Touched down dari Bandung ke Jakarta hari ke-empat dah lewat petang. Ni cerita second last day di Bandung. Kitorang pindah hotel. Malam tu kitorang sampai El Hotel Bandung tak lah lewat sangat. Once supir drop je kitorang kat hotel, ingat nak jalan-jalan kat area Braga street. Tapi tak boleh nok! hujan lobek gila malam tu. Tunggu juga sampai jam 9+ macam tu.. tapi hujan tetap tak berenti. Makin lebat adalah.
It's ok, lagi pun kitorang dah pernah jejak Jalan Braga masa pergi tahun 2014 dulu dan tahun tahun berikut selepas tu. Siapa yang baca blog i dari dulu mesti tahu dah berapa kali i ke Jakarta Bandung. Semua cerita Jakarta Bandung i ada share dalam blog ni.
Before heading to Jakarta, kitorang berenti few tempat kejap. First stop, kedai perfume kat Jalan Braga. Kartika Sari, Jalan Riau, lunch and terus ke Jakarta.
Dah check-out El Hotel, check-out awal sebab nak ke Jakarta by car.. so, dari Bandung, Tak ada nak naik whoosh/ panoramic train dah. Plus minus 2hours plus, sampai Jakarta.
Belum heading to Jakarta lagi... Stop dulu di Kartika Sari beli brownies. Ini satu kewajipan. Tak beli brownies Kartika Sari memang tak boleh. Selain tu, beli juga Bagelen toast bread. Alaaa rupa roti kering je pun.. Kat Malaysia pun berlambak ada.. tapi disebabkan dia roti kering Kartika Sari, dia viral. Harga antara Rp70k-74k lebih kurang duit Malaysia dalam belas belas ringgit je bawah RM20 bergantung pada flavor. Dia ada butter (most famous), almond, mocha, cheese and assorted flavor. I beli yg butter, cheese & assorted.
Haritu tengok kat KL harga diorang jual RM38 gilo!! tu pun aku rasa ada orang beli. Biasalah Malaysian kalau tak FOMO tak sah hahaha.
3 kotak bungkusan hasil menyelam dalam kedai tu. Satu lagi kotak Khairine pegang. Ada yang member kirim.. tapi kitorang priority-kan yang kitorang punya. Karang dah belikan untuk si A, si B pulak tak belikan.. better fikirkan tekak sendiri je. Malas nak fikir hal orang.
Next, singgah Jalan Riau kejap. Tempat shopping favorite zaman sebelum Covid. Supir cakap tempat tu still meriah, tapi tak top macam dulu.
Singgah Jalan Riau one of favoite FO di Jalan Riau zaman dulu.. masih lagi sustain sampai sekarang. Outfit kat sini mostly semua cantik-cantik and modern. Uniqlo sebelah tu, attached dengan Heritage ni. Last time FO apa tah tak ingat.. besar dua tingkat. Now dah jadi Uniqlo.
Local Brand di HGL House move forward, singgah di Happy Go Lucky This is her place. Dalam ni semua local brand from Indonesia. She already have her list what to buy kat sini. Layan je. Dapat sepasang kasut and baju kat sini. Ok, puas hati.
Mari jalan lagi...
Luncheon Iga Bakar sebelum keluar dari Bandung, driver bawa makan di Iga Bakar Mas Giri. Kat sini quite famous juga.. Orang Malaysia pun ramai datang makan. Not bad. Sedap. Sup dia sedap, iga black paper dia tender and sedap. I makan ayam bakar penyet. Pun sedap.
Nampak je Monumen Bundaran HI ni, atau dikenali Monumen Selamat Datang mesti dah tahu, this is Jakarta!!!
First aim, ke Lippo Mall Nusantara Khairine nak pergi Tomorrow World target nak sampai Jakarta sebelum malam. Sebab plan asal nak ke Tanah Abang. Sebabkan Tanah Abang tutup awal, so change of mind, kitorang turn to Lippo Mall Nusantara. Kat situ Mall famous juga kalau Malaysian datang ke Jakarta.
Memenuhi kehendak makcik ni. Katanya tempat ni lagi viral dikalangan rakyat Malaysia. Iyolah nak.. mak ikutkan je. Dalam ni pun semua local brand Indonesia dalam satu tempat. Puas merayap dari hujung ke hujung mall. Sekali jumpa juga nunnnnn hujung wing Lippo Mall ni kat floor bawah skali.. yihhhh penat mak and bapak kau berjalan tau! ๐
Then lepas tu naik atas kat GF, Khairine singgah pula ke Sociolla kedai dia macam Watsons and Guardian je One-Stop shopping dari product makeup, skincare, haircare, bodycare semua ada.
Dinner di Kampung Kecil Abdul Muis. Sebelum check-in, singgah dinner dulu. Dah sampai kat tempat yang dituju.. terpaksa cancel. Sebab queue malam tu panjang nak mampuiiii.
Kenapa Abdul Muis? ini cabang lain sempena nama Jalan di resto ni. Kampung Kecil ada banyak lagi cabang di sekitar Indonesia.. i guess ada dalam 50 cabang kot.
Tengok punya ramai manusia dinner kat situ. NJ check nak tahu berapa panjang queue kena tunggu.. skali check waiting list dalam 24 orang lagi. Ok, lupakan je.. driver cakap esok kita boleh pergi makan di Kampung Kecil PIK 2 which is another new branch.















No comments:
Post a Comment