Thursday, July 2, 2015

Ramadan 13 - Hajat Danish

Harini dah masuk ramadan ke berapa? 15 eh? harini aku nak update cerita sahur berbuka untuk ramadan yang ke-13.. boleh? walaupun dah terlajak hari sikit.. pffffttt. Masa menaip ni tadi, puas dok pikir.. apa yang aku anak beranak makan untuk bersahur pagi tu.. siap bukak folder hp nak tengok gambar yang aku snap.. lepas tu bila tengok gambar, confused tak tau lauk tu hari apa punya gambar.. hahahahaha.. terok betul IQ sampai susah nak pikir.. agak-agak nak dekat sejam (amboi lamanya) baru teringat.. Sahur ramadan hari ke-13 makan lauk asam pedas, ayam goreng.. ni teringat pun sebab refer kat entry sebelum.. patutlah payah nak ingat, rupanya tak ado gambar.. jadi kita lupakan je kisah bersahur hari ke-13 ya.

Tiba untuk berbuka pulak, kitorang berbuka kat luar. Hajat anak jantan aku tu.. time2 puasa ni tekak tiba-tiba nak makan western. Wah kau! dah bosan makan nasik ke apa? So tiada acara masak memasak haritu. Gantung kuali sekali lagi.. hehehe.

Kitorang berbuka kat Westerns Cafe Bukit Cheras.. western yang murah-murah je noq.. tapi sedap.. janji hajat tekak Danish tertunai.. sian pulak budak tu puasa-puasa ni teringin nak makan western.. kalau tak bawak karang kempunan pulek.

Datang haritu tak buat reservation pun.. datang main redah je.. nasib baik ada lagi table kosong.. memang rezeki Danish lah nak berbuka western haritu. Ingatkan tak ramai yang datang berbuka kat situ sebab still ada table kosong, bila dah nak dekat pukul 7 macam tu aku tengok kemain penuh orang.

Empatpat beranak order menu yang sama.. chicken chop ni sedap.. I mean sos dia sedap.

Orang kata tekak orang berpuasa ni kan napsu lagi membuak-buak dari orang di bulan tak berpuasa. Hajat kepingin nak makan chicken chop dah dapat ditunaikan, tapi bila makan.. tak habis! derrrrr. Tak apa lah, janji Danish dapat makan apa yang dia nak.

13 comments:

  1. Wowww seronok sekali sekala berbuka di luar ni sis, layan anak nak makan lg besttt...wooowww semua mkn chicken chop ye...aummmmmmmmm...mula ar ju pun terpengaruh juga ni sis hehehhe

    ReplyDelete
  2. Sbb bulan pose.perut cpt je pnuh.anak2 rin pub camgitu jugak...hahahaha

    ReplyDelete
  3. rezeki anak bujang...
    *eh kita pun dah 2x gantung kuali muahahahaha..

    ReplyDelete
  4. macam menarik jer nih... harus gagahkan diri berjalan sehingga ke mari nih...

    ReplyDelete
  5. den kalau buka makan western, macam tak puas gitu..
    hahahaha

    ReplyDelete
  6. Sekali sekala berbuka kat luar mmg best...tak payah cuci pinggan! Heheee

    ReplyDelete
  7. sedapnya..lama tak makan western pulak..adeshhh teringin

    ReplyDelete
  8. waaa. nampak menyelerakan masakan tu...

    Jemput join Giveaway

    Giveaways 65jam Saya Nak Domain Percuma

    ReplyDelete
  9. ciken cop :)
    esok mcm nak ajak mr.asben berbuka luar la...
    western jugak kot...
    teragak la plak :)

    ReplyDelete
  10. bukit cheras??haaa..bestnye..sedap kan mkn ctu..murah pun murah..suke jgk mkn ctu tp skang dh jarang pegi..huuuu..tibe2 teringat cikencop die tu..perghhhh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah