Dah beli barang sekolah anak ke Bedah?? aku dah last week. As usual port baekkk setiap tahun mesti pi beli kat Klang. Kat sana murah tak payah nak bersesak dengan manusia. Aku bangsa tak kisah beli kat mana atau jenama apa pun pakaian sekolah anak2 aku. Sebab yang nak belajar nya anak2.. bukan baju sekolah atau bag dan kasut sekolah yang diorang pakai.
Satu lagi, budak2 ni mana reti nak jimat cermat.. hari2 balik sekolah baju mesti kotor. So kalau pakai baju yang ada brand pun kalau nak kotor, kotor juga baju tu.. sama je kekdahnya pun..
Satu lagi, budak2 ni mana reti nak jimat cermat.. hari2 balik sekolah baju mesti kotor. So kalau pakai baju yang ada brand pun kalau nak kotor, kotor juga baju tu.. sama je kekdahnya pun..
Kat sini selain dari murah, banyak pilihan. Macam2 saiz ada dari sekecik kecik saiz sampai lah sebesar besar saiz ada. Silap2 saiz Afdlin Shauki pun ada jual kat sini.. muahahahhaha
Ini lah tempat tu.. sederet ni kedai jual baju sekolah sokmo. Aku suka kat sini all under one roof je nak beli. Tak payah nak ke shopping mall sangat macam kat Aeon ke, Tesco ke atau seantero dengannya. Aku lebih selesa pergi ke sini je tiap2 tahun. Kualiti pun sama je macam kat mall.. malah harga lagi murah dari yang jual kat mall sana. Yang membezakan antara beli kat mall dan kat tempat ni, cuma brand je.
Location : Meru. Kalau kau waze atau google map kau boleh cari NSK meru. Shoplots ni just opposite NSK Meru. Kalau tak tahu juga tak payah pergi.. kau pergi je tempat lain. Ok?? hahaha kongajor tak bagi info macam ni?? ;P
Aku pun tak memilih sangat untuk anak2 aku, sebab diorang bukan nak naik darjah satu pun lagi.. masing2 dah nak naik darjah tiga dan darjah empat. So barang2 yang ada dan masih elok tu boleh recycle je. Jimat duit Bapak diorang.. hahaha.
Mula2 kitorang masuk dulu kat sini. Sepanjang shoplots ni ada duatiga kedai juga lah yang boleh kau pilih. Tapi bendanya yang sama je pun dia jual. Kat kedai ni ada drama gaduh lakibini ala2 anjer2 terjadi.. hahahaha.
Masa masuk kedai ni, kitorang sama2 masuk dan try2 baju untuk KhaNish.. aku beli kain sekolah agama Khairine. Lepas tu aku tak perasan dah mana laki aku menghilang.. aku takut dia lemas je dalam dakapan baju2 yang banyak kat dalam kedai tu.. hahaha. Aku pun terus ke kaunter.. bayar dulu kain sekolah agama yang aku dah pilih untuk Khairine. Lepas tu aku terus tunggu Nizam kat muka pintu kedai ni. Lama giler aku tunggu tengok2 dia tak ada. Nak call tak boleh sebab hp dia dalam handbag aku.. duhhhh!!
Aleh2 dia muncul kat depan pintu kedai tu.. hahhahaha. rupa2nya dia ingat aku dah ke kedai sebelah.. padahal berjinggut aku tunggu dia kat kedai tu. Hangin je aku kena tunggu lama kat depan kedai ni macam orang giler.. mula lah SINGA membebel panjang kat laki dia.. hahahahaha ;P pung pang pung pang pung pang aku bebel macam Joyah.. hahaha.
Bag pun banyak pilihan. Kualiti pun lebih kurang sama je macam beli kat mall. Aku ni dah serik beli bag sekolah. Baik yang murah sampai lah yang mahal. Semua jahanam.
Tahun 2013 je aku rasa dekat lima kali kot Khairine & Danish tukar2 bag. Bag diorang roboh okeh!!! tak tahu lah samada diorang ni mengganas ke atau pun kendong buku2 yang berat setiap hari. So conclusion nya, aku tak kisah bag sekolah anak aku mahal atau murah. Sebab kalau beli yang murah pun boleh roboh, yang mahal pun boleh roboh... kau rasa patut aku bagi bag yang jenis macam mana kat anak2 aku supaya tak roboh???? muahahahahhaa ke nak bagi pakai bag plastik pasar je kat diorang??? LoL!!!
Tengok ni.. macam2 pilihan ada.. semua mak nenek colour baju sekolah ada kat sini. Kalau kau pegi mall belum tentu kau boleh nampak selambak macam ni kan?? kot hado pun yang display ajoss.. bila mintak size memanjang kata dah habis. Dekat sini kaluuuuu macam2 ada. aku suka!! *clapclapclap*
Untuk Khairine aku suka pilih jenis kain yang jenis licin untuk baju sekolah agama dia warna putih.. aku tak suka beli yang cotton. Sebab kalau cotton lama2 kalau kau basuh nanti kain dia akan jadi kekuningan. So kat sini ada dua jenis kain dia jual.. kau nak cotton pun ada, yang licin pun ada.
Tengok!! kat mall ada dia display banyak2 macam ni??? tak ada kan??? kan??? kan????
Macam2 kaler ada. Bila kau datang sini kau cuma pilih saiz je.
Tudung pun macam2 kaler ada, nak yang dua lapis ada, nak yang owning keras depan tu pun ada.. murah2 plak tu. Janji kualiti sama je macam beli kat mall. Puas hati aku!!
Stationeries pun ada jual kat sini. Malah kasut sekolah pun ada.. kan aku dah kata.. kat sini segala macam mak nenek ada jual.. cuma yang tak ada atok je.. muahahahahaha
Apasal Danish?? telor gatal ke buat muka macam tu??? hahahahahahahhaha
Haloh haloh halohhhhh bapak menerai baju untuk anak jantan dia.. hehehehe
Yang kecik tu anak kakak aku. Kakak aku kan dok kat Klang. Sebelum ke sini haritu kitorang singgah rumah kakak aku dulu kat Bandar Bukit Raja.. sebab EmakNenek nak lepak rumah dia. So drop EmakNenek kat rumah Kakak aku, kitorang hangkut anak dia sekali pergi sini.
Kemeja biru untuk Khairine. Dia pengawas sekolah tahun depan.. kau jangan jadi pengawas mulut joyah macam mak kau sudah yer anak.. hahahaha
Menyebok je si botak ni..haha Yang si Nizam pulak main tembak je ambil gambar macam ni.. cisss gambar tak ada kualiti betul.
Ehhhh sikit je lagi nak sama tinggi dengan mak kau Khairine.. ke aku ni sebenarnya memang tak berapa nak tinggi?? hahaha.
Rasa dah tua sangat bila beli baju sekolah anak2.. hahaha. Tiap2 hujung tahun je ini lah rutin aku ngan Nizam.. membeli baju sekolah anak2. Dulu Emak kita yang bawa kita beli baju sekolah, la ni kita pulak bawak anak2 kita beli baju sekolah.
Ingat lagi masa aku sekolah rendah, shopping barang2 sekolah termasuklah baju semua kat Globe Silk Store.. hahahahahaha tak boleh lupa aku kenangan tu. Siap menangis2 nak beli bag sekolah yang jenis sling. Sebab time tu tengah trend sling bag warna hitam. hahahaha bodoh bahalol betul!!!
Lepas tu siap request kat mak ayah.. aku nak kasut sekolah Nano yang trend jugak masa dulu. Kalau siapa lahir tahun 1980s dan sekolah pada tahun 1990s tau lah kot kasut Nano tu.. yang tapak bawah bergigi2. Sekarang kasut tu dah tak top dah.
Macam2 lah trend dulu. Aku salah sorangnya lah pengikut setia trend zaman sekolah dulu. Apa je yang top time tu semua aku nak kena ada.. hahahaha bangang je. Time tu mana nak tahu makbapak susah cari duit.. apa yang aku tau, apa aku nak, mesti dapat.. bila dah beranak pinak ni baru tahu dan terpikir betapa susah payahnya mak ayah nak keluarkan duit semata2 nak tunaikan apa yang kita hajatkan.. Ini semua salah trend!! sebab trend lah aku kejam pada mak ayah aku!! muahahahaha.
Macam2 lah trend dulu. Aku salah sorangnya lah pengikut setia trend zaman sekolah dulu. Apa je yang top time tu semua aku nak kena ada.. hahahaha bangang je. Time tu mana nak tahu makbapak susah cari duit.. apa yang aku tau, apa aku nak, mesti dapat.. bila dah beranak pinak ni baru tahu dan terpikir betapa susah payahnya mak ayah nak keluarkan duit semata2 nak tunaikan apa yang kita hajatkan.. Ini semua salah trend!! sebab trend lah aku kejam pada mak ayah aku!! muahahahaha.
Dari Klang, singgah ke Mydin Subang pulak. Kat sini selalu beli barang2 stationeries je untuk KhaNish.
Tapi wa cakap lu.. masa aku ke Mydin Subang haritu.. punya lah ramai umat.. semua datang nak shopping barang2 sekolah anak je aku tengok. Berhimpit2, berlaga2 bontot dah aku tengok orang kat dalam tu. Dengan tolak trolley nya satu hal.. dah lah makin sempit Mydin tu aku tengok. Aircond pun dah tak rasa dah dalam tu.
Dalam pada kata nak cari stationeries, tertarik jugak barang lain kat situ. Budak2 ni kalau tak satu arah je kiblat tak sah.. mesti ada benda lain jugak yang dia nak capai. Koyak rabak poket Babah korang.. hahahaha
Total keseluruhan koyakan sampai rabak poket Nizam membeli barang2 sekolah anak2 lebih kurang RM400++ juga lah untuk tahun depan punya persiapan.
Apa2 pun belajar lah sampai pandai yer anak2. In Shaa Allah rezeki korang ada.. Mummy & Babah tetap akan berusaha yang terbaik untuk uolls. Mudah2an korang dah berjaya sok kau kenang jasa makbapak kau ni yer.
dah selamat persiapan untuk anak-anak ye zaza...
ReplyDeleteselamattttt.. lega dah sikit
Deletelagi 2 tahun kot baru dpt shopping macam ni. hehe. almaklum la anak-anak kecik lagi :)
ReplyDeletehehesabar menanti yer.. tak lama je lagi tu ;P
Deletetudia anak nak masuk darjah 3,4..mak dia lawaaa macam anak dara lgi..huhu
ReplyDeletehehe sebab emaknya ni ketot.. ;P
DeleteMeriahhh sungguh tau tengok aksi mama zaza dan papa nizam serta KhaNish beli barang peralatan dan baju sekolah...haishhhh Umi Qi plak terujaa zaza....huwaaaaaaaaa #APTBkenatungguQi6tahun
ReplyDeletehahahha...aah lah zaza, zaman umi Qi pun suka tau pakai beg sling...time tuh giler famos amossssssssss....wakakkakakakka...zaza pun suka ek...umi Qi terikut senior dulu2...tp duit xdak...mak pak bukan x bagi...tp jimat yer pasai pakailah beg murah2...hehhehe...sonok tgk hasil tuaian brg persekolahan anak2...
Yeyyy x lama lagi nak sekolah...semuanya serba baru kan zaza....beshhhhh
hehehe tak ada maknanya meriah Umi QI.. mcm biasa lah kalut dok membeli barang sekolah KhaNish..
DeleteNanti lagi 6 tahun tggu turn Umi plak kalut membeli yer hehhhe
Tulah trend dulu2 ni kalau boleh semua kita nak ikut kannn.. bila dah tua2 mcm ni tergelak je bila teringat balik hehe
less then 1 week lagi nak buka sekolah.. huwaaaa kaum2 emak semua bersedialah jadi tarzan pagi2 yer hehe
jauh nyer KLANG oiii....yg dekat sikit dgn cheras xdo ke..hahahaa..
ReplyDeletewehh...apesal anak aku x dpt drypers mcm anak DR.?mihaahahaha....
entah lah babe.. aku dah biasa tiap2 tahun ke Klang je..
Deletehahaha nxt time lah kalau ada rejeki anak kau nnt aku bagi yer ;P
lagi 4 tahun.. alkisah plak merasa beli barang2 sekolah.. yeah...hopefully kedai2 kat Meru ni buka lagi la..
ReplyDelete4 tahun skrg ni macam dah lama dah.. pejam celik dah empat tahun hehe
DeleteKalau Alkisah nearest dgn tempat ni bole lah ke sini beli.. InshaAllah ada lg kot lagi 4 tahun hehe
Huhu.mmg za..klu bdk yg bru msk sekolah brp hagaknya habiskn..huhu..
ReplyDeleteKasut nano tu ai pun suka..dptla merasa pakai kasut camtu kan..
tu lah Rine.. nasib lah anak2 I dah nak masuk darjah 3 & 4..
Deletehehe eh sempat jg yer.. haha tend kannn ;D
Mall ke tempat biasa ke... Sama je Zaza. Tak penting tu semua. Yang penting semangat anak nak bersekolah tu yg ptg. Nanti dah berjaya dorang nak beli apa pun boleh.
ReplyDeleteBetul tu Fiza.. yang penting anak2 selesa & semangat nak ke sekolah :)
DeleteTempat yang bakal kami tuju lagi setahun...lagi setahun si ziyyad masuk darjah satu...:)
ReplyDeleteBeg tu kalau taknak rabak/roboh, cuba beli beg material kain kasar, tak tau la zaman ni ada lagi ke tidak...zaman i sekolah rendah dulu, banyak beg macam tu...fesyen ala ala beg askar US..hahaha..
Mmg banyak pilihan betul...colorful baju baju sekolah zaman sekarang kan? zaman i dulu rasa rasanya ada color biru & pink aja utk pengawas...;)
Yezzaa.. lagi pun dekat dengan rumah you kan Doc..
DeleteI dah cuba bagi bag yang macam2 jenis kain tapi tetapppppp jahanam.. hahaha
a;ah mmg banyak pilihan. Baju2 untuk aktiviti koko budak2 pun ada kat sini.. zaman2 kita dulu sepesen je.. mana ada colorful kannn hehe
Part beli baju sekolah mestilah anak2 kena ada, takdelah kes salah beli..
ReplyDeletePart beli barang2 sekolah tak bawak dorang.. sebab kalau bawak kalau boleh satu kedai tu nak diangkutnya..
psstt: patutler macam kenal deretan kedai tu.. ai pun beli baju kat area situ jugak.. ni tahun kedua beli kat situ.. memang tak pandang dah tempat lain.. Kenapalah tak bertembung masa beli tu kan.. hehehe..
betul2.. kalau diorang tak ada nnt susah pulakk kalau tersalah size.. ttak pasal2 kena buat dua kali kerja.. nak kena pergi tukar pulak baju tu kannn..
DeleteOhh yer ke tiap2 tahun beli baju sekolah kat sini.. tak ada jodoh nak bertembung haritu hehe
uit, mama tak beli lagi tudung si kakak, lain dah beli.. kereta kena blok dengan jiran sebelah ni.. acanerrr.. hihihihi
ReplyDeleteBoleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog
haha dah baca blog mama yang pasal kereta kena block tu.. kesian mama.. tak apa, ada masa lagi kalau nak pi beli baju kakak nnt :)
Deletekecik hati afdlin shauki kak cakap tu ,,, hikhik.... byk dan sangat variety yerrr barang2 kat citu.... murah mahai bukan ukuran yang penting berkualiti kan kak :)
ReplyDeletehahahhaa 'itu kan contohhh' (bak kata kumpulan sepahtu dalam MLM)
Deletemmg banyak Lieya.. tak payah pi mall bersesak2
Dah macam promoter pasaraya Cik Jah! Boleh mintak diskaun sbb promosi terbaik nih!
ReplyDeleteShopping kat sini pun RM400! Kalau kat AEON...mau RM4000!! Sebua benda dah naik harga...sabo je la. Buat KhaNish...enjoy your new uniform and bag! (Bonus Nizam banyak...belasah je le...hehe)
hahahhaahaha mcm duta pasaraya pun yer jg BM..jgn kata nak diskaun, free pun Cik Jah boleh bagi.. hahahha
Deletetu lah.. better habis 400 daripada 4k.. padahal kualiti pun sama je mcm kat mall. opsss bonus Nizam tu kena simpan utk bercuti2.. itu penting.. hehehe
Alhamdulillah dah settle dh baju anak2 yer..farah baru nie pn bwk adik bongsu p shopping kelengkapan sekolah dia jugak..mmg ramai jugak la yg shopping last2 minit nie kan..=D
ReplyDeleteAlhamdulillah.. semua dah complete Farah.. buat masa skrg ni Farah bawa adik kannn.. tak lama lagi bawa Emir pulak hehe
DeleteHabis la kanak2 ini.. kene pi sekolah.. tak bolehikut mama and papa dia jalan2 lagi heheheh :D
ReplyDeletehehehe.. dah buka sekolah nnt tak boleh ponteng.. so turn makbapak diorang plak pi honeymoon hehehe
DeleteSettle sudah...SA tinggal nak beli buku sekolah jer...
ReplyDeletemasih ada masa lagi SA..
Deletewahh banyaknya shopping baju sekolah..selamat kembali ke sekolah untuk khairine.
ReplyDeletehehe thank you Auntie Fiza :)
DeleteMenarik tempat nih. Tapi tu lah. Laki aku bukan nya suka gi jejauh nih. Aku pon dah settle keperluan skolah. Tinggal skolah agama jer belum lagi nih.
ReplyDeletemenarik sebab boleh shopping semua under one roof..
Deletetak apa mek, jauh ke dekat je pun benda yang sama je kita boleh beli.. hehe
lambat lagi Fayel nak sekolah nya pun..zaza i suka la u ni dressing..ok lari topik bye
ReplyDeletetak apa mimy.. the time will come skrg rasa mmg lambat.. tau2 je sok anak dah nak masuk darjah 1..
Deleteopsss dressing I biasa2 je Mek.. btw terima kasih..
Setuju!... okje beli baju kat kedai biasa je pun kat Kajang tu...harga mmg jauh lagi murah...kualiti kain mungkin lain kot tp janji murah haha....
ReplyDeleteMcm best je tu baju sekokah ada mcm mcm warna dlm satu kedai.... betul tu ...kat Mall biasanta baju putih ngan biru jer....tak byk pilihan!
lagi senang gi kedai macam ni.. tak payah nak bersesak-sesak bagai kan.. semua pun ada..
ReplyDeletedekat ngan rumah saya je.. hehehe..
ReplyDeletememang mudah kalau ada reference macam nih, best tips, thank you
ReplyDeleteDi mana ni ?
ReplyDelete