Sunday, October 27, 2019

Casing Handphone Garfield Dah Sampai

Sambungan cerita dari entry ni à Casing Handphone Garfield ß

7 days counting baru sampai. Ye faham.. barang datang dari jauh kennn.. China, memang ambik masa sikit nak sampai. I already understood sebab banyak dah barang dari shopee yang I beli dari China.. Uppsss tercerita pulak hehe.

Actually, casing handphone I ni susah nak cari. Pergi mana-mana sokmo model ni tak ada jual... Nyampah! Now I have 3… tiga tiga ni pilihan dan design yang I terlalu suka.

Sangat bahagia tengok si kucing gemuk ni bila dah tersarung dekat badan handphone i hehehe. Love u mok!

Cukup 3 minggu. Harini casing yang I order sama date dengan casing gambar atas (yang putih) baru tiba harini. Queries jugak kenapa tak sampai-sampai. Bila chat dengan seller, dia kata haritu ada masalah logistic. I kena tunggu at least sampai 21 Oct. Tunggu tunggu tak jugak sampai. Tengok tracking macam tak sampai-sampai je lagi. Tau-tau harini muncul.


Setakat ni, baru ini je collection cading handphone Garfield i. Let’s hunting lagi!! πŸ˜‰

Read More

Wednesday, October 23, 2019

Masak Masak 🍳



Almost hari-hari tengok Suria Amanda (SA) up entry gambar & cerita makanan yang dia masak/tapau. Jelly betul I tengok gambar-gambar makanan dia yang yummy yummy kat blog dia. I pun apa lagi.. pergi gali balik gambar-gambar masakan yang I masak (entah bila tahun punya gambar.. hehe).

p/s: ini bukan saingan tak sihat ye.. I bersaing sebab tak ada cerita nak update kat blog (gambar makanan je pun). So, gambar makanan adalah salah satu mangsa penyelamat yang bila bosan bosan, kita boleh up jadi satu entry… muahahahaha

Gambar pertama.


Sayur kacang buncis goreng & Sambal ikan masin cili padi #SIMCByZaza dengan petai

Gambar seterusnya… semua yang berasaskan udang.


Udang Masak Lomak Cili Padi dengan kacang buncis


Udang goreng butter recipe Roshayatie (kat IG)


Udang Buttermilk

Kenapa gravy dia jadi kaler oren oren bukan kuning kuning? Kajian telah menunjukkan… sepatutnya kepala udang tu harus dicabut ya! Kalau tidak nanti otak udang yang kaler oren tu terkeluar masa kau goreng udang (half cook) tu. Bila nak pakai balik minyak tu campur dengan butter, automatic dia jadi kaler oren. So, tak cantik.

Sekian terjemahan akak kali ni 😜

Jangan mintak recipe. Pergi je google atau tengok kat IG. Sekarang dah ramai perempuan/lelaki yang buat video masak 1 minit kat IG diorang. Just learn & try je sendiri kat rumah. Kalau malas, kau pergi je order kat kedai. Lagi senang! 
Read More

Friday, October 18, 2019

Somi Outstation πŸš—

Last week NJ ada bagitau yang dia akan ke Desaru 17 Oct, 18 Oct & 19 Oct.. which is semalam, harini sampai esok. CIMB ada buat meeting ke event apa tah kat Hard Rock Hotel Desaru. Dia ajak i ikut sekali bawak budak-budak. I be like 50 50 lagi nak pergi ke tak. NJ cakap ambik je EL dua hari.. budak-budak disuruhnya ponteng sekolah ikut dia pergi sekali kesana.

Apa yang i tau yang NJ bagitau i haritu, ikutkan event tu habis hari Jumaat... Jumaat lepas habis event dekat Hard Rock Hotel dia dapat extend lagi satu malam kat sana... tapi tak dapat dok kat Hard Rock Hotel lagi... company bagi bilik dekat Westin Hotel Desaru. Wah manyak siok 😍

Then Selasa baru ni NJ tanya lagi kat i samada i nak ikut ke tak.. terus i cakap i tak nak ikut... macam malas je nak EL... lagipun cuti i ada balance 4 hari je lagi.. nak spare la kot kot ada emergency ke apa. Pastu dia asek la racun i dengan tunjuk gambar-gambar Hard Rock Hotel & Westin Hotel kat google... konon nak pancing i lah tu suruh ikut sekali.



Event CIMB tu buat dekat Hard Rock Hotel Desaru... lagi lah dia excited nak bawak anak beranak dia sekali. Tak ada rejeki nak ikut teman NJ ke Desaru... i terpaksa melepaskan somi i outstation dengan hati yang sayu... agitewww πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Tak apa lah... dia pergi pun bukan nak berjimba dengan perempuan lain... pergi untuk mencari sesenduk nasi... I doakan urusan kerja u dipermudahkan tau Bie.



Semalam NJ sampai je sana terus dia video call i dari dalam bilik Hard Rock Hotel.. 


Pagi tadi NJ WhatsApp i. Alololo so manissss. Mesti u rasa tak best i tak ada dengan u kan Bie hehehe.

Tazabar tunggu u balik esok.. miss you somi 😍
Read More

Thursday, October 17, 2019

Birthday Present 🎁 NJ 2019

Seminggu sebelum birthday I dah pakat pakat dengan KhaNish. Jom kita pergi beli birthday present babah nak? Tapi korang jangan pecah lubang bagitau babah pulak... i suruh diorang tutup mulut rapat-rapat. Ewah yang Mak pun… kalau dah keluar bertiga je dengan anak dekat-dekat birth-date somi kau tu… tak kan lah somi kau tak syak apa-apa! Hahaha.

NJ kerja, selalu kalau dia tak kerja, dia lah yang hantar Danish pergi training bola kat Seri Kembangan. Lagi senang kerja i bila tau dia kerja. So, lepas Danish habis training bola Sabtu lepas i terus bawak budak-budak pergi cari hadiah.



Sekarang ni budak-budak dah besar. Senang nak kawtim. Bila ajak keluar je diorang apa lagi.. memang selalu ambik kesempatan pow mami la... tak apa, anak punya pasal... mak korbankan apa saja.

Mula-mula memang tak tau apa nak bagi apa untuk tahun ni. Bila fikir-fikir banyak kali, baru teringat.. NJ kan gomar Converse. Why not I beli Converse je kat dia... either kasut, baju ke atau bag. NJ pengumpul tegar kasut Convere... so why not i beli kasut untuk tambahkan lagi koleksi dia.  Tapi I rasa macam nak bagi tshirt Converse pulak. Tanya kat budak-budak… diorang cakap beli kasut lah mami. Ok onz.


Kitorang decide pergi Mid Valley instead of Pavilion & KLCC. Lama gila tak masuk MV… dulu masa kerja SYABAS asal Jumaat (lunch hour panjang) je mesti pergi MV #DoneThrowback 🀣


Danish dengan babah dia dah sama size kaki. Baju seluar semua sepatutnya dah boleh share. Tapi!! Sebab Danish berisi sikit dari babah dia, so baju & seluar agak sukar sikit untuk diorang berkongsi πŸ˜‚πŸ˜… 



Pilih yang jenis leather. Sebelum2 ni semua kasut NJ jenis kain. Haritu ada dengar dia kata soon dia nak beli yang jenis ini. So, mari laju laju kita beli dulu sebelum dia beli sendiri πŸ€­πŸ˜‚



Kaki size kapal! Haritu masa kat rumah I suruh Khairine snap gambar size dari collection kasut converse bapak dia yang hado… tak susah lah untuk I beli untuk birthday present dia. Bijok! πŸ˜…


Khairine Adrina

Danish Izdiyad



Ni ada citer klakar masa hari kitorang pergi makan-makan birthday NJ semalam. Cerita klakarnya sebab gambar screenshot atas ni punya pasal la ni... hahahaha. Si Danish.. dia pergi pos gambar ni kat IG dia sebelum hari birthday babah dia.... kantoi lah nok!!

Masa dinner tu babah dia cakap... "mana hadiah kasut converse babah?" i be like 😨😲 mana dia tau ni??? rupanya ni lah buktinya yang dah terang lagi bersuluh... Danish dah gi pos gambar ni kat IG.. dah la babah dia 1 of follower dia... memang kantoi lah nak oiiiii!!! hahahaha. 



Read More

Wednesday, October 16, 2019

Finally!!!! Dapat Beli Tiket 🎫 ETS ke Padang Besar

Entry ni dah draft semalam. Lupa nak habiskan tulisan.. so tak sempat publish... i malas nak edit.. so i sambung je tulis harini... mari sambung ⬇⬇⬇

Hoyehhhhhhhhh harini hari debaran nak rebut beli ticket ETS online... πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ Jakun sangat nih!!

Takut online crash pagi-pagi ramai berasak nak masuk website KTMB nak beli tiket pergi Padang Besar sebenarnya... tu yang dup dap dup dap masa kat page beli online tu. Nak tergelak pun ada. Kalut je pagi tadi dengan semua ahli jemaah yang bakal ke Hatyai bulan depan ni hahaha.

Cerita dia macam ni... haritu masa kat office, masa tengah lunch tiba-tiba terkeluar cerita nak pergi JJCM ke Hatyai. Pastu  konon-konon nak buat trip naik ETS instead of drive atau naik bas. terus semua kata ONZ.. Ehhh rancangan gila apakah semua ni?? terus rasa nak tepuk dahi tiga kali... hahaha. Balik tu i terus bersidang dengan NJ pasal rancangan gila diorang masa kat opis siang tu. NJ as usual memang bagi galakan penuh kalau bini dia nak berjalan dengan kengkawan. Hishhh diorang tak tau ke I nervous?! lagi-lagi pulak first time nak pergi jalan-jalan ke negara jiran dengan kawan-kawan. Kan i pernah bagitau yang I tak pandai kira duit selain duit RM πŸ™ˆ #Kuno

Rancangan diteruskan lagi... first plan was nak pergi 3D2N. Tapi! kenot. Sebab Kak June, Kak Zie & Saida satu department… Plus diorang ada tender nak dikejarkan... karang kalau tiga tiga hilang dari rada nanti nampak sangat ini adalah percutian yang telah dirancang rapi.. so kenot! πŸ™…

Discuss punya discuss, nak pergi bulan Setember... kan ada 3 week Mondays cuti haritu kannn... so that boleh pergi Sabtu, Ahad & Isnin. Laju-laju check online nak beli ticket, ticket pulak habis. Maklonglah long weekend. Lepas tu plan bulan October pulak… pun tak jadi sebab masing-masing macam banyak commitment every weekend on October. 

Finally, November… kitorang terus pick 1 & 2 November 2019.

Nak jadikan cerita... tiket ETS pulak lambat jual! boleh baca kat → SINI ← Tak cukup dengan call, tweet & pergi kaunter.. jawapan tetap sama. KTMB belum boleh bagi date penjualan. Rasa macam nak give-up dah masa tu.

But Alhamdulillah.. hasil bersengkang mata depan pc opis tepat pukul 8.30am, 15 Oktober 2019!!! kitorang dapat beli ticket ETS ke Padang Besar! and return ticket as well... phewwwwwww #HembusNafas hahaha.



Done beli ticket. Actually semalam beli untuk 8 jemaah. Takkan nak riak kat sini jugak lagi 7 ticket tu kennnn. 1 je cukup hehehe.

Harga ticket Gold Class untuk seorang beli semalam = RM76
Kitorang beli untuk 8 orang = RM152 (seorang, return ticket)

Calculation:
Harga return ticket 76 x 2 = RM152
RM152 x 8 orang = RM1216

Untuk pembelian ticket, boleh cari kat website → KTMB ← pergi beli kat sana kalau ada lagi.

Cerita lanjut nanti i cerita kat entry lain lah. Sini i cerita pasal beli ticket dulu. Kbai!





Read More

Thursday, October 10, 2019

Penjualan Tiket ETS Lambat! πŸš‰


Lambat giler! Siap mintak tolong NJ pergi kaunter kat KL Sentral tu tanya bila ticket ETS nak keluar. I pun hari-hari masuk website KTMB check takut-takut terlepas pandang announcement dari KTMB. Cuak gak… dah lah kitorang plan nak ke Hatyai 1 November, setakat early this week KTMB tak announce lagi.



Punya tak menyabar.. tak cukup dengan call seminggu sekali & pergi kaunter..  i tweet diorang pulak. Hambek! 😁😁😁 Asal tanya je bila tiket nak keluar, jawapan cliche yang i dapat... "kami tak pasti lagi bila penjualan tiket akan keluar" atau "paling lewat pun pertengahan Oktober baru keluar"


The announcement! Puas tunggu.. Finally, semalam KTMB announce kat twitter ticket ETS akan keluar next week. 15 October depan.


Then i saja tanya other options pembelian tiket selain dari hadap crash beli ticket online & kena perpusu pusu kat kaunter. KTMB suggested boleh download Mobticket dari App Store/PlayStore.

Dah boleh start berdoa panjang-panjang mudah2an dapat berebut beli tiket minggu depan hehehe.


Read More

Wednesday, October 9, 2019

Bolt πŸ”© Bag Sometime Soho2 Tercicir

Asal ada gambar je terus nak buat cerita. Tak kira lah gambar lama ke... bila semangat nak menulis tu sudah mari, laju je nak menaip.

Baru perasan.. semenjak IG berleluasa duatiga tahun kebelakangan ni, blog pun dah jadi suram. Ramai jugak tengok kengkawan seangkatan macam dah ramai beralih ke IG. Blog pulak dah bertahun tak berupdate. Termasuk I jugak. Bila lama-lama baru sedar blog terabai. Pastu terfikir gak lagi… sama je kekdahnya kalau I update kat blog & IG.. cumanya kat IG tu tak boleh tulis panjang-panjang macam kat blog… plus menulis kat blog ni feel dia lain machiammmm sangat… sambil menaip sambil berimaginasi.. tau-tau je entry kau dah panjang lebar. Then bila lama tak menulis rasa rindu pulek… 

Agichew lah ferasaan kakak 😁

Sambung ayat perenggan pertama tu. Haritu dah lama dah… NJ suruh I pergi service kereta kat Kelana Jaya… I pun pergi. Masa dah sampai kedai tu, I pun turun kereta, angkat bag nak keluar sekali tangkai bag tu tercabut. Tengok-tengok bolt bag tak ada. Puas cari kat celah-celah seat kereta.. tak jumpa jugak.. Dat time baru teringat… mungkin tercicir masa I pergi 7E sebelum sampai bengkel.

Baru teringat kenapa dia jadi loose. Actually handle bag tu boleh tukar-tukar. Boleh bawak style shoulder atau bukak bolt tu boleh jadi hand carry/bucket style.


Redho je. Mari beli yang baru je.


Dah beli baru dah. Nasib baik Sometime ada jual spare-part.. Kalau tidak cacat seumur hidup je bag i tu tak terpakai πŸ˜…


Basically ni lah rupa bag i tu.. Ni sebelum kejadian bolt hilang πŸ˜‚ nampak tak bolt πŸ”© bulat tu.. Tu lah yang hilang haritu πŸ™„

So macam ni la dua cara kegunaan tali bag ni
Tapi i lagi suka bawak bucket macam ni.. nampak ala ala santai je.

Next i nak update collection handbag Sometime i yang lain pulak. 
Read More

Monday, October 7, 2019

Birthday 🎈 Zaza 2018 @ BLVD House

28 Oktober 2019 cukup setahun. Sepatutnya entry ni di post tahun lepas LOL. Ye ini cerita pasal makan-makan sempena birthday i tahun lepas. So tahun ni punya cerita birthday makan-makan 28 Oktober soon, mungkin tahun 2021 baru akan dikeluarkan agaknya ngehngehngeh.

NJ bawak pergi makan makan sempena Birthday i last year. Mulanya memang i tak tau langsung pun kemana dia nak bawak. Masa dalam kereta, tengok route yang dia jalan tu macam dah boleh baca ke mana dia nak bawak i makan .. jangan main-main tau.. i budak Kolumpor. Jangan kencing i kalau setakat jalan jalan kat KL ni. Semua ceruk i tau ya! #OkDoneRiak

Birthday I tahun lepas jatuh pada hari Ahad, NJ bawak pergi brunch. Selalu kalau sapa sapa #NJ2424Family punya birthday jatuh pada hari weekdays, kitorang akan pergi makan-makan pada hari yang sama hari birth date tu. Tak kisah lah hari apa pun... janji tradisi #NJ2424Family ni tetap akan celebrate cara makan-makan kat luar pada date yang sama hari kelahiran.

NJ pilih BLVD House yang kat Naza Tower, Platinum Park yang dekat ngan KLCC tu.




Dapat present dari somi. Thx Bie. Tahun ni nak bagi present apa pulak????? πŸ€­πŸ˜… Tazabar i nak tau 😜



Bila cerita dah terlalu lama, i rasa macam i dah tak boleh nak recap balik apa moment yang jadi masa ni hahaha. Nampak sangat dah lanjut usia ni makin nipis daya ingatan πŸ˜‚πŸ€£ 

Tu lah yang dapat i update. Malas pun ye juga nak gali gambar tahun lepas. So cukup sekadar ni je. 

Lepas ni nak sambung buat entry Birthday Danish pulak yang dah terperam dari bulan April haritu. InshaAllah moga ada kekuatan πŸ€ͺπŸ€ͺ


Read More

Friday, October 4, 2019

Casing Handphone πŸ“± Garfield

I memang penggemar cartoon kucing gemuk tu. Since dari sekolah lagi memang sakai kumpul barang-barang Garfield. Nasib zaman dulu tak ada SocMed macam sekarang. Kalau tidak memang I dah tunjuk semua koleksi Garfield I #DoneRiak LOL.

Sebelum I cerita pasal casing handphone yang I order semalam, I nak mengadu dulu… kenapa lah shopee tu kejam sangat? Asal selak je shopee.com.my ada je benda yang I TERbeli.. Kalau nafsu I ok sikit masa tu, I masuk barang tu dalam cart dulu. Lepas dah muhasabah diri samada nak beli ke tidak barang tu… then baru proceed. Selalunya tak muhasabah pun.. muhasarawak pun jauh sekali hahahahaha... dah kata asek TERBELI je mana nak datang TAK TERBELI kat situ… phuiiiii.

Dah tu je nak bagitau. Ni pun terbeli jugak ni.. dah terbeli tu, terus je update dalam blog ni untuk memori.

Kalau dulu (pertengahan tahun 1990an) boleh beli kat mana-mana Mall macam kat section stationery dalam Metrojaya ke, dalam Parkson ke, Hankyu Jaya ke & etc… now dah tak Nampak. Then I try cari kat Shopee. Or else I beli je mana dan jumpa kat mana kat luar. Contoh macam yang I beli bag kat entry ni dulu → Collection Garfield Zaza ← korang kalau ada jumpa kat mana-mana ada jual si kucing gemuk tu, please bagitau I tau…  mana tau I boleh tambah lagi koleksi kucing gemuk yang comel tu 😊



Yang pesen ni i beli 1 je.. Yang #1 tu. Omey angat nih!! 🀣


Harga barang macam ni dari China baru RM5.30 + Postage RM3.80.. Total RM9.10 kalau kat KL mau sampai tigaploh lebih satu casing. 

I beli 3. Tiga tiga tu lain gambar.

Yang ni i beli dua. No: 3# &and No:5#


Ni kat kedai shopee lain pulak. Dua casing + Postage RM10 lebih je 😁

Baru order semalam. Tazabar nak tunggu sampai. Dah sampai nanti i update lain. Tengok quality dia macam mana.

Kbai πŸ‘‹πŸΌ 
Read More

Thursday, October 3, 2019

New Glasses πŸ‘“

Last weekend, Sabtu I pergi visit my brother kat Hospital Tawakal sebab jatuh motor Jumaat lepas.. patah bahu & operation hari Sabtu tu jugak. Berkumpul la kitorang adik beradik kat hospital tu.

Me & my Kak Long Amboii filter camera πŸ“Έ kemain licin flawless kulit muka πŸ˜…

Masa lepak kat ward tu saja la cakap kat Kak Long... Sementara Abang belum sedar dari operation (gambar atas tu dia belum sedar. Baru sejam lepas operation bahu?) I cakap I nak pergi Sungei Wang nak buat spec.. dia dengar je kata I nak buat spec, dia pun sibuk nak ikut. Velanja la dia buat satu spec... Eh baiknya adik πŸ˜…πŸ˜‚

I dah biasa buat kat kedai ni. Lens selesa je bila spec siap plus banyak choices boleh pilih. Nak petak, nak patsegi, nak lonjong, nak bulat semua ada. Pilih je. Biasanya kalau I buat kat kedai ni I just check mata yang kat luar tu je.. tak payah masuk bilik gelap dia tu. Lepas tu nanti I bagi spec lama I, dia check & ambik same power lens tu tepek kat spec baru I. tak tau lah macam mana kaedah dia buat tu.. yang penting setengah jam je dah boleh siap. #HappyMe

Mummy & Khairine

Nama kedai tu iWEAR dekat tingkat LG (LG115).. sederet dengan pintu masuk Jumpa (dulu Parkson)
Read More

Wednesday, October 2, 2019

Cuti PT3 Tak Jadi

Isnin yang sepatutnya hari PT3 start yang tak jadi tu kan I cuti. Dah postponed pulak.

Bila dah kata postponed tu… I pun teruskan je lah plan I dengan Ayu. Kebetulan dah lama tak jumpa Ayu. Tu yang plan nak jumpa kat sekolah. Memang kitorang janji nak jumpa Isnin tu kat sekolah pun.. Konon kitorang ni gang mak mak sejati lah ni lepak kat kantin sekolah tunggu anak…  Macam I cakap kat entry semalam. Anak masuk sekolah ke apa ke sibukkkkkkkkkkkkk nak ambik cuti. Padahal anak dah sound jangan datang teman.
#PerangaiSeorangMakYangDegil 

Dalam pukul 10.30am macam tu Ayu datang kutip I kat rumah. Teringin nak makan lontong kat Kampung Baru katanya. Ok, let’s go. Sampai-sampai je…  tutup! Cisss tak ada jeki. Dalam kereta masing-masing dah kebulurun.. rasa nak marah orang kereta sebelah!! Hahaha. Then teringat nak makan chapati kat Jalan TAR. Pun tak jadi sebab susah nak cari parking. Hayooo memang susah lah Bedah. Hari bekerja kennn. So, next… blur tak boleh nak fikir nak pergi makan kat mana. Selalu kennnnn.. bila nak makan je otak terus blank, blur tak tau nak makan kat mana.. bila tak nak pergi makan.. macam-macam tempat terbang dalam kepala ni sana sini.


End-up kitorang brunch kat Nasi Ayam Kampung Valodrome, Cheras. Punya gigih round satu Kolumpor cari makan… hujung hujung ke Cheras je hahahaha.

Done brunch. Nak sambung kopi kopi pulak ke Black Horse, Cheras. Masuk-masuk je tengok dalam peti ais dia kosong! Satu kek pun taka da. Hampa!!! 😭😭

Next, pergi ke 28 Fireplace, Ampang. Kek dia pulak hambar je. Adoiii tak ada jeki.

Next, Ayu ajak ke Melawati Mall. Lepak kat Wolf & Turtle Coffee. Tengok ada Burnt Cheesecake. Terus onz.


Me & Ayu. Kitorang ni kalau berborak tak memetir tak sah πŸ˜‚ #SajaBukaAibSendiri 😜



Our coffee, burnt cheese cake & salmon croissant. Mantop! nampak tak inai dijari tu??? selamat perantin baru Ayu sayam 😘

Settled kopi kopi & boraks.. Jalan kejap



Japppp. Nak gelak πŸ˜‚πŸ€£πŸ˜‚πŸ€£  si ayu ni kalau tak menggila memang tak sah πŸ€£πŸ˜…πŸ€£πŸ˜… ni masa kat Kaison. Aku tak tau lah kenapa dia beria nau angkat bag tu sandang kat bahu dia. Padahal tu bag display je yang penuh dengan bags lain dalam tu. Tak boleh ke kau tengok je bag tu dari shelf tu ayu oiii?? πŸ€£πŸ˜‚. Pastu i bahan dia buat imaginasi sendiri.. Dok bayangkan dia kendong bag ni masa pergi vacation beramai-ramai and tiba-tiba Ayu hilang.. semua orang cari dia.. Pastu nampak dia jalan jauh tertinggal ke belakang sambil kendong bag besar yang berat πŸ˜‚πŸ€£

Lantaklah macam mana pun perangai kau nok! Jah tetap sayam kat dia πŸ€—πŸ˜
#SoulSister
#GangPetir
#GangCakapKuat
#GangKuatGelak
#GangCepatTerhibur
#GangMakMakHatiRapuh
Read More

Tuesday, October 1, 2019

PT3 2019

Seperti yang satu Malaysia sedia maklong penangguhan PT3 tahun ni yang sepatutnya akan berlangsung pada 30 September 2019, disebabkan kemangkatan Ayahanda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada 28 September 2019 (Al-Fatihah)… maka seluruh Malaysia terpaksa menangguhkan peperiksaan PT3 dari 30 September kepada harini 1 Oktober 2019. Gitu cerita sebenar apa terjadi.. saja I cerita kat sini supaya boleh ingat memory ni sampai bila-bila #ZazaDanMemoryTakDapatDipisahkan

Semalam, Isnin patutnya I cuti. Memang purposely apply cuti kononnya nak teman anak kat sekolah. Sekali bila tahu penangguhan PT3, I proceed with the cuti jugak lah. Malas nak cancel cuti. Well I ni kan poyo sikit. Tiap-tiap tahun anak first day masuk sekolah rendah ke sekolah menengah pun sibukkkkkkkkk nak apply cuti nak teman anak masuk sekolah. Sampaikan anak bagi warning tak bagi mak ambik cuti teman diorang ke sekolah #MakRedho 

Harini i dah start kerja. Pagi tadi masa hantar Khairine pergi sekolah.. I cakap kat dia I nak teman dia sampai kat dalam sekolah. Ko tau dia cakap apa nok? “tak payah lah Mummy.. tak payah! tak payah! buat apa nak teman.. cikgu tak bagi parents masuk. Lagi pun Mummy bukan boleh teman sampai dewan exam pun” (sangat bersungguh-sungguh dengan muka berkerut-kerut). Eiiiii sedih hati mak. Hampa sangat! Hahaha. Tak, sebenarnya I bukan mak yang over. I mak yang sangat excited. Debaran tu rasanya lagi teruk dari debaran anak yang nak ambik periksa.. hahaha.

Maka mak pun jenguk dari kejauhan je lah dari sebalik tembok sekolah πŸ˜‚ 

Gambar pagi tadi.

Apa-apa pun, Mummy tetap akan doakan yang terbaik untuk Khairine. Semoga Khairine dapat jawab dengan tenang dan berlapang dada dalam exam harini.  Mummy sangat nervous sekarang.


Mummy sayang


Me & Ayu. Ni lah dua ketul mak yang jenguk anak dari luar tembok sekolah... hahaha. Pagi tadi tak nampak pun parents yang bersidai kat luar tembok macam kitorang. kau rasa???? πŸ™ˆπŸ˜œπŸ˜‚

Notis



Reminder message dari cikgu

Harini ada dua paper.. Start dengan paper English. Yang sepatutnya start dengan Paper BM tu akan di tunda ke lari last minggu depan.. which is hari Rabu.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah