Monday, December 30, 2013

Kayuhan Di Bukit Cerakah

Lama giler kot aku tak beraktiviti lasak.. seingat aku last masa aku buat Rock Climbing [LINK] lepas tu ada lah juga hiking naik ke Gunung Nuang [LINK]Berkayuh di Putrajaya  [LINK]berkayak di Putrajaya [LINK], futsal pun aku ada main juga dulu. Kau!!! semua sejarah yang ada aku letak link tuha.. hahaha. Kalau kau baca pun ko pitam nyah.. macam tak sangka aku gigih berhiking, climbing, berbasikal and berkayak.. muahahahaha.. Nak harapkan sekarang ni memang jarang2 lah nak seaktif macam dulu lately ni lagi lah langsung non hado.. hahaha. Berat giler dah bontot aku ni nak bersukan. Mungkin faktor umur kot????? pfffftttt.

Sabtu lepas aku pergi cycling.. Eh choppp!!! nama tempat ni ada tiga, tapi tempat yang sama.. setahu aku ada yang panggil Bukit Cerakah atau Bukit Cahaya atau Taman Botai Negara Shah Alam. So mari lah kita memandai2 panggil Bukit Cerakah ajos.. tak payah aku nak taip panjang2 lagi pun tempat ni dah sinonim dengan nama Bukit Cerakah dari dulu kala lagi kannn.

Masa aku sampai gate pun tak bukak lagi.. semangat nak berbeskal katanyerrr.. hahaha. Memang kena datang awal kat sana yer untuk mengelakkan daripada kehabisan beskal and to avoid crowded.. nanti aku lemas kalau berasak-asak dengan orang ramai. 

Ini entrance fees. Murah dan berbaloi.. kenapa aku kata murah?? sebab dengan bayaran tigahengget, kau dapat masuk ke kawasan yang besar dia sekampung. Tapi sewa beskal harga lain ar.. tapiiiiiiii (tapi lagi) sewa beskal pun murah oiiiiii.

Info : Kedai makan ada disediakan kat area pintu masuk, so kalau datang pagi, makanan breakfast ada disediakan, lunch pun ada. kalau kau lapar ke haus ke, nak berak ke, nak kencing ke semua kemudahan ada disediakan kat situ.

Ini lah pondok beskal tu. Lepas dah bayar untuk masuk dikaunter depan tadi, ko terus lah berlari ke pondok ni cepat supaya dapat beskal sebelum kehabisan stock.

Info : Sewa basikal RM5 untuk satu jam yang pertama, jam seterusnya akan dikenakan RM1. Means kalau kau ambil basikal pukul 9am, kau pulangkan pukul 12am, so sewa dah jadi RM7. Ada dua jenis basikal.. basikal biasa yang macam mountain bike dan satu lagi jenis basikal yang ada bakul kat depan. Itu cantik, colour pink lagi.. hahaha.

Info lagi untuk korang yang teringin nak ke sini. Actually basikal yang diorang sediakan tu bukan lah basikal yang baek baek.. basikal biasa je sebenarnya. Tapi bagi aku, aku prefer bawa basikal sendiri je dari sewa kat situ. Sebab basikal kat situ aku rasa macam tak confident condition dia. Kalau basikal sendiri at least kita tahu condition dalam keadaan baik atau tidak contohnya macam brake dan bunga tayar basikal kita.

Ok panjang sangat info2 tu hehe. Moh tengok gambar and baca cerita aku pulak ;P

Dah agak2 lama berkayuh kat area hutan, ini lah first gambar pokok yang aku snap. Bagi aku pokok ni cantik, selain langit pun membiru je ;) 

Dusun durian tinggalan toknenek aku.. pfffffttt hahaha. 

Adoiii tengok dah lupa pulak aku nak mensi aku kesini dengan siapa.. Aku pergi dengan kawan baik aku.. Nurul nama dia. Kitorang pergi berdua je. So bila ambil gambar guna konsep 'lepas aku ambil gambar kau, kau ambil gambar aku' muahahahahaha.

Hasil tanaman dari dusun belakang tu.. rambutan, manggis, durian dan kelapa. Tapi semua hasil tu tak boleh dimakan.. hehe.

Kenapa ada pokok cactus kat situ?? nanti aku tunjuk gambar lain yer.

Nampak tak cactus kat belakang aku tu?? ini lah dia Cactus Garden. Cool giler tempat ni.. kawasan tu dipenuhi dengan pokok cactus plus batu bata yang diorang buat kat situ memang menarik perhatian mata aku.. maklumlah first time datang kesini memang jakun sikit.. hehe.

Gambar ni tak ada motip ;P


Kenapa aku letak dua gambar yang sama?? sebab moment ni agak bahalol sikit.. hahaha. Bila snap gambar kiri tu, si Nurul suruh aku snap sekali lagi sebab dalam gambar kiri tu ada sampah. hahaha. So tengok gambar kanan tu sampah dah tak ada. Nampak ke tidok beza dua2 gambar tu???? ok aku tau ini tak kelakar.. buelkkkkk ;P

Ini lah kawan aku Nurul..Alhamdulillah dia baru je berhijab start bulan puasa haritu. Oiiiii kau tak payah nak feeling yoga ditaman cactus sangat bolehh?? hahaha.

Aku pulak feeling entah apa2 hahaha.

Kau rasa gambar ni boleh tak masuk majalah nangka??? pffftttt.

Ini pulak boleh tak jadi model majalah cempedak busuk?? sebab majalah mangga dah penuh space tak boleh letak dah gambar2 yang tak ada curlass begini.. muahahahahaha.

Dah bergedik santai kat sini, kitorang turun ke bawah sikit untuk ke main entrance Cactus Garden.

Welcome to Cactus Garden =)

Aku suka gambar ni.. gambar ni menampakkan macam aku berada dialam fantasi gittue.. hahaha. Siyesss cantik tempat ni.. lagi2 kalau time matahari tengah terpacak atas kepala.. perrghhh.


Cantik oiii tempat ni.. tapi aku tak naik sampai ke atas sangat.. sebab takut kot2 ada harimau ke singa ke keluar dari hutan kat belakang tu.. ai kan perempuan yang lemah.. takut okeh!!! hahahaha.

So ushar dari jauh je ;P

 Kau mampu pijak pokok berduri?? ok ini adegan propa je yer.. hehehe

Berdiri sebelah kaluuuu ok =)

Ini pulak view dari bawah.. cantik kannnn?? aku suka dengan batu2 buatan manusia kat kawasan ni.. memang kena dengan konsep. Me is like it so much ;P


Dua jenis cactus.. Kiri yang real, kanan yang fake =)

Nahhh baca sikit sejarah pasal Taman Kaktus ni.


Time ni nak gerak dari Cactus Garden.. nak patah balik ke jalan keluar. Penat oiiiii berkayuh.. rasa nak tercabut tulang bontot aku.. segala peluh jantan betina semua keluar.. hahaha.

Kayuh punya kayuh, singgah sini kejap. 

Actually masa otw nak ke Taman Kaktus, memang melalui Skytrex Adventure ni, tapi disebab kan mencungap2 berkayuh, aku & Nurul decided bergambar masa otw balik. So ini lah hasilnya.. bergambar je kat depan ni tapi tak join pun aktiviti kat dalam tu. Aku tak boleh naik semua tu.. sebab aku gayat.. hehehe *alasanbodohsangat*

Info : kalau korang nak tahu apa ada kat Skytrex Adventure ni, boleh CLICK SINI

Map apa tah ni aku tak paham. Janji dapat propa depan map.. muahahahaha.

 Habis cycling kitorang pun pulangkan semula beskal di Pondok beskal masa mula2 ambil beskal tadi. Lepas tu menggelupur cari air. So lepak kat kedai kat area situ kejap lepas tu kitorang nak naik tram nak pusing2 kat area satu lagi sebab nak berkayuh dah tak larat.. sikit lagi bakal nak tercabut tempurung lutut ni.

Tengah tunggu tram. Kena beratur yer Bedah.

 Walaupun kena beratur panjang, tapi tram cepat sampai. So tak lah berjinggut menunggu.

 Dalam tram. Ini je lah satu2nya gambar yang ada.. itu pun bergegar seribu.. hahahaha. Dah letih nak bergambar lagi.. badan dah gigil kepenatan.

Tapi aku tak puas hati betul lah dengan tram tu, sebab dia bawa kitorang round selengkok je. Nurul kata kalau naik tram dia akan bawa jalan sampai setiap ceruk yang ada kat Bukit Cerakah tu. Mungkin tak ada rejeki aku kot untuk tengok keseluruhan tempat tu. huhu cedeyyyy =(

Agak2 dah pukul 12pm, kitorang pun gerak dari tempat tu. Singgah ke PKNS Shah Alam kejap sebab Nurul nak cari barang kat sana.

Dari PKNS Shah Alam, terus ke PJ.. lunch di Strawberry Field Cafe.. Seafood Carbonara Marinara.. Yummehhhh ;P

43 comments:

  1. SA x pandai bwk Basikal. ...jeles la.....x pnh sampai sini lg...

    ReplyDelete
  2. weeeeeeeeeeee... best nya akak.. saya suka gak wt aktiviti macam ni. nanti kak bawak saya plak la bolehhhhhhhhhh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2.. nanti mai KL roger akak ye.. akak boleh bawa Lieya dtg sini berbasikal ;)

      Delete
  3. dah kenapa best sgt nie...masalah nyer last aku naik beskal bln 6 aritu..itu pun gigil kona kona bawak dek kerana dah 10 thn tak mengayuh...ko mampu?kayuh bwk perut + bwk anak kat belakang?hahahahaa....

    ape pun aku plak bersemangat tgk ko..tercabar ok tercabar jahhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kau je feeling lebih cerita aku mcm best. padahal biasa je noqs
      apa lagi, nxt year berazam lah kau berbeskal tiap2 minggu 10km.. mst kuruih hehe.. chayokk!!

      Delete
  4. seronok ye berbasikal nie...tetiba seafood carbonara marina tu menggiurkan...adehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg seronok.. keluar semua peluh jantan.
      carbonara tu mmg menggiurkan.. sila telan ailiyo ok ;P

      Delete
  5. wowww a very fun and healty activity :)

    ReplyDelete
  6. Cantiknya kat sana.. farah pernah pegi sekali jer.. tue pn masa kecik dulu.. hehehe
    Tp bagus la riadah cmni sesekali kan.. pwcah jugak lelemak yg ada kan.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dah lama tu Farah.. skrg ni lagi besar tempat ni cantik2 :)
      a'ah sambil beriadah sambil pecah lemak hehe

      Delete
  7. lama x g sini zaman becinta cintun dulu ada gak berdating kat sini huhu

    ReplyDelete
  8. ni aktiviti berposing di bukit cerakah ke berkayuh nih..bahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua2 skali.. bergambar itu penting sebab nak update blog ;P

      Delete
  9. seyes, dah lama mama tak pergi sini, last pergi darjah 5, naik basikal mengelilingi tempat tu.. alamak, mengamit memori lah....

    Boleh jenguk mama di sini.. Mamaniza.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikss dah lama sangat tu mama.. nanti boleh lah repeat pergi ye

      Delete
  10. Dah bersenam elok .. pastu makan seafood cabonara.. naik balik la apa yg telah di bakar hahahaa :D
    Hurmm lawa gak taman kaktus ni.. boleh la dtg berkunjung.. thanks share kak zaza :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan pun tak habis.. tekak ni gatal sangat nak pilih carbonara.. hehehe
      mmg cantik.. ok nanti kalau TT pergi ambil gambar then update kat blog tau.. ;)

      Delete
  11. Dasyat...masih bertenaga mengayuh, sampai pulak tu kat taman cactus. Boleh tahan jauh dan mencabar perjalanannya tu! Salute!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha itu pun semput nak naik bukit.. tolak je beskal tu
      tu lah jauh jg lah perjalanan nak ke taman kaktus tu.. hehe

      Delete
  12. pic sandar kt batu tu klakor ;p bleh msuk majalah urtv ruangan "ingin berkenalan" ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha nanti kan keluaran majalah URTV januari 2014 ye ;P

      Delete
  13. ha..ha.. cantik jgak tempat ni..itulah yg ada pokok kaktus skali dgn tugu buahan2 tu..tu yg muskil..mybe dorg mlas kot nak antar kat taman kaktus..he..he.boleh sis msukdlm majalah nangka..lpas tu leh tlis tiglind mcm berenang untuk kesihatan eh eh silap..ni kat darat.. berbasikal utk ksihatan..he..he..selamat tahun baru sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik Sobri.. rasa mcm dialam fantasi je hehe.
      hahaha nnt kan keluaran majalah nangka nxt month yer.. btw Selamat tahun baru jg buat Sobri =)

      Delete
    2. ha..ha.. menunggu majalah tu kluar sis :)
      ha..ha.

      Delete
  14. Heavennnn yerrrr mommy zaza...wahhh ruper2nya zaza suka ye aktiviti lasak dan menyihatkan...proud of u mama zaza...cantik betul semua gambar mama zaza amik...plg lucu gambar masuk majalah nangka hahahhahaa lawak tauuuuu kikiki...mmg besttttttttttttt haishhhh rasa nak beli basikalll...tggu QI besorr leh beli 3 basikal yeyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg suka.. tapi skrg ni sesekali je dpt beraktiviti mcm ni.. faktor umur membuatkan ku jadi malas nak bersukan dah.. hehehehehe
      ahhaha majalah nangka keluaran Janiari 2014.. nantikan yer wakakakak
      Kalau Umi nak bawa QI pun boleh.. nanti suruh walid QI sewa basikal yang ada seat baby kat blkg..

      Delete
  15. shaila dan family pun suka beriadah disnini...best...^^

    ReplyDelete
  16. salam zaza...lama tak mai sini bercoooti panjang hehe...
    amboi bestnyer pi bukit cerakah..dedulu selalu pergi sini aktiviti wajib buat drawing kat sini...view cantik sangat...sambil nikmati udara nyaman sambil exercise gitukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lizz.. amboii sakan nya bercuti yer hehehe
      skrg ni kalau lizz pergi mesti best sebab tempat ni dah makin cantik tau :)

      Delete
  17. dah bercycling bagai..pergi makan yang berlemak pulak?...

    ReplyDelete
  18. ko nk g berbasikal.tapi berposing mcm nk rak.tapi xpe.ku suka jemah! wei! knp rasa mcm lama x komen kat blog ko nih! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau ni Rara.. mcm tak tahu aku kannn.. bergambar itu wajib okeh.. biar kurang berbeskal, janji bergambar itu penting.. muahahahaha

      Delete
  19. Tak larat haihh nak jelajah Bukit Cerakah dengan berbasikal..mampu naik bas tengok pemandangan je la kak..hihi

    ReplyDelete
  20. bestnya kak..kawan adk ada ckap nk ajak ke sana..tp buat msa ni xde masanya lg..

    ReplyDelete
  21. Sure sepikul lemak cayaq ni
    Okje pun tgh tunggu bilalah agaknya adikku yg sorang tu nk berhijablista....

    ReplyDelete
  22. Waaa seronoknyerr..tp ag seronokkan lw bercuti tp still dpt income...hee modal rm55 je kot ape r sgtkan..nk tw bleh pm vchat ye id: ashreeno

    ReplyDelete