Dah dekat seminggu blog berehat, harini aku nak lambakkan cerita sepanjang weekend lepas.
Last week orang Selangor puas lah cuti kan?! termasuk lah akak ni. Asek berbalah je ngan Bang Nizam. Bebulu je mamat tu sebab KL kena kerja.. hihi.
Start hari Khamis lepas balik kerja, Adik Zaza (ZazaJ) ngajak try makan pancake krabi kat Dagang Avenue. Siapa tau burger bakar kat Dagang Avenue, sure akan tau tempat ni.
Pun sama gak.. dalam ada pisang cuma bezanya topping strawberry. |
Tau ni pun sebab viral kat fb page Siakap Keli.. laju-laju kitorang pergi try sebab dekat dengan rumah & office :)
Cerita Friday (Birthday Sultan Selangor) pula aku tak kemana-mana dok rumah je mengemas. Bang Nizam dah tinggal wasiat sebelum dia pegi kerja.. dah macam majikan tinggal pesanan kat maid plak.. hahaha. i is ok je.. tu kan tanggungjawab seorang isteri. Tapi akhirnya aku tak kemas pun.. hahaha.
Hari Sabtu pula aku ajak Bang Nizam pergi Caring Pharmacy, semenjak baik dari eczema, aku memang setia pakai pencuci muka Cetaphil sajo. Noticed hujung-hujung tahun ni ada promotion product Cetaphil buat promotion. Jadi, moh lah kita membeli.
Lepas tu gerak pergi kedai vape.. hantar service.
New flavour dari Vallecloud kat Dagang Avenue |
Settled kat kedai vape, Nizam ajak lepak minum kat Kapitan Ampang Point. Masa tengah lepak tu sekali Kakak Nizam call ajak melawat sedara kat Ampang Puteri. Sedang helok sangat kitorang dah ada kat area tu. Tunggu Along datang then boleh pergi sama-sama. Helok masuk lobby hospital, Nizam call sedara dia konon nak tanya wad mana.. sekali sedara dia dah transfer ke KPJ Kadang daaa.. hahaha. Ni yang dikatakan 'pergi hospital nak melawat orang sakit, orang sakit dah pergi sepital lain' muahahaha ;P
Petang pula aku ikut Bang Nizam gi main bola kat padang UM. tah tiba-tiba rasa nak ikut tengok dia main bola.. aku lepak dalam kereta sengsorang. Bosan giler! nyesal ikut. Next time dok rumah membuta lagi bagus.
Cerita hari Ahad pula. Aku, Tante & ZazaJ attend kenduri kawin adik Marina kat Wisma LJT, Taman Melawati. Perjanjian pukul 12pm nak gerak dari rumah aku. Sedar-sedar pagi tu pukul 10.30am baru terjaga dari tidur. Melompat akak dari katil terus siap-siap sementara Tante & ZazaJ datang rumah aku.
Walaupun tak kenal adik Marina, tapi tetap datang memeriahkan majlis.. thanks for having us Babe.. foods yang sedap.. actually kami bertiga lapar time tu.. hahaha.
|
4 of us.. Marina (left), Tante, Me & ZazaJ |
The Cintas.. 3 sekawan ni tetap nak pakai baju ala-ala kaler serupa ;) |
Door gift yang sangat elegant. New inspired.. if korang nak kawin boleh cilok idea macam ni untuk buat door gift. |
Dah kenyang makan nasik kenduri, petang tu aku tiba-tiba terasa nak makan roti makcik ani (Auntie Anne's pretzel). Terus ajak Nizam pergi beli. Teringin nak makan cinnamon pretzel sebenarnya. Terus Nizam bawa aku ke NU Sentral. Ajak gi KLCC tak nak.. jauh katanya.. padahal NU Sentral & KLCC, KLCC lagi dekat dari rumah. TAPI! dia tak ikut aku pegi beli.. dia suruh aku turun beli pastu dia tunggu aku dalam kereta.. huh tak romantic langsung laki ai.. eh sesekali dia lepaskan bini dia macam tu apasalahnya.. kasi bini dia ni survive sikit.
Alololo anjer angat muka Bang Nijam tu.. hahaha. Keluar dating laki bini.. betapa bahagia budak-budak tak ada.. tak kacau mummy & babah nak gi jalan-jalan ;) |
Thanks hubby.. u make my craving come true. tiba-tiba teringin macam pompuan mengandung pulak.. hihi.
Tak cukup dengan pretzel, dinner tu kitorang pegi makan kat Q Thai Dagang Avenue. Bukan makan steamboat pun.. order ala-carte je.
Pilihan tekak Bang Nizam
Pilihan tekak Kak Zaza yang dah gemok asek melantak nasik doplohpatjam :'(
Habis cerita hari Ahad. Isnin aritu pun cuti lagi. Huntung orang Selangor dapat cuti extra sebab memang perlawanan bola.. Tapi aku tak kemana-mana.. lepak rumah, masak, mengemas sikit-sikit sementara tunggu suami balik kerja.
End my long weekend story.. esok punya cerita tak ada dah.. tengah cari idea apa nak charot esok kat sini.
Kbai :)
Macam sedap je murtabak pisang tu kak zaza...
ReplyDeletedagang avenue tu dekat dengan rumah , tapi tak tahulah bila nak try >,< ramai share kat fb. btw yang you order kat Q Thai tu nasi apa ye? tetiba teringat pulut mangga >,<
ReplyDeleteYang i makan tu butter squid with rice..
DeleteBusy manjang kak zaza,kita...kehkeh..
ReplyDeleteMna ada gemuk..u kurus maintain tau..mkn byk pun xnaik bdn kot...eleh...hehe
Ritu ju usya kt watson ceptaphil tu tingin nak beli krim pelembab dia...sebab ju suka krim yang jenis jaga kulit sensitif...tu nak try nanti kalau okey nak guna...wauuu pancake tu sedap sungguh !
ReplyDeletehehe memang seronok slgor cuti tpi zaza pun lepak umah je..gift kwin tu zaza pun pernah dpt mcm tu..
ReplyDeleteKalau jenis macam kakak ni suka banana mesti suka makan pancake tu Zaza.
ReplyDeleteKena pulak ada nutella aduhai sedapnya hihi...
Penuh jadual cuti macam ini walau penat tapi boleh senyum:)
Pancake tu serius, nampak sedap gila.
ReplyDeleteNizam pakai cap merah CIMB tu...nampak muka macam budak2! hahaha...awet muda ...apa petua dia? hahaha
Kira ok lagi u gi spital, patient pindah spital..
Kalau gi spital, rupa rupa nya patient dah sihat segar bugar, dah discharged ! hahaha
pancakes tu nampak sedap..kat jb ade ke tak ek!!..satu entry untuk banyak cerita..hua...
ReplyDeletecetaphil tu aida beli utk nurin.
ReplyDeletekat guardian. promosi 2 besar giler free 1 yg size kecik rm88 aje.
cer gi tgk. sama ke dgn yg zaza pakai.
menarik betul pancake krabi tu..tak pernah merasa lagi..
ReplyDeleteTahniah buat pengantin baru.
Agak dah lama tak makan roti makcik ani tu..alahaiiii..ni yang teringin ni
Okehhh dah baca. Joms teraiii
ReplyDeleteSedapnya! Rindu thailaannnndddd.. hehehe
ReplyDeletesedapnyerr ., ;p
ReplyDelete