Thursday, January 3, 2019

First January TwentyNineteen

Hi.. Assalamualaikum..
Heybat tak tajuk i kali ni? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ saja tak nak tulis number. So tahun 2019 ni kita jadi more hipster sikit.. baru lah raver.. ehhh 😨 muahahaha.

Entry kali ni i nak mengabadikan cerita First January TwentyNineteen i kat blog suam-suam kuku i ni. Walaupun rata-rata i tengok ramai rakan seangkatan yang berblog macam dah sepi dari mengUpdate blog. Macam i ni.. hahaha. Tiber pulak lately ni rasa macam berhantu je jari jemari ni nak menaip. seriously i miss writing kat blog. Walaupun tah haper haper yang i taip setiap kali keluar kat entry.. hahaha. Issokay.. at least i buat bukan tak bermotif. Like i told u before.. more to nak mengabadikan cerita & gambar kenangan i kat sini 😍

Ok dah.. sebelum melalut lebih jauh lagi, mari kita sembang pasal First January TwentyNineteen i baru-baru ni 😍

Cakap kat NJ.. Bie jom kita bawak budak-budak ni pergi makan ais krim sebelum buka sekolah nanti. Bagi diorang mood happy sikit di penghujung school holiday ni. NJ pun onz je.

Keluar rumah dalam pukul 1pm macam tu.. masa on the way tu dapat call dari Keem Mok.. nak order sambal katanya. Ok, sebelum kita mulakan planning kita nak makan ais krim, kita kona dulu pergi COD sambal. Settled.

Next pergi cari sepasang baju sekolah Danish dulu kat Taman Permata. Settled barang-barang sekolah. 

Decided nak pergi lunch.


Ni masalah problem sikit πŸ˜… asal tanya "lapar ke tak?" semua serentak jawab "laparrrrrrrr" (macam jawab soklan cikgu kat sekolah.. hahaha). Bila NJ tanya "nak makan apa? nak makan kat mana?" semua senyap.. lepas tu dia cakap "KRIK KRIK KRIK KRIK" πŸ˜‚πŸ˜‚sendiri tanya, sendiri jawab.. hahahaha. Serious babe.. ini memang selalu terjadi #TepukDahi

So perjalanan diteruskan. NJ ajak makan kat Jibby East. I cakap i ok je.. nampakkk??? tadi bila tanya kau tak tau nak makan kat mana. Bila laki suggest kau onz pulak.. masalah problem betul pompuan ni πŸ˜… Dah parking kereta, nak keluar kereta je.. tiber NJ cakap "kita pergi The Curve lah.. sana banyak choice restaurant" Ok onz jugak. I cakap i nak makan kat Bubba Gump Shrimp Co. kat sana. Sampai je tengok-tengok kedai tu tak ada. Eh bapak lama tak datang The Curve sampaikan kedai tu dah tak wujud pun i tazedar πŸ˜…πŸ˜…

Round lagi kat area situ.. pun tak boleh nak decide nak makan apa. Padahal keliling tu semua kedai makan.. teruk betul! 😀

End up. IKEA je la.. tak payah fikir banyak. lintas jalan, naik atas IKEA. Tengok ramai betul manusia tengah makan, beratur & tunggu tempat kosong. Budak-budak dikerah untuk cari seat. Sementara I dengan NJ pulak beratur macam nak beli ticket konsert 😫

Cukup-cukup la tu Bie.. jangan dok ushar lagi makanan lain. yang dalam trolley tu pun dah cukup penuh untuk kita anak beranak πŸ˜€

Hasil penangkapan untuk alas perut πŸ˜‹

Tak ada la sampai penuh meja. Bila sumbat semua ni, Alhamdulillah kenyang la juga.. hehe.

#NJ2424Family

Settled makan, turun balik masuk The Curve nak cari baju tigapatlai & seluar untuk budak-budak and Apaknya juga tapi Apak nya yang bayar.. hahaha  (cerita macam i yang nak belanja diorang shopping πŸ˜‚).


Settled membeli, turun kat Centre Court ada pokok Christmas cantik-cantik kat situ.. mari la singgah kejap OOTD kat situ 😍

Haishh dah nak sama tinggi dah




Dah tua-tua ni macam dah awkward nak posing posing depan camera hahaha tiberrr 😜 yang penting akak bawak Ribag Hobo Mini kaler Lake Blue haritu. matchie matchie dengan tudung & jeans ahkak hehe.

Done kat sana. Seperti yang dijanjikan, moh ler Mummy belanja makan askrem pulok. Lets MyKoriDessert πŸ˜‰

 Pilih ye nak.. pilih pilih pilih


Ini pilihan hati masing-masing

 πŸ¨ Watermelon Kakigori

 πŸ¨ Strawberry Cheese Cake Kokigori

🍨 Kenko Kakigori
🐠 Ham & Cheese Taiyaki a.k.a ikan jepun

 πŸ¨ Kenko Kakigori

 Us

 Harga mur mur je.. kot la korang nak tau range harga kat MyKori ni

 Danish

Khairine

Seharian berjalan makan, ukur jalan, menDessert, marilah pulang ke pangkal jalan. Esok tu dah start sekolah. Masing-masing dah start busy.

Ok itu je cerita First January TwentyNineteen i 😎
See ya di lain haribulan pulak πŸ™‹πŸ˜‰

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah