Thursday, May 9, 2019

Happy Hour with Office Clan

Gichu omputih sikit tajuk kita kali ni πŸ˜›
dah tu kot melayu macam awkward nau bunyiknya.

Actually, few weeks dah plan dengan kawan2 kat opis I nak pergi makan Mykori. On 19 April baru dapat matching date. Itu pun sorang dari 6 clan tak dapat join.

Once awhile bonding day dengan kakak-kakak & adik-adik officemate. Lagi pun dah lama tak keluar sama-sama lepas kerja. Last time kitorang buat rombongan pergi makan satay Kajang. Naik MRT ramai-ramai dari Taman Pertama sampai Kajang. Enjoy sangat 😊

Ok this time kita pergi makan Mykori pulak. Kali ni tak naik MRT. Kitorang drive je. Lepas kerja terus gerak ke EcoCheras Mall. Ni la first time I masuk mall tu. Not bad. Besar & banyak jugak up todate outlet dalam tu. Tapi macam suram. Mungkin timing yang i pergi tu orang tak ramai kot. Tak tau la kalau hari lain ramai orang.


*Panjang nau bebel*

Sampai je sana dalam pukul 7pm macam tu. Masing-masing park kereta dah bersepah tah mana-mana.. dah la I first time pergi sana. 

Akhirnya bertemu jua πŸ˜…

Us

Seronok lepak dengan kakak-kakak & adik-adik opismate ni sebab semua satu kepala. yang kakak-kakak tu pun perangai boleh tahan masuk air jugak πŸ˜… So sambil borak-borak tu kitorang makan-makan.. jom tengok apa yang kitorang order.











Oh sebelum I end cerita ni, I nak cerita sikit tentang kebodohan I haritu.. rasa nak tunjal-tunjal je kapala sendiri.

I kan first time masuk EcoCheras Mall.. Masa sampai tu, terus ke parking bay.. Selalunya tempat ambik ticket tu ada 2 lorong kan.. I pun masuk la 1 of 2 lorong nak ambik ticket. Lepas tu nak dekat 3 minit jugak I stay kat situ sebab mencari button & lubang keluar ticket (dah tau tak ada boleh.. ko buat blur kat situ lama-lama dah kenapa?). Almost 3 minit stuck mencari button.. ehhh apa ni? #GaruKepala 😊 adoiiii lepas tu tak puas hati, I reverse masuk pulak lorong sebelah. Pun sama gak.. Dah kenapa tak ada button & lubang keluar ticket ni weh?? Hahahaha.

Mula la nak berangin dah time tu.

Dalam 10 second cari punat nak keluarkan ticket tu, baru I tau rupanya pesen dia nak masuk parking kena pakai Touch & Go card. Hahahaha Nasib tak ada kereta lain kat belakang. Jahanam sangat! Mana la I tau.. tempat ambik ticket pun lain pulak rupa dia daripada biasa. Apa yang I tau kalau dekat shopping mall lain kalau nak masuk parking kena ada credit limit dalam card at least RM20+ Touch & Go card I pulak time tu ada RM3+ je. Tu yang tak pasal-pasal cuak sorang-sorang kat situ hahahaha. Venci betul!

Ok la itu je nak cerita. Kbai.

Read More

Wednesday, May 8, 2019

Menu #RamadanDay2

Salam Ramadan!!

Dah masuk Ramadan ketiga dah.. kaum mak-mak mesti busy &pecah paler apa menu nak masak selama 30 harini kannn. Haha. Sama la kita nok. Itu belum cerita pasal ko terlajak sahur LOL. Tapi bila Nampak orang masak itu ini, terus berazam balik tu nak masak. Tak pun plan.. ok esok atau lusa aku nak masak jugak la macam si Gayah masak tu.. hujung-hujung… hanya tinggal kenangan je.. hahahhaa itu lagi sedihhhh!

Tapi I tak cakap semua mak-mak la yang perangai macam tu. I cakap untuk diri I niha. Cuba nak motivate tapi tu la.. kadang terlajak jugak. Senang citer.. we go with the flow je lah hahahaha.

Tapi kan harini nak citer pasal semalam punya menu. Semalam gigih masak lauk simple, cepat & mudah

Chee Cheong Fun Soup

Ni portion utk 2 orang

- Bawang putih chop
- Rice noodle roll (chee cheong fun)
- Separuh pati cube ayam
- Udang
- Fishball
- Akar ketumbar
- Daun ketumbar
- Bawang goreng
- Air secukupnya
- Garam (jika perlu)

- Tumis bawang putih
- Masukkan air, akar Ketumbar. Bila dah mendidih masukkan cube pati ayam (nak tambah garam pun boleh tp agak2 je sbb cube ayam dah masin)
- Masukkan fishball
- Bila fishball dah masak, masukkan udang & rice Noodle tu. Didihkan dalam 3 min
- Taburkan daun Ketumbar & bawang goreng masa nak serve tu
- It's done 😁

Siakap Stim Limau

Recipe ada dekat LINK ni. I malas nak taip balik dah kat sini 😜

Ok itu je update menu #RamadanDay2 tahun ni. Menu Ramadan Day 1 tak ada. Sebab kalut pagi sahur tu timing wake up tak reti budget lagi. Berbuka pun sama juga πŸ˜…
Read More

Thursday, April 25, 2019

Cendol Durian Runtuh, Chow Kit

Satu entry, dua kali pergi. faham tak apa yang i nak maksudkan? πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Maksudnya.. dalam satu entry ni, i masukkan cerita & gambar yang i dah dua kali pergi.. paham? tak paham lantak la situ πŸ˜„πŸ˜‚

Actually fenomena Cendol Durian ni kan dah lama. Cerita yang i pergi makan cendol durian ni pun macam dah lama juga.. baru ni kesempatan nak lambakkan dalam blog.. sebab kononnya nak consistently nak update blog laaa.. walaupun entry tah haper-haper i sumbat masuk sini 😝😁

Sekarang ni dah berlambak kedai Cendol jual cendol durian.. biasa yang i pergi kedai ni je. Tiap kali pergi mesti fenuh.. nak cari seat pun kena panjang-panjang leher tunggu available 😳

Layan diri. Tengok harga, pilih, order & bayar

Order siap!






Cendol Durian Runtuh

Address:
57, Lorong Raja Bot, Chow Kit
50300 Kuala Lumpur

Phone:
011-2106 1685

Hours

Thursday
12pm–3am
Friday
12pm–3am
Saturday
12:30pm–3am
Sunday
12pm–3am
Monday
12pm–3am
Tuesday
12pm–3am
Wednesday
12pm–3am

Read More

Tuesday, March 26, 2019

Food Truck @ Pandan Indah

Bersebelahan dengan Padang MPAJ. Opposite Balai Bomba Pandan Indah, if dari MRR2 masuk junction nak ke Menara MPAJ, food truck ni sebelah kiri.. tepi jalan je.. which is sebelum Pantai Hospital. I tak tau nak tulis & describe macam mana. Kalau korang tau Steven Corner, senang la korang nak cari tempat ni.  Senang cakap.. kalau bulan Puasa, ini la tapak PARAM Pandan Indah.

Eh! beria pulak ahkak explain panjang-panjang.. pepandai la korang cari sendiri! πŸ˜…

Setakat entry ni ditulis, i dah pergi dua kali ke Food Truck tu. Tu pun TERlalu.. lalu TERjumpa. Kebetulan lalu situ sekali ternampak "ehh ada food truck la kat sini". Comel je sebab ada few trucks je kat situ. tak silap ada 8 ke 10 trucks je. Choice of foods ada la jugak. Ok la untuk korang yang nak makan tapi nak berkonsepkan on the go.

Since dah pergi few times, i tanamkan cerita & gambar pasal makan ni kat sini supaya tak next time boleh refer sini. Tapi Kadang bila blur tak tau nak makan kat mana, tempat ni jugak yang i lupa πŸ˜…

Kat sini i pilih makan Spaghetti Chicken Carbonara

Selit gambar dengan anak pompuan sikit kat sini 😊


Spaghetti Carbonara Chicken. Not bad. Sedap.

Food truck Pancake Krabi kat sini & jual muka seketul bersama truck Pancake Krabi


Roti canai Krabi with Nutella & Strawberry πŸ˜†

Air Mangga dia pun ok sedap.

Baru-baru ni ada terbaca kat media social, actually harga makanan yang dijual di food truck lagi expensive & sama taraf dengan harga kat kedai. I pun rasa macam tu juga. Tapi kita fikir la juga.. mungkin dengan cost makanan tu diorang kena cover sewa tapak, installment lori, nak rolling modal & etc.

****************************
Sambal Ikan Masin Cili Padi
boleh stalk di IG @zazanizam atau search je #SIMCByZaza
Read More

Monday, March 25, 2019

“Susahnya Ada Fake Friends!”- Paling Cool Nak Layan Si Talam Dua Muka


Korang sedar tak korang ada FAKE friend ? ke korang tak sedar yang sebenarnya korang sendiri pun adalah FAKE FRIEND? hmm tak ngaku lettew 😜

Ye i mengaku.. i pun pernah FAKE dan terpaksa JADI FAKE depan kawan yang ala-ala perangai SO DIVA #MataKeatasTanganKatBahu even now pun i still seorang kawan yang fake. Sebab? ada la beberapa sebab yang tak perlu i cerita kat sini.


Most of the time and right now i dah distance diri i dengan si polan tu.. Ni bukan sebab i nak sangat jadi fake friend. Daripada i jadi fake depan si polan tu, lebih baik i tarik handbreak je. Hati pun tak sakit.

Apa yang perlu uoll buat? nah baca la Cara Paling Cool Nak Layan Si Talam Bermuka-muka πŸ™ˆ

Image result for fake friends

1. Hadkan perkongsian korang pada ‘fake friends’

Yang paling penting, korang jangan sesekali beritahu apa-apa tentang kejayaan atau rahsia korang. Sebab orang yang talam dua muka ni diorang tak suka kalau korang lebih berjaya daripada dia. Mesti diorang nak cari kesalahan korang supaya diorang boleh menjatuhkan korang dalam diam.
My word: Ye.. Kalau masalah kita, kejayaan atau rahsia kita.. laju dia dia nak tau. Bila dia ada masalah ke ada buat taik ke kalau boleh nak sorok, dia sorok lagi. Simpan tertutup rapat dalam spender!


2. Jujur tentang kesalahan mereka

Korang sebenarnya tak perlu pun nak pendam kesalahan diorang. Kalau diorang ada berbuat salah, korang straight to the point je beritahu kesalahan diorang. Jangan buat diorang rasa macam korang nak elak, chill je okay!
My word: Nak chill macam mana??? ada tu bila i dah jujur, cakap straight to the point, tepek kat muka pun macam tak boleh nak hadam. Bukan i nak kata dia 100% salah/ suruh dengar cakap i, tapi bila dah mintak pendapat i tu, i cakap jujur jujur la.. dah nama pun JUJUR. Lepas tu hujung-hujung kau ngutuk aku pulak kat bf kau.. jahanam sangat perangai! start from that.. gi mampos sama kau!

3. Tak perlu gembirakan mereka

Tak ada gunanya kalau korang cuba nak gembirakan diorang yang talam dua muka ni. Sebab apa? Yela nanti akhirnya diorang bukannya hargai korang pun. Baik korang gembirakan hati sendiri, itu lagi penting!
My word: hahahaha benda ni dah lama i buat. Memang tak ada guna pun nak gembirakan hati manusia macam ni. Bila dia sengsorang tak ada kawan/ bf, terhegeh-hegeh cari kita ajak lepak.. bila dia merendek dengan kawan/ bf dia, muka aku pun dia tak pandang nok! phuiiiii

4. Focus dengan diri sendiri

Korang focus je pada kejayaan korang sendiri. Berusaha lah dengan keras untuk menaikkan diri sendiri. Jangan pula korang bawa sekali dengan si talam dua muka ni. Nak mudah, tinggal je diorang.
My word: tak tak tak.. memang tak bawak sekali. I dah tinggalkan dia jauh-jauh dah. I'm happy with my family, my small business & yang penting, i enjoy my life dengan laki & anak-anak i. Kau hado?!

5. Hati-hati dalam bergaul

Kalau korang bergaul dengan si talam dua muka, korang kena lah behave perangai korang. Nanti entah apa-apa yang diorang buat cerita pasal korang, lepas tu bergossip dengan orang lain.
My word: Kalau boleh tak nak langsung dah jumpa si kuih talam macam-macam muka ni!

6. Berdiam lebih baik daripada berdebat

Kalau boleh korang elakkan berdebat dengan si talam dua muka ni. Kalau diorang tak suka korang, apa-apa yang korang buat atau cakap confirm semua salah. Baik korang iya kan je kalau diorang cakap.
My word: Ni lagi satu.. asal bercerita, semua benda dia tahu, semua benda dia nak up, semua benda dia ada #Nyampah

7. Be ‘nice’

Sembang sopan sangat membantu korang tau nak melayan si talam dua muka ni. Ia boleh mengurangkan perselisihan faham di antara korang berdua. Mana tahu lepas ni tiba-tiba berkawan baik. Eh?! :P
My word: hahahaha will see lah. Tapi kalau ada yang suka melaga-laga tu elok tumbok je mulut dia dengan lesung batu!

Pengajaran untuk i & uoll jugak.. tiberrrrr i terjadi Fake Friend sok, uoll boleh la guna tips ni untuk hadapi perangai Fake i nanti πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

*****************************************
Sambal Sotong Kering Berlado (Sotong Cumi)
boleh stalk di IG @zazanizam atau search je #SSKBByZaza 
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah