Friday, September 9, 2016

Sekolah Menengah 2017

Tahun depan Khairine dah nak masuk sekolah menengah. Turn Danish pulak ambik UPSR. Omaigod!! Macam cepat nau masa berlalu sorang nak ambik UPSR, sorang lagi dah nak masuk sekolah menengah pulak. Rasa macam baru je minggu lepas (kalau kata semalam mcm menipu pulak) aku hantar dia masuk darjah 1.. tup2 dah nak masuk sekolah menengah pulak.

Korang dah daftar ke anak korang untuk naik sekolah menengah tahun depan? Haritu Khairine ada bawa balik boring warna kuning & borang putih. Cikgu suruh isi borang tu untuk apply ke sekolah menengah kawalan. Dah siap isi terus submit kat cikgu.

Ada haritu aku datang sekolah dia untuk dengar taklimat Ambang UPSR 2016 sekolah dia.. sekali lagi cikgu ada bagi penerangan untuk apa gunanya borang kuning tu. Cikgu kata pihak sekolah sendiri yang akan tolong daftarkan lepas budak2 dah submit borang tu. Kalau nak cepat, boleh buat online je. Ok fine. Lega aku dengar. Dah lah ni 1st experience aku. Tak tau apa nak digodek kalau kena buat sendiri. Boleh je kalau nak google cari atau bertanya kat cikgu apa benda yang perlu buat.. cuma ai is tak ada pengalaman nak buat tu semua.. ai kan mak yang manja.. auwww hahahaha ;O

Hari Selasa lepas tiba2 Khairine bagitau aku “mummy cikgu cakap sekolah tak boleh nak daftarkan sekolah kawalan untuk tahun depan.. sebab ada masalah . Cikgu suruh ibubapa usahakan sendiri daftar kat website”. Laju2 aku masuk portal rasmi tu untuk register.

Info :  Dimaklumkan bahawa Permohonan Ke Sekolah Kawalan Tingkatan Satu (1) Ambilan 2017 boleh dilakukan bermula 1 September 2016.

Bagi pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU.



Korang kena sign up dulu. Klik je kat link atas tu..  Bila dah sign up nanti ko kena baca panduan am ni betul2 untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.. dah setuju dengan apa yang dia bagitau, then baru boleh ke step seterusnya.

Lepas tu pandai2 lah apply step by step.. dia lebih kurang macam ni je.




4 comments:

  1. Laa...macam tu plak ke...ok thanks for the info..nanti i nak tanya cikgu dia macam mana..kalau x i cuba daftar online je

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya dapat sekolah yg dimohon....

    ReplyDelete
  3. Julia hari tu terbaca blogger lain pun update masuk tingkatan satu sekolah agama pun daftar bulan september...sekarang ni julia kena set dlm otak bulan september daftar anak sekolah hahaha...walhal lama lg kan...tp mak mak ni suka ingat tarikh hehe...TQ kak share...bermanafaat!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah