Friday, October 18, 2019

Somi Outstation πŸš—

Last week NJ ada bagitau yang dia akan ke Desaru 17 Oct, 18 Oct & 19 Oct.. which is semalam, harini sampai esok. CIMB ada buat meeting ke event apa tah kat Hard Rock Hotel Desaru. Dia ajak i ikut sekali bawak budak-budak. I be like 50 50 lagi nak pergi ke tak. NJ cakap ambik je EL dua hari.. budak-budak disuruhnya ponteng sekolah ikut dia pergi sekali kesana.

Apa yang i tau yang NJ bagitau i haritu, ikutkan event tu habis hari Jumaat... Jumaat lepas habis event dekat Hard Rock Hotel dia dapat extend lagi satu malam kat sana... tapi tak dapat dok kat Hard Rock Hotel lagi... company bagi bilik dekat Westin Hotel Desaru. Wah manyak siok 😍

Then Selasa baru ni NJ tanya lagi kat i samada i nak ikut ke tak.. terus i cakap i tak nak ikut... macam malas je nak EL... lagipun cuti i ada balance 4 hari je lagi.. nak spare la kot kot ada emergency ke apa. Pastu dia asek la racun i dengan tunjuk gambar-gambar Hard Rock Hotel & Westin Hotel kat google... konon nak pancing i lah tu suruh ikut sekali.



Event CIMB tu buat dekat Hard Rock Hotel Desaru... lagi lah dia excited nak bawak anak beranak dia sekali. Tak ada rejeki nak ikut teman NJ ke Desaru... i terpaksa melepaskan somi i outstation dengan hati yang sayu... agitewww πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Tak apa lah... dia pergi pun bukan nak berjimba dengan perempuan lain... pergi untuk mencari sesenduk nasi... I doakan urusan kerja u dipermudahkan tau Bie.



Semalam NJ sampai je sana terus dia video call i dari dalam bilik Hard Rock Hotel.. 


Pagi tadi NJ WhatsApp i. Alololo so manissss. Mesti u rasa tak best i tak ada dengan u kan Bie hehehe.

Tazabar tunggu u balik esok.. miss you somi 😍

7 comments:

  1. hahaha. tapi macam rugi kalau sis tak ikut sekali. haha

    ReplyDelete
  2. laaa... patutnya ikut je lah.. kalau akak, sure dah angkat kaki dah.. lepak2..

    ReplyDelete
  3. kalau jauh jauh mesti confirm nak ikut kan kak..hihi

    ReplyDelete
  4. Alamak, kalau uncle screen shot wasap uncle dengan aunty... mesti orang ingat begadoh, walaupok cakap biasa... baahaha

    ReplyDelete
  5. Kalau anak2 smp kena ponteng sekolah mmg berat sikit la nk ikut kan..

    ReplyDelete
  6. Tudiaaaaa...bersemut pc i ni ha...hehehehe....eh sama la jah coti i pun tinggal 4 hari..itu la nak guna sampai bula 12, mana tau ada emergency kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah