Saturday, June 28, 2014

Kuih Koci Comel

Comel kew? hahaha.. aku cukup menyampah budak2 sekarang ni suka ubah2 spelling yang ada belakang tambah2 W macam "yew kew" Eeee rasa nak tumbok je muka diorang.. susah aku nak baca.. simpul2 lidah aku nak menyebutnya. Tapi itu bukan persoalannya dalam entry ni.. aku nak cerita pasal "kuwih kowchi chowmewl".. hahahhaha jadi tak spelling aku macam budak2 poyo sekarang??

Ini caption aku dalam IG haritu.
"Benda yang sedap kita harus bersikap menunjuk-nunjuk.. jangan sorok-sorok #LapAirLiurKatBaju".

Meh Kak Jah tunjuk gambar kuih koci comel tu yer.. ada diantara korang dah tengok gambar kuih koci ni kat IG aku haritu.. Kemain korang sampai craving2 yer.. lagi terok ada yang tanya.. aku ke yang buat kuih koci tu.. dengan ikhlas hati Kak Jah mengaku kuih koci tu bukan Kak Jah yang buat.. kalau Kak Jah yang buat, Kak Jah rasa mau meletop tong gas dapur rumah Kak Jah.. hahaha.


Nampak sedap??? telanailiyur korang cepat2 sebelum meleleh habis basah baju karang.. hahaha. 

Kuih koci ni SIL aku yang buat. Tiba2 teringin nak makan kuih koci yang SIL buat.. kalau nak beli boleh je.. tapi sekarang punya kuih kat kedai bukannya sedap mana pun.. mahal, kecik.. lagi kejam tak sedap langsung. Kebetulan SIL buat kuih koci haritu sebab ada orang tempah.. sooooooo dikesempatan itu Kak Jah pun bungkuslah lapan bijik bawak balik.. hehehe.

Ini lempeng pisang. Ahad lepas aku pergi breakfast berdua2an dengan Nizam dekat food court Taman Maluri sebelum ke Pasar Pudu (Kak Jah dating & shopping berdua2an kat Pasar Pudu.. hehe).. 

Pasar okeh.. pasar!! bukan supermarket.. kau boleh? ;P

Haritu jugak Nizam mengidam nak makan putu mayam.. eh dah macam mengandung anak sulung pulak Abang Jebat aku tu.. hahaha. Tak sempat ambik gambar putu mayam.. selalu elok je sebelum makan dia tolak pinggan makanan depan aku suruh ambik gambar.. haritu tak ada pulak dia tolak pinggan putu mayam kat aku.. betul punya mengidam Abang Jebat Kak Jah tu.. hahaha.
Read More

Friday, June 27, 2014

HAPPY 10th BIRTHDAY KHAIRINE

If there anything more beautiful in this world than a lily in bloom or drops of rain falling on your face, it is the birth of a daughter. On your BIRTHDAY dear daughter, we're experiencing that beauty all over again. 

HAPPY BIRTHDAY TO YOU KHAIRINE ADRINA.. 





















Mummy & Babah doakan Khairine jadi anak yang solehah dan menjadi kebanggan Mummy & Babah.. WE LOVE YOU.
Read More

Thursday, June 26, 2014

Melaka River Cruise

Lepas makan kat Kg. Jawa aku terus ke River Cruise punya port.. nak panggil port ke station ek? apa2 je lah janji ada kaunter ticket kat situ. Aku pergi ke 1st station dia kat Taman Rempah. Jalan nak kesana memang aku tak tau langsung. So aku gunakan "waze versi call" (call Nizam) tanya macam mana nak kesana. Katanya Cruise tu dekat Taman Herba. Kenapa Kak Jah BOLD kan Taman Herba tu?? nanti aku tunjuk bukti yer. Hurmm "waze versi call" pun tak boleh pakai sepenuhnya. Cuma boleh pakai bila aku tanya macam mana nak ke Banda Hilir dan jalan2 lain kat Melaka.

Actually masa tengah makan haritu aku ada tanya kat budak yang setable dengan aku macam mana nak kesana. Memang membantu budak tu.. terima kasih yer dik :) 

Sampai kat satu traffic light, masa berenti aku turun tingkap tanya kat budak kereta sebelah "Dik.. macam mana nak pergi River Cruise".. "akak terusssss je sampai depan ada jembatan lepas tu nanti akak nampak". Bagus orang2 Melaka..sangat membantu hingga Kak Jah dapat tunaikan hajat Emak Kak Jah nak naik cruise.

Nasib baik aku tak guna waze carik Taman Herba.. korang nampak tak sign tu tulis TAMAN REMPAH? BUKAN TAMAN HERBA..  Kalau tidak sampai kiamat pun aku tak jumpa Taman Herba.. Grrrr dasar tak boleh jadi pemandu pelancung betul lah Si Abang Jebat aku tu.. hahahaha.. Taman Rempah dikatanya Taman Herba. Pening arrrrr!!


Ticket dah siap beli untuk sampaikan hajat Emak yang nak naik Melaka River Cruise.

Adult : RM10
Kids : RM5

Eh dalam entry ni kebanyakkannya gambar selfie tau.. korang jangan nak ngutok pulak eh. Selfie tanpa monopod.. monopos tak bawak pulak haritu. Tanganpod pun Kak Jah belasahkan je.


 Selfie

 Selfish.

Saltedfish.. hahahaha. Gambar ni #NoFilter tau.. cahaya NUR terpancar dimuka kami beranak tu memang original.. sejuk mata korang memandang kann?? hahahhaha.


Khairine 

Mummy :)  


 Khairine tolong snap gambar Mummy.

 Sampai area ni cepat2 selfie sebab nak nampakkan Hard Rock belakang aku tu.. dasar jakun boat betul Kak Jah ni.. hahaha.

 Dengan Khairine pun aku sempat selfie untuk nampakkan sign Hard Rock kat belakang.





Selfie selfie jugak.. Aku syak abang yang bawak boat tu pun lemas tengok aku kejap bangun kejap duduk.. kejap berjalan ke depan boat.. kejap berjalan ke belakang boat. Mesti dalam hati dia kata "kau tergolek dalam boat ni karang padan muka kau.. anak beranak tak reti duduk diam" muahahaha.

Kat bawah ni semua scinery sepanjang dalam cruise.. Waktu siang pun cantik2 jugak.. Last time masa aku naik malam view lagi cantik sebab lighting2 kat bangunan memainkan peranan membuatkan view malam lagi cantik.








Nampak tak restoran Line Clear dalam gambar atas ni?? kedai tu lah yang aku makan satey, rojak semua tu.. kedai tepi sungai je sambil boat lalu lalang.



 Gambar ni semua dalam perjalanan dalam cruise

 Emak yang sibuk nak naik cruise.. hujung2 gambar Emak satu je aku letak dalam blog.. hahahaha kejam betul aku kannn.. Bukan apa.. semua gambar2 Emak yang aku snap muka Emak tak ready.. tak cantik & tak elok lah aku nak letak kat blog.. Tak apa kan Mak?? hehehe.

Last sekali nampak cruise ni. cantik.. mungkin ada orang buat wedding kot atas boat ni.. ke untuk celebrate birthday romantic2? eh tak tau lah aku apa dia nak buat cecantik ni.
Read More

Wednesday, June 25, 2014

Kerana Kebaya Nyonya.....

Aku rasa lebih puluh tahun kot tak drive sendiri kalau long distance.. Dulu2 kalu kemain ligat drive kat jalan raya.. macam merempit je kaedahnya. 

Selalu tahu duduk sebelah je laki yang drive. Sekarang ni setakat jalan2 area Kolumpor, pergi kerja balik kerja je. Tu yang aku selalu katakan.. diambang usia yang dah tak lagi remaja ni rasa lain macam pulak bila drive sendiri instead of drive sendiri in Kolumpor area. Wah ayat Kak Jah seolah-olah macam dah tua sangat nih.. hahaha.

Korang tau kan haritu aku ada beli Kebaya nyonya kat Melaka kan?? lepas tu aku alter kan?? lepas tu aku kata aku kena datang Melaka balik once baju tu siap alter kan?? Sabtu lepas kemain semangat Kak Jah ke Melaka semata2 nak pergi ambik baju yang siap alter.

Ok Kak Jah tak nak bukak mukadimah panjang2.. jom kita teruskan cerita.

Pagi tu pergi sekolah agama Khairine dulu ambik report card.. selesai  ambik report card, dari Kolumpor lebih kurang pukul 9 pagi. Bertemankan Emak aku dan Khairine je. Nizam tak join sebab dia ada kerja kat CIMB Bangi. Danish tak nak ikut.. so lepak rumah SIL je haritu.



Ehhh tiba2 dah sampai depan kedai.. hahaha.. Kan Kak Jah kata.. Kak Jah tak mo bukak mukadimah panjang2.. 

Kalau nak tau entry sebelum ni boleh PICIT SINI untuk baca.


Chanteknya lah baju ni.. kaler pun chantek.. 


Amacam?? ada gaya macam Ratu Rania Gold Ratu Kebaya 2014 tak?? pffffttt :p

Ratu Kebaya versi budak umur 10 tahun hehehe

Sekejap je settle kat kedai ni.. sebab haritu dah siap2 bayar.. datang pun untuk try baju yang lepas dialter then terus chow pergi makan kat Kampung Jawa. Lagi sekali makan kat sini.. Haritu masa pergi anak beranak makan kat situ jugak. Entry tu kalau nak baca PICIT SINI.


 Emak makan mee goreng mamak tapi letak udang.

 Aku makan rojak.. kuah rojak dia sedap hoii.. 

Khairine makan satey.. 

Lepas tu tapau mee rebus & rojak bawak balik Kolumpor untuk Nizam & Danish.

Makan sekejap je.. menunggu order sampai dekat sejam.. dah lah cuaca panas.. melekit-lekit badan duduk kat kedai tu.

Masa tengah makan Emak kata dia nak naik Melaka River Cruise. Ok Mak.. sila percepatkan makan mee goreng tu.. lepas tu nanti Adik bawak Mak pergi naik Cruise yer. 

Ek eh.. cerita naik cruise tu nanti aku buat entry lain yer.. sebab tajuk besar entry ni pun dah sebut kebaya nyonya.. so tak elok lah kalau kita memandai2 campur aduk kan entry lain.. muahahaha.. 

Stay tune yer adik2 Kak Jah.. nanti Kak Jah datang keudara lagi di entry lain =)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah