Saturday, August 27, 2016

Keterujaan Melampau Di Enerz Indoor Extreme Park!

Hi korang. Suka main lompat-lompat tak? Kalau rasa nak main lompat-lompat kegumbiraan bersama keluarga & kawan-kawan, nak hilangkan stress atau rasa nak bakar lemak-lemak tepu yang ada dalam badan korang tu, korang boleh pergi ke EnerZ Indoor Extreme Park di Subang Jaya. Tempat ni berkeluasan 80,000 kaki persegi dan yang terbesar di ASIA. Besar okeh.. BESAR! 

Dengan adanya tempat ni, korang tak perlu lagi nak bersusah hati fikir nak buat aktiviti outdoor lagi. Musim cuaca yang tak menentu sekarang membuatkan korang bertambah malas nak beraktiviti (aku lah tu) hehe.

Media Launch EnerZ Indoor Extreem Park dibuka semula pada 25 Ogos 2016. Ucapan pembukaan oleh Mr. Alvin Tey selaku Pengarah Urusan EnerZ Indoor Extreme Park.
Jemputan VIP & rakan media yang hadir. Terima kasih Bro Framestone jemput Zaza untuk sama-sama ke majlis pembukaan semula EnerZ ;)

Nampak tak keluasan tempat ni? macam-macam aktiviti indoor boleh didapati kat sini. Selain boleh melompat kegembiraan di atas trampoline, permainan seperti Foam Pit, Dodge Ball, Air Bag, Sky Ropes, Wall Climbing, Gut Builder juga ada di Enerz Indoor Extreme Park. Tentang keselamatan dan cara permainan juga korang tak perlu risau. Setiap permainan ada tunjuk ajar dari setiap jurulatih terlatih yang bertugas disitu. Platform terbaru yang telah ditambah oleh pihak EnerZ yang boleh dikatakan mencabar adalah Ninja Worrior, Gladiator dan Meltdown. Ini pasti membuatkan korang rasa teruja dan tak sabar untuk ke EnerZ Indoor Extreme Park.

Permainan baru dari Enerz.. Meltdown. Tergelak-gelak aku tengok diorang main haritu. Kelakar bila diorang kena lompat. Tak sempat nak elak & melompat dah tergolek jatuh.. hahaha. Korang kena cuba permainan ni. Sambil melompat, sambil mengelak, sambil tergelak.. kalau tak sempat lompat & mengelak terus jatuh tergolek.. hehehe comel je :P

 Gut Builder.
BARU! Gladiator
Skydive ke Foam Pit ke apatah nama game ni ;P
Nama sebenar game ni pun aku tak pasti.. dia ala2 main basket ball tapi ko kena loncat atas trampoline.. agak mencabar jugak lah aku tengok diorang nak lompat.. sampai terpelecok kaki.. hahaha.


Nak tengok aku beraksi atas Trampoline? tapi kena telengkan sikit kepala korang ya.. sebab aku dah terlalu excited meloncat-loncat macam anak gajah kat atas tu terus video aku jadi senget benget.. hehehe.



Anak gajah dah kepenatan.. abaikan je keserabutan rambut Kak Zaza tu ya ;P



Pesanan terakhir nak bagi tau korang ni. Di EnerZ Indoor Exteme Park juga korang boleh buat tempahan untuk Teambuilding. Mana-mana company yang nak booking, sila datang ke sini atau call atau email je untuk buat tempahan. Ikut suka korang lah nak book macam mana cara pun. Juga! nak buat Birthday Party pun boleh uolls!! untuk anak-anak, remaja dan untuk kaum belia. Lepas dah berparti boleh lah melompat kegumbiraan ;)


Ada lagi yang best kat sini. Korang boleh join contest untuk memenangi Samsung Note 7. Ikut step yang tertera kat bunting tu.. kalau ada rejeki korang, dapat lah handphone tu.

Nak tau berapa harga masuk di EnerZ Indoor Extreme Park? meh scroll pelan-pelan.

OFF PEAK (3 jam / weekdays)
Universal Pass : RM39.00
Universal Pass + Return Ticket Special : RM 49.00

Family Pass / 2 dewasa + 2 kanak-kanak: RM117

Group of 8 Passes: RM240 (RM30 each)

Group of 20 Passes: RM560 (RM28 each)

PEAK (2 jam / Weekends, Public Holidays, School Holidays)
Universal Pass : RM46.00
Universal Pass + Return Ticket Special : R59.00

Family Pass / 2 dewasa + 2 kanak-kanak: RM138

Group of 8 Passes: RM288 (RM30 each)

Group of 20 Passes: RM680 (RM28 each)

Macam mana nak ke EnerZ Indoor Extreme Park? 

Waze : EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya
untuk korang yang malas nak drive pastu malas nak fikir pasal parking, korang boleh naik LRT dan turun di Station LRT Taipan. 2 minit je dari station LRT ke EnerZ dengan menaiki Uber atau teksi. Kalau malas sangat nak naik public transport dari LRT Taipan, ko jogging je Bedah! warm up sikit badan tu sebelum acara melompat ;D

kalau dari jauh nampak bangunan ni, maknanya ko dah sampai. Senang je nak cari sebab bangunan ni betul-betul tepi jalan. Tapi jangan silap masuk pintu ya.. sebab didepan bangunan ni ada restoran Kapitan. Pintu masuk dia ada kat sebelah tepi.

Untuk info lain boleh layari:
email : info@enerz.my

Jom kita main lompat-lompat sambil pecahkan lemak  degil weekend ni di EnerZ. Jangan risau.. tempat ni juga sesuai untuk kanak-kanak ;)


7 comments:

  1. Hahhahah comel je video dia lompat2.... malangnya.. kena telengkan kepala

    ReplyDelete
  2. Syok lompat2 tp sbb tak biasa jadi rasa mual pulak hahaa... kena slalu practice lah mcm ni... tp apa pun, mmg best... seronok... kena repeat lagi nnti.. :)

    ReplyDelete
  3. Hai kak zaza.. Bestnya melompat2.. Hihi. Enjoy je kita tgk..

    ReplyDelete
  4. over tau ko ni!!! lebih dari anak kalau anak ade!! hahahaha...

    ReplyDelete
  5. bestnya..lompat2 agak2 turun berkilo2 tak...ngehh.. ngehhh

    ReplyDelete
  6. nampak beno teruja tu.

    ni kalau bawak adik kami ni mmg x balik la jawabnya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah