Thursday, October 19, 2017

Zafran Uwais Turns 1

Invitation
Family ZazaJ

Bulan September lepas banyak birthday invitations.. Wow gempaknya Kak Zaza "banyak invitation" hahahaha. Actually ada lah few tapi pergi yang mana sempat je.

Ni invitation dari ZazaJ. Kejap je si Zafran dah setahun. Dari ZazaJ belum kawin, dah kawin, dah keluar sorang anak, buat birthday anak & sampai harini kitorang tetap sayang2 ❤️


My kesayangans #ZTZBestOfFriend ❤️

Masa sampai je majlis haritu, sempat aku makan seround dulu. Habis je makan, Tante pun sampai. Sempat bergambar dulu dengan #ZTZBestOfFriend.


Elok habis je Tante habis makan, tengok diorang nak potong kek. Habis je nyanyi2 lagu hepi besday, aku pun cepat2 selit kat depan kek nak bergambar sekali dengan family kecik ZazaJ.

Thanks Emi. Thanks ZazaJ jemput akak & family. Makanan sedap2 ada gulai kambing, lauk2 kampung.. Sedang helok sangat dengan selera tekak akak ni.. Lagi2 majlis tengahari rembang.. Lapar pulak tu. Mmg zedap. Dah tak pedulik orang keliling bila dapat makan lauk zedap hihi.


Kek Mickey Mouse
Ini terpaling comel.

Sampai 2 biji kek kau nak. Meriah sangat 1st birthday kau. Huntong anak2 sekarang ni. Sambut birthday dgn tema2 bagai. Seronok. Zaman aku dulu mak beli kek sepan je kat kedai runcit depan rumah, pacak lilin panggil kawan2 jiran sebelah rumah pun dah cukup terhibur sangat.. Hahahaha. Tapi itu dulu. Zaman dah semakin canggih :)


Tengok si Birthday Boy tu. Mula2 muka malas nak layan. Lepas tu tersenyum sikit. Lama2 tergelak besar hahaha. Nampak na Mummy Zaza & MamaSu pandai melayan anak kecik kann 😝

Sambil2 tuan tanah melayan tetamu, aku dengan Tante berasak gomol2 si Uwais. Naik rumas budak tu.. Tapi dia buat ilek je mungkin sebab cuaca panas & mengantuk agaknya.. Dia biar je diri dia digasak oleh Mummy Zaza & MamaSu dia hahaha. Redho ye nak :D


Geram betul dengan budak kerinting ni. Rasa nak picit je dia. Mummy Zaza je yang beria sengeh2 depan camera. Kau wat ilek wat pis je kat situ kannn.. Hahaha.


Wow.. Ada gaya macam kendong anak sendiri tak?

Rindu weh nak beranak kecik lagi. Yang hado dua ketul tu dah besar. Dah tak best buat gomol2 hahaha. Ok tak apa. Usaha tangga kejayaan.. Mana Bang Nizam??? (sambil buat muka gatal..hahaha).


Tiga beranak.. Kononnyaaaa hahaha.

Ha tu dia Bang Nizam.. Sebijik macam pasangan somi-istri yang baru setahun lebih kawin, bunting pelamin & ada anak umur setahun.. Hahaha.

Kbai ;P


Read More

Wednesday, October 18, 2017

Tree Steak House

Hi. Assalamualaikum..

16 Oct 2017. Kemarin birthday Bang Nizam. Satu hadiah & surprise pun aku tak buat. Aku cakap "kita postpone ye Bie.. Tunggu bulan depan" maklumlah ahkak kan suri rumahtangga yang tak berjaya. So kurang modal sikit nak open table untuk husband tahun ni. Tahun2 sebelum ni ada lah jugak celebrate & buat terkejut2 utk dia 

Sebak. Emo bila baca Bang Nizam kata tak perlukan hadiah
Sekali dapat Whatsapp dari birthday boy. Ajak keluar makan katanya. Eh ni birthday siapa sebenarnya? Aku ke dia? Mula la hati ni rasa sayu bila Bang Nizam kata tak perlukan hadiah apa2.. Cukup ada aku & anak pun dah Alhamdulillah. Apa ni? Jangan la buat isteri u touching Bie.. Tak suka tau. Terus rasa sebak. Emo sangat hahahaha.

Petang bila Bang Nizam balik kerja siap2 lepas maghrib baru keluar. Dah masuk kereta dia tanya. Nak makan kat mana? Nak makan apa? Aikk dia tanya kita pulak. Susah betul soalan yang dia bagi ni. Ikutkan hati aku ni NAK MAKAN NASIK!! hahaha. Orang kampung mmg macam ni. Nasik jugak yang dia cari 

Nizam cakap dia nak try kat satu tempat ni yang kitorang tak pernah try lagi. Mula2 macam tak caya. Sebab selalunya taste dia tak mencapati citarasa aku. Dia kata nak makan steak. Ada steak house baru kat Keramat. Hah? Keramat? Keramat tu kedai steak apo yang hado.. Terus aku bangkang. Cakap tak nak.

Walaupun aku ni bekas budak Keramat, eh aku bukan budak keramat yang bakar2 tahfiz tu tau.. Aku membesar kat AU3, Keramat je. Then tanya dia Keramat ada ke Steak House. Dia cakap.. Kan ada yang kat LRT tu. Puas dok pikir Keramat? LRT? (cakap tak habis) Then dia sambung lagi.. Alaa kat Keramat tu.. Haritu kan kita ada lalu. Aku still tak boleh catch up lagi kat mana. Then dia cakap lagi.. Jalan yang nak ke Pasar Keramat tu laaaa (mcm dah bengang asek dok explain tapi aku membangang lagi.. Hahaha).

Terus aku teringat.. Laaaa katalah Datuk Keramat sebelum sampai Pasar Keramat.. Haha. Aku pun cakap best ke kat situ. Time tu mula lah nak comdemn sebab tempat tu mcm tak hipster.. Lagi2 Keramat. Terus nak buat mata ke atas.. Hahaha.

Aku tau.. Bila aku dah membangkang tu, dia terpaksa berzabar dengan perangai aku. Padahal birthday dia ni.. Aku pulak melebih2 hahaha. Sabar ye Bang Nizam.. Bini u ni kalau lapar memang berperangai macam ni 

Counter
Ceiling. Apa ni gambar ceiling pun nak ambik ke? Saje je. Sebab tengok cantik pulak deco ceiling kedai ni.. Tu yang snap.
Bila sampai & masuk je kedai tu.. tengok not bad jugak tempat ni. Ala2 Inggeris lah sikit2. Besar gak tempat ni. Ada dua section. Aku duduk kat section yang depan counter.

Selak2 menu, terus lupa nasik.. Hahaha. Ok lah. Memandangkan birthday boy dah sebut nak makan western, aku pun berkorbanlah melupakan nasik. Actually ada juga menu nasik. Tapi tak ingat ada nasi apa. Malas nak belek lama2 menu tu. Nanti aku nangis teringat kat nasi pulak.. Hahaha.

Happy Birthday Sayangku
Miss K my anak dara
Sementara tunggu foods sampai, kita ambik2 gambar dulu.

Food not bad. Sedap lah jugak. Walaupun tak setaraf hotel atau The Ship, Victoria Station & Steak House lain yang hado. Service pun boleh tahan cepat. Environment pun cozy. Deco menarik. Parking pun senang. Price pun reasonable tak berapa cekik darah. Overall boleh kata recommended la.

Foodie
Tiga menu yang berbeza. Nizam makan chicken chop. ClichΓ© je makan chicken chop hahaha. Aku makan Chicken Cordon Bleu ke apa tah nama dia. Sedap gak. Ayam balut2 pastu ada isi ayam, ada ham & cheese. Aku pernah try makan kat tempat lain chicken cordon bleu ni.. Tapi tak ingat kat mana. Sedap sikit lah dari kat sini. Khairine makan Lamb. Tak ingat apa nama lamb tu. Sebab masa baca dalam menu, ada nama "meranti lamb", "pinang lamb" & few nama2 kayu tapi belakang dia mesti ada nama lamb.

My verdict : Sedap, recommended & boleh repeat.

Habis makan, lepak2 jap kasi makanan turun. Terus Nizam bayar. Lupa nak tengok bill berapa total harga semua tu. Terima kasih Suami belanja makan on your birthday. I promise u next month i belanja u pulak ye. Kita celebrate double belated birthday ❤️

Tree Steak House, Keramat
Tree Steak House
Korang yang mana dekat dengan Keramat tu, datang lah sini makan western. Rasanya kedai ni baru few month je bukak kot.. Lupa nak google berapa lama dah beroperasi. Atau tengok kat fb dia Tree Steak House

Read More

Monday, October 16, 2017

Happy Birthday Husband

Hi. Assalamualaikum..

Oktober datang lagi. Harini harijadi Bang Nizam yang ke???? Tu terang2 terpapar nombor 37 kat atas 😅

Tak payah rahsia sangat. Kalau kau tanya dia, manjang dia asek kata umur dia 27. Kalau birthday tahun depan, dia cakap umur dia 28. Tiap2 tahun mesti akan sebut umur 10 tahun lagi muda dari usia sebenar. Tension aku. Kalau mcm tu dia nak kata yang aku ni tua dari dia ke apa? Ingat sikit Bie.. Kita ni sebaya tau. Cuma u awal 20 hari je mak u dah press u keluar kat dunia ni.. Hahaha.


Happy Birthday to you Ahmad Nizam Bin Md Jali a.k.a my Wonderful husband in the world. I love you so much ❤️


Read More

Tinie Turns 50 & Still Fabulous

Hi. Assalamualaikum..

Baca tajuk pun dah rasa tazabar aku nak cerita kat korang. 50th Birthday & Still Fabulous??? Kau jangan main2 Senah.. Ni belum tengok gambar birthday girl lagi. Mesti korang tak caya akak ni dah umur 50 and dia berani kata yang dia still fabulous. Memang tak dinafikan.. Dia memang fabulous okeh. Tengok in person korang memang takkan caya umur akak ni dah 50. Korang mesti terkejut kalau tengok gambar akak ni. Cara sambutan birthday pun mengalahkan artis okeh πŸ˜† 

The invitation
Invitation through WhatsApp je. Zaman dah canggih ni tak payah nak call or datang rumah menjemput. Ahkak terima je seadanya πŸ˜„  

Simple OOTD pada hari kejadian 😜
Actually kalau korang nak tau, aku kenal Kak Tinie ni since aku kerja SYABAS dulu. Kitorang ni datang dari golongan secretary masa kat SYABAS dulu. Dia Secretary to GM kat SYABAS Hulu Langat. Aku pulak Secretary to GM kat SYABAS KL. For sure lah kenal each other. Weolls jarang work together sebab district lain2. Tapi tau la siapa secretary siapa untuk setiap GM District.

Kalau communicate pun selalu through email, call, secretaries week, secretaries lunch atau masa meeting among secretary je. Standard secretary lah.. pusing2 situ gak kennn.. Lagi2 kitorang dari organisation yang sama cuma district je lain2.. Gichu. Amboi semua salah silah lama dah terkeluar nampaknya 😜 tapi tak apa lah.. Kisah lama kannn. Apa salahnya kita trobek trobek.. Bukan terobek hatiku yeh! 

Me & Tante. Sebelum majlis start, kitorang dah merayap semua pelusuk tempat. Ushar foods, ushar kek, feeling2 bergambar kat ballons. Sakai nau perangai 🀣
Orang belum start lagi aku dah menyibuk ambik gambar kat sini.. Ada aku kesah? πŸ˜…
Sempat selfie sekentut πŸ˜‚
Hari kejadian tu aku datang bertemankan Cinta aku.. Siapa lagi kalau bukan Tante. Cakap dengan Tante.. "Nizam tak nak pergi.. So you should teman me". Aku tunggu dia datang & we go with my car. I know her. Dia kalau tak ada apa2, kalau aku ajak pergi mana2 mesti dia ON je.. Thank you Cinta 😘

Masa sampai tu on time dah terpacak kat sana. Dengan harapan boleh jumpa birthday girl dengan aman sebelum dia dikerumuni para "peminat" dia hehe. Ye lah.. Birthday girl kan.. Mestilah macam retis haritu. Ramai peminat ajak bergambar.

Birthday Cake
Kek birthday yang simple but nice. No cream, no heavy deco. Memang sesuei sangat dengan tema & usia birthday girl. And I'm sure this is favourite cake birthday girl.

Punya malas nak berimpit kat depan tu, aku ambik gambar dari jauh je. Ni pun aku snap kat meja masa aku tengah makan.. Hahaha. Ok lah.. Janji hado.

Gambar2 crowd & foods aku tak ambik sebab malu. Nanti orang tengok aku ni dah kenapa sakai nau nak ambik gambar makanan (sifat pemalu sangat menebal dalam diri.. Hahaha). Sebenarnya dah lapau nak makan. Tu yang laju je ambik foods kat buffet station. Jahat betul.. Datang majlis orang tau bawak perut kebulur je.. Hahaha.

Lepas Kak Tinie dah habis potong kek, aku kena tunggu keadaan reda sikit baru boleh selit bergambar dengan dia kat depan kek. HAPPY 50th FABULOUS BIRTHDAY KAK. I inspire u. Sangat awet muda & memang layak dipanggil fabulous. 

Muka ceria sebelum tau siapa yang tiba2 letak tangan kat bahu aku
Masa ni macam ada kisah kelakar sikit. Nampak tak pakcik belakang aku tu? Masa aku selit sebelah Kak Tinie, aku sedar ada orang lain datang dari belakang & terus letak tangan dia kat bahu aku. Masa tu banyak la lensa kat depan.. Aku pun senyum ala2 kerang busuk kat situ.

Bila terdengar suara lelaki kat belakang aku, terus muka jadi berubah. Terkejut beruk πŸ™ˆπŸ™‰πŸ™Š
About few second kat situ sebab banyak lensa & terpaksa stay, tiba2 aku dengar suara dari belakang yang tiba2 datang letak tangan kat bahu aku tu bersuara.. Tapi tak ingat apa dia cakap.. Apa yang aku tau, orang yang kat belakang aku tu sebenarnya adalah seorang pakcik.. Hahahaha

Terus cakap kat Kak Tinie.. "Kak, perlu ke aku stay kat sini" aku cakap mcm tu sebab dah tersedar yang pakcik blkg tu baekkk punya parking tangan dia kat bahu aku.. Hahahaha. Bila pakcik tu dengar aku cakap macam tu, terus dia kata "laaaaa ingatkan anak kau Tinie" semua terbahak bahak gelakkan kitorang.. Hahahahaha. Nasib baik dia letak tangan kat bahu.. At least ada gak beralas tangan dia tak tersentuh kat tangan aku.. Dan nasib baik jugak pakcik tak rangkul pinggang saya.. Kalau tidak saya dah bagi back hand kat pakcik . Tak apa pakcik, saya maafkan.. Lain kali kalau nak bergambar dengan awek, kena tengok betul2 tau 

Bergambar dengan Fabulous Birthday Girl 

Credit to fb Kak Tinie
Gambar cilok dari fb Kak Tinie. Masa ni kitorang dah kenyang. Lepas dah kenyang, kitorang pergi berasak kat photo booth pulak. Nampak tak perangai? Hahahaha. Nasib datang berdua je dengan Tante.. Kalau bawak laki & anak2, buat malu je buat perangai macam ni πŸ˜…

Aku cakap kat Kak Tinie.. "Kak, kau pergi layan guest kau yang ramai tu.. Aku dengan Cinta nak layan main photo booth.. Nak ambik gambar banyak2"

Nah tu dia sakai gambar πŸ˜„  sempat tarik Kak Tinie ambik gambar dengan kitorang sekali kat photo booth.

Dah berpeluh2 bergambar kat situ, kitorang nak gerak. Cakap dengan Cinta haritu.. Lepas habis birthday tu, aku nak ajak pergi tasik kat area Putrajaya tu. Nak 'fotosut' tepi tasik setembak dua.. Hehehe.

Gerak dari Taman Warisan tu, start kereta terus ke tasik. Apa ke nama tasik tu.. Yang ada orang naik kayak & bot tu. Orang Putrajaya tau la kot.

Cecececeh kemain duduk atas batu konon.. Fotosut ala2 model disitu πŸ˜…
Kitorang lepak sini tak lama pun. Cuma sampaikan hajat aku datang untuk fotosut je.

Lepas tu selpi2 3 kali je kat sini. Lepas tu gerak.. Kenot tahan.. Panas & poloh2 dibuatnya aku kat situ sambil fotosut.. Hahaha.

Itu je kisah attend Birthday party haritu.
For Kak Tinie.. HAPPY BIRTHDAY TO YOU. Semoga success dunia akhirat & stay fabulous ok πŸ˜‰ 

Read More

Sunday, October 15, 2017

Come Back


Me & Cinta 😘



Assalamualaikum. Happy Sunday. Lama benar tak keudara.

Bukan dah tak berminat nak berblog. Cuma semenjak berhijab awal tahun ni.. Rasanya blog ni macam dah tak releven lagi dengan aku sekarang. Sebab entry2 lepas semua banyak yang tak hijab.

Dah lama nak renovate blog ni sebenarnya. At least buat masa ni aku boleh setting & screen dulu followers. FB & IG pun under construction sekarang. Try to delete/ hide mana2 post & gambar yang tak berkenaan. Or else ikutkan hati, aku nak delete je account tu. Tapi sayang pulak. Tak apa lah. Buat masa ni biar aku invisible dulu.

Malam tadi gigih tukar header blog ni 😂 lantak lah apa jadi pun. Janji header tu dah bertukar. The rest of picture yang ada dekat wall ni, aku akan transform sikit2.


Read More

Tuesday, March 28, 2017

LUNCH DATE DI SCRUMMY

Tahun 2010 ke 2011 ke 2012 tah aku tak ingat. Aku pernah makan kat sini. Masa tu baru-baru je lagi restoran ni buka. Masa tu Kedai ni bukan kat tempat sekarang.. Kedai dia bangunan opposite kedai sekarang. Kalau korang pernah pergi kedai ni, korang tau kat mana yang aku maksudkan. Dulu aku tau tempat ni pun sebab tengok JJCM kat TV3.

Itu sikit sejarah Restoran Scrummy ni ye adik-adik 😊


Baru-baru ni tekak terasa nak makan pasta. Puas memikir kat mana nak makan pasta yang zedap, menarik tapi dekat area KL & boleh santai-santai. Terus teringat Scrummy! Called Ewin ajak dia lunch sama-sama. Masa tu masing-masing ada hal masing-masing. Decided drive sendiri sendiri je senang jumpa kat sana terus.

Me & my partner in crime ☺️ tudung akak tu tak pernahnya tak senget.. Maklumlah akak baru 3 bulan berhijab πŸ˜‰


Selak je menu, aku dengan Ewin dah macam monyet kelaparan. Maklumlah lunch time kannn. Kalau boleh semua menu kitorang nak order. Nasib baik cepat sedar diri.. kalau tidakkkkkk πŸ˜‹


Chicken chop?  Kata mengidam pasta! apasal order chicken chop pulak? Saja je. Perut orang tengah kebulur memang macam tu. Semua benda nak.. derrrrrr 😜


Aglio Olio ke apa nama dia ni..akak dah lupa. Rasa dia spicy spicy sikit.. ada nama arab sikit.. tah lah tak ingat.


Dessert. Strawberry Orange Cake nama dia kalau tak silap & chocolate cookies (tak ada dalam gambar). Ada dessert lain yang memikat.. tapi takut nak order sebab dah kekenyangan
Kalau datang lepas pukul 5.30pm ada offer buy 1 free 1.

Beside dat, kalau korang nak buat small party ke, apa-apa reception ke  atau sewaktu dengannya, diorang ada offer buffet style. Ada min & max order depends on order & pax. Flyers dia aku dah buang.. kalau tidak boleh share dengan korang offer dia. Korang cek lah sendiri ye.. tak pun buat-buat pegi makan kat sana, lepas tu mintak flyers dia. Tak silap aku setiap bulan dia ada offer yang berbeza.

Selfie muka nampak setengah adalah satu kemestian.. supaya muka tak nampak besau macam tempayan.. hehehe

Sambil makan sambil borak.. sedar-sedar dah nak petang. Takut jalan jammed. Lebih baik bergerak cepat. Tau je lah Kolumpor ni kalau tak jammed tak sah. Lagi pun lepas makan aku nak pergi kedai kereta. Haritu masa tengah zedap zedap makan tiba-tiba alarm kereta aku berbunyi tak memasal. Semua dok pandang je kat kereta aku. Masa tu aku buat bodo je.. buat-buat  macam bukan kereta aku yang berbunyik.. hahahaha. Padahal cuak. Called Nizam tanya apa perlu aku buat. Dia suruh aku cabut punat apa tah kat dalam kereta tu. Mana lah aku tau punat apa. Puas godek-godek pastu picit-picit remote alarm, tiba-tiba dia senyap.. hahahaha. Gelabah giler. Last-last Nizam suruh aku pergi cek kat kedai tanya apa masalah alarm tu.


Alarm kereta ni memang selalu buat aku malu ditengah jalan. Dari sehari kesehari nak pergi cek kat kedai.. tapi aku malas nak pergi.. jauh nau sampai ke Danau Kota.. lagi lah aku malas. Kadang tengah drive tiba-tiba dia berbunyi.. gemersikkkk je bunyik dia.. kuat pulak tu.. kadang tu kalau dia tak buat suara gemersik, dia menjerit macam kereta giler. Sudahnya kereta yang kat  sebelah sebelah dok tengok kat aku.. bukan tengok kat kereta. Tak pasal je.. memalukan sangat. Nak je aku park ke tepi balik rumah jalan kaki.. baru padan muka aku.. hahahaha. Settled je tukar barang kat alarm kereta, elok pulak dia.. sampai harini dah tak memalukan aku lagi.

Ada yang terpikat nak pergi ke? kalau yang tak tau lagi kewujudan Restoran ni, korang boleh try pergi.


Address:
2, Jalan Suppiah Pillay, 3rd Mile Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur
Landmark : Belakang/ sebelah HSBC


Open everyday : 10am - 10pm
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah