Friday, January 11, 2013

Adam & Hawa dah Habis!!!


'Hawa' dicipta dari tulang rusuk 'Adam'

Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya

Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya. Dekat pada lengan untuk dilindungi & didekati dihati untuk dicintai

Wahhhhh kemain!!! ada mcm Ain Hawani tak dalam script episode last?? hahaha.. Sedeynya Adam & Hawa dah habis :( semalam episode 80 episode yg last. Lepas ni layan cerita Sehangat Asmara pulak, lakonan Adi Putra & Rita Rudaini =)

Aku mmg teruja dengan cerita Adam & Hawa ni, sebab hero dia si Aaron Aziz aka Adam Mukhriz tu cewahhh :D hari2 tengok without fail wokeyyy.. Heroin dia Nadiya Nisaa aka Ain Hawani aku tak berapa nak kenal sangat, sampai lah aritu aku tertengok cerita CUN kat astro baru aku tau dia sebenarnya pernah berlakon rupanya. Ok jg lah lakonan dia, tak mcm sesetengah artis yg retis tu, harap muka je helok, tp lakonan hancor.. (hamboiiii kemain laser akak) :p

Daripada start episode 1, si Ain remaja baru lepasan SPM, kena tangkap basah, dia dapat tawaran gi Australia (belajar kononnya),  segala cobaan & cabaran utk korang bersatu & sampai lah si Ain beranak kan anak si Adam Mukhriz. Semua episode tu ada trill tersendiri. 

Keseluruhan jalan cerita ni best jg, ada yg logic ada yg tak logic nya, biasa lah drama melayu kann??!! tapi ada jg part2 yang touching, romantic, lawak, bengang. Aku pun terfeeling lebih gak kengkadang. poyo je kann?? ngeh ngeh ngeh :D


Yang tak puas hati sangat ni, kenapa lah dia buat cerita ni setengah jam je.. itu pun ++ dengan iklan, kalau nak diikutkan campur tolak bahagi kali, cerita ni cuma 24minit lebih je tak sampai 30min pong.. kan lagi bagus dia buat 1 jam.. huh mungkin penerbit & pengarah cerita ni tau drama ni akan meletop bom kebabow agaknya tu lah yg dia buat setengah jam je. Buat orang ternanti2, tertunggu2 tak sabar nak tengok next episode.. Gempak kan? (nyampah). 

Nak cerita panjang kat sini pn tak boleh jg tak kan nak cerita dari 1 episode ke 1 episode plak. Pada yang kesempatan tengok sampai habis drama ni tau lah cerita dia mcmana. W/pun aku tak baca novel Adam & Hawa ni, tapi kengkawan aku ada jg cerita sket2 pasal cerita dari novel. Sebenarnya jalan cerita yg dlm novel tu tak exactly sama mcm jalan cerita kat dlm drama. Dalam novel part si Johan & Azie pn tak sampai ke jinjang pelamin. Tapi dlm drama ni kawin plak dorang tu. 



Happy ending. Akhirnya dapat juga korang anak pompuan Arisya Nur Ashikin Binti Adam Mukhriz, w/pun lahir2 dah terbuntang besar bijik mata budak tu kikiki, tu lah yang aku katakan ada yg tak logic nya some part dari cerita Adam & Hawa ni. Tak hagak2 nak amek budak yg dah berapa bulan tah agaknya umur dia ajak berlakon. Sure ada yg akan letak nama ni kat anak pompuan dorang yg bakal lahir nnt, even nama Adam Mukhriz pun dah ada aku dengar yg letak nama kat baby boy dorang yg baru lahir.

Dengar cerita, nak di filem kan pulak cerita ni.. pastinya boom filem tu nnt ala2 filem Ombak Rindu. Dah jadi mcm trend plak kat Malaysia ni, cerita2 yg di adaptasi dari novel boleh plak dijadikan drama & filem. Apa script writer kat Malaysia ni dah kering idea kew nak tulis script utk drama & filem? oppsss sorry akak terlaser pulek mcm si baby AA Ajuan Ali (choyyy geli eh!).

Sebagai kenangan drama fav aku, aku nak tepek sinopsis & trailer cerita tu kat sini, kalau rindu2 bleh lah aku belek2 tengok kat sini. 

Drama ini mempunyai 80 episod yang adaptasi novel terlaris nukilan penulis Aisha Sofea berjudul Adam & Hawa bakal menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam bermula 27 Ogos 2012 secara eksklusif di Astro saluran 134 (Mustika HD)
Dibintangi oleh pelakon Aaron Aziz (Adam Mukhriz) dan seorang aktres yang kini menerima perhatian hasil bakatnya yang mantap iaitu Nadiya Nisaa (Ain Hawani)
Dalam pada itu,turut dibantu barisan pelakon baru dan lama seperti Anzalna Nasir,Elfaeza Ul Haq,Dazrin Kamarudin,Norman Hakim Amyza Adna, Aznah Hamid dan Rozie Rashid



Sinopsis Adam & Hawa
Berkisarkan tentang Ain Hawani, seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam, seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya
Semuanya bermula apabila Ain bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan
Impian Ain untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga
Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan
Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya
Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya
Ego tetap mengatasi hati Ain walaupun Adam mengharapkan wanita ini kembali menerimanya semula. Apakah kesudahan kisah cinta antara Adam & Hawa ini?




Kalau betul lah dorang nak filem kan drama ni, aku nak jugak gi tengok. fuhhh mesti lagi touching mcm cerita Ombak Rindu yg buatkan aku nangeh dlm panggung aritu (cehh tak malu betei) :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah