Wednesday, December 18, 2013

Sabah - The Upside Down House of Borneo a.k.a Rumah Terbalik

Rumah terbalik???? Kenapa terbalik bah?? hahaha tiba2 nak cakap sabah pulak kannn.. Lepas dari Kundasang itirinery seterusnya ke Upside Down House.. atau lebih fofular orang panggil Rumah Terbalik. 

Masa tu aku rasa macam seorang isteri yang bertanggungjawab sangat2 oiii hahaha. Nizam kan demam, so dari Kundasang aku lah driver kepada suami & anak2 aku. Nasib baik lah jalan dari Kundasang ke Rumah Terbalik tu sehala dengan jalan masa nak pergi. So otw balik pun ikut jalan yang sama jalan masa nak pergi ke Kinabalu Park & Kundasang.

Dengan kereta Kenari yang 1000cc tu aku pecut laju turun balik ke arah Tamparuli. Aku lenjan cukup2 kereta tu.. ringan sangat kereta tu hahaha. Sepanjang aku kat KK haritu banyak nau orang KK pakai kereta chap Perodua.. ahahaha. Itu yang aku perasan lah. Mungkin senang kot bawa kereta Perodua, bagi diorang mungkin boleh save minyak kot. hahaha mandai2 je aku ;P tapi siyess aku suka bawa kereta Kenari tu, ringan je.. tekan minyak kuat2 kemain melayang2 lagi kereta tu pergi.. hahaha *dasarjakun*

Sekali lagi kena ikut jambatan Tamparuli.. pheww bestnya. Bila lalu atas jembatan tu sambil tengok air sungai rasa kecut2 je perut aku hehehe. Itu kalau kau tersadung sikit stereng kereta, sah2 kau dengan kereta2 kau sekali dok dalam sungai tu.. hahaha

Finally... lebih kurang pukul 4petang sampai sini.. selalu tengok orang lain dah sampai tapi diri sendiri tak sampai lagi. 

 Sampai juga ke aku Rumah Terbalik ni =)

Rupanya Rumah Terbalik ni dok kat tepi jalan je. Padahal masa kitorang otw nak ke Kinabalu Park memang lalu depan Rumah Terbalik ni.. boleh pulak tak perasan. Dan yang pelik tu, sebelah Rumah Terbalik ni ada Shell.. padahal kitorang ada berhenti kat Shell tu haritu beli panadol untuk Nizam.. hahahaha betapa terkabur bijik mata aku masa tu.

Bayaran masuk murah juga.

Adult with MyKad holder RM10
Adult International RM18
Kanak2 RM5 sajo. 
Operating hours dari 7am - 7pm.

Dah bayar boleh lah terus masuk.


Muka pun dah serabai mabai dah aku.. dari pagi sampai ke petang berjalan.

Meh aku cerita sikit sejarah kisah Rumah Terbalik ni.. tapi aku C&P je.. hehe

RUMAH TERBALIK DI TAMPARULI YANG PERTAMA DI ASIA TENGGARA, KELIMA DI DUNIA

Rumah Terbalik di Tamparuli, Sabah bukan sahaja tercatat dalam Malaysia Book of Records tetapi ia dipercayai yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dan yang kelima di dunia.

Terletak di tepi jalan raya menuju ke pekan Tamparuli dan Ranau kira-kira 35 km dari bandaraya Kota Kinabalu, rumah terbalik yang dimiliki Alexander Yee itu kini menjadi satu lagi produk pelancongan di Sabah.

Rumah itu dibina dengan kos RM500,000.00 kelihatan semua secara terbalik daripada atap hinggalah kepada lantai, perabot serta kelengkapan yang ada di dalamnya. Malah sebuah kereta Kancil di garaj berhampiran rumah itu juga dapat dilihat dalam keadaan terbalik.

Ia mempunyai ruang tamu yang terdapat perabot seperti kerusi dan meja, dua bilik yang mempunyai katil, ruang dapur dengan peralatannya serta tandas, kesemuanya dalam keadaan terbalik. Selain ia juga dihiasai dengan pelbagai hasil kerja tangan masyarakat tempatan. 


Dengan keluasan 140 meter persegi, rumah itu menggambarkan gabungan corak kehidupan etnik sino Dusun dan Kadazandusun. 

Baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun telah merasmikan rumah terbalik itu.

Walaupun baru dibuka kepada orang ramai sejak 1 Februari lepas, menurut laporan akhbar tempatan, lebih 3,000 pelawat telah dicatat mengunjungi rumah terbalik tersebut.

Pelawat akan digilirkan memasuki ke dalam bangunan rumah itu secara berkumpulan seramai 10 orang yang akan dipandu oleh petugas di situ.

Ketika berada di tangga, pelawat akan dikehendaki memalu gong dan mengetuk pintu sebelum memasuki rumah berkenaan. Ini menurut petugas di situ adalah berdasarkan budaya masyarakat Dusun.

Di ruang berenda rumah terbalik itu juga didapati dua ekor belangkas yang menurut kepercayaan suku kaum Dusun berfungsi sebagai pengusir hantu, tambah pemandu pelancong itu.

Yee, pemilik rumah terbalik itu yang juga seorang pengusaha pelancongan, berkata bangunan itu mempunyai mesej jelas mengenai alam sekitar yakni satu peringatan untuk melindungi alam sekitar atau dunia akan menjadi songsang atau terbalik.

Masidi ketika mengucapkan tahniah kepada Yee, berkata idea seumpama ini penting untuk pertumbuhan berterusan industri pelancongan di Sabah.



Katanya, ilham yang kreatif diperlukan untuk sebahagian daripada daya tarikan sektor pelancongan.

"Bukan semua pelancong datang ke Sabah semata-mata ingin melihat hidupan liar atau pulau-pulau yang ada di sini. Ada kalanya, mereka ke sini untuk melihat sesuatu yang berlainan. Kita memerlukan kelainan untuk mencapai kejayaan," katanya.

Itu lah serba sikit sejarah Rumah Terbalik ni.


Cute je kan kereta ni terbalik.. dah macam ladybird pulak aku tengok hehehe.

Perempuan ni buat aku tanjat.. hahaha.. Sebelum dia berdiri kat sini, aku ada ternampak dia.. dalam hati aku kata Eh apasal perempuan ni.. dalam pantang pun nak berjalan.. duduk rumah diam2 je dah lah.. Rupa2nya dia ni pekerja kat sini.. muahahahaha. Atee kau tengok pakaian dia pun dah nampak macam perempuan dalam pantang kot.. hahahaha ;P


As you know, rumah ni kalau nak masuk kena berperingkat-peringkat. Tak boleh ramai2 kat dalam tu, karang takut roboh.


Seperti yang dikatakan, sebelum masuk ke rumah ni kena palu gong ni.

Mengikut penerangan tour guide ni, rumah ni milik pasangan berketurunan suku kaum Dusun Tindal + Sino..dan pasangan ini mempunyai seorang anak yang nakal (sekarang baru berusia 9 tahun)..tak silap, anak mereka la yang mula-mula mempunyai idea nakal mahu menterbalikkan rumah mereka.. dan parents budak tu la yang further up the idea pada individu yang bertanggungjawab untuk merealisasikan rumah terbalik ni. Untuk cerita lebih lengkap dan tepat, sila la datang berkunjung ke Rumah Terbalik ni. Memang dia akan ceritakan semua. Tapi memandangkan aku dah teruja bila nak masuk ke rumah ni, dah tak berapa fokus sgt dengan apa yang tour guide tu cakap. 
Source : C&P

Dalam rumah ni ada CCTV, so memang diharamkan untuk mengambil gambar. Kalau didapati sesiapa yang mengambil gambar, sekeping gambar yang diambil akan dikenakan denda seratus ringgit.

Sian laki den serabai dah muka dia demam hehehe.

Ok dah keluar.. ni kat pintu belakang. Sebelum keluar dari pintu ni, tour guide ada bagitahu yang dibelakang ni ada Taman Terbalik dan Tandas Terbalik.. jom tengok :)


Tadaaaa ini lah Taman Terbalik.. habis semua pasu bunga terbalik dibueknyo.. hahaha

Jom kita tengok apa yang dikatakan tandas terbalik tu..

Aikkk siapa yang terbalik ni?? aku ke toilet tu??? muahahaha

Oppsss.. ini lah sebetulnya.. hehehe

Dah nama pun budak2.. bila tengok toilet terbalik pun buat derk je.. hahaha. Ehhh nampak tak aku kat dalam cermin tu?? hahaha kantoiiiii ;P

Adoiii letih dah jari aku menaip ni.. dengan nak resize gambar lagi, nak letak watermark lagi.. Nanti sambung kat next entry lah yer.. aku nak tunjuk apa yang kitorang makan kat Kedai Kopi di Rumah Terbalik ni.. 

See you in next entry.. Daaaa =)

57 comments:

  1. confirm lepas pergi situ nak menterbalikkan diri kan..hihi..habis dah semua terbalik..bestnye dapat pg situ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu lah pasal.. nak tengok pun kena mendongak keatas :P

      Delete
  2. okeh..harus pergi ni satu hari nanti...mcm daya tarikan kat Sabah kan..sure owner dia ni kaya raya pasal tu x leh amik gambar..takut idea kena ciplak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best kat sabah ni SA.. ok plan cepat2 yer tahun depan pergi Sabah tau :))

      Delete
  3. Gigih betul org yg buat umah terbalik ni yer.

    ReplyDelete
  4. memang menariklah rumah terbalik tu.. :) teringin pulak nak ke sana:)

    ReplyDelete
  5. trugilah tak dapat nak tengok dalam rumah tu..kot semuanya terbalik...pandai betul diorang nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal.. memang tak boleh amek gambar kat dlm rumah tu..

      Delete
  6. bestla... mesti best main kat sana....semenanjung tak de ke rumah terbalik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best.. tu lah kat semenanjung mmg non ado tempat mcm ni

      Delete
  7. Klu g sabah nti kena dtg tgok sendiri rumah terbalik ni..

    ReplyDelete
  8. Menariknyaa...kena pegi nih..unik laa

    ReplyDelete
  9. hhhmmmm...... beshnya dia jln2 ke sana.... untung la... hahaha

    ReplyDelete
  10. Terbalik2 laptop aku dibuatnya...hahaha
    Memang xbolehlah nak melepaskan hajat kat sini ye...
    Memang kreatif idea ni, unik!

    ReplyDelete
  11. dalam rumah tak de foto ke zaza...nak tengok gak..was here..good info tqvm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh ambil gambar dalam ni..nanti kena denda..

      Delete
  12. bestnya, tapi belum pernah sampai lagi kat sini, :)

    ReplyDelete
  13. hahaha... gambar toilet tu best... ble la gamaknya nak ada masa nak g tempat ni.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah memang best. rare je bila dongak kat mangkuk tandas tu hahaha
      plan cepat nanti boleh pegi :))

      Delete
  14. nampak best rumah terbalik ni... tak pernah smpi lagi....

    ReplyDelete
  15. Ini lah tempat yg ju nak pi sgt2 rumah terbalik....murah yer yuran diaaaaaaa....sgt murah!....Unik sgt2 tgk rumah terbalik hehehheh aah btol ckp zaza org yg entertain tuh pakai mcm org dlm pantang hahahha adeh....ke mmg tradisi cm tuh kot....suka tgk tandas terbalik hehehheh lucu tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ini lah rupanya Umi QI.. memang murah masuk sini berbaloi lah dengan apa yang kita dpt tengok kat rumah terbalik ni sebab kat semenanjung tak ada tempat mcm ni..
      hahaha tu lah ppuan tu buat I keliru ingatkan dalam pantang hehhee


      nanti kalau Umi QI pi tempat ni boleh ambil gambar kat toilet tu yer hehe

      Delete
  16. owh umah ni kat sabah?alahai nak ke sabah pon xberkesempatan lagi isk3

    ReplyDelete
  17. SYOK WEHHH nanti aku nak repeat lagik Sabah!

    ReplyDelete
  18. tak pernah pun sampai ke sana lagi...nape batu bata tu tak terbalik yer...hehehe

    ReplyDelete
  19. nice..tak sempat lagi nak singgah sini...

    ReplyDelete
  20. teringin jugak nak pi kat umah terbalik ni kak... :) cantik sungguh dan so unik.. ^_^sapa2 mai kat sini mesti amek gambaq di bawah jamban duduk tu kan.. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. plan cepat lieya, inshaAllah one day mesti boleh sampai punya hehe

      Delete
  21. Bestkan zaza kat sini.. tapi yg tak bestnya kita tak boleh nak ambik gambar kat dalam rumah tue.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. memang diharamkan tak boleh ambil gambar dalam rumah huhu

      Delete
  22. salam singgah. saya pun teringin jugak nak tengok keadaan dalam rumah. nampak gayanya, kena lah p sendiri ke rumah tu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi menyinggah :))
      a'ah kena lah pergi & saksikan sendiri apa yang ada dlm rumah tu yer :)

      Delete
  23. Akak pergi dulu rumah terbalik ni belum buka lagi rasanya.

    ReplyDelete
  24. KAK ZAZA - Waktu nanie pergi xde toilet ni pungg.. sobsss :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tahun depan repeat kalau nak bergambar dgn toilet terbalik tu yer..

      Delete
  25. Sis!!!! Inilah tempat yang ku nak pegi sgt2 selain dairy farm. Bahaha. Nak pegi! Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok ok.. tahun depan plan yer.. boleh pergi tunaikan hajat terpendam tu hehehe

      Delete
  26. za! anak laki mu tu hensem lah za! hahaha.tu je nk cakap.bai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha gatal lah kau ni Rara.. lempang nak??!! hahahahahhaa

      Delete
  27. Kesian kat tour guide tu.. bukan dalam pantang tapi memang dah kene pakai macam tu hahahaa.. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah