Monday, December 30, 2019

Valet Parking πŸ…Ώ Menara KL Yang Mencemaskan

This is was my experience last week.

Macam tajuk yang i tulis kat atas tu.. I'm not say every time people come & park kat situ semua ada kes mencemaskan. It was my own experience happened to us lepas kitorang anak beranak turun dari KL Tower.


Sebelum i publish cerita pasal luncheon with my family, firstly i nak up dulu cerita pasal valet parking kat Menara KL ni.

Memang plan keluar rumah awal. Sebab tau kat KL Tower parking dia very limited. So kitorang keluar rumah dalam pukul 11.30am walaupun lunch appointment kitorang kat atas tu 1.30pm. Fikir jugak.. karang mana nak take time cari parking, nak queue naik atas tu lagi.

So masa sampai, jammed dia kat situ memang tak boleh bawak meeting punya.. maklonglah weekend kennn.. plus cuti sekolah.. memang berduyun-duyun orang kat sana.. Bila dah dua kali pusing memang tak nampak satu parking pun available. I told to NJ valet je lah kalau dah macam ni punya keadaan.. takut tak sempat je nak naik atas nanti.. sebab dari jauh kitorang dah nampak orang punya ramai queue tunggu lift.


Selesai je lunch, kitorang turun.

RM15 je kalau valet parking. Dah bayar tu kitorang pun tunggu kereta yang dikeluarkan oleh one of the jockey man. 

Ada kejadian mencemaskan... korang tengok dulu video kat bawah ni apa jadi.. sheram betul!

Ramai DM i kat IG haritu.. ada yang tak faham kenapa NJ kelam kabut masa tu.. ada yang faham apa yang terjadi dalam video tu. So, i explained to them apa yang terjadi. Nasib baik dengan kepantasan somi i haritu, Alhamdulillah tak ada kejadian yang tak diingini berlaku.. Kalau tidak tak tau lah nak suruh siapa yang bayar ganti rugi. Depan kereta kitorang tu pulak Nissan Murano. Let say if happened.. kau rasa siapa yang perlu bayar ganti rugi tu??????

Cer citer!

Since kat depan tu dah panjang punya jammed, si jockey man yang keluarkan kereta tu stop betul betul kat tempat yang kitorang tunggu.

The time dia berentikan kereta, sebenarnya dia tak tarik handbrake & tak letak gear P.. means it is still in D gear.


Faham tak? dia berenti, then dia terus keluar dari kereta tanpa tarik handbrake & tak letak gear P... dah tu... mau tak berjalan sendiri kereta tu??? Hayoooo kurus semangat mak. Nasib baik NJ tangkas stop the car.. urut dada akak dik! #KejapMakKejapAkak muahahaha

Dat time i dah seram.. Kalau korang perasan nak dekat last video tu, ko tengok muka india tu.. dia boleh sengeh sambil bla macam tu je. I pulak laju-laju ke sebelah passenger nak masuk kereta.. takut NJ bertumbok je dengan india tu.
Read More

Thursday, December 26, 2019

Persediaan ke Sekolah 2020

Ni je 4 entry yang dapat I korek cerita-cerita Persediaan Ke Sekolah untuk KhaNish sebelum ni yang pernah i buat.


Gigih mak pegi gali entry atas ni... hahaha. Kebetulan pulak date semalam kitorang keluar date yang sama di hari Christmas tahun 2015 kat entry ni → Xmas 2015 ← 

Memandangkan cerita entry ni happened di hari Christmas 2019 & date ni jugak weoll keluar untuk beli barang sekolah budak-budak, boleh lah throwback sekali cerita-cerita dari link kat atas tu.

LOL semua benda nak throwback #MataKeatas πŸ™ŠπŸ˜‚

So, mari mulakan cerita.


Tanpa sedar, budak-budak dah besar panjang dah sekarang. Bila baca balik entry entry link kat atas tu, i be like.... OMG nampak sangat dah perbezaan tumbesaran budak-budak ni dari dulu sampai sekarang. Well... i dengan memories kan berpisah tiada.. every second moment tu sangat penting bagi i.. especially yang melibatkan family. Sebab i suka tengok balik kejadian dari gambar gambar & video video campak belakang... 😁😁😁



Kali ni i pilih Sogo untuk persediaan barang sekolah KhaNish. Kitorang pergi belah petang.. dalam pukul 5+pm macam tu. Oh lupa, belah pagi hari yang sama haritu kitorang pergi Sport Planet Warehouse Sale.. tu nanti i cerita kat entry lain.



Kat tingkat 7 kat Sogo ada hall yang jual barangan back to school. Boleh tahan ramai juga orang.. maklonglah public holiday kannn. Lagi pun dah nak hujung hujung nak buka sekolah ni ramai lah parents yang shopping last minute macam kitorang hehehe. 



Untuk KhaNish kitorang tak beli beria pun macam anak baru nak masuk darjah satu.. just ganti sepasang dua baju je.. sebab budak-budak ni kan dah makin meninggi.. baju-baju tahun ni semua dah senteng. Danish beli kasut.. Khairine pulak tak beli kasut sebab kasut dia elok lagi, socks, singlet, spender.. pastu top-up stationeries sikit.



Paling teruja bila jumpa sock brand Garfield si Kucing Gemok favorite i. Dalam satu pack ada 2 helai belikan 1 untuk Khairine 😍


Itu ini, itu ini pun.. total semua lebih RM350 jugak. Tak apa lah setahun sekali.. lagi pun untuk anak anak, Mummy Babah turutkan.. anak pun dua ketul je. Alhamdulillah, ada rejeki untuk diorang. Apa yang Mummy & Babah harapkan, KhaNish belajar lah bersungguh-sungguh sampai berjaya. InshaAllah.



Read More

Monday, December 23, 2019

Mee Goreng Pedas... Kopi Manshor

Entah apa apa tah tajuk atas tu.. macam tak match je πŸ˜… Alaaa.. tajuk drama kat tv tu kadang i tengok ada je lagi ngarut πŸ™ŠπŸ˜†

Entry ni pendek je.. tapi sebab nak panjangkan cerita, i mulakan cerita ni dari hari Sabtu tengahari ok.. hehehe.

Sabtu haritu tak masak. Sebab awal-awal pagi sesuboh sepi'e i dah sampai Citta Mall merebutkan Sometime by Asian Designer punya Reject Sale. Settled kat Citta Mall, i terus ke Pasar TTDI beli bahan-bahan cili, bawang, halia, kunyit blended untuk stock masak. Settled kat Pasar tu, singgah brunch pulak ke The Bread Shop balik dari merambu dah kepenatan. Sebelum sampai rumah, tanya NJ nak makan apa-apa ke? dia cakap tak nak. Sampai je rumah, i terus ZzZzzZZZ.

Petang terjaga dari tidur, dok fikir nak masak apa untuk dinner. Pastu terus teringat ada mee sebungkus dalam fridge. Berlari i ke dapur nak goreng mee kononnya. Nasib bahan semua cukup. So mari kita menggoreng.

Tung tang tung tang kat dapur, dalam 15 minit siap mee goreng. Moh makan!

Dah duduk kat meja makan, lepas baca doa makan, tengah tengah makan, sekali dengar orang sebelah i (NJ) tarik-tarik hingus. OMG! what happened to my laki? Pastu dia cakap "fuhh berpeluh-peluh i" nak cakap tak sedap takut bini kecik hati.. terus coverline cakap "peluh peluh" muahahaha πŸ˜‚πŸ˜‚

Guess what? Ya! mee yang i goreng tu PEDAS ya!! pedas yakmat.. naya kat laki i yang tak makan pedas tu... hahahaha.

Memang i perasan pun mee yang i goreng tu pedas. Tapi i buat bodo je. Dengan harapan NJ boleh tahan lah pedas tu. Tapi tanggapan bini u salah Bie! mintak hampon!! hahaha. Ni lah susahnya dapat laki yang tak makan pedas sama tahap [kepedasan] macam bini.. nak masak pun kena kurang-kurangkan pedas... hmmm.

Done cerita pasal mee goreng pedas yakmat πŸ˜‚


Settled kemas dapur, i terus masuk bilik. NJ kat depan tengah tengok bola... i malas nak join. Tiba-tiba NJ WhatsApp [bini kat dalam bilik, laki kat luar.. tapi berWhatsApp.. kau pernah??? πŸ™ˆπŸ˜ƒ] dia ajak pergi Kopi Manshor kat Langat sana. heyyy orang baru nak golek-golek atas katil.. dia ajak keluar pulak. Malas betul nak bersiap. Eh tapi kalau dulu masa muda mudi asal malam minggu je tergedik-gedik nak keluar.. dah tua tua ni malam minggu i lepak atas katil je... mampu??? hahaha.

Ingatkan nak ajak kopi-kopi je.. rupanya dia nak cover balik dinner dia.. tadi kan makan mee pedas nak mati yang bini dia masak tu πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ plus dia kata kat sana ada Kopi Mashor.. dari rasa nak golek-golek tadi, dengar kata ada KOPI terus semangat nak pergi. Sebab i pernah suakan hasrat [hasrat sangat 😜] nak minum Kopi Manshor ni.. tapi kat Senawang.. bila kata ada kat Langat pun ada cawangan, pon boleh lah.

Nama tempat tu D'Pallet Place Cafe & Restaurant. Wah nama!! macam hipster.. bila pergi... oooo food court je πŸ˜‚πŸ˜‚


Ni lah dia Kopi Manshor. Pekat likat melimpah. Harga secawan ni boleh tahan nak sama taraf dengan Starbucks. RM8 (hot) secawan ni. RM9 kalau yang sejuk. Mine, i chose yang hot.

Tapi tapi  tapi... bukan nak kritik. For me rasa dia not to coffee. It is more to coco taste.


Gelas tinggi tu pilihan NJ. Kopi Walid Mangga. Harga RM11 boleh tahan harga dia kannn hehehe. Taste? for me pun sama juga. Rasa dia lebih pada coco. Mangga yang dikatakan tu hanya terdapat pada surface air je.. kalau korang nampak atas permukaan air tu ada kaler kuning kuning tu.. tu lah yang dikatakan mangga ya! hahaha. ingatkan dia letak cube cube fresh mango ke.. tapiiiiiiii.. hmmm


Sebagai ganti mee goreng pedas bini dia tadi, NJ pilih set nasi + squid sambal ke apatah + ulam, telur dadar sekeping kecik, salad, tomato. Taste? Pun sendu jugak. Sambal sotong tu tak ada rasa langsung. Dalam aluminium foil tu semata-mata  ada kuah sambal yang cair & sotong je. Patutlah tukang masak dia menung je depan kedai πŸ™‡

I hope kepada peniaga kat luar sana, sila lah upgrade apa yang patut. Kita sebagai pelanggan ni rasa nak marah je bila keluar duit nak makan tapi apa yang kita makan tu tak setimpal dengan duit kita yang keluar. Dah lah dapat bini pun masak mee goreng pedas! order makanan kat luar pulak tazedap.. kau rasa???? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Apa-apa pun, Alhamdulillah. Bukan nak mencaci. Dosa tau! Nabi ada kata jangan menghina makanan. Ingat tu Jah! Bersyukurlah kita seadanya πŸ’“πŸ’œ
Read More

Wednesday, December 18, 2019

Tak Ada Mood Fikir Result PT3 Esok

Dear Khairine, actually Mommy pun nervous pikirkan result PT3 keluar hahaha. Sama jugak getaran masa Khairine nak ambik result UPSR 3 tahun dulu. Dalam pada nervous tulis ni, Mommy saja buat ada gelak-gelak sikit dalam tulisan ni πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ poyo betul Mommy ko!

Dunno how to describe. Apa yang i tau, i memang nervous. Apatah lagi si calon PT3 yang nak ambik result esok kennn. Mesti korang lagi teruk bergetar dari Auntie kennnn.. hahaha.

Calon PT3 yang bakal ambik result esok hikhik πŸ˜›

Banyak betul kesalahan tatabahasa dia dalam WhatsApp ni... hahaha

Tadi masa buat kerja, tiba-tiba Khairine WhatsApp i. Terus be like 😱 Ya Allah.. kau dah kenapa anak?? kenapa buat ayat panjang-panjang sedih-sedih sangat ni?? Mommy is kennot you know.. nanti mula lah berkaca-kaca bijik mata ni 😩


Pastu tanya dia dah settlekan ke baju-baju nak basuh kat rumah tu... jawapan dia TAK ADA MOOD... Ayoooo!! Mak tak tau nak reply apa dah πŸ˜…

To all PT3 candidate, good luck for tomorrow. Tak kisah je apa result yang uoll bawak balik nanti tunjuk kat parents... Auntie percaya uoll dah berusaha sehabis baik dah. 

Those yang apply masuk MRSM, kita sama-sama tunggu result tahun depan. Congrats in advance from Auntie kalau korang dapat masuk MRSM nanti ya πŸ’“
Read More

Payment Method Parking di Berjaya Times Square

Wah macam nak buat review pasal parking pulak kennn LOL.

Tak. Actually i just nak share new experience je. Ahad lepas i pergi Berjaya Times Square [BTS] Rasanya tak la lama sangat i tak pergi ke BTS sebenarnya. Last, was last month kot.. macam tu lah. 

But now i bukan nak cerita pasal i dah lama ke dah tak lama pergi BTS πŸ˜… entry ni i nak cerita pasal new payment method parking kat BTS.

Selalu kalau i masuk parking, i park dekat bawah.. which is masuk dari yang depan 4Fingers tu. Turun bawah then nanti ambik ticket parking.

Ahad tu masa i pergi, i tengok kemain panjang kereta queue.. tak pernah pernah panjang berjela start dari tempat jockey sampai ke tempat ambik ticket tu. Macam pelik jugak.

Sampai my turn pulak. I pun salah sorang punca penyebab orang belakang jadi jammed... hahaha. 

You know what? start December 2019 dah tak pakai ticket dah. BTS parking dah fully pakai Touch & Go atau Debit/Credit Card je. That day yang mana tak tahu lagi BTS parking dah tak pakai card, kelam kabut lah cari T&G Card atau Debit/Credit Card. Tu yang buat jammed tu.

So kat sini i nak tunjuk how they deduct my money. Sebab haritu baki Touch & Go i tak cukup (penyebab buat jammed kat belakang.. hahaha). Kelam kabut cari purse keluarkan bank card nak touch.


Mula-mula terkejut badak tengok kenapa deduction ☝ sampai RM15 😱 I tried to find out. Call BTS parking department, then diorang explain...

Rupanya kekdah deduction ni sama macam ko pergi isi minyak pakai debit card. Deduction RM200 instead of amount yang you isi tu.. contoh: RM50 they will not deduct from the fuel yang u isi tu. deduction is: RM200. After few days (depend on bank apa yang u guna) diorang akan refund balik duit yang dia deduct tu.. which is RM200 tu, refundable.

Tak faham? tengok gambar bawah ni pulak ⬇


SALE DEBIT RM3.50 tu parking fee i. They only refund my money 3 days after that which is on 18 Dec [harini lah] REFUND SALE RM15.

So, korang lepas ni kalau nak masuk BTS, make sure Touch & Go Card cukup amount ya. At least kena ada RM20 dalam card tu baru korang boleh lepas masuk. Other method, korang boleh pakai Credit/Debit Card and make sure jugak ada duit dalam bank ya hehehehe.

Kalau still tak faham apa yang i explain kat sini, korang boleh call BTS parking department: 03-2117 3114

Kbai πŸ™‹
Read More

Tuesday, December 3, 2019

d'Timer Cafe, Wangsa Maju

Lepas settled renew driving license & pergi pasar.. i was decided to brunch kat d'Timers Cafe. Tah kenapa lepas baik dari demam ni teringin nau nau nak makan laksa johor. Asal nampak laksa johor terus telan-telan ailio dibuatnya.

Tempat ni recommended by Ayu. Mulanya sebab cerita pasal lontong kering. Ayu cakap kat kedai ni ada jual lontong kering. Tak tau lah korang pernah tau ke tak pasal lontong kering. Selama ni setahu i lontong is lontong lah. Lontong yang berkuah tu.. yang kaler kuning. Pastu i google la tengok.. ooooo memang ada rupanya lontong kering. First time in my life tau lontong ada yang jenis kering πŸ™†

Tapi masa sampai kedai tu, i tak order pun lontong kering. Sebab teringin sangat kat laksa johor.. tu yang order laksa johor.

Laksa Johor

Khairine pilih nasi briyani lauk ayam masak merah

our foodies


For dessert, Khairine pilih brownies. i cakap kat dia "ayooo why so command? kan ada few choice lagi dalam chiller tu.. kenapa brownies ni?" she said she's not berkenaan dengan kek lain-lain tu.. sebab katanya dah biasa makan sangat. amboii!


RV with nutella ada, pavlova ada, burnt cheesecake ada, choc ferrero pun ada. Silap i jugak.. i yang suruh dia pilih dessert apa yang dia nak hahaha. Kalau ikut tekak mak ni, semua yang ada dalam chiller tu mak nak πŸ˜„πŸ˜„



Masa i sampai haritu quite awal jugak.. rasanya dalam pukul 11am macam tu. Masuk-masuk je full house ya! nasib ada seat for two depan pintu.. laju-laju i dengan Khairine duduk.





The menu. Baru perasan, lepas snap snap gambar menu ni.. tengok balik laaaa kenapa semua gambar senget?? hahaha lantak la situ. janji boleh nampak πŸ˜…πŸ˜…


Kalau korang nak try makan makanan Johor, boleh try datang kedai ni.

Address:
11-G, Blok B, Plaza Wangsa Maju, 
Jalan Maju Ria 2, Seksyen 10,
Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur

Open daily : 10am - 10pm
Tel: 03-4141 5312
Read More

Monday, December 2, 2019

Semoga Ada Jalan Buatmu Anakku

Walaupun belum tentu lagi dapat masuk MRSM, i tetap nak tanamkan jugak kenangan perjalanan permohonan masuk ke MRSM untuk Khairine kat sini.

Dapat SMS dari Mara hari Sabtu lepas, 30 November. I be like hah??? why so sudden???? dapat msg hari Sabtu, Isnin dah nak kena pergi?! dah lah last week hari Selasa (26 November)  i baru je MC sebab demam. Balik je dari MC tu jugak baru apply cuti untuk date doplas doplas sebab nak pergi teman Khairine ambik result PT3 kat sekolah. Oh sebelum tu.. why so SUDDEN jugak Friday lepas (29 November) cikgu kelas WhatsApp kat group kata date result PT3 di tunda pada 19 December. Dah kena tukar date cuti yang i apply tu dari doplas doplas, ke simbilanblas doplas πŸ˜„πŸ˜„

26 November = MC, Demam
2 December = Dpt msg suruh bawak anak pergi ujian UKKM di MRSM KKB
19 December = Nak teman anak kat sekolah ambik result PT3

Nampak? semua datang bertubi tubi. Macam mana nak apply cuti?!

Gambar kenangan depan sign MRSM.

Alhamdulillah.. urusan harini sangat-sangat dipermudahkan. Lepas dapat je msg dari Mara haritu, i terus mintak tolong kakak i tolong hantarkan Khairine ke MRSM KKB.


Ingat lagi haritu duduk depan laptop sama-sama dengan Khairine. Dia cakap dia nak apply MRSM. i sit-down degan dia study dulu sebelum buat online application course apa dia nak ambik, location mana. Location ye memang ko boleh pilih.. tapi tak semua course yang kau pilih tu ada kat location yang kau nak. So kitorang bincang sama-sama. Do some research.


Dalam pada tu ada la drama drama yang mak create sebelum anak sampai sana pagi tadi.. haha. Eh! serious weh.. memang sedih giler! sedih tak dapat bawak dia harini kesana.. hishhhh sambil menaip pun dah bertakung airmata.. nyampah lah.. tisu mana tisu??? 😭😭😭😭


I cakap kat dia... ambik lah gambar banyak-banyak.. biar mami terasa feel yang mami ada kat sana dengan Khairine.. hehehe..


I berharap, kalau ada rezeki Khairine untuk ke MRSM nanti, i bersyukur sangat. Alhamdulillah. Mak mana yang tak nak tengok anak berjaya kannnn.

All the best Khairine πŸ’—
Read More

Renew Driving License

Salam December uolls!

Patutnya semalam nak buat entry ni. Dah berfikir-fikir dah apa nak tulis. Kononnya cerita ni hot lagi lah semalam. So harini patutnya ada entry lain yang i nak share. Kalut-kalut terus lupa.

Ceritanya... semalam. I pergi UTC Keramat nak renew lesen kereta. Dari lepas birth-date i October haritu sampai hari semalam, baru kesempatan nak pergi renew. Bukan apa... i ni lupa nok! Kalau weekdays memang selalu tak akan sempat lah nak pergi. Weekend pulak, kalau tak ada training/tournament bola Danish, lagi lah i tak ada akan pergi renew. Tak sempat.


Nak dijadikan cerita.. dah lah terlambat renew (lebih kurang 1 bulan lebih). Dah keluar rumah, dah sampai UTC Keramat baru sedar yang i tak bawak lesen lama & IC. Common sense kan benda-benda penting macam tu kena bawak. Tapi i tak bawak pulak semalam. Terus berderau darah dalam badan hahaha. Selama ni bukan kata i tak bawak handbag. Tapi sebabkan semalam kononnya dah plan well sangat Lepas renew lesen, nak pergi pasar beli barang basah then lepas tu santai-santai brunch then lepas tu nak balik.

Kau rasa???? apa jadi?


Tak jadi masalah pun nyah! Nasib baik i bijok. Kalau i tak bijok semalam, lepas sedar IC & lesen lama tak bawak.. mesti i dah blah dari UTC hahaha. terus i ke kaunter JPJ tanya dulu. "bang saya tak bawak IC & lesen lama lah.. boleh ke kalau nak renew?" Abang JPJ kata "YA BOLEH" hoiii lega rasa dada bila dengar. Rasa puas dengan jawapan dia macam baru lepas berak batu! hahahaha.

Conclusion: Kalau korang nak renew lesen kereta, tapi tak bawa IC & lesen lama atau apa-apa kad pengenalan diri lain, korang still boleh renew lesen kereta ya! yang penting, korang jangan lupa bawak duit. Tu penting!
Read More

Thursday, November 28, 2019

Hatyai 2018 - Khlong-Hae Floating Market

Entry ni tak ada kena mengena dengan Entry Hatyai yang baru-baru ni i pergi dengan kawan-kawan i tau.. ni entry i pergi Hatyai road trip dengan family i December tahun lepas.

Ok, mari bercerita.

Day 2 - Wow dah dekat setahun entry ni tersimpan dalam draft πŸ™ˆ rasanya dah 9 bulan kot (draft yang pertama) Kalau ada mak mak yang mengandung tu dah tunggu hari je nak terberanak dahπŸ˜… Now dah bulan 11. Anak yang lahir tu dah masuk usia 2 bulan pun hahaha. Now baru nak sambung balik cerita draft yang dari tertangguh tahun lepas hehe.

Pagi tu keluar dari Anytime @ 24 Resort dalam pukul 10+ macam tu. Uncle i terus bawak pergi Floating Market. Datang Hatyai kalau tak pergi tempat ni memang tak sah. Tempat yang wajib kena pergi... Tempat yang tak ada kat Malaysia and paling excited nak merasa membeli belah dari atas sampan πŸ›’

Welcome to Klonghae Floating Market 🀩

Aku nyampah ambik gambar posing cangkung cangkung. Dah macam indon tunggu tongkang tepi pantai je πŸ˜… tapi ni terpaksa je kalau berdiri tak nampak pulak tulisan kat belakang tu.


Sebelum sampai ke sampan yang floating tu, kena melalui sini dulu.. Sebab dalam ni banyak jugak jual makanan. Mostly makanan & minuman yang diorang jual sama je macam kat dalam ni. Kecuali barangan runcit je tak ada kat sampan floating tu.

Barangan runcit macam ni tak ada dijual kat atas sampan


One of the most popular makanan di Thai. Pulut Mangga 40Baht




Macam tu lah serba sikit yang ada dalam kedai yang sebelum ke tempat sampan terapung tu.

Ok jom i tunjuk gambar lain pulak. 

Ewah! Amboi kemain dua orang ni.. Anak mana anak? 🀭 🀣 

Ada niha πŸ€­πŸ˜‚

#NJ2424Family

#NJ2424Family


View dari atas. Terlalu ramai sangat orang masa ni. Nak beli pun tak selesa.

Jom tengok view kat bawah pulak.. macam mana urusan jual beli kat floating market yang orang suka nau nau datang sini & enjoy bershopping hehe.











Burung goreng digoreng dengan kepala sekali.. i tengok dia jual macam ni siap dengan kepala.. terus telan-telan ailio *glupppp* πŸ˜„


Thai Sushi. Comel je dia jual yang version kecik sekali ngap je.

Khairine

Ok done jalan-jalan di Khlong-Hae Floating Market. Meriah betul kat sini.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah