Bulan Disember tahun lepas aku ada buat entry ZazaJ Nikah. Ni aku nak buat entry hari dia bersanding pulak. Setakat hari entry ni diupkan, ZazaJ dah uwek uwek dah.. dah mengandung 18minggu adik aku tu. Wah express rakyat sangat.. clap clap clap.
31 Jan baru2 ni hari persandingan Zaza. Majlis buat kat Dewan Dato' Ahmad Razali, Ampang. Masa kitorang sampai kat dewan dalam pukul 12+ terus ambik makanan. Wah kemain lapar nampaknya.. hihi. Kata suruh datang makan kenduri.. haruslah simpan perut dari rumah. Bila sampai dewan terus serbu kat buffet.. dasar sangat kann ;P Dah siap2 ambik makanan sekali abang ipar ZazaJ cakap kat Tante.. dia pesan kalau nampak Kak Zaza & Kak Tante suruh diorang pergi kat bilik persalinan. Alamak.. dahlah makanan kat tangan.. acaner nak pergi ke bilik persalinan. Terus aku & Tante selfie hantar whatsapp kat group ZTZ kata yang kitorang dah sampai.. bagi kakak2 makan dulu lepas tu nanti kakak2 datang kat bilik persalinan ya.
Pelamin yang simple & cantik. Cantik sebab ada elimen merah2 kat situ.. ai is suka kaler merohnya makngah tu :) |
Geram kat udang yang memanjat tu.. nasib baik dah berbungkus.. kalau tak berbungkus dah lama aku curik.. wah datang majlis orang nak mencurik pulak kau ya! ;P |
Masa ni dalam bilik persalinan.. sampaikan hajat adik ZazaJ mintak kakak2 dia jumpa dia sebelum dia bersanding.. hashtag #ZTZToPenang
Masa jalan dari bilik persalinan nak ke meja balik aku bisik kat Tante 'Cinta, i rasa macam nak sanding sekali lagi je bila tengok pelamin cantik macam ni.. u rasa ok tak?' LoL.. nasib baik Tante tak tolak aku dari atas stage.. hahahahaha.
Sementara tunggu pengantin keluar untuk bersanding kitorang ambik gambar kat photobooth. Ada gambar aku ngan Nizam berdua kat sini tapi macam tak nak bawak keluar je.. sebab dalam gambar tu aku nampak macam gemok gedempol huduh sangat.. pastu muka Nizam macam tak nak layan aku je.. nyampah! Ke korang nak tengok jugak? jap eh..
Tadaaa.. sebenarnya bukan gemok (ayat sedapkan hati) sebab baju tu ditiup angin tu yang nampak macam kembung je.. Tengok Bang Nizam tu macam tak nak layan je gaya dia bila Kak Zaza action2 gaya macam tu.. sedeyh!
Tibalah masanya Pengantin diarak masuk ke dewan
Lepas dah bersanding bagai atas stage, turn kitorang pulak naik untuk bergambar dengan pengantin ;) macam biasalah kecoh terlebih atas stage tu.. pening pengantin hihi.
Siap bergambar kitorang turun stage.. lepak2 dulu.. takkan lepas bergambar nak terus chow.. sementara duduk tu mari selfie2 :)
Tante, Zaza, Marina & Shawal.. geng sekepala.. paling best Shawal sebab dialah penglipur lara kitorang.. ada je lawak bangang dia buat kalau lepak minum petang2.. rasa nak terajang je mamat ni.. hahaha
Tante, Me & Marina
Muah setepekkkkkk ;)
Dengan pengantin baru
last but not least
Selamat pengantin tua buat kami.. hahaha
Wahhhh zazaJ dah preggy ye, rezeki awal sungguh haaaaaaaaa happy tau bunting pelamin ni...rezeki sgt murah...hahhaha seronok tgk pengantin lama bersanding lagi...eh tak salah lah kak...juju pun rasa nak sanding jugak tgk kakak dan abang ni sanding hehehhehe gatai kan...pedulikkkk
ReplyDeleteKakak boleh senyum memanjang baca N3 Zaza ni tau
ReplyDeleteNampak seronok sangat:)
Apa pun anak dara Zaza tu sweet sangatlah.
Cantik baju purplenya
tahniah utk ur frend ye zaza...sebab dah preggy..heheheh
ReplyDeletesemoga berkekalan hingga akhir hayat
hahaha....giler tak mengaku gmeuk! hahaha..ehhh sokahatiakujecakaporgemuk..hahaha..
ReplyDeletenasib baik gmbr last abg nizam nak layan ko!
Pelamin dengan meja makan memang cantik!
ReplyDeleteNi yang rasa nak kawen sekali lagi ni.
Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/
betul!!! cantik tema pelamin....kalo ade merah2 sikit mmg naik kan seri pelamin tu kak jah...lagi2 kak jah pun kemain merah ang2...lagi leee meletops2 eheheheehehe....
ReplyDeletealhamdulillah dah nak bertiga plak....moga2 semua dipermudahkan...syok le dpt anak buat baru plak...dik leha tgu entry memperkenalkan anak buah baru plak ekekekekeekekek
Pelamin tu superb...memang cantik...
ReplyDeleteBaju pengantin tu ada kelainan luar dari kebiasaan.
Penagntin yg akhir tu mcm teringin nak semula je naik pelamin. Hehehe
ReplyDeletesimple?tu cantikkkkk sgtttt pelamin tu kakkk..
ReplyDeleteooo..i tgk gmbr tu ingtkan hakak berbadan dua..kuat btl angin..hehe..tp klu btl pun ok la kak..comeiii
cantik semuanya..tahniah untuk ZazaJ.
ReplyDeletesimple yg cantik!
ReplyDeletemeriah suasana :)