Friday, May 22, 2015

Pampering Day di HerbaLine Facial Spa

Rasa-rasa aku dah dua tahun lebih kot tak buat facial.. pergghh lama giler.. mau berkulat muka!! Bukan kulat lagi dah.. siap tumbuh cendawan shiitake lagi.. kau caya??!! ok, tak payah percaya.. sebab ini semua tipu. Yang betulnya cuma aku dah dekat dua tahun lebih tak buat facial.. pfffttt ;P

Bila rasa muka ni dah penuh dengan daki, white heads, blackheads segala mak nenek bagai, terus decide nak ke Facial Spa. Ini lah pompuan.. semua benda nak dia kisahkan.. haruslah kann?!.. hehehe.

Consultation table.. Once masuk je entrance HerbaLine ni, aku & Tante di jemput duduk kat sini then diorang terus serve chinese tea secawan tecik ;)

Last week plan dengan Tante nak buat facial. Plan Friday, nak pergi on Saturday.. eh Jah! awak ingat Facial Spa tu emak awak punya? emak awak ada masuk share ke tiba2 nak datang terejah macam tu je??! kena lah buat appointment dulu.. karang datang sia2 je kalau tak ada appointment. Arrghh don't care.. aku dengan Tante tetap mencuba nasib kot2 boleh slot in untuk kitorang buat facial that day.. so Saturday aku kutip Tante dekat rumah dia.. then we straight away pergi HerbaLine Facial Spa kat Ampang. Dekat nak mati dengan opis kitorang.. kalau petang balik kerja nak jalan kaki ke situ pun no hal.. jalan kaki kata ko?? emm memang tak lah kannn.. bawak kereta je senang.. hahaha.. dasar pemalas punya orang ;P

Sambil minum chinese tea dia bagi form untuk diisi. All particulars termasuk soklan yang dia tanya samada kau ada allergy atau tidak. Aku tick YES disitu. Disebalik YES tu nanti aku cerita lebih panjang ya.

Isi form & minum chinese tea tu tak ambik masa lama pun.. Eh lupa.. masa nak isi form tu nanti dia ada bagi warm wet cloth untuk gosok2 kat tangan sebelum dia bawa ke tempat foot bath.

Lepas tu dia bawa kitorang ke rack ni untuk simpan kasut.. we have to change our shoes with their slipper & letak kasut kau kat dalam raga tu. Sebelum ke rack ni ada satu lagi rack untuk simpan bag. Tak sompek achik ambik gambar rack tu.. hehehe.

Photobomb by Tante kat hujung sana tu.. ;P

Sebelum beautician panggil kitorang untuk basuh kaki, kitorang sempat menggaret ambil gambar kat sini untuk kenangan.. Amboi bukan main lentok lagi kepala kau kat bahu akak ya Bedah! hahaha.. (matiklah Tante marah aku panggil dia Bedah) Sorry beb.. I know you will read my blog hehehe.

Model tak jadi HerbaLine.. hihihi ;P

Siap bergambar kat situ terus ambil tempat untuk sesi cuci kaki.. kuno giler ayat 'cuci kaki'.. hahahaha.

 Comel je tempat cuci kaki ni kan.. rasa tak sabar nak sental kaki dalam sinki tu

Deco kat tepi2 sink.. dalam port tu ada sea salt. Sea salt tu bukan untuk dibuat makan semasa basuh kaki ya.. itu untuk sental kaki sajo

Sental kuat sikit dengan berus tu.. 

Nescaya air rendaman & gosokan kaki anda akan bertukar jadi keruh macam ni.. hahahahaha. Ini kaki Tante.. bukan kaki aku tau! :D

Yeayy.. dah bercahaya kaki kami.. dah lap kaki kering2 dengan towel, nanti dia bawa kitorang naik ketingkat atas pula

View dari atas

 Ini Aroma Therapy.. sebelum buat treatment dia akan stop kat sini suruh kita deep breath in 3 kali & exhale deeply 3 kali juga. I can't feel the smell sebab nampak macam herb pun ada.. macam tea pun ada.. entah lah.. deria bau aku tak berhubung dengan baik haritu.

Macam ni caranya. Cara ni kena buat sebelum dan selepas treatment

During the treatment. Sibuk nau suruh amoi tu tolong snapshot diri sendiri tengah pampering.. geds sangatsss.. nasib baik amoi tu sporting.. hihi

Treatment haritu dalam 90 minit juga lah.. depend juga pada kulit muka.. kena kulit muka yang kering macam aku ni.. lama lah treatment dia.. segala karat yang ada kat muka aku ni habis dia korek kasi bersih.

Lepas dah bersih muka, dia akan bagi lemongrass tea ni.. hoi! pedas macam halia.. aku tak sure dia ada campur halia ke tidak. Pure giler.. terpaksa habiskan juga.. nak chantek punya pasal.. hahaha Chantek kew??!! phuiii

Bila dah habis tu dia ajak turun pulak untuk relaxing fish foot spa. Manyak syiok ;)

 Celup je kaki, berderu ikan2 tu kerumun kat kaki aku. Wah! nampak sangat kaki kau banyak death skin Jah! bukan main selera ikan tu menggigit

 Ni dah kurang sikit ikan berkerumun kat kaki.. sebab ikan2 tu dah beralih arah ke kaki Tante pulak.. aku cakap.. Oii teruk na kaki kau.. celup je terus ikan2 tu terkam.. muahahahaha.. bengang je member ;P

Bukti.. tengok kaki aku yang sana tu.. dah kurang ikan nak geget.. kat kaki Tante tu bukan main banyak.. kaki busyukkk.. hahahahahaha ;P

Dekat setengah jam juga lah kitorang merendamkan kaki kat situ.. Tante cakap dah naik kecut kaki dia.. aku cakap balik kat dia.. ilex ar beb.. kita bayar ni.. rendam je lama2.. hahaha. Lepas tu kitorang dibawa ke depan untuk dia tunjukkan product yang diorang jual. Hurmm bersiap sedia untuk dipancing.. ada lettew nak suruh beli product.. dah biasa dah dengan keadaan macam ni.

The Beau Shop. Aku tak sempat snap proper sebab kelam kabut ikut amoi tu nak show the product. Lantak lah. Aku ada beli Milky Lotion yang dia show kan kat aku. Itu memang penting untuk muka aku.. memandangkan aku ni bangsa yang suka cuci muka ala kadar je.. konon2 bajet kulit muka ni macam baby ar gitu.. hahaha.. nanhado!

Ni nak cerita lagi.. esoknya hari Ahad bila bangun dari tidur tengok muka membengkak macam muka alien.. tanjat Jijah tengok muka kat cermin.. ni alien ke muka aku sendiri? *tepukmuka* terus rasa tak sedap hati. Lepas masak untuk lunch aku terus start kereta pergi ke HerbaLine untuk refer muka aku yang sikit lagi nak bertukar jadi muka Alien. Diorang kata kulit aku terlalu kering.. so dia advice me to do soothing. Soothing?? natang apa tu? oh rupanya dia buat treatment yang boleh buatkan kulit kita jadi cool (tenangkan kulit). Dat time Kak Jah dah tak kisah dah.. kau buat lah soothing je shooting ke kat muka aku ni.. janji jadi helok balik macam sediakala. Sedih aku tengok muka aku haritu.. rasa macam nak tutup dengan kain langsir je.. malu nak jumpa orang dengan keadaan muka yang teruk.

 Ni hari ke lima aku buat soothing.

Menjelang harini dah masuk seminggu tak elok sepenuhnya lagi. Tapi everyday without fail aku teruskan buat soothing kat HerbaLine. Sampai naik hafal dah selok belok dalam Spa tu.. hahaha. Lepas kerja terus ke sana. Diorang yang kerja kat sana pun semua sampai dah kenal muka aku.. hahaha. Dah boleh jadi ambassador HerbaLine gamaknya aku ni.. hahaha.

Yang happy-nya so far so good. Harini dah nampak banyak perubahan dah.. sehari dua lagi harapnya ok lah. Yang kureng happy-nya mungkin lepas ni aku dah tak boleh pakai product dia lagi kot. Takut jadi lagi.. kulit aku ni jenis sensitif.. jangan cari nahas lagi.. tak sanggup dah rasanya. Yang peliknya sejak umur dah lanjut ni kulit jadi sensitif sangat pulak. Itu tak heran lah sebab faktor umur rasanya.. hahaha.

Lepas ni takut nak try sembarangan product lagi dah.. mungkin aku akan stay dengan product yang aku pakai je kot.. or else boleh try product lain. tengok lah caner nanti.. tengah dok survey lagi apa product yang sesuai dengan kulit akak yang sensitip ni.. hehehe.

Anyway.. thanks to HerbaLine coz bertanggungjawab sepenuhnya kat kulit muka aku yang bakal bertukar jadi alien haritu.. hehehe. Layanan yang bagus.. tempat yang 1st class.. ini yang saya maukan.. thank you so much :)

9 comments:

  1. Wowwww herbaline...selesa betul tengok ruang spa dia sis....rasa mcm nak join sama hehehhe...sonok tgk ikan2 tu berlegar kt kaki...tak rasa geli ke sis...tingin gak nak try pi fish spa gini...tak sabar nak tgk muka sis...julia x pernah buat facial treatment...

    ReplyDelete
  2. Saya cuak nak buat facial sbb selalunya lepas buat muka akan tumbuh jerawat...klu tak buat elok jer takder sebijik jerawat pun!

    ReplyDelete
  3. Alamak.bengkak ke za...huwwaaa..huwaa...sacry jugak kat nak buat facial treatment ni.rin lg prefer spa atau urut badan

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat memanjakan diri tapi yang tak bestnya bila kurang berkesan tu..harap cepat okaylah kulit muka akak tu..aminnn

    ReplyDelete
  5. lahaiiii..bestnye dpt manja2kan diri kat spa..tp part ikan dtg kerumun tu confirm i larik dulu..geli yuuuu..

    ReplyDelete
  6. Bestnya kalau dapat buat treatment macam nih.

    ReplyDelete
  7. tak pernah try lagi treatment dengan ikan tu.. ;)

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah