Tuesday, May 28, 2013

Klebang Original Coconut Shake

W/pun kampung Nizam kat Melaka, tapi ini lah 1st time baru aku dapat merasa minum coconut shake kat Melaka hahaha 
Abes, asal nak pergi je ada je hal, tak sempat. 

Lepas dah buat lawatan sambil belajar bersama Ibu Bapa kat museum haritu, Nizam terus bawak kitorang ke Klebang.

Perrgghhh dari tepi jalan je dah jammed Jah!! 
mula2 ingat apahal lah jammed menggila ni, ingatkan ada orang kawin ke, accident ke apa!!
rupa2nya nahhhhhhhh tu dia penangan Coconut Shake kat Klebang tu. 

Kat tepi jalan tu je aku dah nampak orang begitu punya ramai beratur nak membeli coconut shake.
Bila Nizam masuk je ke lorong sebelah coconut shake tu, aku pun turun lah beratur sorang2 sementara Nizam nak pusing kereta kononnya nak cari parking.

Aleh2 time aku beratur, Nizam call aku suruh aku ke belah belakang.
Tanjat kita rupa2nya ada kedai dia kat belakang tu.. hahahaha *sangat jakun* ;P

Aku pun cepat2 lah jalan kaki sikit ke lorong belakang tu.
Masuk2 je kedai dia.. perrrgggghhhh ramai giler orang okeh!!!
Aku kalau ramai sangat, aku memang tak suka. Lagi2 nak kena berdiri tunggu seat... derrrrrr

Helok je aku berdiri sebelah meja makcik tu, dia pulak bangun..
perrrgghhh memang rejeki aku anak beranak lah dapat seat cepat.

Kat situ ko kena aggressive sket, kalau ko lemau je tak mintak order atau tak reti nak membeliak kan bijik mata mencari seat, alamatnya sampai ke malam lah ko cangok kat situ Jah.. hahahaha

Amek kuih & nasi lemak, ngap kat situ.
Order 4 gelas Coconut Shake, makan & minum sepantas kilat, dah kenyang boleh terus rambossss
Kesian kat orang2 yang menunggu nak duduk tu.. 

Ni lah keadaan kat kedai tu..yang menunggu siap berdiri2 
Tak tengok kat belah belakang kedai ni lagi.. kemain ramai manusia!! 
Aku pun tak lepak lama kat sini, janji aku dah dapat apa yang aku idamkan dah cukup =)

Ni keadaan kat luar, yang take away punya.. 
dalam gambar ni nampak x panjang Q, sebenarnya lagi panjang sampai ke belakang okeh!! 
Mohon percaya sekarang!! 


Ni Khairine punya, minum tak abes, maka tapau bawak balik.. 

Lain2 gambar aku tak dapat nak tunjuk..
sebab NIZAM DAH TERDELETE GAMBAR2 TU!!!!
huwaaaaaaaaaaaa sakit hati kita!!!!! 
You tahu tak Bie, I sangat kecewa tahu tak???!!!!
Adoiii nak marah pun yer juga, nak gelak pun yer jugak.. hahahahahahha (gelak marah)
Hadoiii bikin panas betul lah laki aku tu... Ggggrrrrr

Ada lah dua gambar yang aku sempat post kat IG 
Cer try klik kat sini kalau nak tengok & kat sini 

Dah lah lupakan je cerita pasal coconut shake tu.
Meh aku tunjuk plak kat korang gambar2 KhaNish naik kuda kat Dataran 1 Malaysia =)



Ni kat Pantai Klebang, sebelah menyebelah dengan Dataran 1 Malaysia.


 RM10 seorang untuk 1 round.. tak jauh tak dekat.. berbaloi lah seploh hengget sorang.

Aku kira2 dalam 10 minit je kot 1 round tu..
Kalau round satu pantai Klebang tu, aku rasa mau budak yang tolong bawak kan tu pengsan!! hahaha


Menghabiskan Coconut Shake anaknya yang tak habis hehehe 

Korang nampak tak deretan kedai kat belakang tu??
kat situ macam2 mainan ada. Salah satunya layang2 lah yang KhaNish mintak nak beli..
nak main kat tepi pantai katanyerr.. 
memang tak dapat layanan lah dari bapak korang KhaNish.. hahaha

Sekali nampak kuda, terus tak sebut lagi dah pasal layang2..

Nizam bayar doploh hengget, nah naik lah ko kuda disana dua beradik.. haha ;p
Read More

Monday, May 27, 2013

Museum Samudera & Museum TLDM, Melaka

Kitorang kalau pergi Melaka tak payah nak pening2 kepala cari Hotel, sebab kat Melaka kitorang dah memang ada tempat untuk stay. Kampung Nizam kan kat Melaka. So kitorang stay kat rumah kampung Nizam je lah.. dah save kat situ tak payah nak cari hotel ;)
untung kawin dengan orang Melaka ni ;P

W/pun selalu balik Melaka, tapi masih ada lagi tempat2 yang nak kena bawak Khairine & Danish ke tempat bersejarah di Melaka. Kalau nak bawa, dari dulu memang boleh bawak dah tapi memandangkan dulu2 kan diorang masih kecik lagi, mana lah nak paham apa pun kannn.. 

So Sabtu lepas bawak Khairine & Danish (KhaNish) jalan2 kat Bandar Melaka. Bawak masuk ke Museum Samudera, tak tau ke?? alahaii yang kapal besau tu.. dalam tu lah museum nya Jah oiii.. hehe

Memandangkan KhaNish pun dah besar, dah bersekolah, dah pandai membaca & dah paham, sekarang baru lah Babah & Mummy boleh bawa KhaNish ke tempat2 gini ;)


Untuk more info Klik Sini

Aksi mak diorang & anak2, idea si bapak yang suruh kitorang sandar kat dinding tu hehe 

Bergambar sikit2 je dalam ni, yang penting KhaNish dapat baca & faham semua sejarah yang ada dalam museum ni.. Eceh macam belajar Sejarah pulak kannn.. Ini namanya lawatan sambil belajar bersama Ibubapa.. hahahaha


Ini kat tingkat atas, Captain Cabin. 



 Mak kau yang terlebih bergambar.. sibuk nak tarik tali tu buat haperrrrr.. derrrrr :p

Angin kuat kat atas ni.. best tapi panassss 

Ada je yang nak nyebok bila mummy nak amek gambar =(





Jom ke Museum sebelah pulak.. 







Lepas dah kepenatan & kepanasan, kitorang pun gerak dari sini. Nak ke Klebang pulak pekena Coconut Shake. 

Itu Next entry eh ;)
Read More

Cendol Leman Dawi Yang Sangat Rare

Mungkin ada yang dah tahu siapa Leman Dawi.
Mungkin juga diantara uolls tak kenal siapa itu Leman Dawi.

Kalau tanya aku pun memang aku tak kenal sapa Leman Dawi ni.
Anak siapa? asal usul dari mana? bila lahirnya si Leman ni? hahaha

Actually Wesak hari tu kitorang balik Melaka.
Time pergi tu ikut hiway LEKAS dari Kajang exit Senawang & terus ke Melaka.

OTW tu Nizam ajak makan cendol. 
Nizam kata cendol ni top pernah keluar JJCM katanyerr.
Ok mari kita try rasa, sodap ko tidak Cendol Leman Dawi ni.. 


Ni lah kedai dia.. sempoi je tapi ramai orang datang lepak makan cendol dia.
Time aku nak gerak dari sini tiba2 ramai pula orang yang datang singgah. 
Nasib baik aku dah nak gerak dari situ.

Kalau korang perasan kat banner kedai ni, semua percuma. 
Opppsss bukan makan free jer okeh!! tapi kalau korang nak refill cendol, gula, ais & santan, semua tu percuma. 
Means dat korang bayar harga yang korang mula2 order je, yang lain semua free.  

Rare kan kedai dia???!!! hahaha 
Aku syak si Pakcik Leman ni berniaga sambil bersedekah. 
Helok sangat kan orang macam ni, muroh rejeki ko pakcik Leman :D

Aku pun tak sure exactly tempat tu.
Tapi yang nyatanya kek Sungai Gadut, Nogori Sembilan lah lotak eh Cendol Leman Dawi ni.. mungkin sompadan Rombau lah ni kot
Hahaha tiba2 cakap nogori plak kannnn ;P

Nak tengok apa lagi yang rare kat kedai Leman ni?? 


Nahhhh tengok ni.. hahahhaha
Time ni pulak lah si Danish nak kerkucil.
Aku pun teman lah bawa ke toilet. 
Aleh2 aku nampak sign ni.
Takut Danish nak masuk.. dia kata 'Mummy ini toilet perempuan lah Anish lelaki'
tak apa lah dik, adik masuk je, mummy tunggu kat luar.. hahahahhahaha 

Lepas Danish keluar dari toilet tu, Pakcik Leman tu pun kata *sila baca dengan dialek negeri sembilan* 
'toilet lelaki rosak, sobab ditimpo pokok duo batang, abeh tingga lah satu yo' hahahahha
Nasib baik den paham lah apo yang pakcik tu kobar kan kek den niha.. kikiki :D


Ni satu lagi, 
Nasi Sop.
Aneh kan ejaan SOP instead of Sup :D


Order dulu cendol, nanti dia akan hantar kat meja.
Nak tengok macam mana rupa cendol & Nasi Sop Leman Dawi?? 


Ini cendol Kacang merah.
Warna santan dia agak putih. 

 Berbanding dengan Cendol Jagung yang santan dia agak coklat sikit.

Ini lah nasi sop. 
Nasi yang dibanjiri sup dalam mangkuk. 
dah macam makan nasi bubur pulek.. haha




Walau pun harga cendol Leman Dawi ni semurah RM1.50 - RM2 & boleh refill, nasi sup juga murah RM3
overall aku boleh kata kan, cendol dia kureng sedap. 
Ditekak aku rasa memang kureng lah, tapi tak tahu lah kalau kena dengan tekak orang lain.. 
Nasi sop aku tak boleh nak komen sebab aku tak rasa. Danish yang makan, dia semua kata sedap hahaha 
Tekak budak2.. :p

Sebelum tu meh sini aku kasi korang tengok dulu rupa Pakcik tu.. 


Pakcik ni dengan 'iPad' dia.. hehehe 
tengok dekat KEEK nanti, kenapa aku kata dulang dia tu 'ipad' ;)

Tapi mesti korang heran kan, kenapa tak sedap tapi orang ramai datang?? 
haaaaa sebenarnya, kat kedai ni ada 'penarik' tau!!
bukan 'penarik' yang guna bomoh2 tu.. 
Kalau nak tahu, jom layan KEEK ;)











Keanehan Pakcik ni, dia sangat knowledgeable, dia boleh hafal semua fakta2 sejarah di Malaysia. 
Tapi aku musykil juga, fakta2 tu betul ke?? hahahaha



Tapi bab2 mengira memang dia tip top! kalau tengok KEEK atas ni, pakcik ni mmg pandai mengira. 
Nizam siap kira pakai calculator nak dapat kan jawapan, sekali tengok memang tepat jawapan kiraan dia tu.. perrgghhh 

Banyak Keek yang aku terlepas masa dia bercakap sebab dia bercakap kemain laju macam komuter KL - Seremban.. hahahhaa

Itu lah yang aku katakan 'penarik' kat kedai Cendol Leman Dawi ni.
Pakcik ni yang sangat knowledgeable, bercakap sambil menghiburkan customer2 yang datang.. hehe 

Kalau tak caya korang try lah datang Cendol Leman Dawi ni ok ;)
Read More

Wednesday, May 22, 2013

Chow Kit Road! Chow Kit Road! Musical di Istana Budaya

Pagi semalam Bob whatsapp aku, 
Jom tengok teater Chow Kit Road malam ni 
tak citer banyak aku pun jawab.. jommmm dasar tak malu punya orang.. hahahaha
Planning  secara mengejut, nasib baik aku free semalam.

Eh! sapa tak nak pegi tengok teater oii.. harus lah nak.
Lepas dah dapat keizinan dari Nizam, aku dengan Bob pun ON untuk ke Istana Budaya (IB) semalam.

Lepas amek Khairine kat sekolah petang, aku terus bersiap.
Janji dengan Bob pukul 6.30pm. Actually rumah parent Bob dengan rumah aku sekentut je jaraknya, dekat giler. 
So decide naik kereta aku, ngam2 6.30pm kitorang pun terus gerak dari rumah menuju ke IB.

Tapi idok ler giler aku nak masuk ke IB tu seawal pukul 7pm kannnnn...
Start pun pukul 8.30pm kot.
Semenatara tu kitorang gi lepak mencekik dulu sambil lepak minum kat Sany Char Kue Teow Titiwangsa.



Lagi pun ko paham2 je lah Timah oii, aku bajet, kat Jalan Tun Razak tu hari2 jammed menggila.. tu yang kitorang keluar awal sikit.
Nasib baik lah petang semalam tak jammed sangat.. entah apa sawan agaknya tak jammed kat situ semalam. Cissss >_<

Jom layan keek sementara kitorang belum masuk IB semalam ;)
pssstt Keek ni aku cilok dari account Bob hehehe




Tengah lepak2 PA Kak Dib (Adibar Noor) call Bob tanya kitorang kat mana.. 
Cepat2 bayar, kitorang terus menuju ke IB.

Sampai je terus jumpa dengan PA Kak Dib (lupa nama dia).
Sementara tak masuk lagi tu, aku dengan Bob berSAKAIan amek gambar kejap.
Ko amek gambar aku, aku amek gambar ko..hahahaha mampoo??? 
Abes dah pergi pun berdua je kannnnn =D




Lepas dah bergambar kat sini, dalam pukul 8.30 dah boleh masuk ke auditorium. 
Cepat-cepat kitorang berlenggang masuk hahaha..

Oiii akak yang kat belakang tu!!! yer akak lah.. Kenapa pandang je??
Tolong lah amekkan gambar kitorang niha.. 
muahahahahahhahahaha 

Aku paksa Bob suruh dia berdiri amek gambar aku berBackground screen kat depan tu.. hahahaa
Trima kaceh pa.. u sangat sporting.. buelkkkk :p 

Nakkkk jugak.. derrrr :p

Mesti lah nak juga...
Sebab time show tengah on, tak dibenarkan amek gambar langsung.
Ko nak check miss called pun jangan harap lah boleh, tak pasal kena tembak ngan laser hijau.
Staff IB kalau nampak je orang tengok2 hp mesti dia akan tembak.. 
kalau tak caya ko try lah buat nanti hahaha :D

Lepas 1 jam show, dalam pukul 9.30pm diorang stop berehat sekejap 15 minit.
Yang mana rasa nak terkucil ke nak terkincit ke, sila lah ke toilet sepantas mungkin. Lepas tu masuk balik ke auditorium.

Sepanjang show tu, aku sekali pun tak ke tandas, tapi si Bob sampai dua kali keluar masuk toilet.. kuat membesey mamat tu.. 
Hehehe kalau dia baca ni mampos aku kena charot ngan dia.. mak hayam tu laser sket mulut dia hahhaa.. arrgghh akak tak kisah, akak dah biasa ngan mulut LAHA dia tu kikiki :p 

Ok 15 minit dah pun berlalu *sila baca ikut intonasi macam chef Zubir dlm Masterchef ok* :p
Kitorang pun masuk lah balik. 

Overall Chow Kit Road Musical ni memang best giler.. 
Gabungan pelakon2 memang mantop!
Tony Eusoff tu yang aku selalu tengok dia berlakon je dalam tv, sebenarnya bila dia menyanyi... amboiiiiiiiiiii kemain sedap suara dia Jah. 
Adibah Noor, Anding, Nadia Aqilah pun sedap juga suara dorang bila menyanyi. 
Adibah Noor tu memang tak dinafikan lah, suara dia memang mantop meletop. 

Jalan cerita dia juga menarik, ini mengisahkan kehidupan orang2 & anak2 yang dibesarkan di Chow Kit. 
Kalau nak tahu sinopsis cerita ni, show schedule, ticket price klik sini
Pergi lah beramai yer ;)

Aku malas nak cerita kat sini, karang tak surprise pulak kalau korang nak gi tengok then dah tahu jalan cerita dia.. kannn???!! ;P

Dalam pukul 10.45pm show pun habis.. 

Ingat nak terus gerak balik je, tapi Bob nak jumpa Kak Dib kejap. 
So kitorang lepak luar dulu sementara artis2 tu nak keluar untuk beramas mesra dengan penonton2 yang datang malam tadi. 

Nah video promo dari Bob yang aku curi cari KEEK dia..
Setelah dipaksa dengan aku semalam, baru lah ada account KEEK si mamat ni.. *kejam tak aku??* hahaha






  Bob beli buku ni tapi aku tak sempat baca pun =(



Ambil gambar dengan retis2 yang berlakon semalam.. 
Anding handsome siot.. badan dia mcm Bruce Lee dowh!! 

Centre Stage: Chow Kit Road! Chow Kit Road! Musical




Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah