Monday, December 2, 2019

Semoga Ada Jalan Buatmu Anakku

Walaupun belum tentu lagi dapat masuk MRSM, i tetap nak tanamkan jugak kenangan perjalanan permohonan masuk ke MRSM untuk Khairine kat sini.

Dapat SMS dari Mara hari Sabtu lepas, 30 November. I be like hah??? why so sudden???? dapat msg hari Sabtu, Isnin dah nak kena pergi?! dah lah last week hari Selasa (26 November)  i baru je MC sebab demam. Balik je dari MC tu jugak baru apply cuti untuk date doplas doplas sebab nak pergi teman Khairine ambik result PT3 kat sekolah. Oh sebelum tu.. why so SUDDEN jugak Friday lepas (29 November) cikgu kelas WhatsApp kat group kata date result PT3 di tunda pada 19 December. Dah kena tukar date cuti yang i apply tu dari doplas doplas, ke simbilanblas doplas πŸ˜„πŸ˜„

26 November = MC, Demam
2 December = Dpt msg suruh bawak anak pergi ujian UKKM di MRSM KKB
19 December = Nak teman anak kat sekolah ambik result PT3

Nampak? semua datang bertubi tubi. Macam mana nak apply cuti?!

Gambar kenangan depan sign MRSM.

Alhamdulillah.. urusan harini sangat-sangat dipermudahkan. Lepas dapat je msg dari Mara haritu, i terus mintak tolong kakak i tolong hantarkan Khairine ke MRSM KKB.


Ingat lagi haritu duduk depan laptop sama-sama dengan Khairine. Dia cakap dia nak apply MRSM. i sit-down degan dia study dulu sebelum buat online application course apa dia nak ambik, location mana. Location ye memang ko boleh pilih.. tapi tak semua course yang kau pilih tu ada kat location yang kau nak. So kitorang bincang sama-sama. Do some research.


Dalam pada tu ada la drama drama yang mak create sebelum anak sampai sana pagi tadi.. haha. Eh! serious weh.. memang sedih giler! sedih tak dapat bawak dia harini kesana.. hishhhh sambil menaip pun dah bertakung airmata.. nyampah lah.. tisu mana tisu??? 😭😭😭😭


I cakap kat dia... ambik lah gambar banyak-banyak.. biar mami terasa feel yang mami ada kat sana dengan Khairine.. hehehe..


I berharap, kalau ada rezeki Khairine untuk ke MRSM nanti, i bersyukur sangat. Alhamdulillah. Mak mana yang tak nak tengok anak berjaya kannnn.

All the best Khairine πŸ’—

4 comments:

  1. All the best Khairine, Dania plak hari Khamis ni..SA baru nak apply cuti ha...apply 2 hari terus..malas nak patah balik KL jumaat nanti..well cuti omak eh ada 3 hari..amik 2 hari..19hb nanti amik lagi sehari..sok2 daftar tingkatan 4 omak eh amik la cuti baru...hahaha...Dania amik UKKM kat MRSM Kuala Klawang...

    ReplyDelete
  2. insyallah mudah2an.. auntie tolong doakan je.. semoga dipermudahkan.. mak nya cengeng ye..

    ReplyDelete
  3. Uncle dah tengok bideo tu lepas di upload semalam... masa tu blog lom update lagi... (ceh bangga tu)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah