Friday, April 10, 2015

Homework

Semalam aku rasa teremosi sangat.. bukan semalam je.. sebelum-sebelum ni pun emosi jugak. Cuma semalam punya emosi tu agak luar batasan sikit. Korang jangan ingat emosi luar batasan ni sebab sebab nak period okeh! korang ni bukan boleh pakai.. sokmo pikir benda yang memesongkan.. hahaha.


Semalam aku tengok kerja sekolah Khairine berlambak-lambak nak kena siapkan. As a mother, aku ni bukan lah "bijak sana" sangat nak cerita pandai kat sini. Karang kalau aku cakap sikit kat fb/ blog ni ada je cikgu or parents yang tak setuju dengan apa yang aku bebelkan. Hujung-hujung aku pulak dikecam.. kann??! hahaha. 

Semalam aku ada up status kat fb, ada parents setuju dengan status aku.. ada juga cikgu yang tak berapa setuju dengan status aku tu. Conclusion dalam status aku tu sebenarnya bukan nak salahkan cikgu semata-mata.. aku faham, cikgu juga ada tanggungjawab lain untuk diaorang pikul. Contoh jawapan dari Cikgu Norli (kawan sekolah aku dulu) yang komen kat status fb aku semalam.. katanya..

 Ini komen dari Cikgu Norli.. Hi Norli.. aku buat buat testimoni jawapan kau kat sini ye :)

Yes.. aku setuju juga dengan apa yang Cikgu Norli katakan kat situ. As a teacher diaorang lebih tahu coz diorang lah orang yang dipertanggungjawabkan dan memang itu lah tanggungjawab sebagai cikgu pun sebenarnya. 

Jawapan aku..


That's why dari awal entry ni tadi aku kata aku ni bukan "bijak sana" sangat dalam hal-hal menguruskan kerja sekolah atau pemberian kerja sekolah kat budak-budak. Apa yang aku boleh katakan, ini lah jawapan reply aku kepada cikgu Norli.

Lepas tu kitorang sambung discuss dalam whatsapp. Cikgu Norli advice aku supaya discuss dengan cikgu kat sekolah.. InshaAllah.. kalau ada time yang sesuai, aku akan duduk bincang dengan cikgu sekolah nanti. Cikgu Norli juga ada tanya.. kenapa tak siapkan kerja kat sekolah je.. Aku kata anak aku tu Pengawas. Karang tengok elok-elok ada dalam kelas, ada cikgu yang panggil suruh pergi kutip derma dari satu kelas ke satu kelas. Kadang tak sempat catch up apa yang cikgu ajar. 

Actually apa yang aku nak tekan kan kat sini adalah masa.. time constraints for them to complete their homework. Dengan homework yang banyak, budak-budak susah nak kejar masa untuk siapkan. Tu belum lagi kena pergi ko-kurikulum, latihan rumah sukan.. dengan penatnya.. balik sekolah nak kena hadap homework pulak. Tu belum lagi kena pergi mengaji & kelas tuisyen. Aku rasa masa & tenaga diorang lebih banyak dihabiskan berbanding kita yang bekerja ni kot.. hurmm.

InshaAllah.. start dari sekarang, aku cuba untuk perati & arrange masa untuk diorang kat rumah. Cuba siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi dengan sebaik mungkin. Kalau tak siap juga, apa boleh buat.. takkan cikgu nak belasah anak murid pulak.

Ni satu lagi aku nak bebelkan. Kita ni parents yang bekerja, balik kerja kadang dah lewat petang. Balik kerja mesti nak masak (kalau masak) dah penat and so on.. korang faham-faham je lah kann??.. then tiba-tiba anak kau bagitahu yang diorang nak nak beli barang keperluan (selalunya bahan untuk mata pelajaran seni).. cikgu suruh sediakan esok jugak.. seolah-olah macam tiada esok bagimu.. gitu.. ni namanya dah terberak baru nak gali lubang!!.. kalau itu terjadi, memang 100% aku akan salahkan anak-anak. Bila malam tu bagai nak giler mencari kat kedai, yang katanya cikgu nak gunakan untuk esok dalam kelas, esoknya bila ditanya, benda tak buat lagi.. sebab cikgu tak masuk kelas. Wah!!! dah lah cari barang bagai nak giler.. bila tiba harinya kau kata tak buat pulak.. hangin betul.

Dah lah.. penat bebel.. sambung lain kali je lah.. bye!

10 comments:

  1. kekadang kesian jugak dengan mereka ni,tak boleh nak komen lebih sbb anak akak pun tak sekolah lagi..hehe

    ReplyDelete
  2. Macam rin kan za..xberapa gemo bg kerja bwk blk rumah.turn out bila jmpa dorang balik (sains 2x je seminggu) mesti ada jek murid yg xsiap.kerja tak kira ngaja kelas depan ke kelas belakang.peel tu mmg sama jek..so plg baik lps ngaja sikit surh dorang salin notes..dlm kelas jugak..ada sekali 2 jela bg kerja smbg kat umh..tp hadapla nti bila jmpa derang blk.keje xsiap sakit hati kita je..huwaaa..huwaaa...bgitu juga dgn latihan.mmg suka bt dlm kelas.lbh mudah nk detect kelemahan bdk..

    ReplyDelete
  3. Hi kak.. lama tak komen sini..he he
    Anyway, i feel you, kak.. faham sangat rasa dia bila anak sendiri dah naik darjah 1 ni. Lagi2 part kena cari bahan untuk esok tu..yg tu dah kena awal bulan 1 hari tu. Barang senang cari..syukur la.. Mana yang susah nak dapat tu..haa mmg tensi jugak dibuatnya..

    Moga ada jalan penyelesaiannya nanti.. :)

    ReplyDelete
  4. wahh..byknya..sekolah anak akak pulak the other side..sampaikan akak pula yg tanya takde howework ke sbb dia kan nak upsr ths year...tp masa meeting pibg last mth baru kami faham rupa2nya stail cikgu sekolah tu mereka akan tengok (maybe dah bincang sesama mereka kot)..sekiranya sudah ada beberapa org cikgu yg bagi homewaork so cikgu yg lain akan bagi next day..lebih kurang mcm tu ..:)

    ReplyDelete
  5. Kesian anak2 kan kak zaza. Hope ada jalan penyelesaian.

    ReplyDelete
  6. I feel you babe. Kalau time banyak tu, memang berlambak kerja sekolahnya. Kalau tak der tu, sampai aku naik hairan sebab tak der kerja sekolah memanjang...ppffttt...Tapi kesian kat bebudak skolah skang. Pagi sekolah kebangsaan. Ptg plak sekolah agama. Double penat. Mak plak masa ngan anak sangatlah limited. Dengan nak masak lagi. Sian kan.

    ReplyDelete
  7. anak buah shaila pun hadapi masaalah yang sama..kerja sekolah yg byk kdg xbuat pun..

    ReplyDelete
  8. Kakak rasa apa yg dialami Khairine sama dgn anak kakak juga Zaza. Kesian balik sekolah agama terus makan (nasib kakak jenis masak cepat - ala cincai aje). Lepas solat maghrib terus ke tuisyen. Balik pukul 10 duduk buat homework. Itu yg kadang kalau tak makan lagi masa pergi tuisyen, balik sambil buat homework kakak kena suap dia makan. Kadang jejak pukul 12 malam baru siap! Letih kan.. kita yg tunggu pun tersengguk2 sama.

    Entahlah memang sekarang macam ini agaknya trend budak belajar?

    ReplyDelete
  9. itulah kan..budak sekolah sekarang makin takde masa untuk aktiviti mereka sendiri dan berehat..sure letih dan penat punya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah