Friday, August 7, 2015

Kids Outing

OMG! budak-budak sekarang dah pandai ajak kengkawan keluar outing. Tak kira lah buat group study ke, ajak hangout ke, ajak keluar pergi shopping mall ke. Zaman aku dulu dah masuk sekolah menengah baru plan ajak member keluar lepak Lot 10 on weekend. Itu pun kalau diberi ijin oleh mak ayah. Nasib lah kalau time bagitau mak & ayah cakap nak keluar tu dia bagi.. kalau tak bagi dok je rumah diam-diam.

Siapa yang aku maksudkan budak kat atas tu? Si Khairine lah siapa lagi. Dah pandai sekarang ni. Kengkawan pulak memang "kaki" berjalan juga. Haritu Khairine text aku


Amboi, taraf mak kau ni ikut dari belakang je ke? hahaha. Ya Mummy faham apa maksud Khairine tu.. ikut dari belakang means we still go out together but let them with their own privacy.. Mummy cuma perati dari belakang je. Ok Fine! *matakeatas*. Tak kisah Mummy ikut dari belakang ke, depan ke, atas ke, bawah ke.. as long as korang dalam kawalan aku. Aku punya pesen memang tak berani nak lepaskan anak keluar.. lagi-lagi nak ke shopping mall. Jangan mimpi kau dapat keluar sesuka hati. Dalam kes ni Khairine memang tau aku tak akan lepaskan dia macam tu je.. that's why dia awal-awal lagi text aku suruh aku "ikut dari belakang" muahahaha.

Sebelum hari outing tu ada parents call aku.. tanya betul ke budak-budak ni plan nak keluar. Aku cakap ya memang betul. Aku cakap aku yang akan take care of them. So parents tu confident lah sebab ada parents (aku lah tu) yang jaga.

Nasib baik kau dapat mak macam Mummy ni.. boleh melayan & ambil berat pasal anak. Bukan aku kata parents lain tak ambil berat atau tak melayan kerenah anak.. for me, i'm very very very concern about my kids. Tu yang sampai dapat gelaran "Mummy garang macam Singa" cisss!

Sekarang Khairine dah pakai tudung. Dia sendiri yang minta nak pakai tudung. Sejuk perut Mak mengandungkan kau nak.. Alhamdulillah.. Mak Khairine bila nak bertudung?? pfffffttt >_<
Sabtu minggu lepas aku jadi 'jaga' ikut diorang ke Times Square. Terus jumpa budak-budak tu kat TS. Aku dengan Khairine datang kendian. Rupanya diorang plan nak tengok wayang.. haram tak update aku.. ingatkan diorang nak kesana semata-mata nak beli barang atau jalan-jalan je. Aku ni malas nak tengok wayang.. dalam tu sejuk.. sekali terus aku cakap kat diorang.. "uoll tak boleh tengok wayang lah.. semua cerita-cerita orang besar" terus cancel tengok wayang.. Tak guna punya makcik.. menipu! hahahaha.


Macam ni lah nasib makcik yang kena ikut dari belakang.. perati je korang dari belakang bersiar-siar kat situ.


6 sekawan dari classmate yang sama. Kelas 5 Amanah. Aku puji sikap budak-budak ni.. lelaki perempuan sepakat je berkawan. Ni tak cukup quorum ni.. ada lagi yang tak dapat join. Ada yang parents tak kasi lepas keluar, ada yang ada hal lain. Diorang dah plan.. next outing nak ajak ramai-ramai.

Aku tanya.. parents uolls bagi duit tak nak keluar ni? diorang cakap diorang bawak duit raya. Amboi, bukan main korang ya.. ada duit sendiri kat tangan.. sakan lah berbelanja. At the same time aku nasihat gak kat budak-budak tu.. korang simpang duit tu elok-elok.. jangan cicir, kalau boleh jangan habiskan duit tu. Nampak tak? nasihat seorang makcik kepada 6 orang kanak-kanak.. hahaha.. very the makcik tua! ;P

Sebelum gi bowling centre, aku ajak budak-budak tu makan dulu. Makan kat McD je.. diorang sendiri pun tak tau nak makan apa haritu. Aku yang tolong decide. Memang niat nak belanja budak-budak tu makan.. so kenalah ikut kata makcik ya.


Aku pun nyebok duduk sekali ngan diorang. Aku ingat nak duduk table lain, skali tengok semua table penuh.. sorry lah ya anak-anak.. makcik terpaksa tumpang sekaki. Sambil-sambil tu borak ngan diorang. Bagus budak-budak ni.. sangat behave.


Sebelah Khairine tu Saiyidah.. dekat sama besar badan budak ni ngan aku.. Khairine tu kurus & kecik je badan.  Diorang dua ni je kawan pompuan yang outing.. kawan baik sangat ni.. Aku ada nasihat kat diorang haritu.. korang kalau berkawan elok-elok ya.. jangan gaduh-gaduh.. baru kekal lama berkawan. Jangan nak sentap-sentap. Aku noticed ada sorang kawan Khairine kuat na sentap.. hahaha.

Lepas dah jalan-jalan diorang ada beli barang diorang, terus gi bowling kat tingkat atas. 


 Excited nak main bowling.. Feeling orang besar sangat budak-budak ni. Bagus.. confident level sangat tinggi.. makcik bangga!

Lupa nak kabo.. most of gambar yang aku tampal kat sini aku cilok dari wechat moment Khairine.. sebab dia banyak ambik gambar pakai ipad dia. So gambar tak berapa nak chantek.


Lama makcik tunggu korang main bowling.. tersengguk-sengguk mengantuk.. dah lah sejuk. Main tak nak mengalah.. 2 game sekali diorang balun. Tak ke lama aku jadi penunggu kat situ?! derrrrrr.


Fiqri & Sharul


Habis main bowling diorang ajak minum kat Starbucks pulak. Hoii korang tau tak umur korang baru berapa tahun? dah pandai ajak makcik lepak minum kat Strarbucks ya? tanjat makcik.. hahahaha.

Habis lepak minum, aku ajak budak-budak tu balik sekali naik kereta. Takkan nak tinggal anak orang kat situ tanpa pengawasan kann. 


 Tagline budak-budak ni kat wechat moment "Bff till Jannah" InshaAllah.. Auntie doakan korang ya anak-anak :)


 Otw nak kereta aku layan diorang ambil gambar kat sini.. kemain suka dengan jelly-jelly tu.. bila pijak dia bergerak-gerak.


Diorang suka kat tangga ni.. bila pijak je tangga ada bunyi piano. Ya lah.. Auntie layan kan je lah perangai korang ya.

Balik tu masing-masing terus add aku kat wechat. Kawan-kawan anak aku dah jadi kawan aku pulak.. muahahaha. Pastu penuh wechat moment aku dengan status & gambar-gambar diorang berselfie masa kat TS aritu. Yang terharu bila one of them letak gambar aku kat moment and say "thanks Auntie Zaza layan perangai kitorang yang gila-gila".. hamboi! korang belum tengok giler makcik macam mana lagi.. hahaha.

Auntie ok je.. as long as korang kawan elok-elok. Jadi anak yang baik, berguna dan yang penting, belajar pandai-pandai ;)

Ni Danish pula request nak keluar dengan kengkawan dia on weekend.. dia tengok kakak dia keluar ngan kengkawan, dia pun nak jugak. Turn apak kau pulak gi ikut budak-budak tu. Seksa aku dah lepas.. hihihi.

21 comments:

  1. Bagus Khairine...at least dia sentiasa igt mummy dia..so far ank akak x pernah lgi minta nk outing cmtu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak.. layankan je.. hihi
      tak lama lagi anak akak pula mintak nak outing ngan kengkawan dia.. tunggu je lah :)

      Delete
  2. Alhamdulillah, comel-comel jer semua, comel Khairinie pakai tudung... Huntunggg Mommy...He he he... Bagus-bagus, Mommy rajin temankan "ikut dari belakang"...Tapi memang yerlah takkan nak lepas macam tu jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Farah.. tak berani nak lepaskan budak2 mcm tu je.. lagi2 zaman skrg ni mcm2 kes ngeri timbul..

      Delete
  3. bagus u za..kalau i xde makna anak i bleh kuar and i ikut dari belakang....hahahahah...i jenis x sabar macam u...

    ReplyDelete
    Replies
    1. instinct emak ni kuat SA.. kita kena jadi emak yang prihatin..

      Delete
  4. Haah zaza..ikut mcm nila baguskan..tp kalau tgk muka2 bfg khairine semua muka sejuk perut ibu ngandung...

    ReplyDelete
  5. bestnya layan anak anak keluar. hahha teringat masa first outing dengan kawan dulu pun ada parents yang rajin hantar/amek siap belanja movie bagai. skrg dah ada anak tapi kecik lagi. so tunggu dia dah sekolah dah ada bff , kenalah perangai dia pulak. hiks. salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  6. Asslmkm kak.. Lma nya x singgah blog akk.. Smpaikn khairine dh bertudung pun x tahu. 1 perubahan yang baik. Alhamdulillah.. :)
    Bgus ank akk. Dan beruntung jgk dpt mak yng sporting. Yela, siap blh ikut ank kuar kn. Mcm zman sy dulu jnuh nya la hai nk kuar. Mtk la izin cmne pun. Hihi

    ReplyDelete
  7. kira akak join korum lah ni sesama outing.kelasss akak! :)

    ReplyDelete
  8. huhuhu outing x ajak qilah sekali maksu.Klu maksu ajk qilah outing lehlah qilah teman maksu perhati dorang sekali hahaha

    ReplyDelete
  9. Cool la mummy ikut anak gi outing. Very inspired. Akan dtg bile anak sy dh besar pun nak buat cmni. "Nak outing kne ajak mama tau.."

    ReplyDelete
  10. wehhh aku bakal jadi mcm ko tahu???aku akan mengkoer kemana anak aku keluar nanti!! serius nihhh tak tipu!!!

    ReplyDelete
  11. Thank you sebab memberi overview macam mana esok anak ku membesar *sigh* huhuu
    theyre growing up cepat benor senduuu sangat

    ReplyDelete
  12. Budak2 sekarang cepat matang dan pandai bersosial...kita orang dewasa lah perlu pantau mereka...nak sekat sangat pun tak bolih...tak sama ngn zaman mak2 nyer dulu...

    Bertambah ayu Khairene berhijab..

    ReplyDelete
  13. kemain kan....dasat budak2 skrang...tapi takpe kak jah..care kak jah ni dik leha respek...ikut sekali pantau...ye laa budak2 skrang ni takleh dibiarkan bebas sgt...tgk le kes 11 tahun beranak tu semua...kes culik2 tu semua...nauzubillah.....dik leha suke care kak jah nie, open minden at the same time tetap pantau....so budak2 pun hepi dpt outing kan.....

    comel khairine dah bertudung...matured terus muke hah....

    ReplyDelete
  14. Sengih² aku baca jah. Macam ni lah agaknya kalau anak aku dah beso nanti. Aku pon memang takkan lepaskan dorang merewang sesuka hati. Bakal makcik tua jugak lah aku nanti...hehehe...

    Sweet sangat khairine bertudung. Cantik ☺

    ReplyDelete
  15. Bagus la mommy zaza, ikut anak dari belakang esok Qi dah besar nak buat cm ni lah...bagus tau at least kita kenal siapa kawan anak2 kita kan...Khairine suka lah tgk bertudung...so sweeettttttttt

    ReplyDelete
  16. cutenya khairene pakai tudung :)


    anak2 skrg memang pandai plan outing dengan kengkawan, anak saya cikgu kesayangan dia siap bawak anak2 murid gie tgk wayang.

    ReplyDelete
  17. Sama la akak fiza.. tersengih2 jugak baca.. mummy yg sempoi & sporting.. kipidap babe!

    ReplyDelete
  18. wahhhh...advance budak sekarang yer...yg best zaza pun join sekali...hihihi...πŸ˜€πŸ˜€

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah