Thursday, March 22, 2018

Dulang Shell Out, Bandar Sri Permaisuri Cheras

Hi..lamanya tak keudara. Tenggelam timbul tenggelam timbul ahkak blog ni. Kenapa lama tak ke udara tu, alasan biasalah.. balik2 bagi alasan sama.. malas dan tak ada masa.

Bila sekali timbul harini ni, terus nak cerita pasal makan. As an intro la kononnya ni hehehe.

Cerita pergi makan ni pun aku dah tak ingat bulan berapa. Yang aku ingat aku pergi berdua2an dengan Nizam. Anak2? masa tu diorang tak ikut.. tak ingat kat mana aku pos kan diorang time tu. Dasar mak bapak tak bertanggungjawab!!! 🤣Serious weh tak ingat.. haha. Rasanya cuti sekolah kot time tu. Aku pergi makan ni waktu lepas balik kerja dengan Nizam.

Masa tu pecah kepala gak mikir nak cari makanan & nak makan kat mana. Masuk kereta tak ada arah tujuan. Bila lalu kat area Permaisuri tu nampak food court. Survey2 tengok, terus singgah. Malas pikir panjang lagi. Lagi banyak fikir, terus tak makan pulak. Ok tak payah citer panjang .. meh aku mulakan cerita makan memakan ni.


hambik kau sedulang makan dua orang. Macam nak pecah perut. Aku ni jakun sikit kalau bab2 makan dalam dulang.. sekali tengok makanan kemain banyak macam ni sis seram.. hahaha.

Sengeh je Bang Nizam makan.

Lepas tu mula serious tatap makanan 😀 Lepas tu berpeluh2 kemain macam peluh orang lari marathon gamaknya laki ai tu 😅

Masa ni aku dah surrender.. dah tolak sudu garfu ketepi dah. Dah penuh perut rasa macam nak terkeluar balik. Tapi Bang Nizam tetap teruskan perjuangan dia.. tu nampak tu tangan dia kais ketam 🙈 then bila aku dah kata aku dah stop makan, dia sumbatnya lagi segala seafood dalam mulut aku. lagi la rasa nak muntoh kat situ.

Nasi ai tinggal seciput je.. kenot habis. Lain2 tu Nizam yang habiskan.


Price worth it. Dua orang makan macam ni RM29 je. Haritu aku tak order air. Nizam je order. Bila time bayar, orang tu cakap air free. Free sebab order 1 je. Bagus niaga macam tu. setengah kedai tu air sirap taraf orang kawin, sirap jarang, tawa hebey lepas tu dia letak harga sampai singgit setengah. Padahal masa bancuh tu pakai secalit je kaler meroh.. air gula pun non hado kadang tu 😏

Ok itu je entry permulaan untuk tahun 2018. sehingga kita berjumpa lagi tahun depan 2019.. hahahaha.


Kalau nak try, waze je address atas ni atau LIKE fb diorang.

5 comments:

  1. Apa khabar awak sekarang. Tengok gambo pun dah tau sihat walafiat hahaha...saja buat buat tanya...

    Sedap ke tak weyh.... Hari tu ada makan gak shellout kat Kajang. Shell out Afdlin Sauki. Meriah jugaklah binatangnya hihi...

    ReplyDelete
  2. Takpa tinggalkan anak2... Sekali sekala mengedate kan... Hikhik

    ReplyDelete
  3. Wah.. nampak menarik. Bercinta berdua je. Privacy sikit. Hehehe. Anak2 nanti ajak makan lain hari pulak.

    Anyway.. lama ai tak singgah blog ni awak..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah