Friday, June 19, 2015

Salam Ramadan

Salam Ramadan yang mulia.. Salam Jumaat ;) Dah ramadan kedua baru nak wish kan? phuiit. Dah start dah aku tengok lambakan gambar makanan berbuka & sahur korang.. telan2 ailiyur I dibuatnya.. bila nampak lauk yang best2 sket terus buat2 tak pandang.. karang makruh pulak puasa yang I bina seharian ni.. LoL!

Start harini nak buat tayangan gambar sahur atau berbuka.. itu pun kalau aku sempat lah.. kadang tu tak sempat nak ambil gambar sebab masa dah suntuk.. aku ni keluar opis pukul 5.30.. kedekut opis aku ni bagi balik pukul 5.30, awal setengah jam dari waktu balik asal.. baik tak payah! TAPI walaupun dalam masa 10 minit bleh sampai rumah, aku tak sempat nak bersenang lenang sebab nak mengejar masa nak prepare untuk berbuka. Time sahur pun sama gak.. ni baru masuk puasa kedua je kann.. sebab aku ni buat kerja kat dapur bukan cepat mana pun macam orang lain.. lagi2 time pagi.. nak buat air ambil masa berjam-jam.. hahaha ok itu tipu! ;P

Lauk berbuka Sambal sutun.. ni emak aku yang masak.. semalam balik kerja terus gi PARAM (Pasar Ramadan) kat Bandar Baru Ampang dengan Nizam..

Tanjat tengok harga semalam. Air yang dah siap bungkus2 tu sebungkus RM3 dah sekarang..huk aloh! Jangan tidak Bedah.. alang2 dah sampai PARAM tu.. aku beli air biru yang ada lemon kat dalam tu sebungkus untuk budak2 pastu beli murtabak seketui je. Lepas tu terus gerak balik rumah. Sampai rumah tengok ada roti john 2 ketui atas meja.. Khairine cakap dia dengan Danish pergi beli kat depan.. kat area depan rumah aku tu ada orang jual burger.. bulan puasa ni dia jual roti john.. budak2 ni semenjak dah besar dah pandai main duit.. asal dapat duit je mesti nak membeli-belah.. geram betul aku.

Rendang daging

Kalau boleh nak habiskan cepat stok yang ada dalam peti ais kat rumah.. sebab esok emak dah nak pergi rumah kak long pulak.. so boleh lah nanti ajak Bang Nizam gi berbuka kat luar selalu.. hahaha. Eh tak ada maknanya nak berbuka kat luar selalu.. kau ingat dia nak layan ke perangai aku macam tu?? memang tak dapek lah kannn.. lagi pun lecehlah buka kat luar.. sesekali ok lah.. kalau ada invitation atau family gathering nak berbuka sesama tu, tak ada masalah.

Ni lauk otai.. assam rebus ikan selar kuning yang kecik2 tu letak bendi & tomato.. rasa dia macam masam2 sket.

Perangai KhaNish tahun ni dan tahun2 sebelum ni still maintain.. Alhamdulillah.. budak2 tu tak banyak songeh kalau kejut awal ke makan awal pagi sebelum subuh ke.. sebab dah dilatih dari kecik untuk diorang memahami apa maksud Sahur. Lagi pun budak2 tu bukan kecik lagi.. sorang dah darjah 4 dan sorang dah darjah 5 kot.. kat sekolah pun dah ada ajar.. so diorang dah faham.

Sambung cerita pasal PARAM tadi.. aku ni bukanlah anti sangat sampai tak pergi langsung.. macam tahun2 lepas, aku pergi je.. merata tempat kadang aku pergi.. agak2 macam teringin nak makan makanan yang ada dijual kat Kampung Baru, aku rempit je ngan Nizam naik motor sampai sana. Kadang tu saja je menggaret nak pergi sebenarnya.. hahaha.. saja nak tambah pengalaman plus nak menyibuk buat tambah2 jammed kat area PARAM tu.. padahal yang dekat2 dengan rumah tu ada je.

Ok itu saja ceritanya.. aku nak update cerita masa cuti sekolah haritu.. nanti lah ya.. 

Daaaa.. selamat berbuka untuk petang nanti :)

10 comments:

  1. Semalam ai beli air kat Bazaar sebab dak tecik Nuha merengek nak.. makanan lain dia takmo (yelah dok rumah pengasuh dia dah makan, so takdelah dia teringinkan makanan).. ingatkan masih lagi rege RM2.. itu tahun lepas punya harga ye dik.. huhuhu.. memang takdelah nak beli air lagi.. semalam beli pun sebab dak Nuha yang nak.. ai cuma beli kuih je pun.. setakat nak masak masih sempat dan ada masa lagi sebelum waktu berbuka.. kita semua kan supermom.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan
    selamat berpuasa hari ke2..selamat berbuka dengan pelbagai juadah yang sedp2 tue...:)

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan kak! Seamat berpuasa... :)

    ReplyDelete
  4. Sedap² menu tu..selamat berpuasa Kak Zaza

    ReplyDelete
  5. Zaza..terliur smbl sutun tuh...hehehehe
    Selamat menyambut ramadhan zaza...

    ReplyDelete
  6. Salam ramadhan babe. Sutun tu menggoda betul lah.

    ReplyDelete
  7. omg. sambal sutun dgn asam rebus.
    menarik!!!

    ReplyDelete
  8. tengok sambal sutun u rasa nk masak sambal sutun jugak la petang nie..=D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah