Tuesday, June 30, 2015

Ramadan 10 - Berbuka & Ramadan 12 - Bersahur

Ramadan 10, Ramadan 11 tak ada titiba terus Ramadan 12.. hahahaha. lantak lah.. kau baca je lah ya Bedah..

Ramadan ke-10, bukan main semangat nak bangun sahur sebenarnya, tapi apa kan daya, masing-masing tidur sampai tak sedar diri.. hahaha. Nasib baik KhaNish tak bersungut mintak berbuka.. phewww. Sabtu haritu seawal pukul 10.30 pagi aku dah keluar pegi appointment buat facial, Nizam bawa FIL pergi beli baju melayu dan keperluan untuk FIL tunaikan Haji.. InshaAllah lepas raya kot.. so KhaNish dok rumah berdua sementara aku & Nizam keluar dengan hal masing-masing.

By tengahari macam tu lepas aku dah kemas rumah, iron baju kerja, baju sekolah bagai.. baru kitorang keluar. oh lupa bagitau.. Sabtu haritu berbuka kat Klang beramai-ramai dengan adik-beradik, ipar duai aku. Kenapa Klang? sebab otai ada kat sana.. kan dia dah dekat dua minggu dok rumah kakak aku kat Klang.. kitorang decided berkumpul ramai-ramai kat sana je senang. Alang-alang berbuka ber-family gathering, aku plan dengan kakak aku, minta tolong dia belikan kek.. lepas berbuka boleh main potong-potong kek since same date dengan birth date Khairine.

Ahli baru dalam family The Latif.. Nurhannan Aisyah.. anak my bro.. comel budak ni.. elok je tak nangis bila aku pegang dia.. setengah budak tu nampak muka orang lain selain dari makbapak dia dah melalak-lalak.. helok ni.. boleh bikin 1 lagi anak dengan Bang Nizam.. hahahaha

Santapan yang hado

Kitorang berbuka kat kedai tomyam yang dekat-dekat dengan rumah sis & bro aku je.. ha? kenapa tak berbuka kat hotel? nak tau kenapa? bak kata Kak Senduk "buffet ramadhan yang mahal nak mampos" itu jawapannya. Actually my Bro nak book kedai Hj. Sharin Low kat Klang, masa hari nak order makanan, gedebuk gedebak semua total RM1k.. mai oi! apa mahal na?! baik gi buffet kat hotel je.. terus cancel. Last but not least kat kedai ni sajo lah.. tak habis RM500 pun makan untuk 15 horang.

Settled berbuka, masing-masing dah siap solat maghrib.. kitorang buat acara potong kek kecil-kecilan kat situ. Aku cakap kat Khairine.. "ni bukan official birthday celebration untuk Khairine tau.. nanti bila Babah & Mommy free, kita pegi celebrate makan-makan kat tempat best macam selalu kita pergi one family ok".. nasib baik minah tu kata ok *urutdadatandalega*.

Moh tengok gambar jap

 Red Velvet cake untuk Khairine ;)

Saja letak dua gambar yang hampir sama.. sebab kek ni sedap nak mati.. slurppp 

Cousin.. 

 Acara gigit kepala.. alah bukan gigit betul-betul pun.. saja eksyen-eksyen je.. lately ni favourite aku suka na gigit kepala budak ni.. gerammmm sebab dia terlalu cepat membesar.. waaaaa :(

 Mommy & Khairine

Habis berbuka & potong kek kat kedai tu, kitorang terus Meru cari barang sket.. then terus balik rumah kak long.. tidur rumah dia malam tu.. Esoknya ramadan ke-11 sahur kat kedai je yang dekat dengan rumah dia. Petang sebelum berbuka baru balik rumah. Menu berbuka kitorang, beli di param sajo.. Tak koser nak masak.

Hari Senin puasa ke 12 nak tau kitorang sahur apa???

Sahur dengan koko krunch + fresh milk, kuah durian + roti. Kuah durian tu aku buat Ahad malam.. cukup sekadar itu sajo.. nasib baik juga budak-budak tu tahan puasa walaupun makan koko krunch dengan kuah doyan. Bagus anak-anak Mummy.. puasa biar penuh macam Mommy masa kecik2 dulu ya.. nanti Babah bagi hadiah... pfffftttt ;P

Menu berbuka semalam makan nasi, lauk asam pedas & ayam goreng je.. gambar tak ada.

K lah.. tu je nak bagitau.. bye ;)

13 comments:

  1. Da semakin membesar anak dara sorang tu ye..nanti kalah mommy dia

    ReplyDelete
  2. Wah...dah besar anak dara kita kan za...huhu..mcm dania sampai mak tiri dia ckp..cepat la akak ni dpt menantu..phuiii...ingat anak aku cam ko...this week m family pi penang..I x ikut..huwaaaaa buka posa as org bujang lagiiiiiii

    ReplyDelete
  3. serawa durian tu bt ai terliur okeh...hadooiiiii....suka sangat!!!

    ReplyDelete
  4. Ya Allah sedap nyer roti cicah kuah durian!!!
    mlm ni ada majlis berbuka kat opis.
    ada kuah durian & pulut. roti arab pun ada dlm menu.
    boleh cicah cicah ekk... tapi aida tak gi.
    umah jauh dgn opis. lebih baik balik umah :)

    ReplyDelete
  5. adoiii lama btl tak singgah sini..tup2 up citer ramadhan ke 10 dah yer..hehehe..btw i sahur wajib amik nasi..kalau tak mesti badan gigil2 mcm org hypo..hahaha.. sbb dari kecik kot mak mmg ajar bersahur dgn nasi.. sbb tue la sampai ke-tua pun wajib ada nasi.. =D

    ReplyDelete
  6. sedappnyaa kuah durian tu.. samalah kalau kuah durian makan dengan roti / roti jala.. Allah..sedappnyeee.. teringin dah ni

    ReplyDelete
  7. amboii sekali combine 3 hari punya cerita ni ye..meriah²

    ReplyDelete
  8. sedap nya kek tu kak.. xnak anak membesar kena beranak lagi la baby baru hihi ^_^

    ReplyDelete
  9. meriah wehh...si tembom tuuuu meh cium pipi!

    ReplyDelete
  10. wahhh muka sama macam mak die ..comey ......

    ReplyDelete
  11. wahhh..dapnyee..red velvet tu kan kak?beli kt mn tu?order ke?

    -dr penchenta red velvet-

    ReplyDelete
  12. Meriahnya dapat berbuka ramai2. Comel lah baby tu ☺

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah