Wednesday, October 18, 2017

Tree Steak House

Hi. Assalamualaikum..

16 Oct 2017. Kemarin birthday Bang Nizam. Satu hadiah & surprise pun aku tak buat. Aku cakap "kita postpone ye Bie.. Tunggu bulan depan" maklumlah ahkak kan suri rumahtangga yang tak berjaya. So kurang modal sikit nak open table untuk husband tahun ni. Tahun2 sebelum ni ada lah jugak celebrate & buat terkejut2 utk dia 

Sebak. Emo bila baca Bang Nizam kata tak perlukan hadiah
Sekali dapat Whatsapp dari birthday boy. Ajak keluar makan katanya. Eh ni birthday siapa sebenarnya? Aku ke dia? Mula la hati ni rasa sayu bila Bang Nizam kata tak perlukan hadiah apa2.. Cukup ada aku & anak pun dah Alhamdulillah. Apa ni? Jangan la buat isteri u touching Bie.. Tak suka tau. Terus rasa sebak. Emo sangat hahahaha.

Petang bila Bang Nizam balik kerja siap2 lepas maghrib baru keluar. Dah masuk kereta dia tanya. Nak makan kat mana? Nak makan apa? Aikk dia tanya kita pulak. Susah betul soalan yang dia bagi ni. Ikutkan hati aku ni NAK MAKAN NASIK!! hahaha. Orang kampung mmg macam ni. Nasik jugak yang dia cari 

Nizam cakap dia nak try kat satu tempat ni yang kitorang tak pernah try lagi. Mula2 macam tak caya. Sebab selalunya taste dia tak mencapati citarasa aku. Dia kata nak makan steak. Ada steak house baru kat Keramat. Hah? Keramat? Keramat tu kedai steak apo yang hado.. Terus aku bangkang. Cakap tak nak.

Walaupun aku ni bekas budak Keramat, eh aku bukan budak keramat yang bakar2 tahfiz tu tau.. Aku membesar kat AU3, Keramat je. Then tanya dia Keramat ada ke Steak House. Dia cakap.. Kan ada yang kat LRT tu. Puas dok pikir Keramat? LRT? (cakap tak habis) Then dia sambung lagi.. Alaa kat Keramat tu.. Haritu kan kita ada lalu. Aku still tak boleh catch up lagi kat mana. Then dia cakap lagi.. Jalan yang nak ke Pasar Keramat tu laaaa (mcm dah bengang asek dok explain tapi aku membangang lagi.. Hahaha).

Terus aku teringat.. Laaaa katalah Datuk Keramat sebelum sampai Pasar Keramat.. Haha. Aku pun cakap best ke kat situ. Time tu mula lah nak comdemn sebab tempat tu mcm tak hipster.. Lagi2 Keramat. Terus nak buat mata ke atas.. Hahaha.

Aku tau.. Bila aku dah membangkang tu, dia terpaksa berzabar dengan perangai aku. Padahal birthday dia ni.. Aku pulak melebih2 hahaha. Sabar ye Bang Nizam.. Bini u ni kalau lapar memang berperangai macam ni 

Counter
Ceiling. Apa ni gambar ceiling pun nak ambik ke? Saje je. Sebab tengok cantik pulak deco ceiling kedai ni.. Tu yang snap.
Bila sampai & masuk je kedai tu.. tengok not bad jugak tempat ni. Ala2 Inggeris lah sikit2. Besar gak tempat ni. Ada dua section. Aku duduk kat section yang depan counter.

Selak2 menu, terus lupa nasik.. Hahaha. Ok lah. Memandangkan birthday boy dah sebut nak makan western, aku pun berkorbanlah melupakan nasik. Actually ada juga menu nasik. Tapi tak ingat ada nasi apa. Malas nak belek lama2 menu tu. Nanti aku nangis teringat kat nasi pulak.. Hahaha.

Happy Birthday Sayangku
Miss K my anak dara
Sementara tunggu foods sampai, kita ambik2 gambar dulu.

Food not bad. Sedap lah jugak. Walaupun tak setaraf hotel atau The Ship, Victoria Station & Steak House lain yang hado. Service pun boleh tahan cepat. Environment pun cozy. Deco menarik. Parking pun senang. Price pun reasonable tak berapa cekik darah. Overall boleh kata recommended la.

Foodie
Tiga menu yang berbeza. Nizam makan chicken chop. Cliché je makan chicken chop hahaha. Aku makan Chicken Cordon Bleu ke apa tah nama dia. Sedap gak. Ayam balut2 pastu ada isi ayam, ada ham & cheese. Aku pernah try makan kat tempat lain chicken cordon bleu ni.. Tapi tak ingat kat mana. Sedap sikit lah dari kat sini. Khairine makan Lamb. Tak ingat apa nama lamb tu. Sebab masa baca dalam menu, ada nama "meranti lamb", "pinang lamb" & few nama2 kayu tapi belakang dia mesti ada nama lamb.

My verdict : Sedap, recommended & boleh repeat.

Habis makan, lepak2 jap kasi makanan turun. Terus Nizam bayar. Lupa nak tengok bill berapa total harga semua tu. Terima kasih Suami belanja makan on your birthday. I promise u next month i belanja u pulak ye. Kita celebrate double belated birthday ❤️

Tree Steak House, Keramat
Tree Steak House
Korang yang mana dekat dengan Keramat tu, datang lah sini makan western. Rasanya kedai ni baru few month je bukak kot.. Lupa nak google berapa lama dah beroperasi. Atau tengok kat fb dia Tree Steak House

5 comments:

  1. Salam zaza....lama kita tak saling berkunjungan kan. Apa khabar awak?
    Dah berhenti keje ke? Patutlah rajin post gambo masak kat FB lately.

    Happy Bezday abg Nizam, moga sentiasa dlm limpahan rahmat Allah. Bulan depan jangan lupa tagih janji dgn org tu ye!




    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Alhamdulillah sihat je. Dah setahun lebih tak kerja. Tp nxt week masuk kerja baru. Kenot tahan duduk rumah bosan gilo.. So mintak ijin suami utk mula kerja balik. Dia bagi restu hahaha.

      Aamiin terima kasih mendoakan utk suami kita 😊 InshaAllah bulan dpn nak boleh celebrate sbb kita dah start kerja baru hehe

      Delete
  2. Kat keramat je steak house ni.hmm should try with my hubby

    ReplyDelete
  3. Paling senang order makanan western, simple dan cepat kenyang..
    Senang berkompromi sebab majoriti suka western food..
    By the way, nampak sedap chicken chop tu ;-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah