Thursday, November 1, 2018

Customer Service Airline Yang.....

Yang dot ⬤ dot ⬤dot ⬤ tu dia besaq DOT punya i bagi.

KES 1 : MASALAH PAYMENT
Baru-baru ni i booking flight ticket untuk Boss i yang nak fly πŸ›« ke Perth, Australia atas dasar urusan business. Actually book ticket tak la susah mana. Click je mana destination & date nak pergi, key-in details, buat payment, follow next instructions gedebuk gedebak.. lepas tu tunggu email untuk receive e-ticket.

Lain pulak kejadian bila i dah sampai ke payment method untuk buat payment ticket. Apa jadi?

Pengalaman sendiri, so far i tak pernah fly dengan Malindo.. so bila booking ticket (seperti mana i cerita kat atas tadi sebenarnya tak susah mana nak booking ticket πŸ˜…). Bila sampai part payment method tu, tiba-tiba i stuck.. masukkan details, amount then tekan next to proceed, hujung2 dia tulis sana "your transaction is failed & payment will not be charge", dua tiga kali try, still sama juga. Dua tiga kali try tu i pakai card i.. failed (bukan sebab tak cukup amount dalam account ye.. haha) then try lagi tapi guna card Boss i pulak, pun sama juga FAILED. Tak mungkin la Boss i punya card tak ada duit pulak kannnn.. menipu la tu.

Something wrong disitu. I called that Airline Customer Service.. tanya kenapa bila nak buat payment je failed. Jawapan yang i dapat, as usual kalau kau call Cust Service semua benda manis-manis & elok-elok belaka kan?! Diorang kata system diorang ok je.. sepatutnya tak ada masalah kalau nak buat payment.

At the same time, i terus suruh cust service tu book kan dulu ticket flight tu.. so dat i ada booking reference number untuk i buat payment later at the counter atau online if payment section tu dah ok lepas tu (kot la.. tapi hampeh sampai sudah tak boleh buat payment online)

I is tak puas hati. Petang tu i terus bergegas ke KL Sentral. Nasib baik petang tu NJ masih ada kat office. I paksa dia suruh tunggu i kat office sementara i pecut ke KL Sentral. I pergunakan laki i haritu untuk dia jaga kereta lepas i drop diri i kat sana.. sebab malas nak parking sementara i masuk ke Malindo Ticketing Centre Office.

Info:

CITY TICKETING OFFICE

KL Sentral City Sales Office
Leval 1, Unit 24 Departure Hall,
KL City Air Terminal, KL Sentral Station,
50470, Kuala Lumpur.
Phone :+603 2035 6699 (Ext:1503)
Business hours : Monday - Friday - 9am to 8pm, Sat - Sun - 9am to 4pm

Sesampai je dalam Malindo Ticketing Office tu, 1 counter je buka. I pun duduk diam-diam situ sementara tunggu next giliran i. Tiba turn i, i terus bagi booking reference number pada rep tu untuk dia check booking i. Tujuan i datang pun sebenarnya nak buat payment je. And i pay by cash from my money. I tak nak la delay payment, dah la booking ticket valid 24 ke 48 jam je.

Conclusion: Booking ticket via online kadang2 berisiko juga. Technical problem could be happen tanpa diduga.. and YES.. it happened to me haritu.. #matakeatas

KES 2 : WEB CHECK-IN &  KAU SALAH BAGI AKU INFO!
As usual, everytime my Boss nak fly, 48 hours before i akan check-in kan flight untuk dia. Dat day i pun terus masuk website Malindo untuk buat web check-in sekali i tengok ada note bawah tu tulis  *Note: Only selected Departure Cities allow for Web Check In I terus angkat phone, call Customer Service Malindo nak tau kesohehan.

Nampak tak note kat bawah tu tulis.. tu la yang i maksudkan tadi.

I tanya, which country/ city yang kata only selected for web check-in.. at the same time juga i tanya, kalau Perth, Australia boleh buat web check-in ke tidak? dengan confident dia jawab Perth, Australia kenot check-in online. Passenger kena pergi counter untuk buat self check-in. Then i pun bgtau my Boss yang flight ke Perth tak boleh check-in via web, He noted.

The time come. Boss i fly lewat petang, he leave office by afternoon.

After few hours dia gerak dari office, dia WhatsApp i. "I was able to check in online for my flight btw" dia bagi ayat mati je kat i. Dat time i rasa macam nak meletup dah. Jilake punya Customer Service Malindo. Simply gave me wrong information! 😑 i terus tak tau nak reply apa dah.

Logical nya, as a Secretary.. takkan u simply nak bagi wrong information kat Boss u betul tak? hmm #TungkatDagu

KES 3 : DECLARATION VIA EMAIL DENGAN CUSTOMER SERVICE MALINDO
Second time i called customer sevice Malindo before i email them to get clearance. I spoke with Ms. Shamira

Dah terang lagi bersuluh. Font merah dia tulis kat situ Perth tak boleh web check-in. Yang tak faham tu kenapa bila buat web check-in boleh lepas?! #SisKeliru

Sekian luahan perasan i harini. 😞
** Ingat nk tulis pendek je entry ni.. skali dah tulis, terpanjang pulak πŸ˜‚
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah