Thursday, May 7, 2015

Batu Karang Dalam Pundi Kencing (Urine Blader)

Lately ni cuaca panas kan??! tak tahan rasanya.. bila dah berpeluh tu rasa melekit berlengas-lengas badan ni. Nak keluar lunch pun fikir limablas kali. Nak tak nak keluar juga lah.. karang lapar pengsan pulak kat opis. Bila cuaca panas kat luar, kita yang kerja dalam opis ni aircond pun macam tak terasa sejuk sangat.. bila dah keluar dari opis mulalah bawa kipas lipas kat tangan.. laju je aku mengipas sampai lenguh tangan niha.

 Dalam pada tu kita kena beringat ya.. minum air masak banyak-banyak.. sikit sebanyak kita dapat hindar dari kekurangan air dalam badan.. Tak kisahlah kalau kena ulang aling keluar masuk toilet satu hari beratus kali.. yang penting cukup air dalam badan. 

Kau tanya aku? bergelen-gelen dah aku minum air.. tu pun kalau aku kat opis. Kalau kerja memerlukan aku keluar aku tak minum air secukupnya.. karang tiba-tiba nak tekencing mana pulak aku nak sua kan.. nak tekencing & teberak ni bukan boleh buat main.. kalau dah tak tahan sangat tu cepat2 lah cari jamban.. kalau tidak terabur tengah jalan sapa yang malu?? mereka dan keluarga mereka.. hahaha.

 Contoh macam harini.. aku tak ada kerja kat luar.. dok opis je.. berani lah aku minum air bergelen-gelen. bila dah minum air banyak tu memang kerap aku keluar masuk toilet kat opis ni.. aku syak jamban tu pun dah menyampah tengok aku.. balik2 muka aku je kat dalam tu.. hahaha.

Harini aku terjumpa satu artikel kat fb Ustaz Halim Zakaria pasal batu karang dalam pundi kencing.. meh aku share.

**************************************************************

Assalamualaikum wbt,

Sahabat2 fb yg dikasihi.... Perkongsian maklumat...BATU KARANG DALAM PUNDI2 KENCING (urine blader). 

Ana baru ziarah Sahabat karib di Semenyih... Beberapa hari lalu beliau tiba2 sukar buang air kecil.. kemaluan membengkak... seharian menahan kesakitan.. kencing.. Setitik dua. Hinggakan kemaluan terpaksa di balut agar air kencing tidak menitis di seluar.

Sekitar jam 3 pagi, beliau yg menahan kesakitan terus ke bilik air.. terasa nak buang air kecil, cukup sakit ketika itu kerana air kecil keluar setitik dua je.. agak lama juga belia menahan sakit.

Semasa menahan sakit dan meneran utk buang air kecil.. tetiba terpancut seketul batu (batu karang) dari kemaluannya. Inilah rupanya.. Hampir Satu inci...Subhanallah.


Punca-puncanya:

- Kurang minum air.
- kuat merokok (perokok tegar).
- Banyak makan makanan bergula dan acid. Acid boric (mee   kuning) antaranya, 
  kesan gabungan sodium silica pengawet = Asid boric.
- Suka sangat minum ais batu (teh tarik, air gas,
  air berwarna dan berperisa & etc).
- Makanan yg mengandungi gula dan kanji yg tinggi.
- Minuman-minuman (3 in one).

IKHTIAR:

- Daun pecah beling/jin batu direbus + gula batu (seketul
  sebesar ibu jari) dan minum 2 kali sehari.
- Perlu diamalkan.. In shaa Allah batu karang akan hancur.
  Yang paling penting... jaga perintah Allah swt.. jaga   
  makan.

Surah Al-Baqara, Verse 168:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

Moga dimanfaatkan... Barakallah

*Copy & Paste*

12 comments:

  1. minta dijauhkan lah >__<
    dengar cter, batu karang nie sakit dia teramat, nak membuang terseksa..

    ReplyDelete
  2. Subhanallah...akibat tahan kencing pun jugak ni kan zaza...hadoii.besarnya tgk batu karang tu

    ReplyDelete
  3. huhu, bapa alkisah 2 kali buang batu karang, hospital guna teknik laser nak buang benda tu..senak perut selama 2 minit masa nak buang benda tu.. ouch...

    ReplyDelete
  4. alaaa aku dah la pemalas nak minum air masak!

    ReplyDelete
  5. maka kena telan la air kosong yg banyak2....

    ReplyDelete
  6. berani la jamban tu menyampah tgk muke kite..hahaha..
    lahaiii kak..seriau tgk batu karang tu..besauu..cmne la die kuar tu..

    ReplyDelete
  7. bahaya betul kalau ada batu karang ni eben kecil pun..ngeri tengok.

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing babe. Risau lah plak sebab lately macam buang air tak lawas jer nih...gulpppp...

    ReplyDelete
  9. sama mcm batu karang saya..besar ni jgk, 1.7 cm pnjg dia..mmg sakit gila2,sebulan sakit kt alat sulit (lelaki) tu..hari last sebelum keluar kencing dh xkuar..teran sgt2 pedih..boleh kata mostly duduk dlm bilik air je aritu..last ptg teran sambil meraung baru kuar sebesar ni..lps tu trus x sakit melainkn pedih akibat luka salur kncing tu je..tlg jgn ambil mudah mslh batu karang ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah