Friday, May 15, 2015

Kerja Aku

Sampai dah tak ada cerita sangat dah ni Bedah oii!! nah ni aku nak tunjuk gambar semalam. Actually semalam aku ada kerja kat Melaka.. eh memang tiap2 minggu pun ada kerja kat Melaka.. korang je tak tau aku pergi Melaka tiap2 minggu.. hahaha. Kerja apa tu tak payah lah korang tau mendalam sangat apa aku buat. Untuk entry ni aku cerita sikit2 je lah ya.

Sambil kerja sambil selfie. Kerja yang sangat enjoy ;)

Buat masa ni aku enjoy dengan kerja aku. Tak terperuk je kat opis. Kalau ada kerja yang perlukan aku keluar, memang kat luar lah tempat aku.. kadang separuh hari tak ada kat opis.. kadang pulak seharian tak masuk opis.. ke Putrajaya, Cyberjaya, KLIA, area KL ni merata juga kengkadang.. paling jauh pun tu lah Melaka.. setiap minggu kesana je kiblat aku.. tu pun day trip je.

Buat yang tak tau apa kerja aku mesti ingat aku buat sale. Buat sales? oh NO! im not Sales Person.. bukan Sales Executive, bukan Sales Manager, bukan Sales Director ya.. hahaha.. habis semua position aku sebut dah kenapa??! Aku ni nama je Secretary, tapi kerja aku banyak memerlukan aku keluar untuk bekerja.. especially dealing with government sector.. Datuk banyak projek yang melibatkan company dengan kerajaan.. contoh.. KDN, Imigresen, Tourism, Pejabat Tanah, Pejabat Daerah dan sewaktu dengannya. Dah tu je aku boleh cerita serba sikit job description aku. Buat masa ni aku masih baru dalam job description ni.. ye lah dulu kan aku dari department lain.. bila boss resign [cerita tu dalam entry ni] then baru aku masuk ke MD Office macam sekarang ni. 


Siapa pergi Melaka mesti akan perasan Hotel ni. Imperial Heritage Hotel di Melaka Raya. Betul2 kat corner sebelah Dataran Pahlawan.. Owned by Datuk (my boss). Baru soft launch March haritu. Grand opening belum lagi.. mungkin this year juga.


Semalam dari opis (HQ) pukul 7.30 pagi.. 9.30 pagi aku dah terpacak kat lobi hotel. Menunggu orang dari tourism & the geng datang untuk buat star rating inspection . Tunggu punya tunggu pukul 10.30 baru tibe! ikutkan jadual dalam surat pukul 9.30 pagi. Panas bontot aku menunggu diorang yang kelambatan tu.. hukhuk.

 Pandangan dari tingkat 1.. bawah tu lobi hotel

 Pool side di tingkat 3 hotel

Depan tu dah nampak Hatten Hotel Melaka

Masa buat inspection kitorang bawa orang2 torism & the geng merayap dari satu bilik ke satu bilik untuk tengok every type of bilik yang hado kat hotel ni. Malangnya lepas dah habis merayap dari bilik ke bilik terus rasa tertampar kat muka ni.. terus cakap dalam hati kenapa aku tak ambil gambar bilik2 semua tadi eh? damn! kalau tidak boleh update kat blog.. eh saiko betul perangai tu! hahaha.. Tak apa lah.. korang kalau nak try dok hotel ni, boleh pergi check-in ya. Rate range dalam RM200 keatas je.. standard hotel2 lain gak.. kalau nak diskaun, korang boleh sebut je nama aku kat front desk tu.. pasti korang TAK akan dapat diskaun.. muahahahaha.

 Me, Alan Billy & Kak Rozie

Sambil diorang tu sibuk buat inspection kat kitchen, kitorang sibuk bergambar.. Elok sangat buat perangai macam tu depan tetamu kannnn!! hahahaha

 Me, Wouter Banning (General Manager), Kak Rozie & Alan Billy (Resident Manager). Sempat lagi tu.. hehe

OMG! hahaha

Tu je lah cerita kerja aku. Ni sebab dah tak ada cerita sangat dah.. cerita simple macam ni pun aku buat juga lah bahan cerita update blog.. dari terbengkalai je kat blog ni seminggu lebih.. kan??!!

Sekian sahaja cerita semalam saya yang saya laporkan untuk hari ni.. kbai ;)

13 comments:

  1. Bestla keje mu zaza..merayapan je.syok tau.esp tang pegi melaka...hehe..ai hat dkt tu plg jrg pegi...huwaaa..huwaaa...

    ReplyDelete
  2. ada perasan hotel ni masa balik melaka..wah..memang cantik hotel ni..apatah lagi kat dalam kan...seronok dapat bermalam kat sini...

    ReplyDelete
  3. Seronok juga kerja merayap macam ini Zaza.
    Selagi masih kuat memang elok kerja yg begini
    Bila dah malas melangkah macam kakak ni prefer duduk ajelah dlm ofis.

    ReplyDelete
  4. Wowwwww hebat hotel ni...kak zaza best betul bidang sis...at least mmg kena ngan sis yg suka berjalan...keep it up sis...range harga hotel ni tak mahal mana...just nice lah RM200 ke atas...weeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  5. Kerja macam ni lah best. Dok terperuk kat office jer pon bosan wei.

    Makin cantik & slim ko noks ☺

    ReplyDelete
  6. Lepas ni submit appraisal additional marketing dlm blog hehehhee rugi xclaim u akekeke

    ReplyDelete
  7. nanti Tanya datuk.. ada kerja kosong bahagian it network

    ReplyDelete
  8. Assalam Kak Bedah....rindu ngan kak Bedah....apa kabo ko dik.....
    Best ar keje gitu.....jalan jalan pas tu selpie....untung weyh...agak agak penat tido hotel. Dah katanya boss yg punyakan....
    oklah babye nak tido

    ReplyDelete
  9. bestlah outstation setiap minggu..leh jalan² sekali kan

    ReplyDelete
  10. so hotel ni bape star?mesti berstar2 ni..tgk pun tau..cmne nk stay cni..hukhukhuk..
    yg pool tu ade jacuzi ye sis?santeekk ngat hotel ni..ruginye xde gmbr..hek2..nk bg tebakar sket..

    ReplyDelete
  11. Mcm berminat nk kerja sana lepas habis study. Mcm mana ye nk apply ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah