Tuesday, December 24, 2013

Spectacles At A Young Age & Frozen

Amboihhhh kemain nak omputih sangat tajuk kau tu Jah.. hahaha. Sesekali apa salahnya kannn.. 

Sebenarnya benda ni happened dah lama. Khairine selalu mengadu kat aku yang dia selalu sakit mata + gatal2 mata. Dia selalu gosok2 mata dia sampai meroh. One day aku bawa dia pergi klinik.. check mata. Doktor kata ini cuma alahan je.. mungkin sebab selalu terdedah pada habuk.. ehhh doktor ni nak kata anak aku selalu main dengan habuk ke apa?? hahaha. Tapi aku percaya dust and germs ada dimana2.. tak terkecuali boleh terkena pada kita yang orang tua ni. Kalau terkena dekat budak2 haruslah effect dia lagi menonjol.. budak2 lah katakannn.


Opsss sorry muka Khairine baru bangun tido dengan baju tido sekali aku snap.. hahaha.

Dengan bekalan ubat dari doktor, dalam masa dua minggu aku selalu juga tanya Khairine samada berkesan ke tidak ubat yang doktor bagi tu.. dia kata OK.. so aku lega sikit lah. Assumption doktor kata  dust and germs tu betul lah kot.

After a few weeks Khairine mengadu kat aku lagi.. dia kata mata dia sakit balik. Duhhhh pekena dengan anak aku ni.. haritu kata dah ok.. now jadi balik. 

Ohh lupa, at the same time Khairine kerap sakit kepala. Aku ni biasalah sikap cuak tak habis2. Tak nak lah bad things happen.. dan tak nak lah aku pikir yang bukan2.. Bab2 sakit kepala ni memang aku takut sket. Sebab member aku sorang tu memang kerap sakit kepala, end up bila check kat sepital.. ada tumor. 

Dah!! stop lah cerita benda2 tak elok macam tu. Aku tak nak buat assumption yang terlalu jauh sampai macam tu sekali. Apa yang penting aku nak anak2 aku sihat walafiat dan hidup gembira.. InshaAllah =)

Back to the story.. haritu EmakNenek buat spect kat Focus Point. Bila dah siap EmakNenek ajak aku teman dia pergi collect spect dia kat Focus Point. Dan2 je EmakNenek kata.. check sekali mata Khairine tu selalu na gatal2 & sakit kepala.. kot2 lah kena pakai spect ke.. 

Gluppp!!! aku ni dah lah tak suka budak yang kecil2 lagi dah kena pakai spect.. last2 kena kat anak sendiri pulak.. huhu. Bukan tak suka apa, cuma bagi aku budak2 kan fresh lagi, deria melihat diorang ni pun masih elok.. kenapa mesti nak kena pakai spect. Sebagai parents, aku tak boleh mengelak dari kenyataan ni.. huhu


Check kat alat ni tak tepat sangat.. 

Masuk sini untuk check dengan lebih tepat lagi.


She's ready now



Pffffftttt gelap!! harus lah gelap.. mana boleh check mata time2 cerah. 
Aku ni kan sakai gambar, dalam gelap pun aku snap juga gambar anak aku tengah check mata dalam gelap ni.. muahahahaha. Pedulik ;P


Mulut kaber sket Khairine.. hahahaha. Dah check dalam bilik gelap tu, dia ajak keluar pulak check dalam keadaan terang.


nak jugakkkkkkk ambil gambar dalam cermin ;P


Everything kawtim.. esoknya spect boleh siap. Power untuk spect Khairine ni tak lah tinggi mana pun.. orang tu kata mata dia more to silau je. 


Harga RM200 juga lah buat spect untuk dia. Tak apa.. untuk kebaikan anak aku sanggup je.


Tadaaaa... dah macam mokcik2 pulak budak ni kecik lagi dah kena pakai spect.. hahaha. Nampak Danish kat belakang tu?? notti kan??!! ;P


*****************************************************

Boleh tak aku sentil satu lagi cerita kat sini?? Tak boleh pun aku bolehkan juga.. malas aku nak bukak entry baru untuk cerita ni ;P

Haritu aku pergi tengok wayang dengan Khairine cerita Frozen.. sibuk na nak tengok cerita Frozen.. haritu kitorang pergi berdua je. Kalau bawa Danish tentu2 lah dia tak minat cerita pompuan macam Frozen tu.


Excited!


Dah nak start..


Gambar ni bukan cubaan nak buat cetak rompak yer.. saja je snap dari dalam cinema.. boleh gittue???? ;P

Habis je tengok wayang minah tu sibuk ajak karaoke pulak.. ek ehhh budak ni kemain lagi ajak mak kau berkaraoke pulak!! hahaha kau rasa????? 


Siap bervideo sekali Bedah!! lepastu main pass2 hp lagi dengan Khairine hahaha.. tapi gelap sket ar.

Jangan gelak kan tau!! video dibuat hanya untuk syok sendiri ajosss... hahahahaha
Read More

Saturday, December 21, 2013

Sabah - Cari McD Bagai Nak Giler

Ehhh chopppp!! ni second last entry untuk cerita Sabah yer.. hahaha sowwieee ;P aku lupa nak cerita pasal malam hari kedua balik dari Rumah Terbalik. Aku janji lepas entry ni keluar ada satuuuuu je lagi entry yang betul2 last cerita Sabah.. hehehe ;P

Macam ni cerita dia. Lepas balik dari Rumah Terbalik, kitorang dah free. Malam ingat nak pergi makan seafood je kat area Pasar Filipin tu. Tapi apakan daya, demam Nizam semakin worse malam tu.. so tak ada aktiviti dimalam hari =(

Perut pun masih kenyang lagi lepas makan di Cafe Rumah Terbalik haritu. Nizam pulak sekadar makan chicken floss jer, malam tu pastilah dah kebulur perut dia. Masa tengah lepak2 kat hotel, aku tanya dia Bie you lapar ke tak?? kalau lapar I keluar pergi beli makanan untuk you.. you nak makan apa?? Dia kata dia lapar nak makan bubur McD je.

Sudah!!!! mana nak dicekaukan McD di negeri orang ni oiiiii?? hahaha. Aku kan isteri yang solehah *derrrr* aku pun kata Ok lah I keluar bawa budak2 pergi cari bubur McD untuk you. Tengokkkkkkkkk cekal tak aku?? hahahaha.

Turun je kat lobby hotel, aku tanya kat bellboy kat mana the nearest McD yang ada kat karamunsing ni.. dia kata kat Pertama Complex.. uiksss tanjat ai.. ingatkan kat Kolumpor je ada Pertama Complex.. hahaha. Ok aku pun tawakkal je lah redah jalan area situ untuk sampai ke McD di Pertama Complex.

Elok je sampai kat Pertama Complex (actually Pertama Complex tu bersebelahan je dengan Hotel Palace) terpinga2 juga lah mencari kat dalam Pertama Complex tu.. end up jumpa juga.. Alhamdulillah lega hati aku kononnya misi nak mencari bubur untuk sang suami yang demam bakal tercapai.. hahaha. Bila order Chicken porridge dia kata habis pulak.. Choyyyyyyy!!!! dan2 pulak lah habis.. abes tu mana lagi aku nak cekau kan??!!! =(

Aku pun tanya, mana lagi ada McD kat area Karamunsing ni.. dia kata kat Api-Api Centre.. duhhhh celah mana pulak aku nak cari. Ok cekal kan diri.. aku cakap kat KhaNish kita redah je lah mana2 jalan pun, kalau sesat kita boleh tanya orang mana jalan nak balik ke hotel. Dah lah dengan baju tidur je aku keluar, handphone pun tak bawa, semata2 bawa purse je keluar.. hebattttt bukan??? hahaha 

Dalam pada tawakal mencari McD dinegeri orang, balik2 aku jumpa KFC je memanjang.. apa orang Sabah ni suka makan KFC je ke sampai susah aku nak nampak McD kat sana.. hahaha. Aku pun redah je mana ada jalan seluruh Karamunsing. Area situ pulak dah lah banyak one way.. pusing2 sampai pening cari McD pun tak jumpa. Agak2 dah dekat dua jam aku pusing, aku dah give up.  Balik hotel semula. Aku pesan kat KhaNish pergi naik bilik (aku tunggu dalam kereta) tanya Babah nak makan apa sebab Mummy tak jumpa McD pun tadi. Bila KhaNish turun semula dorang kata Mummy... Babah kata tak payah lah susah2. Aku dengar pun rasa serba salah.. means that Nizam still mengharap sesuatu untuk dia makan malam tu. Kesian pulak aku kat mamat tu.

Last2 tak nak pening2 kepala, aku lock kereta, masuk hotel terus tuju ke F&B. Tahu aku buat apa?????? aku order je chicken porridge dari F&B hahahaha.. kan sonang gittue!! yang aku dok pusing seluruh Sabah cari McD bagai nak giler tak jumpa.. end up aku order kat hotel je.. muhahahahaha.

Sebelum naik bilik aku pesan lagi kat KhaNish.. Please don't tell to Babah yang Mummy order porridge dari hotel tau.. diorang pun kawtim.. hahaha komplot anak beranak. Saja nak surprisekan orang demam.. hehehe.

Fifteen minutes after that, *knockknock* orang F&B datang hantar porridge depan pintu.. aku pun berlakon Ehhhh siapa pulak yang datang malam2 ni.. *buatbuattanjat*.  Aku bukak pintu, ambil porridge terus surprise kan kat Nizam.. 

Tadaaaaaa chicken porridge for you.. hehehehe. Nizam pun terkulat2 tengok aku pegang tray yang berisi porridge depan dia.. hahaha. Konon2 nak hiburkan hati orang demam ar tu.. phuiii ;P


 Ini lah porrdge yang aku order dari hotel malam tu. Bagai nak giler cari porridge McD, akhirnya dapat juga suami aku makan porridge walaupun bukan porridge McD hehehe.. Alhamdulillah. Harga boleh tahan.. tak silap aku dekat doploh ringgit juga kot.. standard harga hotel ar kan. Aku tak masuk bill,. bayar cash je masa order dari F&B plus order sekali sabah tea total dalam dekat2 tigaploh ringgit juga lah.

 Memandangkan malam tu tak ada aktiviti, kami anak beranak dok dalam bilik nonton tibi je.. sambil tu aku snap lah gambar ni yang dibeli dari pasar filipin. Khairine pilih ukulele (kiri) nak jadi Tegar katanya.. kau jangan jadi pengamen jalanan sudah lah yer hehehe. Danish pilih gendang.. gendang ke apa nama bendalah tu (kanan). Dah memekak2 dua beradik ni dalam bilik dok main alat muzik ni.. hahaha tekanan je aku nak tengok tibi ;D

Sandal ni aku beli kat pasar filipin. doplohhengget je. Selesa pakai.. aku suka pakai sandal macam ni kalau pergi bercuti2 senang nak berjalan kaki pun tak melecet.. feeling tourist sangat kannn hehehe.

Eh ada lagi cerita yang aku nak kaborkan ni.. masa kat pasar filipin hari tu, aku langsung tak beli pearl kat sana. Bukan tak nak beli tapi aku tak minat.. tak minat pakai2 pearl ni.. bagi aku macam semak je bila pakai.. hahaha dasar peghrak punya olang. 
Read More

Friday, December 20, 2013

Friday Lunch Treats

Dah baca apa yang aku tulis kat gambar tu????? kau rasa??????? 

Jangan salah sangka yer.. pada mulanya aku tak tahu pun kedai ni non halal.. Elok sampai ke restaurant ni, aku duduk belek2 menu aleh2 nampak ada gambar 'oink oink' dalam menu tu. Terus aku tutup menu. Ingat nak bla balik ofis, skali hujan lebat selebat2nya daaaa kat Kolumpor. Dah stuck kat situ. So aku pun duduk jauh sikit dari table diorang yang tengah sedap menyantap makanan yang diorang order.

Kerja dengan company omputih gini lah rupanya. Walaupun dia kata they can serve you with halal food such of vege & seafood, tapi bagi kita orang islam mana boleh makan dalam pan yang sama dia masak bekas2 yang ada pork. Diorang tak paham cara orang islam sebenarnya.. but its ok, ini satu pengajaran bagi aku.

Jangan ingat aku suka2 je nak terima invitation ni yer.. Aku tak bersalah!


Sent from Samsung Galaxy NoteII
Read More

Thursday, December 19, 2013

Sabah - Kedai Kopi di Rumah Terbalik

Terpaksa lah aku sambung kat next entry untuk cerita di Rumah Terbalik ni. Karang buat cerita panjang2 orang boring pulak.. hehe. 

Lepas dah bergambar dengan jamban terbalik tu , kita akan melalui kedai sourvenir dulu sebelum sampai ke Kedai Kopi.. nama je kedai kopi tapi dia ala2 cafe je. Still can order food. Siapa yang lapar atau kepingin nak rasa menu yang ada boleh lah singgah makan dulu kat Kedai Kopi tu.

 Kedai souvenir kat sini simple je.. 

Tak banyak barang yang dijual. Ini pun nampak meriah sikit sebab ada deco2 xmas.. kalau deco2 tu tak ada aku rasa lagi dull je kedai ni.. hahaha

 Jalan nak ke cafe ni kat tepi2 ada diletak macam2 bun.. boleh terus pilih je mana kau rasa nak makan lepas tu bayar ar.. jangan kau ambil lepas tu kau bla pulak.. hahahahaha

Antara dessert2 yang ada

Simple je Kedai Kopi ni.. tapi menu dia variety juga. Pandai dia tarik orang.. lepas keluar dari Rumah Terbalik tu jalan keluar mesti kena melalui kedai souvenir & cafe.. so boleh lah singgah makan2 atau minum2.

 Yang hado


Deco Melly Klismes yang ada di cafe

Ok jom tengok apa yang kamiorang order. Dah lah seharian berjalan tak makan heavy.. harapkan breakfast je pagi tu sebelum keluar dari hotel. Kt Kinabalu Park & Kundasang kitorang langsung tak singgah makan kat mana2.. hahaha hebat betul perut keluarga Nizam ni kannn ;P

Nizam punya.. Chicken floss bun je pilihan orang demam

Aku punya. Nasi + kurma ayam.. biasalah tekak penoreh getah memang nak makan nasi je sokmo.. hahaha.. Boleh tahan lah rasa dia.. dah lapar katanyerrr bedal je lah hehe..

Pilihan Danish.. nasi goreng kampung

Pilihan Khairine.. nasi goreng daging.. 
anak2 aku pun memang tekak melayu sangat macam mak dia hahaha.

Our drinks

Total untuk semua RM39+ je.. worth it lah ni daripada dia charge harga yang bukan2.

Selesai makan dah tak boleh repeat lagi untuk masuk ke dalam Rumah Terbalik..

Even dah tak boleh pusing semula ke area entrance dan ke kereta terbalik tu.. terus ke pintu keluar je.

Bye2 Rumah Terbalik.. till we meet again.. :))

Nanti aku sambung cerita lagi eh.. cerita 3rd day di KK.. Kitorang makan seafood di Tuaran.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah