Friday, April 18, 2014

Danish is 9th at Stone Cafe Bandung [Day 4]

Bawak bertenang.. tenang... tenang... bagi aku cerita dulu kejadian apa yang berlaku disiang hari sebelum sebelah malamnya kitorang buat surprise kecil2an untuk Danish. Saja letak tajuk besau macam tu.. konon nak attract orang suruh baca cerita aku ar.. gittue.. Kalau nak tau baca lah sampai habis yer =)

Siang hari keempat kitorang plan nak ke Gasibu Sunday Shocking Market atau pun senang2 panggil Pasar Pagi je. Tak jauh dari hotel yang kitorang duduk pun.


Ehhh lupa aku nak mensi kat korang aku dok hotel mana sepanjang aku kat Bandung haritu. Ini lah hotel yang Nizam book haritu. Grand Serela, Jalan Riau, Bandung. Kalau nak tau best ke tidak boleh PICIT LINK ni.

Pagi tu sementara kitorang siap kat hotel, suruh Danish & Khairine turun dulu sebab Pak Budi dah menunggu kat lobby. Sekali masa kitorang turun tengok2 Danish, Khairine & Pak Budi tak ada. Glurpppp tanjat Maimun tengok diorang tak ada.. sekali tengok kat seberang jalan raya sana dioroang tengah berjalan2 kat area FOs.. rajin betul Pak Budi melayan Khairine & Danish... Bila aku tanya, diorang kata "Pak Budi bawak kitorang jalan2 kat depan tu.. lepas tu Pak Budi ambikkan gambar kitorang guna handphone kitorang" amboi bijaknya korang bercakap yer.. jangan korang buli orang tua tu sudehhh.. hahaha. 

 Aku kalau ke sini memang target gelang2 & accessories lain ala2 macam ni je.. baju2 aku tak beli kat Pasar Pagi ni.. aku beli kat FOs je. Last time [cuba tengok kat LINK ni] masa aku dengan Nizam ke sini lagi ramai orang meniaga.. haritu tengok macam tak ramai je yang meniaga. wpun nampak macam tak ramai tapi bila tengok keliling masih ramai je lagi sebenarnya.. tapi tidak lah seramai mcm tahun lepas yang aku pergi haritu.

Tadaaaa.. Nizam kata ini "seni" ha yer lah.. nak kutok I lettew.. buelkkkkkk ;P

Round2 tengok apa yang patut.. sekali jumpa kelinci (rabbit) budak2 ni sebenarnya diorang takut.. aku paksa pegang sebab nak ambik gambar.. kalau tidak korang jangan mintak beli apa2.. hahaha. Kejam punya emak!


Sudahnya naik kuda.. hah tunggang lah korang sorang sekor. Ehh korang nak tau tak.. haritu kan kuda yang Khairine naik ni sudah libas muka Nizam dengan ekor dia.. hahahahahaha klakor-lakor giler aku tengok muka Nizam time tu.

Dapat lah seround naik kuda.. lepas tu balik ke port yang mula2 naik tadi. Korang perati eh.. aku tak paham langsung tengok rambut serabai Khairine tu.. rambut kuda tu lagi kemas dari rambut kau nak.. derrrr.

Habis jalan2 kat Pasar Pagi, Pak Budi langsung bawak kitorang ke Toko Tiga. Nizam nak cari jeans katanya. Bukan setakat Nizam je.. aku pun nak jugak.. tapi bukan jeans yang aku cari.. aku nak cari t-shirt Hard Rock. Bukan yang original dari Rock Shop lah.. cuma yang aku perasan t-shirt dari semua negara ada dijual kat situ.

 Ada je yang nak menyentil (si Khairine) ;P

 Hah meh sini sentil bawah tiak mak ni.. tengok Nenek pulak tak sempat masuk sekali.. nampak sipi pun tak apa lah muka nenek kat tepi tu.. hehe

 Masa masuk kedai Toko Tiga ni Khairine & Danish panggil Babah diorang suruh ambik gambar dengan mamat pakai baju hijau ni.. Lorrr.. patung rupanya.. tanjat Mummy.. ingatkan apasal lah mamat tu terperesok dalam lobang tu sorang2.

Danish & Khairine @ Toko Tiga

 Ini di lantai 1 Toko Tiga (tingkat 1) 


Round2 nak cari baju & seluar untuk Khairine.. tapi tak ada yang berkenan. Terus ambik gambar je kat sini.

Lebih kurang 1jam je kat Toko Tiga, Pak Budi bawak kitorang ke Pasar Baru pulak. Siapa pernah pergi kat sana mesti korang borong giler2 kain ela & lace kannn.. aku ni bangsa tak suka dengan kain2 macam tu.. sebab jarang sekali buat baju tradisional.

Pak Budi & Danish depan Kedai Sir Cinta, Pasar Baru.

Kat Pasar Baru tak ada lah bergambar sakan.. sebab tempat ni bukan macam kat tempat2 yang view menarik.. hanya mall je kot. Macam tak ada bezanya antara Tanah Abang & Pasar baru ni.

Selesai urusan kat Pasar Baru, Pak Budi bawak kitorang ke Kartika Sari pulak. Beli kek siap2 petang tu sebab pagi esoknya kitorang dah nak balik Kolumpor.

Depan pintu masuk Kartika Sari

 Mari pilih pisang sale (salai) keju.. Pssstt OKje aka Cik Bedah, kalau awak nak tau kat sini lah kita beli Pisang Sale Keju yang awak makan tu.. sila teruja sekarang!!! hehehe

Khairine @ Kartika Sari

Ok sebelah petang dah nak dekat malam tibalah masanya kita ke Bukit Dago pulak.. Kat sana Nizam plan nak surprisekan Danish. Birthday dia 7 April haritu. Tapi kita sambut kecil2an in advance yer which is 1day before Danish punya birthday. Kalau tahun lepas birthday Danish disambut di
+Wondermilk Publica kali ni hanya sempat sambut di Bandung. Tunggu birthday Khairine pulak bulan June ni.. tengok apa dia request. Tahun lepas Babah & Mummy buat tanjat2 untuk Khairine sambut kat Gold Coast Morib kali ni mesti dia nak yang setaraf jugak macam apa yang Danish dapat.. jeles punya kakak!!

The Stone Cafe, Bukit Dago Bandung. Cafe ni atas bukit tau.. malam2 boleh nampak view dari atas.. chantek sangat. Tahun lepas masa datang Bandung pun aku ngan Nizam lepak sini untuk dinner.. pekena Pisang Goreng Keju dia yang mabeles nak arwah.. bila makan sampai pejam2 bijik mata aku.. hahaha tipu sangat kau Jah!!

Eh lupa nak cakap.. malam tu masa datang sini hujan kemain lebat. So agak limited sikit lah nak bawak Khairine, Danish & Nenek jalan2 kat sekitar Cafe ni. Tapi kalau korang nak tengok serba sikit gambar yang ada kat sini boleh tengok kat entry lama aku.. cuba picit PUNAT ni kalau nak tengok. Kalau nak tengok lah.. kalau tak nak tengok sudah..

Emak dah ready nak dinner. Kemain senyum simpul Nenek ;)

Birthday Boy.. semenjak beli handphone sorang satu ni asek hadap handphone je.. Khairine pun sama.. Gggrrr tarik balik handphone tu baru tau. Ni semua salah Babah diorang.. beliiiiiiii je apa anak2 nak. Aku mintak tak bagi pulak.. hahahahaha (sorry bie I joking je..) aku tau dia tengah baca ni.. karang salah tulis habis kena kecam dengan laki sendiri.. hahahha.

Hi Khairine.. BM amacam??? berkenan tak nak buat menantu?? hehehe.


Refreshments.

Chicken Grill for Khairine.

Rasanya Australian Sirloin Steak.. kotttt... ini Nizam punya.


Chicken wing.. share ramai2. Ramai tak ramai lah.. chicken wing pun cukup untuk sorang satu je.. hahaha giler kedekot!! sikit benau ni.. dapat kat aku ni sekali ngap je habeh. Tapi sambal dia tu sedap oiii.. kemain pedas meletop2 dalam perut aku.. kebabowww.

Tomyam Goong.. pilihan Danish si tekak melayu asli.. hahaha dia makan dengan nasi putih.

Fish & Chips.. pilihan Nenek.

fettuccine carbonara.. aku punya. Sedapnyaa.. so creamy & cheesy sangat.. slurpppp slurpppp *telanailio*

Ehhhh Pak Budi punya nasik goreng lupa nak snap.. hahaha sorry Pak Budi. Lagi pun semua ni bukan aku yang snap.. aku tak reti pakai camera gabak tu.. karang tah apa2 yang aku snap.. daripada merosakkan gambar biar Nizam je yang snap. Aku lagi selesa snap pakai camera handphone aku je.. heeee ;P


Kamiorang

Lepas kitorang dah habis makan semua makanan dalam gambar tu, Nizam suruh waiter & waitress kat Stone Cafe tu clearkan meja sebelum suruh diorang datang bawak a slice of cake & nyanyi lagu birthday untuk Danish. 

Nak tengok video?? 

Happy 9th Birthday to You Danish.. 

Pak Budi kata muka Danish kaget bila diorang datang bawak cake & nyanyi Happy Birthday.. dia kompius aku rasa dalam hati dia mesti kata "birthday siapa ni?? kenapa bagi cake kat aku" hahaha. Tak apa.. Babah dia cakap sambut 1day advance dari actual date. 

Si waiter ni lembut orangnya. Aku geram dengan mulut dia.. rasa nak lempang kuat2 kemain becok mulut dia macam Joyah sport.. tapi comel.. hehe. Bila aku tanya nama dia dia kata nama dia "Daddy" aku pun terus sahut.. "Ehhh nama saya Mummy" *sleng indon*.. muahahaha.

Senyum lebau masing2 =) Pak Budi buat klakor time ni tu yang Nizam gelak sampai nampak taik gigi hehe.

Happy family.


Sedap gilos cake tu.. Chocolate cake apa tah tak ingat nama dia. Yang sebelah tu Pisang Goreng Keju yang sangat meletop letop.. masuk tekak terus KEBABOWWWW meletop. Sedap hoiiiiii.

Lepas habis makan2 semua kitorang pun mintak Pak Budi hantar ke Hotel awal sikit. Sebab nak packing barang. Beli barang selori siap tambah luggage lagi. Nasib baik office Air Asia kat bawah hotel yang kitorang stay tu je.. senang kerja Nizam nak meng'arrange'.

Dah lah.. ada 1 lagi last entry yang aku nak publish. Korang jangan nak citer banyak eh. Ini blog aku, sukati aku lah nak letak cerita panjang2 berkilometer ke, pendek2 ke, part 1 sampai part 10 ke.. pedulik hapa aku. Ni ada yang siap cakap kat aku cerita sikit tapi buat sampai berpart2.

SUKATI AKU LAH OIIIII.. tak suka jangan baca.. sila berambos dari sini. Aku pun tak paksa kau baca.. tuihhh.

19 comments:

  1. comel nya kuda kaler pink tu kak.. :) teruja nampak danish bila buat surprise cm tu kan

    ReplyDelete
  2. hoh....dan dan aku nak kene pegi cari pisang cheese lunch nie..grrr...telanairlioooooo..

    ReplyDelete
  3. Garangnya ko jah...hahaha

    Weyhh..pisang cheese tu sedap kemahen..
    Giler rindu nak makan weyhh..
    Bandung jauh plak nk p..
    Nanti nak try buat la..hehe

    ReplyDelete
  4. suka semua makanan kat atas tu.. buat perut ai berbunyi je zaza...Happy Belated birthday to Danish ensem boy.....

    ReplyDelete
  5. amboiiii curlassss sgt pelayan aka waiter tu... reaksi muka die menggoda. haha

    bestnye die review jln2 cari mkn di bandung

    ReplyDelete
  6. Danish pun terlupa birthday dia kakak rasa.. mesti happy
    Tengok mak pun happy sama..

    Pisang cheese dia dah macam kek cheese..

    ReplyDelete
  7. terujga giler tgk segala menu makanan tu kak..terliur tak habis² ni..lagi² pisang goreng cheese tu..alahaiii..melting!

    ReplyDelete
  8. special birthday treat for danish yer babe? he he he.... nanti iolss nak bawak Ash jauh jugaklah celebrate birthday...bha ha ha...double celebration lagi tu you...ahaksss.... nak jugakkkk ye tak? anyway, happy belated birthday to danish from aunty... *_^

    ReplyDelete
  9. oopss lupa menabung jugak kat sini...he he he...

    ReplyDelete
  10. alahai bestnya...hahaha..teruja pulak tgk gambar2 zaza...hihihi

    ReplyDelete
  11. danish muka cuak org nyanyi lagu besday tu... hahaha barakallahufiq Danish... Semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki... amin... :D

    ReplyDelete
  12. Boleh sgt dibuat menantu ni...kalau tak pun tunggu cukup umur, aku yg masuk meminang, hehe...
    Mak Mertua aku Cik Jah kau! Takuuuttt...

    ReplyDelete
  13. perasan rambut khairine tu....ingatkan mmg fesyen..fesyen serabai...hehehehehe...tp masih cute ok...mcm cik jah gak la...ehehe

    ReplyDelete
  14. Masa2 berharga dengan anak2 ko tak mampu beli lagi dah bila mereka dah besar esok2.

    ReplyDelete
  15. happy birthday ye...teruja tgk pisang goreng cheese tu..tapi kalau masuk kartika sari punya kedai tu lagi giler babas kot..heheh

    ReplyDelete
  16. Puas hati baca part ni mommy zaza...terasa mcm duk sebelah korang jek tau...hotel serela wauuu sedap nama yer...Kartika Sari huwaaaaa leh borong byk2 makanan kan...Best yer sambut besday Danish di Bandung...heaven yer rasa.....sure danish bertuah sgt punya ibu dan ayah mcm u olls...serius i'm really enjoy and happy reading all ur entry zaza...sgt berinformasi...bukan ayat nak pujiiiii ni tau...i ckp ikhlas...bukan sng nak jumpa blogger yg betul2 kasi mcm2 informasi mcm ni...ramai yg pandai bercerita tp direction how, when, where semua kena tanya...sini zaza dah terang dan nyata...kerlassssssssss jah hehehhe

    Suka tgk zaza tunggang kuda hahahhaha...laju tak dia bawak kiki...khairine ye kuda rambut dia kaler finkkkkkkkkkkk kerlas kuda diorang heheheh kalolah QI dh besar....esok dah terbang ni pi bandung...hari2 dok tazkirah kt walid...paaaa nak pi bandung cam zaza...bila paaaaaaaaa? mennagis koooo hahahha

    ReplyDelete
  17. Sebenarnya hari tu dah datang tapi tak sempat nak komen...Taunya ko sebut nama mak kat entri ni....hehe Apa pun terima kasih banyak banyak kat awak Zaza kerana ingat kat kita...muahhhhh
    Memang terliur weyh tengok makanan tu....

    ReplyDelete