Thursday, February 18, 2016

Deerland Park, Pahang

Bang Nizam dah sound..  "mana entry yang kita pergi Deeland tu? Entry gajah dah keluar i tengok" amboi sangat.. tau lah u reader tegar blog i.. hahaha.

Ni baru nak buat entry.. sabar ya Bang ;)

Lepas dah puas tengok gajah, kitorang sambung tengok Rusa pulak.. macam rombongan sekolah plak.. hehehe. Deerland Park ni dah sehala jalan dengan nak gi tempat gajah.. alang2 dah sejalan, singgah je lah.. nak pergi lain kali tah bila pun tak tau. Kalau ada yang ajak aku pergi tempat gajah tu lagi aku rasa memang tak akan repeat lagi kot.

Welcome

Entarance fee tersangat murah
Adult : RM5
Kids : RM3

Lepas dah bayar kat kaunter nanti akan dapat sticker untuk lekat kat baju. 

Mula2 tengok jalan masuk macam mengerikan je. Kiri kanan apasal hutan belukar.. rupanya lorong masuk memang tak ada apa2 kiri kanan.. dah masuk dalam sikit baru ada deerland.


Sebelum sampai deearland nanti ada kaunter ticket inspection. Eh dah macam immigresen plak.. haha.


Pastu nanti dia bagi keledek sebekas. Ni untuk bagi makan rusa kat sana


Tengok tu bukan main panjang leher mintak makanan.. lapau agaknya





Tak menyempat nak makan, jauh lagi tangan Kak Zaza dia dah julur leher nampak makanan.

Bang Nizam ilek je.. sebab dia dah biasa kerja kat kandang lembu dulu.. muahahaha :p

Mana yang dah kekenyangan boleh lepak sambil bersenang hati macam ni.. hihi



Dalam ni bukan ada rusa je. Tempat ni macam mini zoo. Macam2 binatang ada.. yang tak pernah kenal pun ada.

Kat sebelah kandang rusa ada Ostrich. Tak tau mana sesat dia ni sebab aku nampak dia sekor je dalam tu

 Dalam sangkar tu ada kucing hutan.. Dalam keadaan macam ni banyak soalan yang diajukan oleh budak2.. terasa diri ni macam cikgu mengajar mata pelajaran kenali bintang pulak.. hahaha.

Masa kitorang sampai peacock ni tengah mengembang. Cantik sangattttt

 Landak dari obersi kata pekerja situ

Berani betul budak ni pegang. Sampai berdarah tangan Danish pegang si landak ni sebab duri landak tu tajam

Budak ni dengan apa je tak takut.. semua dia tak takut

Sampai kat tempat ular Nizam dah lari jauh2. Ceh ingatkan gagah sangat.. dengan ular pun takut.. phuiii


 Masa jalan2 kat dalam tu, aku nampak sign ni. Tengok ayam ni comel giler bulu dia dah macam kucing parsi. Bila cari dalam kandang dia aku nampak.....

Lahhh macam ni je ke.. bulu dia tak secantik yang dalam gambar.. huhu

Apa dia buat ni? menari sarkis kah?

Suka memanjat dia ni.. lepas tu takut nak turun.. hahaha

Sebenarnya ada banyak lagi binatang2 yang ada dalam tu. Nanti kalau korang pergi tengok gajah, try singgah sini sekali.

Haritu kawan Nizam cakap kat situ ada beruang. Memang dalam review pun aku ada baca kat tempat ni diorang bela beruang. Masa otw nak keluar dari tempat ni aku saja tanya kat renjer dalam tu.. dia cakap dah 4 tahun beruang tu dah tak ada kat situ.. dah mati ke atau dah tak bela lagi aku tak tau lah. Yang pasti memang dah tak ada.

11 comments:

  1. biler mase ko ade anak sorg lagi nie? ehhhh ularrr....giler ko tak takuit! geli kot!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terberanak kat sana haritu.. tu yang jadi 3 anak aku :P

      Delete
  2. Menarik ni...
    pernah ikut rombongan rukun tetangga pi tengok gajah, tapi tak sempat nak pi tengok rusa... maklum la.. rombongan cik kiah satu bas... macam2 kerenah... nak makan... nak ke tandas... last2 terus balik...

    ReplyDelete
  3. wei beshnye aku suka tmpt byk haiwan mcm ni

    ReplyDelete
  4. Ehhh mcm nk terjah jee. Psstt. Nnt kt dating la. Mne taw ada rezeki sy blanja kakak gojes ni. ^_^

    ReplyDelete
  5. Ular.. ai tak takut tapi ai geli.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. tempat nih memang best..kalau boleh tiap2 tahun nak wat rombongan ke sini...semua haiwan jinak2 comel2 je

    ReplyDelete
  7. menarik jgk tmpt ni..xpenah lg baca review psl deerland ni..ingt ade rusa je..mcm mini zoo ok la..brani btl si danish tu..

    ReplyDelete
  8. Best jugak kat sini. Comel comel binatang yang ada. yang tak pernah tengok pun ado.

    ReplyDelete
  9. kecik aje ekk landak?
    tak pernah tgk live.
    mcm saiz tikus aje rupanya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah