Tuesday, March 12, 2019

Betul ke Rasa Gemuk Bila Nak Period??

Ye memang betul. Itu apa yang i rasa. Tidak la terpikir nak tanya Uncle Google  ke atau share-share cerita dengan kawan-kawan #TepukDahi Bila terbaca perkongsian dari Dr. Khairul Faizzie, baru la i tekun membaca.. sebab selalu kalau cerita yang ada kaitan dengan hidup sendiri, baru terhegeh-hegeh nak ambil tahu #GelakSambilTutupMulut

I share ni sebab i tanamkan info ni kat sini untuk i boleh gali semula apa yang Doc Faizie share ni.

Fuhhh kalau nak suruh i yang tulis sebijik-sebijik entry ni guna bahasa keDoktoran, memang tak dapek la.. so i C&P je. Mintak halal ye Doc 😅😅😅

Credit : FB Doktor Khairul Faizzie

Jom baca ↓

EDISI HARI WANITA SEDUNIA:  Saya rasa saya jadi gemuk la bila period

Itu luahan patient aku minggu lepas. Dia datang sebab senggugut, dan mengadu badan 'macam gemuk' bila period.

Jawapan nya: Bukan macam, memang gemuk pun. Haha.
Tapi jangan risau, gemuk sikit, bukan banyak.
Dan gemuk nya boleh dibuang cepat, sebab yang menyumbang  kepada gemuk ( tambah berat badan) masa period ialah pengumpulan air dalam badan ( water retention).

Bila dah nak dekat period, hormon estrogen akan memuncak naik. Kesan kenaikan estrogen inilah yang menyebabkan body wanita kumpul air , dan menyebabkan rasa bloated. Kesan estrogen ni akan hilang sebaik sahaja anda period...level estrogen akan turun...dan water retention berkurangan.

Air yang berkumpul tu akan berkumpul di breast, kawasan sekitar abdomen dan hujung2 kaki / tangan. So ini yang buat anda rasa gemuk. Tapi memang bertambah berat pun, berat air. Saintis kata as much as 5 pounds pun boleh.

Tapi awas, kesan ' rasa gemuk' yang mudah hilang ( sebab ia hanya water weight), boleh jadi kekal / susah dihilangkan ( extra berat), jika anda ' melayani craving anda masa period'.

Memang masa period wanita akan ada craving. Ini disebabkan hormon progesterone yg meningkat sebelum period tiba.Hormon progesterone merangsang selera.

Dan seperti yang disebut, bila anda mula je period, level hormon estrogen akan mula menurun...estrogen ni dia pula control rembesan hormon serotonin. So bila level estrogen low, serotonin pun, low. Low serotonin merangsang craving kepada makanan bergula ( carbohydrate)....sebab secara fitrahnya, carbohydrate diperlukan oleh badan untuk menghasilkan serotonin. Perubahan hormon ni yang menyebabkan anda craving nak makan high carb (sugary ) foods macam coklat, icecream...diamalkan setiap kali period, maka jangan terperanjat la memang betul2 jadi gemuk...Haha.

So, cara yang disaran utk atasi craving high carb foods ini ialah banyakkan minum PLAIN water, ambik lean protein...
Memang akan jadi malas / rasa malas nak bersenam bila period, tetapi bersenam at least sedikit masa period membantu buang water retention ( menerusi peluh), dan hormon endorphin yang keluar masa bersenam tu, membantu mengurangkan rasa cramp /period pain.


Kesimpulannya:

- Wanita ini unik. Di beri keistimewaan boleh ada alasan berat badan bertambah, tak macam lelaki...Hahaha.
- Berat naik sebab period.
- Berat naik sebab pregnant.
- Berat naik lepas bersalin.
- Berat naik menyusukan anak.
- Berat naik takde masa nak bersenam sibuk uruskan rumahtangga.
- Berat naik sebab stress masalah kerja / boyfriend so makan utk hilang stress.

Pendek kata: Wanita sentiasa menang & ada alasan utk justify perubahan mereka. Hahaha....
Lelaki jadi gemuk tak leh salahkan hormon. Lelaki boncit teruk sebab kuat minum alcohol. Lelaki gemuk berat badan naik sebab stamina makin hilang kuat hisap rokok lepak mamak. So ada nampak faktor hormon? Takda! Habit kuat minum alcohol, merokok & lepak mamak ( makan makan makan) tu yang bersalah.

**********************************************************
Dah jangan stress sangat. Tak dapat makan dessert masa period, boleh try makan Sambal Ikan Masin Cili Padi by Zaza. pergi stalk IG @zazanizam atau kalau malas nak scroll, boleh follow je Hashtag #SIMCByZaza

4 comments:

  1. Lelaki Islam tak minum alcohol,
    tapi ramai yang boroy juga.

    ReplyDelete
  2. Tak perasan pulak gemok ke idok time Mrs. A period.
    End of this month nak try tengok hehheee

    ReplyDelete
  3. Gitu ek.... tak perasanlah pulak. Sebab perasan mmg sentiasa gemuk hahahha ....

    ReplyDelete
  4. lepas ni kalau ada yang tegur kata kita gemuk, kita boleh cakap yang kita period je :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah