah2an dapat pageview tinggi macam entry nasi ayam aku kat LINK ni.. hehe

    Recipe nasi lemak tak payah lah aku bagi yer.. nasi lemak je kot.. google je lah sendiri :D

    Mula2 sekali aku masak daging black paper dulu. walaupun dimata korang tak nampak kat mana "black" nya kat daging tu tapi aku tetap kata ini daging black paper. Kuning2 tu sebab aku perap daging ni dengan garam kunyit. Bila goreng dan dah cukup masak baru aku campurkan sos black paper.. hahaha boleh gittue???

    Lepas tu goreng ayam pulak. Ayam goreng ni untuk budak2 tu.. karang tak ada ayam goreng sibuk mintak2.. so aku lumur je garam kunyit lepas tu goreng.

    Ohh lupa nak cerita.. aku ni kalau dok kat dapur memang lama macam orang betapa kat gua. Dah macam ambik catering masak untuk jamuan raya je kekdahnya. Sebab aku ni bangsa tak suka dapur berkecah. Kalau ada pinggan mangkok, piyok belanga kat dalam sinki, aku mesti nak settlekan dulu sambil2 masak. Tak reti lah kumpul2 pinggan mangkuk kotor selonggok kat sinki.. nanti aku jadi serabut. Bila serabut mood nak masak tu terus ke laut je nanti. hahaha banyak nau pantang larang Kak Jah kau ni.. phuiiii phuiii phuiii!! hahaha.

    Lepas tu aku masak sambal udang. kemain menonggek-nonggek udang dalam sambal tu.. hahaha. Udang pun tak lah besar mana pun.. tapi aku boh banyak2 dalam sambal tu.. biar puas dapat makan udang banyak2. hambekkk kau!

    Then diteruskan menggoreng telur dader dadar. Hancur boncai jadinya telur aku.. hahaha. Tak apa lah janji laki ai tak complain. hehehe.

    Lepas tu goreng kacang & ikan bilis sikit.. timun pun jangan lupa yer.

    Dan hasilnya... combination semua tu dalam satu pinggan. 

    Semuanya dah selamat dok dalam perut.. tinggal nak tunggu jadi bahan kumbahan je ni. Ehhh lamanya nak jadi taik???!! hahaha.

    Oklah.. Selamat menjamu mata =)

    Monday, January 20, 2014

    Weekend Kami di Genting

    Kalau tahun lepas cuti Maulidur Rasul sambung dengan cuti Thaipusam aku bercuti ke Penang [LINK] tapi tahun ni aku bawak Khairine & Danish ke Genting je... haha giler bajet punya percutian. Ini pun bukan consider bercuti.. just jalan2 hujung minggu je. Tak plan pun. Tau2 je Nizam ajak pergi Genting. Laki aku tu kan kalau tak buat plan tanjat2 tak sah.. tapi aku suka wpun tanjat2 macam tu.. miahahaha.

    Yang sedap bapak diorang lah.. last week baru balik dari berjalan sakai dengan kawan2 dia ke Jogja.. dari Jogja sambung pulak ke Bandung.. 5hari 4malam.. benci aku!! *padahalakusakithatitakdapatikut* hahaha.

    Sabtu lepas Nizam ajak pergi breakfast kat Kampung Baru.. lama benau tak makan lontong yang sedap nak arwah tu.. bila makan lontong dia tu aku rasa boleh pitam kat situ... hahaha. Nak tanya aku kat mana lah tu kennn??? Kalau korang pergi Kampung Baru, kedai akak tu kat pasar minggu.. cari je kedai lontong, nasi lemak & kuih lopez yang top tu.. sure korang akan jumpa. Kalau nak tau pitam ke tidak.. sila lah try yer Senah =)

    Ok gambar masa breakfast tak dapek Kak Jah nak tunjuk sebab dah kebuluran pagi tu.. so gambar lontong non hado.. apatah lagi gambar Kak Jah yang comel jelita ni.. hehe tak nak lah tunjuk muka sembab aku pagi2 depan lontong.. karang korang tak dapat nak bezakan yang mana satu lontong, yang mana satu muka aku pulak karang.. hahaha phuiiiii.

    Nampak??? kan aku dah kata.. kalau dah start mengarang satu entry ni, intro kalau tak panjang berkilometer berjela memang tak sah.. kalau bercakap live ko jangan katalah.. lapanratusribu patah perkataan sekali nak keluar dari mulut kalau dapat bercakap.. hahaha dasar Joyah betul!!

    Ok ok.. jom lah baca cerita aku yang tak berapa nak menarik ni.. 

    Sampai je Genting lebih kurang pukul 3 petang dah. Kemain sejok nak mampos kat atas tu. Gigil tubuh badan dibuatnya. Tak ada niat pun nak masuk ke theme park outdoor haritu. Rupa2nya outdoor tutup..  diorang tengah buat renovation.. mungkin nak upgrade lagi best kot tempat tu.. lama plak tu tutup sampai 2 tahun nyah!!

    Jalan2 je kat indoor skali ternampak natang dua ekor ni kat atas stage.. bapak diorang cepat2 panggil suruh Khairine & Danish bergambar kat atas stage ni.

    Lepas tu jalan2 kat dalam tu mula lah budak2 ni berzanji kat telinga bapak dia ajak naik roller coaster lah, nak itu lah nak ini lah. Aku rasa kalau bapak diorang layankan jugak perangai anak2 dia, mau koyak rabak poket bapak diorang. Aku diam je.. perati je perangai diorang.

    End up aku kata jom lah kita coffee2 kat starbucks. Tapi Nizam kata tak payah.. daripada berhabis namtujuhploh hengget kat starbucks, baik pegi makan pizza hut.. lagi kenyang. Aku pun ok kan je.


    Suka lah tu kan??? makan lah kenyang2 nak.


    Sebelum aku teruskan cerita, bagi aku sentilkan gambar tuan tanah gedaung dengan laki dia dulu.. hehehe.


    Dan juga gambar anak beranak tuan tanah ;)

    Ok dah puas tatap muka ai?? jom kita sambung cerita.


    Sampai je kat sini Khairine & Danish dah jadi jakun. Mula2 kasi diorang berangan2 dulu kat sini.. konon2 macam tengah bawak kereta ar tu. Diorang ni kalau tak pow bapak diorang memang tak sah. But it's ok Bedah, untuk anak2 memang bapak diorang akan turutkan.


    Akhirnya Nizam akur dengan kehendak anak2 dia. So belilah kad ezicash ni. Minimum RM20 dalam satu kad. Kalau tak cukup boleh top up lagi. 




    Dapat lah main patlima game kat situ.




    Laki aku yang sangat memahami.. dia tau aku buhsan menunggu Khairine & Danish main game, dia snap gambar bini dia yang dah seriburatus kali menguap tak abes2.. hahaha. 

    Habis main game keluar kejap ambik angin sejok.. bergambar sikit lebih kurang. Tengok gambar je lah yer.. tak ada idea nak tulis apa.



    Mysmall family.. I love them so much.








    Kau tengok Danish.. asal bergambar dengan aku je mesti nak buat action2 gigit tetek.. rasa nak panggggggg je budak ni.. hahahaha :D



    Model yang bakal masuk majalah nangka keluaran February 2014.. muahahaha :P


     My sayang.. I love you so muchhhhhhhhhh husband ;)
    My jantung hati.. sayang sayang sayang sangatssss.. mwahhhh :D


    Sebelum balik singgah Mini Cameron Highland kejap tengok apa yang menarik kat sini. Ternyanta kat sini tak ada apa yang menarik.



    Ada lah ala2 macam kat Cameron sikit.. ada tanam pokok strawberry & ada jual sayur2 sikit.

     Ada lah aku beli sayur tigapat pack 

    Salad

    Habissssss.. lebih kurang pukul 6lebih turun balik Kolumpor.