Friday, July 5, 2019

Report Card Day Miss K


Pagi tadi sebelum masuk kerja I terus ke sekolah Khairine attend report card day.

Lagi dekat nak hari PT3 ni, mak rasa debo kat dada ni macam naik gunung Kinabalu goncangannya. Apalah result yang bakal Miss K bawak balik sok ni.

Mak redha dengan apa yang Khairine usahakan untuk PT3 akan datang ye nak.




Agak awal juga settled jumpa cikgu tadi. Sepatutnya start pukul 8am, sebelum pukul 8am I dah terpacak depan meja cikgu dalam kelas Khairine hahaha. Sebelum pukul 8am juga cikgu panggil face to face. 

Alhamdulillah so far result Khairine semua ok, ada la sikit-sikit tu tergelincir.. InshaAllah cikgu kata boleh dibaiki lagi tu. Cuma kena banyakkan lagi buat latihan dekat rumah.


Dah habis jumpa cikgu, I pun turun nak gerak masuk office. Tapi kan, apa yang buatkan I kata perasaan jadi seorang ibu tu seronok tu, is I rasa bangga lain macam sangat-sangat. Macam mana nak luahkan pun tak tau. Tak apa, biar I luahkan kat sini je walaupun kalau orang baca tak sampai maksud. I tulis je dalam blog ni so that in future kalau I baca balik, I faham sendiri.


Lepas tu kan, masa I jalan kat corridor sekolah menuju ke kelas, ada sorang kawan Khairine (prefect) tegur I..

Prefect : Auntie nak pergi kelas Khairine ye?
Zaza : Ye. Kenal Khairine?
Prefect : Kenal Auntie.. jom ikut saya, saya hantar auntie sampai kelas Khairine

YA ALLAH BAIK SOPAN NYA LA ANAK ORANG NI… SEMOGA AKHLAK ANAK KEKAL SAMPAI BILA-BILA..  Auntie doakan awak berjaya dunia akhirat ya nak 😊

Lagi sekali masa otw nak gerak dari sekolah menuju ke kantin, ada few prefect standby dekat tepi-tepi corridor tu.. yang buat I rasa bangga dengan budak-budak tu apa tau? Morning wish diorang.. sangat polite, sambil pandang kita sambil cakap “Assalamualaikum Puan” (dia ingat i ni cikgu kot.. hahaha) Ya Allah.. lagi sekali I tadah tangan doakan anak-anak yang baik sopan ni berjaya dunia akhirat juga. Aaminn YRA.

I juga doakan anak-anak yang akan hadapi exam PT3 tahun ni diberi kelapangan dada untuk jawab paper uolls nanti.. Good luck kids!

4 comments:

  1. hehe faham perasaan tu. Anak anak I tadika. perasaan lain macam bila melibatkan hal sekolah anak ni. Tak sabar next year anak masuk Darjah 1 pulak.

    anyway hari tu masa ambil report card, banyak yg cikgu komen esp si Abang -__- segan pun ada. Mommy dulu kemain behave lagi. berlawanan dengan perangai anak bujang sorang tu. hahaha. si adik okay dan rajin katanya


    https://mumblingcici.blogspot.com/2019/07/lulu-hypermarket-kini-dibuka-di-1.html

    ReplyDelete
  2. mudah2an Khairine cemerlang dalam PT3 nanti.

    ReplyDelete
  3. moga akhlak mereka terus terjaga sampai la bila2 dan dijauhkan dengan pengaruh2 yang xelok yg mcm2 sgt zaman skrg ni Insyaallah

    btw good luck for PT3 adik khairine...xlama dah tu

    dan salam kenal =)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, syaza follower baru :) Salam kenal follower #367

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah