Thursday, June 12, 2014

Satey Kampung Jawa, Melaka

Kecoh betul semalam kat timeline semua orang dok update status "Abang Zain Abang Zain" ingat kan diorang panggil bapak Ziana Zain.. rupanya peserta Kilauan Emas 4 yer semalam.. aku tengok pun dah tengah2 sebab semalam keluar kejap.. balik je rumah berlari aku bukak tibi.. hahaha undi pun tidak tiba2 nak buat perangai macam peminat fanatic Kilauan Emas pulak.. poyo lah kau Jah! hahaha.

Sebenarnya dah kucar kacir entry blog aku ni.. tak apa lah sapa nak kisah pun lantak lah nak kucar kacir ke nak tunggang terbalik ke apa.

Ni cerita lepas keluar dari kedai kebanya nyonya haritu. Kan aku kata Nizam tak join aku kononnya dia tak dapat parking.. lepas settle urusan membeli, turn aku pulak suruh dia tunggu aku sampai menanah! aku whatsapp dia kata yang aku dah settle beli baju, tapi aku nak jalan2 kejap dengan Khairine & Danish kat kawasan bangunan merah.. so dia pun berpusing2 dekat seribulimaratus kali sementara menunggu kitorang jalan2 kat situ.. hahaha *majal*

Eh lupa nak bagitau.. Kebanya nyonya yang kat kedai tu ada size tau.. tak silap aku size SS up to XXL.. Rasa2 badan korang boleh fit dengan size XXL boleh lah beli. Kalau badan macam anak gajah mungkin tak ada kot.. hahaha.

Sementara menunggu bapak diorang, aku paksa Khairine & Danish bergambar.. diorang kalau membantah cakap aku suruh posing kat mana yang aku suruh sure kena marah.. so bila takut, senyum diorang akan jadi tak ikhlas. muahahahahaha.


Nampak macam dah besar sangat budak2 ni.. huhu jangan lah cepat besar anak2 =( mula lah karang mak kau membelek gambar korang masa kecik2 dulu.. lepas tu mulalah nak buat throwback.. lepas tu mulalah teringat2.. lepas tu mulahlah mak kau rasa diri ni dah tua.. hahahaha. Eh semua orang akan tua kannn.. terima je lah kenyataan :) Tak apa lah anak2 janji korang membesar dengan sihat dan kenang jasa Mummy & Babah.


Penarik Becha.. hehehe.






Berpoloh mak melayan anak2 bergambar.. phewww





 Habis bergambar ala2 tourist kat sini baru nampak batang hidung Nizam... Eerrgghh saja je kannn.. orang dah habis semua baru lah konon2 dia dah dapat parking.. choyyyy sangat!

Dari sini kitorang terus gerak ke Kampung Jawa.. Nizam tanya "you nak makan satey tak?" uiksss giler apanya tengah2 hari buta makan satey.. biasa makan satey malam je.. hahaha. Tak citer banyak terus gerak.


Ni kedai dia.. gambar teruk sikit sebab aku snap dari dalam kereta lepas tu zoom.


Tengok muka Danish.. dah malas nak layan mak dia lah tu.. hahaha. Dia dah letih sebab aku asek suruh pose bergambar je. Tu yang sampai terpejam-pejam mata tu.. hahaha.


Tak nak layan tak apa.. aku suruh Khairine je layan aku.. muahahaha. 

FYI, kedai ni kat tepi sungai yang river cruise lalu lalang tu. Best je kat sini.. nak bagitahu location pun susah aku nak nak guide.. kalau korang nak try datang kedai ni korang waze je.



 Kau!!! sampai dua gambar mee rebus ni aku tunjuk.. kenapa sampai dua? sebab mee rebus ni sedap nak arwah!!!.. menganges Kak Jah makan haritu.. kuciwanya aku dapat makan sikit je sebab sepinggan share empat beranak.. hahaha yang selebihnya Danish yang bedal.. Malas nak order sorang sepinggan sebab ada order menu lain jugak.

 Salah satu nya Satey. Satey ni bagi aku tak berapa sedap sebab satey daging dia liat.. ayam dia keras. Ok tak nak complain banyak nanti orang kata aku kekwat.


Ini rojak dia.. perrgghhh berguling2 Kak Jah nanges sambil makan rojak ni.. hahaha nampak sangat propanya Kau Jah! Kuah dia sedap kau!! memang tak tipu.. hehe

Ada lagi satu menu yang kitorang tak order. Haritu tengok budak waiter kedai tu kehulu kehilir bawak mee goreng.. ramai jugak orang order mee goreng. Tapi tak order pun.. yang kitorang order haritu pun makan macam dah nak pecah perut kenyang.. next time datang nanti aku nak try.

Last sekali nak tunjuk gambar pokok durian kat belakang kampung Nizam.

Ok see you next entry yer.. nak siapkan entry mandi2 kat A'Famosa Resort pulak =)
Read More

Tuesday, June 10, 2014

Kebaya Nyonya Untuk Baju Raya 2014

Hari senin 2June haritu kan aku cuti. Alang2 dah cuti sekolah saja lah aku apply sehari cuti.. Itu pun Sang suami yang paksa suruh ambik cuti.. tau2 je dalam diam dah plan.. dah plan ok lagi.. ini dah siap booking sekali. Suka buat tanjat2 tau! terus sesak napas Kak Jah.

Tujuan ke Melaka selain dari mandi2 sebenarnya Nizam kena pergi branch CIMB kat Melaka.. dia ada kerja nak kena settlekan. Lepas dia habis kerja tengahari dan sebelum bertolak balik Kolumpor kitorang jalan2 dulu kejap. Dan tujuan aku pulak nak mencari baju kebaya nyonya untuk raya tahun ni. Amboi Kak Jah feeling ratu kebaya sangat nak pakai kebaya raya tahun ni.. hahaha. 

Chantek kann?? terus berangan kot2 sempena nak raya sok badan Kak Jah bertukar macam cutting badan patung tu.. muahahaha. Semenjak dah tua ganyut ni lagi2 badan dah gemok aku takut nak pakai kebaya.. karang orang nampak badan Kak Jah macam balut nangka busuk pulak.. hahaha sadis!

Tahun ni aku sedondon & sepasang dengan baju Khairine. Nizam & Danish punya baju raya carik kemudian.. orang lelaki jenis tak kisah.. last minit pun boleh cari.. silap2 malam raya nanti baru cari kat Jalan TAR.. hahaha. Lain dengan orang pompuan.. suka benda2 yang complicated. 

Kebaja biru untuk budak kecik tu sebenarnya tuan kedai baru replace. Masa sampai depan kedai ni aku dah jatuh cinta dengan baju yang anak patung tu pakai. Terus aku suruh tuan kedai tu cabut dari patung.. terus berkenan.. terus suruh Khairine cuba.. terus beli.. hahahaha.

Haritu aku ada survey duatiga kedai. To get the best price, berpusing2 aku kat sana. Mula2 jalan kat area jonker walk. Dalam pada round2 terus masuk Jalan Laksamana (kat bangunan merah area Hard Rock Melaka). Aleh2 Nizam turunkan aku kat area depan kedai ni. Dia nak carik parking katanya. hurmm sampai sudah dia tak dapat parking. Yang meneman aku masa tu Khairine & Danish je. Ko rasa memang Nizam tak dapat parking ke atau dia malas nak teman aku?? dia dah tau.. aku kalau pilih barang mesti kekwat.. tigapat jam pun aku boleh bertahan hanya kerana nak puaskan hati sebelum membeli.

Mari aku tunjuk sikit situasi kat kedai ni yer.. Kalau ikutkan semua aku berkenan.. nak beli semua tak mampu lah Kak Jah dik non.. tengok lah kot2 Kak Jah boleh jadi reseller ke.. kena discuss dulu dengan owner kedai ni.












Dah tengok??? rambang mata?? kalau tak boleh tahan dengan design2 yang ada kat kedai ni, korang boleh pergi beli kat kedai ni.. aku dah survey banyak kedai hari tu.. ternyata kat kedai ni je yang harga dia agak murah nak arwah.. laju je aku capai mana yang berkenan. 


Ni kedai dia.. kalau korang pergi Melaka, berangan-rangan nak beli kebaya nyonya korang pegi kedai ni.. Murah sangat2 harga dia.. Banding dengan kedai lain yang aku dah masuk. Lagi pun kedai ni kedai borong, at the same time dia boleh beli satu2.. beli satu2 pun harga murah apatah lagi kalau beli borong. Haritu aku tengok banyak bungkusan yang dah siap dia letak one side.. kata owner tu semua dah ready nak ship to Sarawak.. tengok!! sampai ke Sarawak dia pasarkan baju2 dia.

Owner kedai ni orang pakistan.. kemain peramah & friendly sangat.. ye lah kalau tak friendly sapa nak datang kedai kau kann.. hehehe.

Tikam sangat nama kau bang.. nasib baik dia tak tikam Kak Jah haritu.. hehehe.


Hari tu selesai bayar untuk dua pasang baju aku tak bawak balik lagi baju sebab nak alter.. kononnya perasan pinggang kerengga lah nak kasi kecik sikit tang pinggang.. muahahaha.. silap2 karang lepas alter ketat tang perut.. mampos ketat bila duduk.. berbonjol-bonjol lemak perut terkeluar.. hahahaha. Tapi haritu measurement dah ukur baek. Aku rasa setakat harini dah siap kot baju aku ngan Khairine agaknya. Kan tak pasal2 kena repeat gi Melaka hanya semata2 nak pergi ambik baju je.. hahaha. Pandai sangat kepala otak Kak Jah. Nasib baik Melaka je.. kalau jauh sampai ke Wang Kelian sapa nak jawab??? jauh giler okeh!! hahahaha.

Korang nak tengok ke baju aku dengan Khairine?? Ok ai tunjuk sipi2 je keh ;))



Ini baju Khairine.. Raya sok korang boleh tengok gambar yang betul. Wah retis sangat perangai Kak Jah nak hiding2 kenn?? kikiki.

Tema hijau tahun ni.. tak kisah lah pecah rahsia ke bocor rahsia ke apa tema tahun ni.. janji Kak Jah nak share jugak review ni.


 Sipi2 je.. 

Sipi tak sipi lah.. janji Kak Jah tak tunjuk actual munga-munga baju ni.. hehehe.

Ok itu sajo yang Kak Jah nak share.. masih bertangguh entry A'Famosa Water World yang kitorang pergi haritu.. bila nak siapnya entah lah....

Ok daaa see you :))
Read More

Makan

Makan je kerja.. mana tak gemok.. lately ni selera aku makan membuak2 pulak.. macam ada bela jin dalam perut.. asek mintak makannnnn je. Bila berat badan dah naik mula lah menggelabah nak diet. Diet pun macam tak diet je. Makan tetap tak control.. muahahaha. Suami Kak Jah tu nampak je skinny.. kadang2 selera makan dia melebihi orang gemok. Aku pulak tak boleh tengok makanan depan mata.. niat dihati nak merasa je makanan tu.. hujung2 tengok pinggan, licin aku bedal.. hahaha.

Haritu teringin sangat nak makan yong tau foo (YTF) Kampung Pandan. Dah lama giler tak makan yong tau foo Kampung Pandan. Sapa yang tau YTF Kampung Pandan ni mesti korang tau kesedapan YTF kat kedai tu. Sebelum balik kerja dah deal dengan Nizam ajak dia makan YTF.. terus Kak Jah meloncat kegumbiraan.. (sebab balik kerja tak payah masak) hehehe.


YTF Kg. Pandan.. sedap weh.. kedai ni dah lama giler wujud. Diorang ni meniaga anak beranak je.. lepas tu bila anak2 diorang dah besar, skali dengan menantu dia join meniaga sekarang. Dari kedai dia kecik je dulu sekarang dah jadi besar. Kencang bisnes!

Ada hari tu aku try buat carbonara.. seumur hidup tak pernah buat.. selalu tau order kat kedai je kalau nak makan. Kau jangan tanya aku susah ke senang nak buat carbonara ni yer Bedah.. aku beli sos chap prego je kat Giant.. lain2 bahan tu aku campak je apa yang ada kat dari dalam peti ais.



Ni je bahan yang aku pakai. chicken frankfurter with cheese & chicken breast (potong kecik), fresh milk & Carbonara dalam canned chap prego. Tak tumis bawang pun.. aku goreng sekejap sosej & isi ayam tu lepas tu terus curah sos carborana campur sikit fresh milk. Agak2 nampak pekat sangat aku campur sikit air. Biar mendidih agak2 tak pekat sangat tak cair sangat terus tutup api.

Lepas tu curahkan sos carbonara atas pasta yang dah aku rebus siap2 sebelum tu. Kemain memuji Danish.. "sedap lah mummy.. nak tambah lagi" amboi pandai ko ambik hati mummy yer.. hahaha.



Itu je cerita makan Kak Jah harini.

See you =)
Read More

Monday, June 9, 2014

Wilcha Nenek


Hari apa tah haritu aku balik kerja tengok2 kat hall bergelimpangan mainan.. salah satunya dalam gambar ni lah.. Wilcha (wheel chair) Nenek dia jadikan tempat duduk binatang2 ni.. siap dipakaikan seat belt lagi yang tak menahan tu.. hahahahaha terus rasa nak gelak.. tak jadi nak marah.

Time2 cuti sekolah macam ni lah gayanya.. hujung2 nanti merengek kat bapak diorang ajak pergi jalan2.. Wahhh korang ingat babah korang tu chop duit ke selalu na ajak berjalan. Tokeh "Cadbury" pun boleh bankrupt nak oi!!.. Anak2 aku ni dah biasa diajar berjalan je kerja.. sapa lagi yang mengajar kalau bukan bapak diorang.. aku??? ehh aku tukang mengikut & mengikut perintah je.. kalau boss ajak kesana, kesana lah aku.. kalau boss ajak kesini, kesini lah aku.. padahal dalam hati siap nak meloncat2 kegumbiraan.. hahaha. 

Dulu paling tak suka pergi bercuti time cuti sekolah.. ko tau je lah Senah.. time2 cuti sekolah kan semua harga sengat.. pastu berasak2 orang ramai, hotel pun boleh fully booked. Sekarang bila budak2 dah besar sikit terpaksa jugak bawak berjalan time2 cuti sekolah.. sebab diorang dah tak boleh selalu ponteng sekolah.. sayang lah kalau tertinggal mata pelajaran nanti. 

Lain lah kalau ada mak/bapak yang tak kisah.. siap tak heran anak dia tak ambik periksa.. lagi suruh budak tu ponteng tak payah ambik periksa.. WHAT THE FISH??!! budak tu nak ambik periksa kot.. kau kalau dah BODOH tu jangan lah libatkan anak kau sekali jadi BODOH macam kau.. kesian lah kat anak kau tu. Nak kata kau tak tau anak kau periksa time tu tak mungkin lah kot.. tak kan kau tak alert bila budak2 periksa, bila time musim cuti sekolah and so on. Tak kesian ke kau dah punah kan masa depan budak tu?? 

Dah lah lantak dia lah.. janji korang jadikan pengajaran dari cerita ni.

Amboi Kak Jah gambar satu je karangan sampai berkilometer.. stop dulu yer.. nanti sambung lagi.

See you.. :))
Read More

Friday, June 6, 2014

Kuih Udang Alor Gajah, Melaka

Dulu aku pernah dengar ada kuih udang famous kat Alor Gajah.. tak silap nama kedai tu "Kuih Udang Sedap Nak Mampuih" hahaha rare giler nama kuih udang ko bang oii. Tak sure kuih udang yang aku makan haritu kat Alor Gajah ni the same one atau yang lain. Bila aku tanya Nizam dia kata dia sendiri pun tak tau... dia cuma tau kat mana kedai lama kuih udang ni sebelum dia pindah ke tempat sekarang. Oiiiii apa ni??!! kata orang Melaka.. tak kan tak tau kot??!! Ye lah tak semestinya semua orang Melaka tau kewujudan benda2 macam ni kann.. Lagi pun Nizam bukan duduk Melaka.. cuma kampung dia je kat Melaka.

Kejadian ni masa balik dari mandi2 kat A'Famosa Water World haritu. Aku skip dulu entry mandi2 tu yer.. bagi hakak up cerita makan kuih udang ni dulu.

Kedai ni sekarang kat food court pekan Alor Gajah. Dulu kat tempat lain.. Nizam kata kedai dia kat area2 situ jugak.

Masa kitorang sampai haritu pukul 6petang. berkilometer orang beratur nak beli kuih udang. Tabah je menunggu turn dah lah penat lepas berkubang.. bergilir2 aku dengan Nizam beratur.. hahaha parah sangat kepenatan Kak Jah time tu.


Bila dah nak sampai turn cepat2 aku ambik gambar pakcik & bro yang potong kuih udang.. poyo giler Kak Jah kann.. org potong kuih udang pun sibuk nak ambik gambar.. hahaha.

Ni senarai harga untuk set kuih udang. Kau tak boleh suka2 nak order sekeping atau dua keping kuih udang tu. Dia dah siap2 tulis set untuk kita pilih. Haritu kitorang order untuk 2 orang makan punya set. Tak pasti berapa keping kuih udang yang dia bagi. Yang penting lepas dah potong tu sepinggan hentak sebesar kuali pinggan dia serve kat kita.. hahaha tanjat Kak Jah.. macam boleh buat kenduri kawin gamaknya.. makan je lah kau anak beranak Jah.

 Selebau-lebau pinggan dia bagi.. banyak kot untuk dua orang makan ni.. sampai tersekat dalam tekak.. kelam kabut tolak dengan air teh o ais takut tercekik.. hahaha.

 Kasi zoom in sikit wajah kuih udang comel ni. Dalam ni bukan semata-mata ada kuih udang je tau.. dia campur timun, nugget beberapa ketul, fish cake & tauhu. Kuih udang ni kalau sos dia sedap, sedap lah jadinya. Boleh tambah berpinggan2 bila makan.

Hari yang kitorang makan kan ramai orang.. asal goreng je kuih udang tu satu trip habis.. goreng lagi 2nd trip pun habis.. sampai bertrip2 aku tengok diorang goreng. Sedap nau kata ko! 

Sekali masa aku pergi dapur dia nak basuh tangan tengok dua kuali besau dia goreng.. bancuhan tepung dia sebesen besau.. best betul meniaga macam ni.. jual kuih udang je boleh bawak untung. Alhamdulillah..semoga kencang lah business pakcik ni. :))

Haritu Nizam ada order Satey.. ayam, daging & kerang. Tak lah terlajak sedap satey ni.. biasa2 je.

Habis je makan terus balik rumah kampung. Lepak kat rumah kampung je malam tu sebab semua dah kepenatan berkubang seharian kat A'Famosa.

Nanti Kak Jah sambung cerita lagi yer.. see you :))
Read More

Thursday, June 5, 2014

Tiga Generasi Berbeza

Eiiii apalah pemalas sangat nak update blog lately ni.. aku rasa macam tak ada hati nak update blog.. kenapa ek?? korang tau ke kenapa?? aku pun tak tau kenapa.. muahaha. Ni dok blogwalking kat blog korang.. hujung2 blog aku tak siap2 dikarang. Ok aku stop kejap BW nanti dah settle karangan bergambar aku nanti aku sambung BW balik yer. Adalah tigaempat cerita nak update.. tapi kadang tu semangat nak update non hado.. tulis2 padam.. tulis2 padam.. end up semua terbengkalai kat draft tanpa tajuk. Apakah??? 

Dah lah cerita banyak pun tak guna.. karang lagi panjang melalut entah haper2.. sementara ada cerita yang boleh dibuat cerita, marilah aku cerita kat korang.. =) Cerita apa eh?? cerita yang aku pergi Melaka haritu nanti aku update. Bagi aku bernapas sikit dulu dengan cerita lain yang aku nak up ni. Up bukan nak berlagak atau nak menunjuk2 yer.. orang kata kalau kau nak bercerita sesuatu tu biarlah dengan bukti.. bukan sekadar cakap kosong je.. ini karang kalau kita up cerita kata kita ada, dia pun sibuk nak up jugak yang dia pun ada.. orang macam tu elok kasi hashtag kat dia #SilaTerasa hahaha.


Pernah tengok hp ni?? kalau korang pencinta hp chap Samsung dari dulu mesti korang tau hp ni model apa. Aku pun dah lupa apa model hp ni. Actually hp ni touch screen & limited edition sebab dia kaler pink. First handphone chap Samsung yang pernah aku pakai. Hp ni sekarang dah tersadai kat rumah.

Lepas pakai handphone chap Samsung ni, aku beralih arah ke Blackberry pulak. Time tu kan dah start trend smartphone. Entry tu aku pernah tulis kat SINI.

Dah bosan dengan BB aku beralih arah pulak ke chap Samsung balik. 

Sampai dah naik berkerak dah handphone ni aku guna. Baru setahun lebih je kot pakai. Tapi Kak Jah tetap menghargainya sebab suami Kak Jah yang belikan. Dia pun pakai hp macam ni jugak. Masa beli last time dia satu, aku satu. Sehati sejiwa gittue.. hehe. Padahal Kak Jah sakit hati kalau dia sorang je yang pakai hp canggih dari Kak Jah.. so merengek sket, gosok2 sket.. dapat jugak. hahaha. *dasar pendengki*.


Ini bukan habis madu sepah dibuang yer.. to up todate kononnya haruslah nak upgrade to the latest one kannnn.. terima kasih Sang suami sebab menukarkan handphone ni kepada Sang isteri mu.. hehehe. Kenapa dua?? sebab yang kiri tu laki ai punya.. yang kanan tu ai punya ;=) Tapi Nizam punya Note 3 aku punya Note 3 Neo.. *dasar pendengki jugak lagi tak boleh tengok suami lebih dari isteri* ;P Nak tau apa beza Note 3 dengan Note 3 Neo korang google lah sendiri kalau nak tau ye.
Read More

Monday, June 2, 2014

Cuti


Salam Senin korang.. kerja ke harini?? Aku choti.. ni pun keudara live dari kampung. 

Since Sabtu lagi aku dah sampai Melaka.. semalam pegi mandi2 kat A'Famosa Water World.. nanti aku up entry tu yer.. harini still kat Melaka lagi.. tapi pagi ni aku, Khairine & Danish cuma lepak kampung je sementara tunggu Nizam pegi kerja.. dia ada kerja sikit nak buat kat CIMB melaka ni.. karang tengahari dia habis kerja baru boleh ajak jalan2 pekena coconut shake ke atau jalan2 kat Banda Hilir.

Tu yang bestnya pergi Melaka ni.. tak payah susah payah cari hotel.. kitorang lepak kat kampung je.. sambil2 tu boleh jalan2 ala2 tourist dikampung sendiri.. hehehe.

Sent from Samsung Note3
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah