Tuesday, February 23, 2016

Kopi Siam di One Two Nine Big Cup, Ampang

Aku pun tak tau macam mana nak describe nama tempat ni. Kalau kat fb nama dia tulis Kopi Siam. Pastu kat sign kedai tu ada tulis One Two Nine roti john - burger - nasi lemak & coffee.. Hambik all in one. Macam ni lah gayanya buat review tak berbayar. Tak tau salah silah kedai tapi gigih jugak nak bagi info kat blog.

Tak apa.. sharing is loving kan? mana tau rumah korang dah dekat ngan tempat ni atau teringin sangat nak try, datang je lah kedai ni. Aku tau tempat ni pun sebab viral kat fb.


Masa sampai tak ramai orang tapi tempat duduk penuh. Kena berdiri kejap sementara orang lain bla.

Masa aku & Tante sampai dalam pukul 7.30+ macam tu.. ni pun consider ramai orang sebab seat tak ada. Pastu dalam 8+ tiba2 ramai giler orang datang. Siap beratur panjang sampai keluar.



Menu


Ni yang aku baca kat fb diorang Kami menggunakan sepenuhnya air yang ditapis. Air mineral berakali 7.4ph. kebersiahan keutamaan kami. Gitulah kaedahnya.

Masa dah dapat tempat duduk haritu kitorang tunggu gak siapa nak datang kemas meja dan ambil order. Bila tanya kat abang yang buat air tu dia kata tak ada orang nak kemas sebab kami bekerja 3 orang je. Wah! abes tu kalau dah semua sibuk kat dapur, sapa yang nak kemas meja & layan customer? service memang slow giler. Aku syak sebab dia dah viral kat fb aritu.. tu yang dia tak menang tangan nak layan orang. Mungkin juga dia tak sangka ramai yang datang kedai dia lepas viral lagi pun kedai ni baru je seminggu buka. Patutlah.

Konsep order makanan & minuman kat sini self service ya. Tak ada orang nak layan kau. Beratur kat bahagian coffee, order je apa ko nak. Lepas tu gi kat bahagian roti john, kau order je kat brother tu. 

Tabah menunggu sebab pekerja diorang 3 ketul je. Sorang tukang buat air, dialah buat air, dialah yang hantar kat orang air tu. Yang roti john pulak, dia yang ambil order, dia yang masak roti john. Sorang lagi pembantu brother roti john tu, dia yang bungkus, dia lah yang hantar kat customer.


Coffee station


 Terkangkang kangkang abang ni menyiapkan order. Tapi abang ni efisyen, buat kerja sangat laju ;)


 Pembuat roti John

Haritu sementara tunggu coffee siap, aku sempat tanya abang ni. Aku tanya dia kat sini apa specialities dia. Dia cakap dia mula dengan gerai burger & roti john. Mungkin sebab jualan burger & roti john dia menggalakkan, tu yang dia masuk kedai. Plus nak lakukan business dia park sekali coffee dalam satu kedai. Ini aku assumed je.. kalau salah nasib lah.. hahaha.


Apa dia roti John Cheese Kilo? 

Kalau korang nak tau roti john cheese kilo ni sebab cheese dia dalam roti john tu banyak berkilo kilo okeh! bila makan memang terasa cheezy giler. Kalah makan pizza.


Aku pilih roti john 


 Nampak macam roti john biasa je.. tapi bila makan sedap siot.


Tante order burger daging. Tapi kitorang makan share2


 Roti John & burger dua dua tu terzedap


Ice green tea

Drink kitorang order 1 je sebab cup dia besar gemok. Sama size macam big gulp yang kat 7E tu. Kalau order sorang satu sure tak habis.

Apa yang aku tau kat sini kalau beli 1 cup RM3.50 if korang datang 3 orang better beli 3 cup. Sebab kalau order 3 cup cuma RM10 sajo.


Dia tulis nasi lemak di jual disini.. tapi aku tak nampak plak ada tong nasi lemak atau orang order nasi lemak malam tu. Nak order meatball pun tak ada malam tu.. dah habis katanya.. amboi cepatnya habis.. kencang business nampakkkkkkk ;P


Muka2 kekenyangan. Next time boleh repeat datang makan lagi kat sini. Tapi kena datang awal2. Elok datang weekend sebab kedai ni buka pukul 1pm sampai 1am. Kalau datang lambat dikhuatiri semua habis. 

Kbai!

26 comments:

  1. Mereka tak menang tangan sampai tak terkemas meja.
    Kalau kakak tengok macam ala-ala kat station keretapi di Kluanglah Zaza.
    Kedai tak menarik mana pun tapi dek kerana sedap dan dah viral nak dpt makan aduhai kena tunggu lama!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Kak.. kedai kalau buruk atau ceruk mana pun letaknya, kalau dah sedap, sure orang akan repeat datang.

      Delete
  2. wahh sedapnya tengok burger tu. serius tak kuat tengok hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi kedai tu cepat.. jangan sampai kempunan pulak ya hihi

      Delete
  3. oo hat ni yg dok viral cheese kilo tu ye ...

    ReplyDelete
  4. nak pegi sebab dah dekat giler dgn rumah!

    ReplyDelete
  5. ampang ek..macam nak terai la..ajak kekawan gang sekolah ni menerai...yeahhh!!!

    ReplyDelete
  6. selalu jadi macam tu...masukkan kedai dlm FB,viral....org semua pakat serbu...lepas tu ramai pakat kondem dlm FB servis lembab lah...slow la...hhahahahhaa....

    murah kot air tu RM3.50.

    lain kali nak buat review kedai tara boley buat assumption tau zaza...kahkahkah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ofcoz bila viral orang semua pakat serbu.. tapi kadang2 orang yang viral kan tu HIPOKRIT! benda tak sedap kata sedap kemain. Bila kita sendiri gi cuba RUPANYA INDAH KHABAR DARI RUPA (i tak address kan pada semua, tapi sesetengah je)

      Satu lagi, kalau ada blogger buat paid review sesetengah tempat/ product, memanjang PUJI MELANBONG LAMBONG kenapa? sebab dah bibayar, kau tak boleh langsung cakap buruk pasal sesuatu tempat/ produk ke?????????????????? apa2 pun jangan HIPOKRIT.

      Review yang i buat ni terang2 tak berbayar kot.. so i bebas nak komen apa saja. janji tak HIPOKRIT. kbai!!!

      Delete
  7. Idzwa: sila belanja saya! hahaha

    ReplyDelete
  8. siyes big cup rm3.50 je?murahhhhh tuuu..slalu rm5-6..
    mcm sedap je nasik lemak tu..tp kene pegi awal la kot..sumenye cpt je licin..

    ReplyDelete
  9. CNY hari tu cuba roti john cheese sekilo dekat Shah Alam tapi dia punya beratur mak datok.. memang takdelah kami nak buang masa beratur hanya semata-mata nak beli sebungkus roti tu.. abang ipar cakap, baik buat sendiri dekat rumah (yang sebenarnya wife beliau nak cuba sebab viral masuk tv).. huhuhu..

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Taman Bukit Teratai, Ampang
      Waze je 'Kopi Siam' mesti jumpa :)

      Delete
  11. eh ni mcm kat teratai. ok sok nak pegi! haha

    ReplyDelete
  12. menarik jugak ni..kena tambah pekerja lah nampaknya kan baguslah service bagus.

    ReplyDelete
  13. Hye sis zaza..
    sekarang one two nine dah ramai staff.. mule2 je x ckup staff.. tekejut kedai kene viral x sangka habis.. apa2 pun terima kasih banyak2 mana yang bagi pendapat kami cuba perbaiki.. jemput datang lagi yer..
    Tq sis zaza Abdul Latif..

    ReplyDelete
  14. menarik nyer tgk itu roti john cis berkilo-kilo.

    ReplyDelete
  15. Hi semalam baru je pergi..nasib ade tempat duduk...order roti john kilo ayam,daging,satey, n 3 air big cup...nk bg review..kedai memg rmai org..rotinye okay sedap n lembut..boleh ditarik mcm pizza..rse cheese nye..boleh la try..tempat agak jauh sbb kami dari sentul..around 40minit without jem sbb ikut jln jauh guna waze..tempat nye dekat je dengan hospital ampang aroud 5mnit berkereta dari kdai mkn..skor rsenye 7/10 sbb air big cup nye kureng skit biase2 je..harap komen ni membantu korang ye.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah